Insyaallah,esok kita akan menyambut lagi kedatangan Ramadan yang mulia,Alhamdulillah dikurniakan nikmat hidup dan kesihatan,bgi menambah peluang beribadah..
Bulan puasa ni aku teringat zaman kecik-kecik dulu,belajar berpuasa bersama adik beradik yg lain.Membesar bersama-sama,ya,ramadan memang menggamit jutaan memori manis yang syahdu.Ni ada la sedikit yang aku teringat:
1.Zaman kecik-kecik,aku tak macam budak lain,puasa tak dijanjikan ganjaran.takdelah sehari puasa seringgit,setengah hari 5o sen.Takde-takde,ibu bapa aku tak ajar beribadah mengejar duit.Cuma masa tu disebabkan aku ada adik yg cuma berbeza setahun aje,dan beliau amat semangat gila time tu,maka aku bersaing la dengan dia,siapa yang puasa lebih adalah lebih champion.
2.Peristiwa paling bengang,syazwan pernah jatuh time ngam-ngam dah nak buka.dan yang paling sadis,dia jatuh terduduk atas nasi lemak yang bakal menjadi hidangan aku berbuka.Tak tau disengajakan atau tidak.
3.Masa ni time dah dekat nak raya,dalam 27 Ramadan gitulah.Masa tu baru pandai bawak basikal,jadik sangat kemaruk bawak basikal.ada satu hari lepas sahur,sebelum Subuh,,aku dan syazwan naik basikal dekat halaman rumah,lepas tu nmpak langit macam bercahaya yang lain macam,pastu suasana sangat hening.kami berlari-lari ke rumah panggil Mama,"Mama2..kitorang nampak lailatulQadar,langit bercahaya"mama jawab mudah je,"kalau dah nampak,sembayang dan doa je la:.Okehh Mama..almaklumlah time tu,orang kata kalau lailatulQadar air beku,pokok2 tunduk.So,kitorang konon-konon nak tengok la fenomena tu.dah beesar baru faham,yang LailatulQadar bukan malam menyaksikan magic ye tuan puan.orang,malam tu duduk atas sejadha,beribadah,bukan jaga malam-malam,nak tengok pokok tundukla.kalau ada rezeki,InsyaAllah,Allah akan tunjuk.
4.masa sekolah rendah aku budak baik.Tak curi-curi ponteng puasa,minum air paip ke,beli aiskrim kat kedai Param,pastu balik rumah buat muka monyok ke,takde semua tu.jahat aku masa puasa yang aku ingat,masa kenduri arwah atuk.Dorang suruh angkat lauk naik atas,maka selamat la tembikai tu masuk perut aku,syazwan dan sorang lagi cousin kitorang,akim..Turun bawah muka ceria macam kena hujan gula-gula.serta merta mak aku detect,:Haa..curi makan ya!!!"dasar budak-budak naif,kami pun mengaku..Hahaha
5.Bulan puasa 2004,time ni SPM.sekolah aku sangat pelik.walaupun aku duduk di blok yang jauh gila ya amat,bulan puasa wajib buka di dewan makan.Apa kes?/balik nanti lapar la aku,pastu tergesa-gesa nak tarawikh.Ceh ceh,macam penuh je Tarawikh jemaah kan,bukan aku selalu tarawikh lepas prep ke?
Tapi aku lain,aku golongan terpilih,maka pilihan aku adalah berbuka di dorm,tutup lampu,mengadap lauk dalam suasana romantis bertemankan lampu jalan,agar tidak terkantoi oleh warden.alhamdulillah,tak pernah kantoi dan tak pernah tercekik tulang.
Cerita terkeluar sikit,aku ni pernah lupa diri akibat jarang kantoi masa sekolah.Jadi,reputasi agak baik sedikit kerana mereka tidak mengetahui.cuma pernah kantoi masa form 2.Tu pun bukan salah aku,orang bagi surat cinta dalam laci aku,dan aku tak sempat nk simpan surat tu(perlu ke simpan??),tak pasal-pasal ustazah ceramahkan aku,pasal kepentingan habiskan belajar sebelum bercinta.Ustazah cakap,nanti awak dah abis belajar,dah ada degree...awak kawin je la dengan sesiapa yang awak suka,tumpu study tu dulu."
Ustazah..saya dah ada degree..so boleh kawen tak sekarang???
Aku juga pernah nyaris kantoi henset masa SPM.ustazah tu memang tau aku bawak,tapi beliau tak berjumpa dengan henset itu.Mintak maaf banyak-banyak la Ustazah Suriani.
6.Bulan puasa masa matrix juga adalah nikmat.Dekat matrix Johor tu,kau tak payah keluar pagar carik makanan.Papp..sekali satu bazar Ramadan dia bawak masuk.Tinggal pilih je mana berkenan.favourite aku masa tu adalah burger Mawi,sebab sedap.Mula-mula aku ingat abang tu tumpang glemer Mawi,yela,zaman AF3 kan.Rupanya nama dia memang Mawi.Burger beliau memang sedap dan glemer disebabkan penggunaan nama Mawi tu.So,buat adik aku Shahir,sekarang zaman Shahir AF8 pulak,tak nak jual burger ke??Mana tau laku...
7.Zaman universiti.Time ni menu berbuka adalah sangat versatil,di mana aku mula mengenali nasi kerabu dan budu.terima kasih la kawan-kawan Kelantan ku.Tapi time ni agak sadis jugak,sebab aku pernah merasa berbuka dalam bas.sebab pak cik bas tu amat mementingkan nafsu perutnya,berbuka puas-puas,baru bawak kitorang balik.dah la gila sendat orang dalam bas time tu.Apakah nasib...
8. Sekarang aku di sini.Bersahur dan berbuka jauh dari keluarga lagi.last puasa penuh dengan family form 3 kot,sebab time tu cuti sekolah jatuh tima puasa.so,overall dah 7 tahun puasa jauh dari family.Tapi takpe,hujung minggu ni akan ku pulang ke kampung jua.Tunguuuu....
Semoga bulan Ramadan ni,kita dapat melipat gandakan amalan kita.apatah lagi orang yang rumah adalah sangat dekat dengan masjid,amatlah rugi anda tidak bertarawikh di sana.Siapakah orang itu???cek cek.
4 comments:
suka point yang ke6
wah... menariknye perkongsian pengalaman ni. Teringat jugak kenangan2 dulu. Best!
Yg x bestnye, beza ramadhan dulu ngn ramadhan sy sekarang ni.. kdg2 dipenuhi dgn kelalaian. Bile la sy nk insaf.
kuat ingatan la awk ni sy rasa..boleh ingat semua..tu tak cite main mercun lg tu..hehe
amir:nanti pujuk shahir jual burger k,takpun korng join venture..hahaha
mzke:tulis la pengalaman anda pula
voltox:tu baru secebis..aah,cakap pasal mercun,saya memang x main mercun dari kecik,abah tak bagi.hehehe..main bunga api je.
Post a Comment