Hoyehh...hoyeh..
Mari kita melambung2 topi empat segi ke angkasa
Seraya melompat tinggi-tinggi untuk dirakam oleh kamera DSLR seolah-olah terbang ke angkasa
Muka tersenyum girang seolah-olah baru dapat Phd,padahal degree je,tu pun entah kelas keberapa
Untuk meraikan konvokesyen ke-2 dalam hidup saya(First time masa sekolah tadika.Sila datang ke rumah saya kalau nak tengok betapa gomaknya muka saya setelah dipakaikan bedak Kutikura dan Lipstick merah pekat macam kan nak berlakon Opera).Untuk kelihan chantekkk di hari konvokesyen,juga vogue dan gorgeous,maka saya akan membuat beberapa resolusi.Oh ya,resolusi ini bersifat serampang dua mata juga,kerana saya juga mahu kelihatan vogue di hari raya juga,maklumlah,raya tahun ini mungkin sedikit berbeza kerana.....................(sila lengkapkan ayat sendiri,tidak lebih daripada 16 patah perkataan.Slogan terbaik akan memenangi pakej berbuka puasa bersama saya,lauk beli sendiri,kita makan sama-sama kat bangku tepi jalan di Putrajaya.Erkk..kenapa mesti Putrajaya??)
1.Menghilangkan eye bag
Eye bag yang ini kah?? |
Walaupun orang perempuan biasanya memang gila bag,percayalah bahawa tiada wanita yang menggemari bag ini.Masalah eye bag selalu berlaku akibat tidak cukup tidur,water retention,pemakaian spek dan stress.
Sangat tidak comel okehh walaupun anda TIz Zaqyah sekalipun.
Untuk menyelesaikan masalah ini,apa yang perlu dibuat adalah:
1.Mendapatkan tidur secukupnya iaitu 8 jam
Bukan selalu lebih ke???ke kurang??
2.mendapatkan eye cream
Ni aku nak usah dengan aina/Mak cik tu semenjak kerja Guardian dah macam spokeperson produk kecantikan dah.Pastu suruh dia belikan pakai harga staf dia.Wah bijaknya saya di bulan Ramadan yang mulia ini.
3.susah kalu potong timun,letak kat mata.
2.Mencari baju yang cantik
Jubah konvo saya berwarna merah keoren-orenan.amat menyerlah di pandangan mata.
maka saya haruslah mencari pakaian sesuai supaya tidak tenggelm di bawah kegelapan malam(ko konvo malam kah???)
Pakaian tak kisah,no hal.Jom ke Jalan Tunku Abdul Rahman dekat-dekat nak raya nanti.
3.Menambahkan keserian kulit yang kusam
kerana sedar bahawa diri ini amatlah berkerak,terpaksa buat sesuatu untuk nampak menawan.Cantik di hari,mudah di hati.antara yang boleh dilakukan.
a.Rajin buat facial.Skrub sikit kulit tu,kasi buang kulit-kulit mati dan Blackhead.
b.Meningkatkan pengambilan Vitamin A,C dan E melalui supplement dan buah-buahan segar,seperti oren,strawberi dan sebagainya(nak cover kan tak ingat buah apa yang lain)
c.Ya!!Beli product baru the Body Shop,Vitamin C line.
Vitamin C Plus Time Release Capsules
An innovative time release system that provides the skin with pure vitamin C. Helps to even out skin tone, brighten a dull complexion and protect from environmental damage, leaving the skin radiant-looking over time. Suitable for daily use. 28 capsules
Guna 28 hari,non stop nescaya kulit anda akan kelihatan berseri-seri seumpama puteri dari kayangan.Eh,ko pernah nampak tak puteri kayangan.betul ke beliau berseri?
d.Gunalah Innershine.Macam iklan ni,"Eh..adira nampak berserilah""Adira memang mengamalkan Innershine pati Prune sejak AF8 lagi".haha..Aku tak suka suara Adira,mmaflah ya cik Adira.Eh,ni topik Adira ke Innershine?tapi Innershine memang berkesan ya kawan-kawan.Aku pernah consume masa puasa tahun lepas,memang muka tak sekering selalu,walaupun tak la berseri-seri macam si Adira tu.
e.Beli Cocoa Collagen Power Plus
Ni baca kat blog Ida.Dia dah tulis.Malas beta nak tulis lagi.
Review produk ni:haritu ada beli,tapi tak la consume konsisten sangat.So far ok,parut jerawat kurang dah.Yang lain-lain tu no komen la ya tuan-tuan.Ini bulan puasa,karang anda terbayang yang aneh-aneh jangan salahkan saya ya..Semalam consume bendalah ni sama Herbalife F1 masa sahur memang tak lapar sampai pukul 4 petang,siap buat labwork lagi tau,bukan duduk melepak je.Lepas sahur mata segar buntang tak tidur,cuma dah petang-petang sikit tu rasa mengantuk la jugak.
4.membeli mekap sesuai yang tidak cair walaupun anda konvo adalah sesi terakhir sidang pertama
Antara yang aku berasa nak beli adalah face primer dari Revlon untuk mengelakkan mekap cair,takpun L'oreal skin match,BB cream Elianto yang shining dan loose powder Dodo.Yang lain-lain pakai yang sedia ada dah la ya.
5.Alamak..Ni paling penting.bayar yuran konvo.wah..Mahal pulak tu.RM 250.
Tengok list-list barang nak beli kat atas.mak Aii!!!Boleh bangkrap ni..Cancel-cancel BB cream,loose powder semua.Pakai apa yang ada.Ko lawa-lawa bukan dapat 1st class degree pun.Maka naik la pentas dengan wajah yang kusam tak bercahaya.
Eh tapi,ada satu lagi petua.Ni paling mudah dan jimatkan kos:
Monday June 21, 2010
Rahsia Wajah Berseri
WAJAH yang jernih dengan senyuman manis mampu menarik rezeki dan memudahkan urusan seharian.
Sempurna amal ibadat terutama yang wajib dan dihiasi dengan yang sunat mampu menyerikan wajah menenangkan jiwa.
Seri pada wajah bila dilihat mampu menyejukkan hati yang gusar dan perasaan yang marah.
5 comments:
haha lawak la...bj kaler ape ek yg suai dgn jubah konvo?
pink terang ok x? hehe
Entah.Pagi konvo nanti aku capai je la mana2 baju yang ada.Iron.Siap terus gi konvo.Mudah dan ringkas.Hahaha
selamat berkonvo..
harap2 jubah wana x meleret ke tanah.. Sila meninggi diri semasa hari konvo.
sbb awk kata blog perempuan..jadi sy tak bc pun..sy komen je..jgn dgr kata mzke tu..meninggi diri tu berdosa..haha
Post a Comment