Terima kasih kepada cikgu-cikgu dan adik-adik yang terjumpa blog ini.Harap maaf la ya,akak bukan pembuat kertas soalan UPSR,ataupun penanda soalan,hanyalah bekas pelajar yang menduduki UPSR pada tahunn 1999..
Ala,tak payah susah-susah nak carik soalan dekkkkk,dengar kata UPSR nak mansuh.Besok katanya rundingan meja bulat nak tetapkan keputusan,mansuh@teruskan.
Menurut pandangan aku,keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR ni berkait rapat dengan pelbagai komen dari pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan di Malaysia ini terlalu berteraskan peperiksaan,menekan pelajar,dan akhirnya melahirkan generasi yang hanya bijak menghafal,tanpa mengetahui aplikasi,dan kepentingan mata pelajaran yang mereka belajar di peringkat tersebut.Sia-sia mengabiskan space je dalam buku teks ada halaman nilai murni,tapi berapa ramai pelajar yang betul-betul memahami dan mengamalkan nilai murni tersebut??
Bagaimanapun,keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR bukan semudah yang disangka,macam ko tulis entri,tapi rse entri tu cm tak guna,ko boleh delete.Kita kne list dlu kebaikan dan kekurangan pemansuhan tersebut
PRO
-kurang tekanan kepada pelajar,lebih2 lagi peringkat sekolah rendah
-kurang burden kepada guru,jadi mereka boleh tumpukan kepada perkembangan minda kanak-kanak dan pembentukan sahsiah mereka
-kurang kos dri segi penyediaan kertas peperiksaan,elaun pengawas dan penanda peperiksaan
-Lebih banyak masa untuk kanak-kanak mengecapi hidup sebagai kanak-kanak
-Kurang perbandingan dan permusuhan.Contoh,"anak ko 2A je,anak aku main PS2 malam exam pun boleh dapat 5A"
Cons:
-Tiada satu aras penanda kemampuan pencapaian pelajar.Tak tau anak-anak memahami atau tidak subjek yang diajar
-Tiada sasaran dalam pembelajaran.Mungkin menambah masalah ponteng sekolah.
-Tiada penilaian untuk pemilihan pelajar-pelajar ke sekolah berasrama penuh,mungkin akan meningkatkan kronisme
-dan Yang Paling kronik:Tiada aras penilaian khusus untuk menetukan aliran pelajar sama ada sains/sastera ikhtisas/teknik/vokasional
Cadangan(Sekadar buah pikiran,tak nak pakai sudah)
-Mengadakan penilaian berterusan peringkat sekolah,di mana aspek praktikal diberi perhatian.Contoh,dalam subjek pendidikan islam,aspek praktikal seperti praktikal solat,tayamum dan sebagainya juga diberi penilaian.
-mengadakan peperiksaan khas kemasukan ke SBP,MRSM,sekolah bestari dan sebagainya.Siapa-siapa nak ambil exam tu pulak,kena capai markah yang bagus dalam penilaian berterusan seperti yang disebut di atas.
-Kalau nak mansuhkan,biar UPSR sahaja,bukan PMR sebab PMR akan menentukan aliran yang diambil.Sambil tu buat ujian minat dan kecenderungan supaya tidak timbul isu budak 9A dipaksa ambil sains oleh ibu bapa,walaupun dia lebih berminat dengan subjek vokasional,seperti ekonomi rumah tangga.
-Dengan kurangnya beban peperiksaan di peringkat sekolah rendah,guru-guru boleh menumpukan pembangunan minda kanak-kanak,dengan menerapkan teori asas-asas pelajaran dengan cara yang paling mudah.Kenapa aku tumpukan pada sekolah rendah.Sebab di masa ini lah paling sesuai untuk mencorak pemikiran kanak-kanak
Sekadar cadangan dan buah fikiran dari aku yang bukan siapa-siapa.Mana tau ada interview nanti ke,mohon KPLI ke,dorang tanya pasal ni,isu semasa kan.Sekurang-kurangnya ada la aku nk jawab.eh,jangan tiru jawapan aku pulak.Sibuk je
No comments:
Post a Comment