Friday, September 18, 2009

Rombongan dari neraka

Aku memang seorang peminat cerita seram yang agak tegar.Lagi-lagi yang hantu dia timbul mengejut semasa watak utama sedang makan KFC shrimp yang baru tu,lantas membuatkan watak ketakutan lantas tercekik udang-udang itu.tu la sape suruh makan KFC tak ajak.

Walaupun aku suka cerita seram,tapi kadangkala aku seorang yang penakut.walaupun aku penakut,tapi aku suka kaver macho semasa menonton bersama kawan-kawan.Antara aktiviti macho yang selalu dilakukan adalah duduk gaya santai di atas seat ataupun bersimpuh sebab kaki sejuk(waa..sopan kan bersimpuh kat dalam panggung,munkin itu asal usul perkataan simpuh panggung kot),ataupun lebih drastik lagi mengetawakan hantu-hantu dalam cerita itu,malahan lebih kejam lagi,mengejek kawan-kawan yang ketakutan,apelah bayar tiket mahal-mahal,tapi 2 jam cerita, 1 jam 4o minit kau tutup mata(sila jeling pada gadis "comel" berat hanya 38 kg itu"

Tapi,
bila malam menjelma,maka aku la orang paling penakut sekali,tapi penakut buat-buat berani je la.contohnya,pegi tandas sambil tak nak jeling tingkap kecik dalam toilet tu,ataupun pegi ruang tamu tak nak pandang tingkap@pintu dan sebagainya.pastu tido mesti termimpi-mimpi sampai terjaga tengah-tengah malam.

Peliknya,sampai bulan ramadan takut tu macam hilang tiba-tiba.Dengan beraninya,aku marathn siri puaka niyang rapik sorang-sorang pukul 2 pagi.dan tidur lena macam pakai pampers baby yang tagline dia'tidur lena bangun dengan senyuman"

Inilah dia yang dikatakan

MIND SETTING

iaitu,apabila kita menganggap sesuatu benda itu bagus,maka baguslah ia.Jika kita anggap benda tu cantik,cantik la dia.Macam aku yang tak seram dan tak terbayang-bayang puaka niyang rapik yang nampak fake,tapi terbayang-bayang ustaz amirul lak(serius kalau cikgu sekolah agama petang aku muka camni,KOMPEM aku tak akan ponteng walau sehari pun)

Hantu

Ketakutan kepada hantu adalah ketakutan yang diwarisi dari zaman-berzaman.Lain masyarakat lain hantunya.dan jangan hanya berminda jumud dengan mengatakan masyarakat kolot je takut hantu.Semaju-maju jepun tu,dorang la paling galak prduce movie-movie hantu rambut rebnding.

Hasil pemerhatian aku,setiap masyarakat ada hantunya tersendiri,dan latar cerita seram yang berbeza,mungkin menggambarkan sosiologi,penerimaan dan tanggapan masyarakat mengenai hantu itu sendiri.Antara yang boleh kita lihat:

1.Hantu mat saleh

Mereka amat popular dengan dracula dan vampire.Hantu orang putih ini biasanya berpenampilan agak vogue,kemas dan hensem,tapi pucat(sila rujuk statement ini kepada Robert Pattison OK).malahan drakula pula muncul dengan imej yang WOW ,hantu mat saleh juga menjaga imej dengan tidak membuat entrance dengan rupa paras yang buruk,paling-paling pun kepul-kepul asap.

Exception for Banshee from ireland:walaupun dia hantu barat,tapi rupa dia tak hot.Kalau masuk miss hantu universe boleh kalah dengan Meriam pontianak harum sundal malam

2.Hantu cina

menurut wikipedia masyarakat china percaya bahawa hantu merupakan roh yang enggan "dikitar semula" kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi "hantu kepada hantu". Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka hak dilahirkan semula.

Mereka juga menyambut perayaan Hantu lapar,di mana ketika itulah mereka menjamu roh -roh yang keluar setelah dimensi alam dunia,syurga dan neraka dibuka.

3.Hantu jepun

Ciri khas hantu jepun@ korea adalah rambur rebonding.kalau baca komik doraemaon,giant suka takutkan nobita dengan hantu yang ada tanglung atas kepala,pastu nobita akan takut sampai terkencing.JAtuh saham nbita depan sizuka tau.

4.hantu di Malaysia

Ada-ada..banyak.pelesit rempit,hantu kepala hitam pecah rumah orang malam-malam,kacang hantu.banyak lagi la..

OK serius,
banyak gila hantu kat malaysia ni.bak kata adik aku dalam blog beliau:Mungkin kalau dibuat kalau nama-nama hantu itu dimuatkan dalam Ensiklopedia Hantu di Malaysia akan mencapai ribuan muka surat.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI HANTU

Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenaali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia.

PENDAPAT AKU

Pada aku,aku tak rasa hantu tu berkuasa apatah lagi superior.namun mereka boleh menimbulkan keseraman kerana mereka adalah makhluk ghaib,dan kalau muncul pun dengan rupa paras hodoh,lantas menimbulkan rasa seram dengan rupa paras dorang.

Kedua,hantu suka buat entrance mengejut
ini juga faktor seram.Tiba-tiba lampu terpadam la,pintu tertutp sendiri la.mana la orang tak terkejut,pastu keluar muka buruk dia.adoiyaiii

Ketiga,hantu suka buat bunyi-bunyi
Bunyi adalah salah satu cara menimbulkan keseraman.cuba suara-suara yang ngusik ko macam suara Mr.Os,korang seram ke???ataupun hantu mengilai ketawa rida rudaini dalam anak mami.jadi bunyi adalah deria yang perlu diharigai dan dimanfaatkan oleh hantu..

Maka,aku nak menymbung download puaka niyang rapik episod 12 lak...nak layan sok malam,eh,malam esok raya la.setan terlepas dari neraka dah,alamak,tak jadik aku layan cerita tu esok.tunggu ramadan tahun depan lak

2 comments:

starz said...

antu niyang rapik seram ke??...cube ko tgk betol2....ade yg muka cam biskut oreo...cam raksase otromen pon ade gak...hehe...tu yg mate aku tgk r....=P

Anonymous said...

walupon ko kutuk aku.. tapi xpela, sempena raya aku maapkan ko jer..
-gadis comel yang ko kutuk-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja