Friday, June 05, 2009

which one you prefer???

PErnah tak kadang-kadang kita rasa bahawa sesuatu lagu adalah sesuai untuk satu gender je..
Kita wonder,"eh..camne la lagu ni kalau lelaki/perempuan bawa"
Agak-agak pelik tak???

Aku sangat suka pada sesuatu lagu yang tetap best walaupun dinyanyikan oleh dua gender yang berbeza,Dan kadang-kadang sesuatu lagu tu asalnya tak best bila lelaki nyanyi,tapi dengar cover version yang perempuan nyanyi best pulak.

Ada lagu yang asalnya sangat best bila lelaki nyanyi,tapi bila perempuan nyanyi bunyi ibarat bunyi flash yang ditarik sewaktu tandas tersumbat pulak

Dan paling sadis,lagu tu perempuan ke lelaki ke waima mak nyah chow kit nyanyi pun tetap sumbang bunyinya

dan salah satu faktor (pada pendapat aku yang buta seni la),nak memastikan ketahanan jangka hayat sesuatu lagu tu adalah ia sesuai dinyanyikan kedua-dua jantina,contoh lagu dendang perantau karya allahyarham Tan Sri P.Ramlee,Siti bawak pun best jugak kan.

Tapi ini apply juga pada siapa yang nyanyi cover version tu la ye.Buatnya dia panggi juara Karaoke sebilik air Desa JAti ni,harussssssssss hancur lagu-lagu

Sebagai pemanis entry,izinkan hamba menepek video-video lagu 2 versi untuk dibuat perbandingan

1.Katakan dengan indah

Versi asal(peterpan)



Yuna(cover version)






2.Fantasia Bulan madu

versi asal(search)




cover-Dato' Siti




Banyak lagi contoh lagu-lagu Unisex ni.Tapi,The king of Unisex Song adalah Ahmad Dhani
Kumpulan dewi-dewi tu rasanya macam banyak je nyanyi lagu Dewa yang lama-lama macam roman Picisan,Kasidah cinta dan banyak lagi.Tapi tak boleh blah time Ahmad Dhani nyanyi lagu makhluk tuhan paling seksi.




lihat dan Nilaikan sendiri.

eh,sat..blog ni tak pernah ada poll kan.Jadi untuk hadiah hari ni,aku sajikan poll bagi entri di atas.Sila ke sebelah kanan blog untuk mengundi.Undi anada penetu masa depan negara.eceh...

P/s:Menantikan Goyang Inul versi lelaki.Mungkinkah??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja