Friday, August 06, 2010

Tinta menari di alam maya,kesian akak Nor azita

Bismillah..

Lama tak blogging..Terasa macam baru 1st time nak menulis pulak..Hahaha

2 minggu ni otak dan pemikiran aku agak beku dari nak menulis,nak review benda2 sekeliling dan sebagainya.Personally,aku lebih suka menulis@mengulas isu semasa atau apa-apa saja berbanding menulis tentang diri sendiri,kehidupan,cinta dan sebagainya.Kalau orang-orang lain suka cerita betapa happening nya hidup mereka,seronok jalan sana sini,tapi aku takde benda sangat nak tulis koit.My life is either too simple,or to stress to be writen...

Menulis di alam maya memang menarik,apatah lagi mendapat respon dari pembaca.Kadang-kadang tersilap tulis buruk padahnya.Zaman sekarang bukan boleh tulis sebarang tulis.Karang jadik macam Puan Nor Azita osman ni.

Siap ada group anti dia lagi.Tula kak,terlajak perahu boleh diundur,tesalah taip glemer jadiknya.malas aku nk promote group anti dia.sakit hati kot baca ayat golongan extrimis yang keluarkan kata-kata kurag sopan,mendoakan yg tak baik sesama Muslim.

Aku tak rasa dia serius masa tulis ni asalnya,mungkin saja-saja gurau sama-sama kawan dia kot.macam kan masa sekolah(klu duduk hostel yg kawan-kawan dtg dri pelbagai tempat la) korang takde main kutuk-kutuk tempat.ke korang baik sekolah dulu???Tapi sebab gaya bahasa yang dia guna tu,orang jadik hangin.

sebagai rakyat Johor,mula-mula macam bengang jugak.Berani kutuk ibu negeri aku.Famous amos ko carik kak??/Kat carefour,Giant berlambak.Hina Johor sebab famous amos kann...macam masa sekolah dulu kot,dorang rajin kutuk segamat bandar Mati,camtu la bengang aku rasanya...

Kes ni hampir sama macam kes budak mengutuk allahyarham din Beramboi,almarhum sultan Johor.aku pun pelik diorang berani pulak hina orang dah takde.padahal,dorang takde sikit pun kacau penghina-penghina tu..apa masa dorang meninggal,waris dorang mintak tanah rumah ko nak wat kebumi?Takde seinci pun diorang cuit ko,so apahal ko nak hina-hina,mencaci mereka.sekurang-kurang,yang dah meninggal tu,dah selesai urusan mereka dengan dunia,kita yang masih hidup ni,belum tau nasib kita.Meninggal husnul khatimah ke atau diakhiri dengan su'ul khatimah..dan kadang-kadang orang suka pulak mengutuk cara kematian seseorang diakhiri,mungkin mayat jatuh dari pengangkat ke,meninggal kepala putus ke,nanti jenuh semua orang mengumpat,dan nak bongkar jugak masa silam allahyarham,apatah lagi orang yang nampak baik,segala benda diorang nak bongkar,nak buktikan,nak korek semua salah dan dosa org yg mungkin menyebabkan kematiannya diakhiri begitu.Entahla,pada aku benda ni tak patut la.Mungkin kata nak buat pengajaran,tapi kalau kau dah canang 1 kampung,malukan waris-waris,better bagi pengajaran pada diri kau sendiri,Jangan mengumpat.Dosa,pahala,syurga,neraka, tu urusan allah.Kita yang masih hidup ni yang kena kawal diri sendiri,jaga amalan sendiri,dan mengajak org ke arah kebaikan.

eh..Jauh melalut,kata nak tulis pasal terlajak tulis kat internet kan...

 Kadang-kadang aku nak juga tulis pasal kehidupan peribadi,tapi aku takut banyak sangat aku terdedahkan kepada dunia maya.Maksud aku,kadang-kadang ada sesetengah benda manis yang rasa nak jugak orang lain tau,baik di blog atau Facebook.Tapi bila fikir-fikir,blog ni public,FB separa public,family aku boleh baca blog dan FB.Dan menurut kajian,sekarang HR yang nak hire new employee,akan browse through his/her FB@blog,untuk menyiasat perangai applicants.jangan kau letak gambar tengah clubbing kt FB,pastu apply nak jadik halal executive HPA kannn,harusss kena reject.Itu la,kena ada email khas nak berfoya-foya,untuk kegiatan rasmi dan untuk mendaftar laman sosial.jangan guna 1 email yg sama untuk semua.Ingat 1 Malaysia ke???

Sekian saja pemerepekan saya buat kali ini,segala yang baik dtg dari Allah,dan yg buruk adalah kesilapan saya sendiri.Eh,skema...

11 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sayer Best said...

Perlu,untuk formality.Takkan la nak apply keja nak guna email saya_sangat_comel@yahoo.com.UNtuk foya2 tu balaghah je la,yang btlnya untk cntct dan email kawan-kawan.lagi 1,if daftar sosial networking,kan nnt masuk email notification banyak-banyak,tak ke takut kita x terbaca email yg urgent sedangkan masa tu dah dpt bulk mail dari FB.Betul x.so I have specific email utk contact kwn2.satu untuk formal mcm e.mail lecturer,mintak keja,dan 1 utk social networking.

No harsh feeling k,takde perli sapa-sapa.Mungkin dis nite nk wat entry pasal email

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

o ok..gd luck & all the best.jgn benti nulis naa ~

Sayer Best said...

Bukan la...malam ni@ esok org tulis pasal email.Ni dri nasihat org yg berpengalaman..

Mana ada suruh foya-foya,kan saja ayat tu.Ni yang malas nk menulis dah,ada je nak salah faham :(

mas said...

apela anon tu..lurus bendul sgt ke? ke terasa? haha

Anonymous said...

hehe..becakap tuk umum,haha ~

aku mzke said...

Ala.. anon tu dah tau maksud sayerbest tu tp saje la nk usik2..

Usik2 ni slalu berlaku dalam politik tanah air kite.. Bkn x phm, tp nk ngusik jugak.

Ok, ni nk komen psl post plak..
Al-Quran bgtau, manusia ni slalu berkeadaan keluh kesah.. So, sbb sifat ni la, manusia dok kalut nk komen org tu, nk kritik org ni. Manusia ni xleh dok tenang, nk je buat isu supaya sentiase bz dan ade benda panas nk disembang!

voltox said...

lama tak komen blog ni..hehe

betul awk ckp tu..mgkn puan azita tu nk bergurau2..tp dia silap..org yg membaca ni nada dia lain2..kdg2 sms kawan2 kita pn kita boleh terasa..kalau bergurau tak letak 'hehe' atau tanda '=p' pun dah rasa 'ini serius'..(gaya wonderpets)..

tp sbg org johor..kalau dia kata negeri lain hina pn sy tak suka juga..hina tu agak keterlaluan..

sy cuma ada 1 emel je yg aktif..hehe..apa pn cdgn awk bg tu menarik juga..betul tak mzke=p

iDa_MutHiaH said...

wah...ramai ye org coment..hehe

betul tue wana.kita kena ada at least 2 emel...

emel goldenshimmers yahoo ak tue da penoh smpi beratus ribu Fb notification.
smpi sekarang x terbaca2.malas nk bukak pon satu hal sbb lembap.

ye la bahaya la klu terlajak kata nie...org bleh terasa =(
ak nie x tau la bila agaknya hati ak bleh kebal dgn condemning by other peoples...

Sayer Best said...

hahaha..no heart feeling la..cik anon tu sje nak bermnanja2 dgnaku,so aku wat2 la bermanja2 jugak..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja