Tuesday, June 02, 2009

Rooftop Rant

Lontarkan..kalau tidak ia meracun

KOngsikan..walau hanya pada awan-awan..


Ya,aku memang suka menulis tentang buku..dan memetik frasa-frasa menarik dari buku itu.Frasa di atas adalah dari novel Rooftop Rant yang baru dibeli minggu lepas dan habis dibaca pada keesokan harinya..

aku mengenali penulisan Hlovate ni sejak versi online Gti,yang akhirnya dibukukan sebagai aA+bB,sejak itu aku beralih arah dari novel jiwang-jiwang tahap cintan maut intan payung sambal belacan,kepada novel jiwang tak melampau,jiwang sikit-sikit sudah la.

JIwang dalam kehidupan adalah ibarat perencah dalam masakan,sikit-sikit tu sedaplah tapi kalau banyak tak bagus.Jiwang dalam konteks ini adalah syahdu okkk,bukan lentok sana-sini.itu bukan jiwang tapi gatal namanya.

KArya Hlovate ini mengisahkan tentang dialog atas bumbung,yang menemukan dua orang yang sama-sama melarikan diri dari masalah keluarga.Jade,dengan maknya yang suka membandingkan dirinya dengan adik dan abang yang berjaya,dan Trisy yang mempunyai mak abah yang kuat gaduh dan tak memperdulikannya.Mula-mula masing-masing ambil tak kisah je,lepak tak kacau masing-masing,tapi ada satu insiden yang membuatkan mereka kamcing.

Kemuncak cerita ni adalah apabila Trisy dihantar ibu bapanya ke JB.dan ini menjarakkan hubungan mereka.sedih arr time tu walaupun dialognya adlah ayat biasa aje.Tak perlu,"ku nanti mu di pintu syurga",I akan kenagn u setiap masa"..tapi dah cukup buat pembaca menghayati dan merasai perpisahan itu

Di JB barulah si Trisy tu belajar menjadi Muslimah sejati,pakai tudung,solat dan sebagainya.manakala JAde telah menjadi kartunis berjaya sebagaimana impiannya.Setiap bulan Trisy akan menulis surat pada Jade.Pada mulanya Jade memang balas surat-surat tu tapi lama-kelamaan senyap macam tu je.Cuma trisy tahu yang Jade masih hidup dan sihat dengan membeli majalah kartun HU HA..kalau ada kartun Jade,maknanya mamat tu Ok lagi la.

BAgaimana kesudahan novel itu.Sila beli sendiri di kedai buku berhampiran,atau boleh baca sendiri di blog Hlovate







komen:novel ini adalah novel yang bagus kerana isinya yang merangkumi banyak aspek:keagamaan,kekeluargaan dan cinta.Aku suka part Jade tanya apa impian Trisy:trisy Berangan nak jadi Menteri pembangunan Wanita dan keluarga.Dia nak buat undang-undang baru:Sesiapa pun tak boleh memiliki anak jika mereka tak nak menyayanginya..

1 comment:

「dieyb」 said...

i love all Hlovate's novel :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja