Ada seorang profesor,menulis ayat tanpa tanda baca di papan hitam,
Woman without her man is nothing
Lalu Prof berkata kepada warga kelas,
"Ada siapa-siapa yang volunteer nak letak tanda baca kat ayat ni?"
Seorang lelaki bangun,"Ala prof,kacang je ni.Adik saya yang kat tadika Abim pun boleh buat"
Lelaki itu bangun,dan meletakkan 1 koma dan satu titik pada ayat itu,lalu berbunyi begini,
Woman without her man, is nothing.
Beliau kembali ke tempat duduk dengan keeknya.Tiba-tiba seorang wanita pulak angkat tangan dan berkata,Prof,ayat dia macam tak betul je,taraf ayat adik dia yang Tadika abim tu.
Wanita itu menuju ke whiteboard,eh kat atas tadi tak tulis eh kat whiteboard.yela-yela bagitau la ni,dia tulis kat whiteboard la.
Wanita itu menulis kembali ayat itu,tetapi dengan connotation bebeza:
Woman,without her,man is nothing.
So,Prof,mana yang betul ni??????
********************************************************************************
Ok sini,prof jawab soalan..Peh kerek gila kan mengaku prof,baca journal pun terkebil-kebil bijik mata.
Sebenarnya dua-dua betul,ya dua-dua.Pada wanita,memangla ayat yang kedua tu betul,Tanpa wanita,lelaki bukan siapa-siapa.Macam mana dia nak keluar kalau takde mak dia??dan pernah dengar kata pepatah,di belakang lelaki yang berjaya,ada seorang wanita yang menyokongnya.
Pada lelaki,ayat mereka juga betul.Suami banyak memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang wanita,contoh,nak masuk syurga,baiklah kau macam mana,solat sunat la 20 rakaat sehari,tapi kalau kuat mengherdik laki 25 jam sehari,bau syurga pun tak cium tau tak??dan di belakang wanita yang berjaya juga,adanya suami yang menyokong dan bertoleransi padanya.
*******************************************************************************
Oh ya,entri ni bukan bertujuan nak mengulas tanggungjawab laki bini.I'm not intersted yet,since I'm not married,and not intended to marry within this period..Tapi,point di sini adalah,
Setiap orang mempunyai interpretasi berbeza,yang lain antara satu sama lain,mungkin disebabkan perbezaan gender,pendidikan,kefahaman dan persekitaran.
Setiap orang juga melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.Sesetengah benda mungkin bagus bagi seseorang,tapi sangat buruk bagi orang lain.Unik kan ciptaan Allah,yang mencipta otak manusia.kalau tak,mahu semua orang berebut benda@orang yang sama.kalau tak pening aku nak pilih pakwe,kalau semua orang taste kat aku je.Eh,kenapa mesti bagi contoh yang ni?
Kadang-kadang aku nak komen je status-status kat facebook,yang kadang-kadang aku rasa kurang sesuai.Pikir-pikir balik,lantaklah,dah dia pikir macam tu,nak buat macam mana kan.Kang ada aku kena sembur bajet betul 25 jam sehari.Macam bagus je kan nak tegur pendapat orang.hahaha..
Tapi kadang kala,pendapat tu perlu disalurkan,mungkin untuk bertukar pandangan dengan orang lain,ataupun kadangkala kita rasa pemikiran orang tu boleh menyalurkan dia kepada benda yang kurang elok.kalau kawan kau kata bosan hidup nak bunuh diri,takkan kau nak hormat pandangan dia kot???Sesetengah benda,boleh la kita consider,tapi benda-benda yang sensitif dan menggugat akidah,nak atau tak,kita kena betulkan pandangan tersebut.
Apapun,hidup ini meriah dengan pelbagai pendapat dan pandangan,yang sepatutnya dikongsikan dalam suasana yang sihat.Perbezaan adalah untuk dihormati,bukan untuk disisihkan,pandangan juga perlu dikaji,bukan dikeji.Kalau semua umat Islam zaman sekarang buat macam ni,tak akan timbullah isu perbalahan politik,perbezaan mazhab dan sebagainya.
owh,balik kepada chapter atas tadi.
Next question is,
"Who will be my man??"
G.A.T.A.L
2 comments:
biala sy me'volunteer' meletakkan tambahan huruf..
"who will be my manIAM?"
Wah??Tbe2 kah Maniam???
Post a Comment