Wednesday, October 09, 2013
Jawatan Kosong-Pegawai Teknologi Makanan(Sambilan)
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ada menawarkan 10 kekosongan(1 di HQ Shah Alam dan 9 di daerah seluruh Selangor),bagi jawatan Pegawai Teknologi Makanan.
Tempoh kontrak:3 Bulan(okt-December 2013).Akan dilanjutkan jika ada bajet.
Kriteria:
1.Ijazah dalam bidang sains makanan/teknologi makanan yang diiktiraf
2.Pengalaman tak perlu takpe,fresh grad pun ok
3.Mempunyai lesen memandu dan kalau boleh kenderaan sendiri(banyak keje luar)
4.Sentiasa mahu belajar dan berusaha
Gaji:RM100 sehari
Boleh email resume anda kepada saya di alamat:syzwna@gmail.com
Tarikh tutup:13/10/2013
Monday, October 07, 2013
Ayam beracun oiiii
Sunday, July 14, 2013
Ini blog perempuan:Iftar day 5(telur masak kicap)
Ini Blog perempuan:Resepi masakan 2 hari berbuka puasa(kacang Pool Hajah dan Nasi tomato ayam Masak merah)
Untuk berbuka day 1,masak ayam sambal je.Tapi tak amek gambar malas.hahaha
Berbuka day two aku buat Kacang Pool.Bagi orang-orang luar Johor,kacang pool ni adalah makanan yang khusus di JB,kat Batu Pahat pun takde.Resepi dapat dari kawan aku,Sa'dah(thanks babe..mmuahh),tapi aku modify sikit sebab nak makan dengan roti Jala,so aku buat dia kering ala-ala rendang.Oleh sebab resepi dah ejas sikit-sikit,makanya aku tukar tajuk dia Kacang Pool Hajah,instead of Kacang Pool Haji yang femes kt JB tu.
Sunday, July 07, 2013
What to do when your car were involved in accident(for ladies driver)
Thursday, June 06, 2013
Ini blog perempuan:udang masak paprik
Hari ni aku puasa sempena 27 Rejab,bulan rejab ni bulan ganti puasa.Tetiba lak tekak mengidam macam-macam,tapi malas nak beli.Kelmarin ngidam nasi lemak,masak,tapi lupa snap pic.Hari ni mengidam masak paprik lak.Oleh sebab tak pandai masak,makanya google je resepi.Combine resepi sana-sini,maka siaplah juga.Aku makan sendiri rasa sedap,housemate pun kata sedap.Maka,layankan je la
Udang masak paprik(2-3 orang)
bahan-bahan
udang(aku pakai sikit je.dalam 150-200 g kot)-lumur dengan garam dengan serbuk kunyit
2 sudu cili boh/kisar(aku pakai brand putri,keluaran APS manja.dah ada sijil MeSTI)
bahan kisar(2 ulas bawang putih+4 ulas bawang merah+halia sikit je)
bawang besar potong bulat
Daun limau purut
serai dititik
3 cili padi dititik
sayuran(aku pakai carrot,brokoli,jagung kecik)
rempah kari 1 sudu
sos cili
sos tiram
cara buat
-tumis bahan kisar sampai naik bau
-pastu,tumis cili boh sampai pecah minyak
-campak udang,biar jap sampai agak2 separuh masak
-pastu campak bawang besar,cili padi,segala sayuran.tabur rempah kari
-tuang la segala sos.pandai-pandai ejas.cluenya di sini,sos tomato kena lagi banyak
-agak-agak dah puas hati,tambah daun limau purut dengan serai sebagai finishing
-siap untuk dihidang dengan nasi panas dan telur dadar
Selamat mencuba!
Wednesday, April 24, 2013
Rumpai laut dan COllagen
Wednesday, April 10, 2013
Kelas Mekap 7 April 2013
Sebagai kaki gorupon,maka aku telah menemui satu pakej yang amat menarik iaitu:
Kelas okeh kelas mekap rm49..meksss terujaaaa,dan oleh sebab aku ni kedekut,maka aku pun pakej yang tiga orang tu.dapat lagi murah
Masa:11.00 am-5.00 pm.Rehat pukul 2-3pm
Tempat:Faceart2u Kuchai Lama
Kronologi hari kejadian:
1.Sampai lambat sebab tak tau tempat.
2.Kelas tu kami 3 orang je Melayu,3 India,baki dalam 9 orang lagi CHinese.BEginilah yang kita mahu,semangat 1 Malaysia.
3.Pertama belajar pasal mata ye tuan-tuan dan puan-puan,kita belajar mengenal mid tone,dark tone arch dan sebagainya.Barulah aku tau mekap mata cmne,selama ni main tenyeh je.Patutlah huduh.Muahaha.Berus nak mekap mata aje,3 ko kena pakai.Aku selama ni konpiden je menggunakan jari,ala macam iklan rejoice tu,guna jari pun boleh..Belajar mekap natural,half moon dan smokey eyes
beberus memekap |
kak mashi posing depan studio solekan ni |
Wednesday, March 27, 2013
Suri RUmah vs Wanita Bekerjaya
Thursday, March 21, 2013
Take things for granted
Saturday, March 16, 2013
Bercakap Pasal Kerja
Thursday, February 28, 2013
Resepi pemalas:Ikan Masak Singgang dan Kangkung Goreng Ikan Bilis
Resepi Ikan Singgang:
- Seekor ikan.Hari ni aku pakai ikan tenggiri.Oleh sebab tak pandai siang ikan,aku suruh brader kt Giant siangkan.Senang dan mudah.Ikan tu basuh pakai air garam ye
- 1 inci kunyit hidup.Hiris nipis
- 1 inci halia.Hiris nipis
- 3 ulas bawang putih-hiris nipis
- 5 ulas bawang merah-hiris nipis
- 1 ulas bawang besar-mayang
- 6 cili padi-ketuk(ejas ikut preference.Nak pedas boleh lebih)
- 2 asam keping
- garam secukup rasa
- Air ikut mana suka
- masukkan bahan2 yang dihiris dalam periuk.Sekali campak cili padi tu
- Masukkan air
- Biar sampai mendidih
- DAh mendidih campak je ikan tu.Tunggu sampai agak-agak ikan masak
- Letak la asam keping tu.Nak masam tambah lagi.
- Ejas garam,rasa masam manis semua
- Siap untuk dimakan
- Kangkung ikut suka banyak mana.Nak makan sorang ape jadah guna banyak sangat
- Cendawan tiram
- Lobak
- 1 inci kunyit hidup.Hiris nipis
- 1 inci halia.Hiris nipis
- 3 ulas bawang putih-hiris nipis
- 5 ulas bawang merah-hiris nipis
- Segenggam ikan bilis yang telah dibersihkan
- 5 bijik cili padi
- Sesudu minyak masak
- Panaskan minyak.Tumis segala bahan tumis sampai naik bau
- Campak segala sayuran
- Agak-agak kering sangat tambah air sikit.
- Gaul rata
- Sesuaikan rasa.Agak tawar then tambah garam.Jangan tambah banyak sangat,hypertension nanti
- Siap untuk dimakan
Saturday, February 16, 2013
kek coklat sedikit sihat
hari ni rajin.makanya baking.lagipun rumah dah ada oven...tapi oleh kerana tgh gaya hidup sihat,teringin nak modify resepi...tema diberi kek coklat sedikit sihat,tak sihat sgt la sbb gula pakai setengah cawan lg,tp still a good option.
bahan-bahan
1 jar baby food(makanan baby dalam jar.beli kt kedai barang baby.yg kecik dh cukup)
1 cawan tepung oat.aku blender je oat aku smpai jadik tepung
setengah cawan gula.kurang jika mahu
3 tbsp baking cocoa
setengah tbsp baking soda
4 biji putih telur
3 scoop whey protein.aku pakai cosway pny je.siapa ada herbalife f3 boleh la letak.reason:selain untuk tmbh protein kita jgk,adalah sebab tepung oat xde gluten,nanti batter korng lembik sgt,whey ni cm nk bg batter tu pekat sikit la
air dlm 1 cwn-ikut keperluan
secubit garm
cara buat:
1.panaskan oven suhu 190 c.
2.campurkan bahan kering dalam satu mangkuk(tepung,baking soda,baking cocoa,gula,garam,whey protein)
3.campur bahan basah dalam satu mangkuk(baby food,putih telur,air)
4.masukkan bahan basah dalam bahan kering
5.Bakar selama 20-30 minit
outcome:
Rasa ok,sedap
tekstur tak fluffy macam kek biasa,tapi tak bantat.crust pun rangup
Selamat mencuba!
Friday, February 08, 2013
About Multitasking
Buat pengetahuan korang,jobscope aku kat opis kena cover sebanyak 7 benda,dan di bawah 7 tu ada anak-anak.Contoh,jobscope 3:Pembangunan industri,bawah tu pecah 3:
1.audit keselamatan makanan-Pecah HACCP,GMP,Mesti
2.Pemantauan aktiviti-susu,kendiri,SLPM
3.Promosi
dan tak termasuk tugas-tugas nampak remeh macam:
-filing:aku takde kerani,so aku buat sorang.
-Urusan kewangan unit
-Bungkus goodies bag untuk program
-Lain-lain aktiviti yang diarahkan macam urusetia family day,ajk jamuan hari raya dan lain-lain
Aku tidaklah menganggap kerja aku paling susah di dunia,kerana banyak lagi kerjaya yang gempak-gempak dan hebat-hebat berbanding aku yang kerja gomen je.Tapi takpe,aku bersyukur atas kurniaan Ilahi,alhamdulillah.
Balik kepada persoalan asal iaitu MULTITASKING,
Hari tu aku dan housemate berbincang pasal multitasking,dan beliau kata beliau boleh balas email sambil menjawab phone call,dan aku menyatakan yang sebaliknya,bahawa aku ni bila jawab phone call aku akan stop sekejap reply email.Aku juga tidak makan sambil memandu,kadang-kadang je reply SMS sambil drive,tapi phone call angkat la buat memekak aje kan.
Even aku angkat phone call semasa drive,aku akan dapati kualiti dan kesopanan menjawab panggilan itu akan berkurang,tapi tu lah kilang degil,orang kata orang tengah drive,gigih juga nak call kan..Grrrr
Sebab tu la pada aku.Multitasking akan mengurangkan kualiti kerja.Orang yang gigih multitasking(even pada benda yang tak sepatutnya),bermaksud orang itu tidak tahu set priority,dan tiada negotiating skills yang penting untuk orang yang berjaya.Sebagai contoh,kau ada 3 kerja,setiap kerja different task,different due date,and report kepada different bosses.Apa salahnya kau buat hierarki camni:
1.Set kerja mana yang dah diberi dulu
2.Kerja mana yang due date dulu
3.Kerja mana yang perlu brain storm lebih
4.Boss/Client mana yang senang nak negotiate
Dah tau priority kerja mana yang perlu,sila allocate time untuk yang highest priority,bermaksud,kau letak 5 jam contohnya,dan pastikan dalam masa 5 jam tu kau hindari gangguan-gangguan lain.Contoh gangguan tersebut seperti:
1.Social network:abaikan segala notification FB,whatsapp,BBM,etc.Kadang-kadang tak urgent.kalau benda tu urgent,orang akan call,tak mesej
2.Rakan-rakan sekerja-Time ni la kau nak ajak minum kan.Abaikan aje.Biarlah kekwat katanya
3.Gangguan bunyi-Ada orang kalau dengar music boleh lalai,tapi ada yang lebih kreatif jika ada muzik.Ikut suka
Kalau ngantuk dalam tempoh yang allocate tu,tido dalam 15 minit wouldn't be harmful
Setelah tu barulah allocate time untuk priority yang lain mengikut hierarki.
Tapi tapi tapi,serta benda kau boleh multitaskingkan juga seperti:
1.Sambil tengok tv kau boleh bersenam
2.Sambil basuh baju kat mesin basuh,kau boleh sapu rumah
3.Sambil mandi boleh basuh toilet
Itu different,sebab tak melibatkan kosentrasi pemikiran.
Lagi satu,aku cukup kurang gemar dengan orang yang berkata,
"I takde masa nak bersenam la,penat kerja,balik lewat" tapi berangan nak kurus
tapi dalam masa yang sama boleh follow pulak Setia Hujung Nyawa la,Slot samarinda la,hapdet blog 8 kali sehari la.So,sacrifice one thing untuk 1 benda yang bagus untuk hidup kau.lagipun masa tengok tv tu ada commercial break,boleh je ko lompat bintang 20 kali,squat 10 kali,dan lain-lain
Contohi aku,
Kalau malas,aku cakap aku malas.takde cover punya.Hahahahah