Friday, August 13, 2010

Buat baik berpada-pada,sebar hadis palsu jangan sekali

 Kebelakangan dan kehadapan ni,ramai benar yang suka tag aku,dalam picture wish selamat berpuasa la,hadis dan tazkirah sempena ramadan la.Terima kasih la ya kawan-kawan.Rajin betul korang.jangan kecik hati lak aku tak reply,bikin gambar potoshop cantik-cantik dan tag orang.Dunia photoshop dengan ku kini umpama orang pegi Bazaar,hari-hari terliur nak beli ayam golek kat hujung,tapi sebab dah terbeli makanan lain yg menggiurkan di awal-awal,lantas tak terbeli-beli smpai abes puasa.Tak tau nak beli bila.Faham x metafora yang sangat exagerate ni???


Di sebalik pengetagan mereka,yang menarik perhatian aku adalah hadis mengenai kelebihan solat Tarawih.Dulu kecik-kecik benda ni siap publish dkt paper2 utama,column bwh waktu berbuka.Sekarang tak tau,lama dah x baca paper,bce secara on9 je.Tapi sejak beberapa tahun yang lalu,Hadis ini telah dikategorikan sebagai Maudhu',malahan telah difatwakan oleh kerajaan Brunei.Boleh baca kat sini dan juga telah dinyatakan dalam web JAIS kat sini

Kalau nak tau,lebih kurang cmni la Fadhilat Tarawikh yang ditulis

Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima: Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam: Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas ( lapisan tanah yang keras )

Malam ketujuh: Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman

Malam kelapan: Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan: Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh: Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas: Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.

Malam kedua belas: Dia dating pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas: Dia dating pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan

Malam keempat belas: Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.

Malam kelima belas: Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi

Malam keenam belas: Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas: Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas: Malaikat menyeru: “ Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”

Malam kesembilan belas: Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh: Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu: Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua: Dia dating pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga: Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat: Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima: Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam: Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh: Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan: Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh: Allah berfirman: “ Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” ( Majalis )Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Masa kecik-kecik aku gila fanatik dengan benda ni.Siap memilih-milih malam yang nak buat 20 rakaat.Contoh malam 24,nanti dimakbulkan 24 doa.malam-malam lain banyak buat 8 je.Secara logik pemikiran aku sebagai kanak-kanak adalah,benda2 lain tu boleh masuk je untuk didoakan dalam 23 doa dimakbulkan dalam malam 24 tu,pastu baki 1 doa tu,mintak semua doa2 lepas ni jadik makbul..Haa..camtu la aku pikir masa kanak-kanak dulu.Agak genius tak??Hahaha

Tapi semakin besar,setelah benda ni dikatakan sebagai palsu.aku meneliti senarai-senarai fadhilat tu.Terasa terlalu melebih-lebih pulak.yalah,ibadat seperti Nabi-nabi la,pahala rasul-rasul la.Kita,umat akhir zaman ni,tahap sekecik-kecik sahabat pun,mustahil kita nak saingi,ni nabi-nabi.mampu ke kita ?kalau macam tu,boleh je orang jadikkan hujjah.takpe tak solat hari biasa,abaikan solat Sunat hari-hari lain,bulan Ramadhan,Tarawikh tu boleh cover balik.Ya tak????Kira macam bulan puasa je la buat baik,bulan lain taram je.Padahal tiap-tiap hari kena buat baik.

Mungkin benda ni dicipta untuk menggalakkan orang awam untuk bertarawih,ya la bulan-bulan puasa ni mula la amsing-masing baru sibuk nak shopping la,buat kuih raya la,jahit baju raya la,shopping la.So,nak menggalakkan orang beribadah dengan cara camni la.Tapi tu pun ramai tak bersemangat lagi kan?

Tapi,apa pun alasan,berdusta adalah tidak baik,apatah lagi atas nama RAsulullah walau dengan apa pun tujuan.Cuma perlu ingat,bulan puasa adalah bulan untuk meraih ganjaran,lebih-lebih lagi masa LailatulQadar(Ini memang ada dalam Quran,surah Qadr,yang Lailatul Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan).maka,banyakkan la Ibadah,puasa dengan sebenar erti puasa.Semoga kita memperoleh keberkatan

Selamat beramal!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja