Wednesday, June 30, 2010

Budak-budak memang jujur

Dengar cerita mak aku mengenai budak sekolah rendah tahap 1 memang sangat comel.

Scene 1:
Lokasi:Kelas 2 Bijak

Mak keluarkan coin purse dia dari handbag.kanak-kanak darjah 2 kebetulan mengerumuni meja guru.

"e..eh..cikgu,sikitnya duit cikgu.Kesian cikgu."

Scene 2:
Kelas 3 pintar

Mak aku adalah guru kelas 3 Pintar.Beliau sangat suka hias menghias,malahan ada membelikan sticker dinding untuk hiasan kelas 3 Pintar.

"Teacher..mesti banyak duit teacherhabis untuk kitorang ya".

Scene 3:

Ringtone Handset mak aku adalah lagu "Love So Sweet" dari Arashi.Jangan salahkan beliau,pengaruh itu datang dari aku.

"e.eh..Henset teacher ada lagu samurai"

Budak-budak memang jujur,cakap apa saja yang terlintas di fikiran.Mereka tak pandai menipu,tapi kadang-kadang kalau menipu senang nak detect kot,melainkan spesies Mat rempit junior atau bohsia in-making.

Ibarat kain putih,dicorakkan mengikut persekitaran.Jika persekitarannya Islamik,jadi muslim lah dia.Jika persekitaran rajin-mengundi-realiti-tv,maka berminatlah dia dengan AF dan mentor.Jika ibu bapa mencorak elemen yahudi,jadi yahudi-wannabe la dia.Kadang-kadang ibu bapa dah ok,corak mengikut Biah Islamiah,tapi pengaruh sekeliling mungkin mencabar mereka.

satu cadangan:
Nak sure kan anda kacak/cun secara sebenar-benarnya,sila tanya kanak-kanak.Jika jawapannya tidak menepati dan memuaskan hati anda,jangan bimbang.Mereka hanya bersifat jujur

Tuesday, June 29, 2010

~Not so random~

Entri saja bagi blog tak berhabuk.Mental blocking,ada idea nak tulis,tapi time idea itu muncul adalah tidak sesuai sama sekali:masa drive,di tandas,masa tunggu giliran kat pos office dan mandi.Bila dah on blogger balik,idea hilang,menjadi keping-keping setelah kau pergi.Maka,penyelamatnya adalah

"The not so random"

1.Sekarang rumah saya adalah sangat bersepah ye tuan-tuan,ceh ceh padahal hari-hari bersepah...Ini kerana di rumah saya akan berlangsung majlis besar pada 10 Julai ini,busy la berkemas-kemas menyediakan keperluan untuk tujuan tersebut.Tak la besar mana pun,tapi lebih besar la dari majlis tahlil 100 hari dan majlis potong jambul.Majlis apa??Tunggu......
(Sila online laman Facebook anda pada hari kejadian,atau dua tiga hari selepasnya untuk keterangan lebih lanjut.I would'nt like to reveal the details too much)

2.Sekarang banyak sangat benda-benda yang menyebabkan aku rasa kita Orang Islam ni boleh dilabel sebagai too pathetic..Entahlah,sikit-sikit propaganda Israel.Ya,aku tak nafikan benda tu wujud.I'm not going to talk more on protokol 12.Itu tanya orang-orang mahir..

Benda yang selalu diforward sana sini adalah:

2.1:Israel gian nak Telanjangkan body Perempuan Islam kat facebook dengan kegiatan scan hapakejadahnya..Fuyoooo,hebat gila korang ek,mana tau Israel yang scan??Kira korang lagi hebatlah sebab dah tau diorang boleh scan gambar.Bagus-bagus..

Sebenarnya,Israel tak payah tunggu nk telanjangkan gambar sorang-sorang.berlambakkk perempuan Islam telanjang kat Facebook,My space,malahan err kat tepi-tepi jalan tu sipi-sipi la.

Apa salah cakap elok-elok,perempuan tak elok letak gambar bersepah close up bagai.Perlu ke nak gunakan nama Israel?

2.2 Ni kes suruh tulis nama Israel kat facebook sebagai 15rael,sebab kalau tulis penuh kat status FB ke,nanti direct link ke Fan Page dia(wikipedia page).Konon-konon nanti termasuk la kat Facebok page dia,kira hebat la propaganda diorang.
Hello adik kakak,sebenarnya macam ni.If korang mention benda yang ada fan page dia kat FB,maka status korang MEMANG akan direct masuk ke fan page tu.Contoh kalau ada fanpage Sayerbest la kan,dan korang tulis kat status
"Sayerbest perasan best"

Status tu tetap akan masuk kat Fanpage aku tu.walaupun takde kaitan dengan israel.Ada faham??

Kesimpulannya,jangan la takut sangat dengan Israel tu.Diorang manusia,makhluk Allah jugak.Yang kita takut kalau kita terikut perangai buruk mereka tu.Lagi satu,tak perlu lah menipu walaupun untuk kebaikan.Tahukah anda,kebanyakan hadis maudhu' muncul akibat niat para alim untuk menggalakkan orang awam berbuat kebaikan,lantas menegluarkan kata-kata yang kononnya dari rasulullah.Tujuan tak menghalalkan cara.

3.Konvo aku
Konvo aku mungkin pada 25/9/2010.Setakat aku riki-riki kat web USIM.Alhamdulillah,subjek latihan industri aku LULUS dan dapat A.yeah,first time dapat 4 flet.(PErlu ke nak bangga,sedangkan benda ni tak masuk pn PNGK),Hutang-hutang dah seel dan insyallah aku akan konvo dengan jayanya.



Sekian,hapdet random saya.Jangan komplen takde isi dan motivasi,memang takde isi ni

Tuesday, June 22, 2010

Kata Pujangga Untuk Hari ini

Dulu selaalu dengar orang kata,kalau kita betul,kita diam.Insyallah pihak lawan akan reconsider kita balik.

Kalau kita salah,lepas tu kena marah,baik juga kita diam.Untuk bagi kedua-dua pihak lawan sejuk hati..

Tapi..

Sekarang rasa pelik,bila senyap,makin banyak pula kena sembur beetubi-tubi

P/s:Tiz zaqyah......Kenapa tak balas balik twitter Fasha tu????

Thursday, June 17, 2010

The magic of Google

Awak-awak,eh termuthanna pulak.

Awak pernah pakai Google?
"pang sedas!!!"pernah la,kalau tak macam mana aku nak search bahan untuk assignment aku.

Ya,Google adalah elemen penting dalam dunia maya hari ini.Kiranya macam powerful search enjin jugaklah..

Ok,hari ni malas nk cerita sejarah Google...
Tapi nak show you wonders of google

1)Carian pelik-pelik yang kelakar

Okehhh..ini kerja penganggur sepenuh masa okayy..Takde benda nak buat,saja try-try experimenting.Silap,inspired dari satu web kelakar,then try buat carian sendiri


Bini hilang,wallet hilang pun nak carik kat Google ke??

Ada orang masih confuse identiti diri,apakah dia seekor werewolf

2)Google trend

Kalau nak hit@trafik hangat ke blog anda,boleh la bertandang ke google trend.Susah-susah sangat tak tau nak carik link,search je kt google tu haa,keluar aje

Kalau malas nak search takut keluar merepek,klik
http://www.google.com/trend

Mari kita jalankan sedikit kajian,mana tau naik taraf jadik prof pulak kan.Blah,jangan perasan

Sekarang ni musim bola.Jom tengok negara mana paling gila world cup sekarang ni

Graf 1:Negra mana paling gila bola



Discussion dari graf ini:

Kita dapat lihat ya tuan-tuan,graf tertinggi sebelum ini adalah 2006,dan grafnya tak semengah sehingga 2010 ini.Menunjukkan glemer World CUp adalah bermusim iaitu pada tahun penganjurannya sahaja.Lokasi paling banyak search guna keyword World Cup pula adalah South Africa,penganjur kejohanan kali ini.OK tak weird.
Tapi yang aneh adalah kat bahagian language tu:Apa kehalnya Bahasa Vietnam paling banyak digunakan pulak??Sebenarnya,dalam search aku ni Malaysia no 7,tapi print screen tak cover penuh pulak

Graf 2 Negeri Mana di Malaysia paling gila worl cup


Oh Yeah,kamik memang suka tengok bole.Sarawak menjuarai carta pencarian,kemudian diikuti oleh Perak dan Kuala Lumpur.Namun,bandar yang paling banyak mencari mengenai world cup adalah Klang,manakala bahasa yang paling kerap digunakan adalah English.Menunjukkan tahap pembacaan dan pemahaman bahasa inggeris di kalangan rrakyat Malaysia semakin bagus.

3)Haa..semua orang concern Bola,jom kita tengok siapa yang corcern Gaza


First on chart adalah dari Palestin sendiri,not shocking at all.Then Turkey,maybe concern dengan apa tnetra Israel buat pada anak kapal Mavi Marmara,yang banyak orang dia tu.

Yang no 6 tu shock.WHAT!!!More Israelian search on Gaza compared to from Malaysia??Indonesia tak heran dorang ramai,sebab penduduk dorang ramai.

Lepas tu still bahasa Turkey paling banyak digunakan,dan Hebrew pun banyak jugak.



3)Walaupun Google ni best,namun kita hendaklah berhati-hati.Lagi-lagi adik-adik bawah umur.Jangan biarkan diorang surf Internet sorang-sorang,kena ada pengawasan.Takpun pasang filter.

Kita takut ini yang terjadik kalau diorang nak buat Homework pasal hubungan kekeluargaan.

Bila search "bapa",keluar ini

Search abang pulak,keluar yang ini:














Renung-renungkan dan selamat beramal

Tuesday, June 15, 2010

~Mari kita bercinta~

Aww...terasa malu pulak menulis tentang cinta...

Saya memang suka bercinta,dengan keluarga,rakan-rakan dan yang paling utama sekali adalah cinta pada Allah dan rasulnya,itu yang penting..

Kata orang,cinta itu buta,tidak mengenal paras rupa,pangkat dan harta.Kalau cinta itu memilih rupa,itu bukan cinta,nafsu namanya.Jika cinta itu melihat harta dan pangkat yang utama,itu materialistik la pula.cinta sejati tidak melihat semua itu..malah ada satu proverbs english tak ingat kutip kat mne tah,"Love is blind,marriage is an eye opener"

Tak semua benda yang manis,tak semua yang pahit kekal pahit..Jadi don't expect too much.Perkahwinan adalah proses untuk saling mengenali,saling melengkapi satu sama lain,umpama kopi dan coffee-mate...

Setiap orang punya citarasa yang berbeza,namun semuanya Allah jadikan untuk melengkapi satu sama lain.Kadangkala terjadi perpisahan,tapi jangan salahkan takdir,muhasabah diri sendiri.opss..tapi jangan terlalu drastik salahkan diri sendiri,mungkin ada hikmahnya.

Lagi satu,tunjukkanlah kasih sayang anda,luahkan ia pada yang perlu,bimbang-bimbang tak sempat meluahkannya...ai,takkan luahan kosong je kot.
Nak tak kalau anda luahkan cinta anda,dan dapat melancong ke Bali bersama si dia yang anda sayangi(I means yang Halal dan sah untuk dibawa melancong bersama,suami ke,emak ke..yang haram a big NO NO ye)

apa lagi..sapa tahu luahan cinta anda dapat perhatian,sambil-sambil boleh layan drama cambest ni..

Sila klikpic kat bawah ni:






Tuesday, June 08, 2010

Apa barang kutuk Israel!!

Yeah,boikot lagi.
Kutuk lagi.keji lagi tindakan Israel.

Hmm..benda sama ni jugak aku dengar dari tahun-tahun lepas,tapi still israel masih Israel itu lah yang berkuasa,dan umat-umat Islam inilah yang masih tertindas.

Kalau baca berita,tengok FB,status semua orang sangat riuh mengutuk.Tapi ada efek ke pada Israel itu??

Don't get me wrong.dan janganlah ayat aku ni disalahtafsir.I'm not that into the Zionis,and against boycotting.Kewajiban Umat Islam untuk membenci kekejaman dan kezaliman,lebih-lebih lagi terhadap Muslimin.

Kita(Malaysian),termasuk politician,artis,orang ramai semua pakat kutuk Israel sana sini,Israel kejam la,Israel zalim la.Tapi kita lupa yang kadang kala kita ni lebih kejam dan zalim daripada mereka.

Macam mana  Israel nak takut dengan kutukan dan kritikan kita
......dengan keadaan umat Islam tak pernah bersatu
......dengan sebab lain fahaman politik boleh pisah jemaah
......dengan arak dan judi dihalalkan
......dengan mabuk hiburan
......dengan tempat ibadah yang hanyah megah di luar,kosong di dalam

Cakap berdegar-degar tapi tang tu jugak.Kita lebih keji dari Yahudi sebenarnya kalau kita hanya berkicau sini sana kutuk mereka,tapi kita masuk tak malu nak ikut Akhlak mereka.You know what,kat status FB bukan main F**k Israel la,benci Israel,tapi profile pic masih gambar berpeluk dengan BF.Apa kes???

 Then,
APA BARANG KUTUK ISRAEL KALAU AKHLAK KO MASIH MACAM DIORANG

marilah kita mengutuk kezaliman mereka sambil mengubah akhlak kita agar terhindar daripada kezaliman dan kekejian.

p/s:daripada korang say 'Fuck Israel" ada baiknya korang baca Qunut Nazilah.Setakat Fak tu takde maknalah.

Wednesday, June 02, 2010

...of my Journey to Penang(part 2)

26/5/2010(Khamis)

Saat yang paling mendebarkan,Adjudication Session...

Aku dari awal-awal pagi dah ready belit-belit shawl,mekap-mekap sikit( BB cream je pun),macamkan kau nak masuk Dewi Remaja,padahal judges nak evaluate produk je pun,sikit pun markah paras rupa tak masuk dalam adjudication tu.Erkk,kalau masuk pun menyumbangkankah??

Sangat lama menanti para judges.Apa ke hal la pukul 11 bru sampai booth aku.Hilang idea terus nak cakap.ceh ceh padahal nebes...Aku pun dengan berkakilebarnya menerangkan mengenai projek kami ini.Penerangan mengikut point adalah seperti berikut:

1.Enzyme sebagai heart of biotech,memercepatkan reaction,mesra alam tak macam chemical catalyst(eg.zink)
2.Walaupun dia best,dia ada masalah mengada-ngada,iaitu tak tahan suhu panas,ph kuat,harsh chemical.Manja sungguh
3.Dah ada penyelesaiannya,iaitu immobilized enzyme.Kira enzyme ni diubahsuai la,letak support ke,gne chemical ke,Tapi so far,immobilized enzyme ni subhanallah,mahal ya amat.Tak silap sebotol kecik.macam besar-besar Teamix herbalife tu adalah dalam RM 500.Mau bangkrap tokey minyak,detergent,dan lain-lain since application enzyme ni banyak sangat.
4.jadi projek aku ni adalah menghasilkan immobilize enzyme dengan kos yang murah,iaitu guna batu-btu kapur.Ni banyak dari seramik waste.murah what..

Bagaimanapun para juri seakan tidak memandang tinggi usaha ku ini.Pertanyaan dan pandangan yang agak doubtful dan suspicious membuat aku macam down sikit..

Hasilnya:Mood yang kurang elok sepanjang hari ini

Nasib baik,Cik Arina selaku penyokong tempatan mengubati keresahan kami(aku dan group aku),lantas membawa kami ke Kedai Jeruk Pak ali.Untuk membeli berbgai-bagai jeruk yang sedap-sedap belaka.



Malam pulak,kami mebuat rombongan Cik Kiah untuk ke rumah arina di kepala batas.Oleh kerana mahu nampak thrill kenkononnya,kami decide nak naik feri meyeberang ke seberang..

MALANGNYA.....

Sekilas ikan di laut,tengok gambar dah tau sapa mabuk laut
Aku hanya dapat menikmati keindahan Pulau Pinang untuk beberapa ketika cuma...Tak lama lepas hoyeh hoyeh kagum dengan pemandangan pulau,tak semena-mena kepala aku rse mcm berpinar dan tekak mulai loya...Nasib baik ada tandas.Haaa..bertapa kejap aku kat situ..Mabuk laut aku ni rupanya...

Dalam perjalanan tu aku hanya mampu baring dan berdiam,nasib baik time sampai rumah Arina tu aku dah hampir recovered balik.Nak nak lepas makan mee groeng mak Arina buat,bertambah-tambah hilang sakit kepala aku..hahaha

Malam tu jugak balik hostel,ye la kan.Esok pukul 8 nak bukak gerai balik

27/5/2010(Jumaat)

Pagi macam biasa la bukak booth,sempoi je.Visitor tak ramai hari ni..Yang ebst aku nak cerita adalah tengah hari

Cik Arina sekali lagi bermurah hati membawa kami ke tempat praktikalnya iaitu Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung.



Tempat ni sangat best.Ada akuarium,kolam penyu dan opkos la perikanan,maka banyak la ikan-ikan berkeliaran di sini..Ada ikan kecik,ada besar,ada sederhana,,Ikan todak je aku tak jumpa.


Petang tu ada majlis penutupan dan penyampaian hadiah,

SEPERTI YANG DIJANGKA...


AKu tak menang apa-apa medal..hahaha..

Tapi takpe sebab USIM menang 2 medal:E-manuskrip(gold),GABA(silver).In addition,E-manuskrip dapat social impact policy award dan wang bernilai RM3000..




Habis closing ceremony,terus berangkat pulang ke hostel.Kemas-kemas dan check-out..Naik bas pukul 7 p.m

Pukul berapa tah,berhenti jap kat Permatang Pauh makan Kuey Teow special..Apa lagi kan,dalam trip dah ada orang kaya,pow la sikit-sikit.Tak luak kot..Hahaha

Banyak udang,tapi Kuey teow sikit je...Apehal pun not bad la


Lepas tu,jalan gitu gini,berhenti kt Tapah untuk Solat,then sampai la kat Nilai pukul 3.30 a.m.Terus balik rumah Yuni.

Pukul 9.00 pagi esoknya,dah keluar sebab Family Yuni nak pergi kawen sedara dia kt Johor.Maka aku dan Zila bergerak keluar...

Dipendekkan cerita,aku hantar Zila ke kLIA,lepak bilik cousin kat Nilam,then pukul 3 gerak balik JOhor

Demikianlah pengalaman saya menyertai NRIC.Walaupun tidak menang,tapi pengalaman menyertai itu yang penting.Bak kata Dr Siti,fighting spirit tu yang penting.Pada aku,program ni bagus sebab memberi pendedahan untuk kita menonjolkan produk kita dan dalam masa yang sama,kita dapat pendedahan terhadap inovasi dari IPT lain.Sepatutnya,banyak lagi projek yang boleh diketengahkan,tapi entahla,mungkin ditakdirkan kami ni dalam era penjimatan kot.Apa nak buat.

To juniors,buat yang lebih baik dari ini,Ni baru sikit je ni..hehehe


To all of USIM contingent,tahniah kepada anda semua di atas usaha keras.Tak lupa kepada penyokong dan pengiring,kawan-kawan yang banyak menolong(esp Asma' dan Arina.faiz juga).

Last but not least,tahniah juga kepada committee members of NRIC 2010 kerana dapat menganjurkan event yang hebat dan layanan yang baik kepada semua peserta..


(Pic kredit to Asma'Othman)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja