Friday, August 27, 2010

outside-Home ALONE

Aku macam orang lain.Rajin bebenor hapdet status kt FB,sakit perut terlebih makan pun nak kecoh.

Semenjak bulan puasa ni,status hapdet aku selalu berkisarkan aku berbuka apa,dan di mana.Dan status yang paling banyak orang komen adalah status aku berbuka puasa sorang-sorang.

Ramai je kot yang tanya:
Takpe ke berbuka sorang-sorang
Kau selamba pulak buka sorang-sorang
Tak rasa loser ke

Macam kera sumbang pulak rasanya.

Aku start suka jalani hidup sorang-sorang ni kt USIM sebenarnya.Masa kanak-kanak 1st year lagi.Ada sebab di sebalik habit aku ni.Puncanya:

I HATE REJECTION

Sebab itu aku suka buat kerja sorang-sorang.Sejarahnya,masa kat USIM ka hostel tu dia campak jauh pelusuk alam,pulak tu takde pengangkutan awam area-area Nilai Impian tu.Lepas tu masa tu kat kampus mesin ATM pun takde lagi.Punya la daif masa aku 1st year tu.Sadis3x..

So,kalau aku nak beli barang-barang kt Mydin(Giant takde lagi masa tu),nak cucuk duit kat ATM,memang kena keluar dari area tu.Caranya,sama ada naik teksi,atau naik bas USIM,mintak berenti dkt2 area Nilai Square ke,pastu menapak la.

Sebagai anak dara pemalu datang dari kampung,aku pk takkanlah nak jalan sorang-sorang.So,aku mintak la sapa-sapa temankan.Kadang-kadang hal tu penting,macam nak gi camping tapi takde seluar track suit,duit dah abes dalam poket dan sebagainya.Dah la aku takde pakwe yang boleh dikerah-kerah ke hulu hilir kalau nak bantuan apa-apa.So,aku mintak la sapa-sapa temankan.

Yang aku bengang,10 orang yang aku mintak tolong,11 orang tak nak temankan.Semua bagi alasan busy.OK,aku terima la diorang busy,takde masa nak temankan.Tapi,benda tu yang buat hati aku sakit sangat-sangat disebabkan rejection itu,lalu membentuk sikap aku yang seperti ini.

Naik second year,aku dah tak kisah nak pergi mana sorang-sorang.Prinsip aku time tu,kalau aku ajak sekali orang tak nak ikut,aku malas nak ajak dah.

Tak dinafikan,memang best keluar ada kawan,tapi tak kisah keluar sorang.

Masa third year,rezeki melimpah sikit.Masa ni dapat la aku pakai Wira aku yang pernah eksiden 3 kali tu.Tapi time ni senario berubah.EH,bukan kumpulan Senario lawak tah hape-hape tu.Tapi keadaan sekeliling.Masa ni aku ajak sapa-sapa je untuk ke mana-mana,InsyaAllah tak ada orang yang menolak..Hahaha..Sebab senang kot..Tapi sory kawan-kawan,anda yang membentuk habit saya seperti itu,maka kadang-kadang aku suka ke sana ke mari sorang-sorang,sampai timbul keluhan,"Laa..gi Giant tak ajak aku!!!"

Itulah punca saya tak kisah jalan sorang-sorang.sila jangan contohi,amatlah tidak manis anak dara berkelakuan begitu.Jadi,silalah bersikap tidak kisah untuk menemani saya selepas ini..hahaha

(entri tak bermotif)


8 comments:

aku mozu said...

WAHH!!!

mysterious la u ni.

voltox said...

kdg2 mmg bgs keluar sorg2..sy pn belajar hidup sorg2 ni kat nilai ni la..

yg bgsnya kita boleh adjust masa kita sendiri..kalau makan malam2 tu..cpt je balik..takyah sembang lama2..

apa pun..itu sy..lelaki..eheh

kalau awk mgkn bahaya sket kot..kena la ada teman..

masa awk 1st year dulu..mst awk tak kenal lg mzke..lg pn masa tu dia belum keje usim..kalau tak..boleh dia teman..dia rajin=p

apa pun..entry ni tetap bermotif..motifnya ialah..hidup ini mmg perlu berdikari..

amir baim said...

saya juga suka bersorangan~

aku mozu said...

ko la dib tolong die mase 1st year...

pakai kapcai je.. helmet 1 je plak.. kedekut la dib ni!

Sayer Best said...

dah-dah..tak payah berebut nk temankan saya.sy bkn siti nurhaliza pun..hahaha

anis comey said...

best kn wana tgk wyg sensorg..mkn kfc sensorg..apedehal..2 membuktikn kite berdikari n x control ayu..hahaha...

anis comey said...

best kn wana tgk wyg sensorg..mkn kfc sensorg..apedehal..2 membuktikn kite berdikari n x control ayu..hahaha...

Sayer Best said...

anis:hahaha..control ayu tetap jugak kot walaupun sorng2(sambil fefeeling ratah KFC dengan penuh sopan santun)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja