Tuesday, September 29, 2009

Early detection.Cure.Prevention

Aku masih malas.belum rajin.baru naek sekolah balik.kurang mood study.terasa tak ikhlas pulak pegi kelas lalu tidak memberi perhatian kepada prof malah menari poco-poco membaca CLEO dalam kelas fermentation.eh ada kaitan kah bioreactor dengan Megan Fox?.sila beli sendiri CLEO.jangan mintak kat aku.aku kedekut.kalau kau lelaki teringin nak tengok tapi malu nak beli.suruh awek ko belikan.tapi baik jangan.ngengada je nak join pink campaign(breast cancer awareness campaign) by Estee Lauder.

Kepada reader yang masih belum tahu,October telah dipilih sebagai breast cancer awareness month.jadi sebagai wanita prihatin ceh-ceh,dato'sharizat bila nak amek saya jadi exco???,dan sempena oktober yang akan tiba,aku tertarik untuk mengulas mengenai barah payudara.

Apakah Barah payudara?

Barah payudara adalah barah yang muncul di payudara.eh jawapan standard budak UPSR jawab kertas BM pehamaman lak.ok serius,Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis..kalau nak kira,ia adalah penyakit kelima yang paling banyak menyebabkan kematian.
Bagaimana saya tahu saya ada barah payudara?

Payudara

  • Perubahan saiz dan rupa

  • Lekuk pada kulit

  • Ketulan atau penebalan

Lengan
  • Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak

Rasa Sakit

Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.

(terus cek..hohoho..nasib baek takde lagi)

Risiko untuk mendapat barah payudara

1.cepat baligh,lambat menopaus
mak cik-mak cik atas 55 yang masih kena ganti puasa lagi,sila jangan bangga dengan kehebatan anda.risiko anda adalah tinggi

2.Beranak lambat

Mempunyai anak sebelum usia 28 boleh mengurangkan risiko barah payudara.cepat,mari meminang aku untuk mengurangkan risiko aku mendapat kasner payudara.jangan risau.ada 7 tahun lagi.aku masih berusia 21

3.Overweight

anda risau dengan masalah berat badan?sila hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk HERBALIFE yang mampu menyelesaikan masalah berat badan anda.sila email untuk pertanayaan:sayerbest@gmail.com

4.Kurang tido

oh cikgu(chumil sungguh panggil pensyarah cikgu),jangan marah kalau saya tido dalam kelas.saya nak kurangkan risiko kanser payudara.

5.makan banyak daging diproses

say bye-bye to KFC and Mc d,jom serang sushi king ramai-ramai!!!!

6.Minum banyak minuman alkohol

Sesungguhnya Allah maha mengetahui sebab pengharaman arak

7.Sejarah keluarga

Gene matters.

EH apasal pulak kita kena support kempen ni?bukan kita kena pun?

Kita tak tau risiko kita.dan kita masih BELUM ada sedara-mara yang kena sakit ni.kesian la kat orang-orang lain
Aku kan lelaki?takkan kena punya,bukan ada payudara pun.

Sila banyakkan membaca.lelaki masih ada risiko untuk mendapat barah payudara.cuma kebarangkaliannya adalah lebih kecil

Apa yang saya boleh bantu untuk kempen ini??
1.Beli CHollie

Chollie adalah hanger khas untuk menggantung bra anda.boleh dibeli dengan harga RM10 untuk 3 hanger,bagi setiap pembelian,rm 1.50 akan didermakan untuk BCWA(brest cancer welfare association)

untuk beli klik sini---------> dorfbury




2.Luangkan masa anda

join support group.sila surf web www.radiologymalaysia.org untuk keterangan lebih lanjut.pesakit barah payudara memerlukan sokongan anda.

3.sale

Jual barang-barang berunsur pink,macam reben pink ke.hasil boleh didermakan kepada breast cancer department di hospital-hospital

Untuk keterangan lanjut boleh layari:
-http://www.breastcancercampaign.org/whatwedo/

p/s:ada banyak mitos mengenai kaser payudara yang aku tak pasti kesahihannya.
-pakai bra lama boleh menyebabkan kanser payudara
-pakai deodoran pun

ada sape-sape boleh jawab?



2 comments:

guntur said...

soalan last tu nak jawab

pakai deodoran tak pasti boleh kena ke tak.tak tau pun fungsi deodoran tu apa.tapi yang pastinya benda yang menghalang perpeluhan boleh mengakibatkan kanser payudara.mekanisma dia tak berapa ingat.mungkin peluh yang terkumpul menyebabkan toksik terkumpul.

hari khamis ni belajar pasal breast examination kalo ikut jadual.insyaallah akan dapat jawapannya.

Anonymous said...

OWH.. aku ingatkn Chollie tu adalah sejenis coklat yg akan dijual time kempen2 tu..rupenye tanggapan ku itu meleset,jauh sama sekali..ku harapkan coklatah lazizah, rupenye penggantung brassiere/coli..pasal deodoran sume tu, aku xtau plak..ape yang penting, sile berjaga2,kang da kene kanser,aku gak yang nk kene potong..Q, adakah patut dipanggil payu saja sebab sebelah lagi da xde kalo da kene radical mastectomy..

maaf kalo terkasar bahasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja