Sunday, January 02, 2011

Cara menukar background blog?

Assalamualaikum.Sempena tahun baru ni,aku nak menambah entri bermanfaat.Cehhhh.
Tadi melalui YM,ada sorang kawan telah bertanyakan aku,bagaimana untuk mengubah background blog.Bosan kan pakai layout premade,sekali sekala nak jugak ubah-ubah background,letak muka sendiri ke,apa-apa lah.Jadi,untuk tidak menghampakan kawan aku itu,maka aku pun ingin membuat entri tutorial blog yang pertama iaitu 

Reminder:(I'm not good in writing instructions.harap maaf)

BAGAIMANA MENUKAR BACKGROUND BLOG

Segmen 1:Mengenali template designer

1.Langlah pertama masuk la dekat

http://draft.blogger.com/

aku tak tau if blogger biasa ada feature template designer,tapi aku selalu log in pakai yang ini la

2.nanti masuk-masuk,akan muncul la menu yang kita panggil dashboard,tapi bukan dashboard kereta lak



perasan tak perkataan design yang aku circle pakai kaler merah,tekan situ

3.Okeh.Kemudian anda akan termasuk pulak kepada design punya tab.Maka,akan keluar la menu yang ini


tu..klik kat template designer tu.jangan malu-malu,jangan segan-segan,sebab ini bukan berpacaran

Korang akan nampak menu template designer.Kat sini boleh la korang bermain dengan kreativiti masing-masing


meh aku jelaskan tab-tab yang kat belah kiri tu

1.Templates

Ni tempat untuk korang memilih rupa fizikal blog anda.ada border kat tepi kah,kat tengah kah?transparent kah?
Sila godek-godek sendiri untuk effect khas

2.background

Ini persoalan utama kita,iaitu bagaimana menukar background blog,juga warna tema blog.Akan dijelaskan secara agak panjang sikit di bawah nanti

3.layout

Untuk menentukan bagaimana susunan background anda.Sidebar(kotak yang bukan entri,yang korang letak widget tu)belah kanan ke,belah kiri ke,terbelah-belah ke.Godek-godek la kat sini.

4.adjust width

Name explains.Ni tempat korang nak ejas kelebaran blog,dan kelebaran sidebar blog.Besar kah,kuncupkah.ejas sendiri

5.Advanced

Ni untuk mengubah secara detail.Tukar fonts,kaler tulisan,kaler link,dan kepada siapa-siapa yang pandai css,kat sini la tempat korang nak tambah customization yang takde kat dalam template designer macam nak tambah imej sebelah post ke,nak tambat background sebelah side bar ke,nak buat siganture dalam setiap pos ke,tak kisah la.

CSS punya tips tu banyak bersepah kat internet,antaranya macam blog ni--->Mari Bina Blog

***************************************************************************
Okeh,ini baru menjawab soalan namanya.Hahaha...

Segmen 2:Menukar Background menggunakan template designer

1.Korang gi dekat tab background macam yang aku tulis kat atas tadi.dah..cepat-cepat

2.Nanti nampak la menu yang macam ni



Klik bendalah yang aku highlight pakai kaler pink tu.Then akan keluar gambar bersepah-sepah.Pilih la mana yang korang berkenan,ataupun kalau nak imej sendrian berhad,klik upload imej.Imej tu mestilah imej dalam komputer korang.Jap lagi aku ajar macam mana nak carik,save dan upload imej cun yang korang jumpa kat mana-mana blog,dan jadikan sebagai background korang.

Allignmnet

Macam allignmnet kereta,korang nak imej tu kat atas ke,bawah ke,kiri ke kanan ke.Suka hati

Tile

Ni kalau jenis imej kecik-kecik.Macam yang aku pakai ni,imej kecik sebenarnya,tapi sebab aku pilih tile,jadik imej tu berulan,ala macam mozek tile rumah korang kan.

Menu dia camni

Don't tile:Imej tu satu je,tak berulang.Kalau korang pakai gambar besar,better pakai yang ni lah
Tile:Tile penuh satu blog,macam aku punya
Tile horizontally&Vertically:Ikut la,nak imej tu just ulang menegak melintang je.


Segmen 3:Nak dapat imej best jadik background

1.Jumpa aku,dan mintak gambar aku.Upload kat blog,kompem meletup..hahaha..sory..gurau-gurau tahun baru

2.Tempat-tempat mencari background,yang aku selalu carik la

http://www.glitter-graphics.com/(ni macam untuk pompuan je)

3.Alah,amek je gambar mana-mana,wallpaper PC pun boleh janji ejas

Yang penting,jumpa gambar best kt tenet,save dulu,baru hupload dalam blog

Okeh,sila try cara-cara tersebut.Tapi yang paling penting,rajin try and error.
Kadang-kadang gambar cantik,tapi berat.Susah nak bawak masuk dalam blog.

Sekian saja entry tutorial mudah kali ini.Salam tahun baru~

4 comments:

buah kedondong said...

thx for the info...

tina and friends said...

tq for your info

Anonymous said...

Comment modifier les préférences sur un blog Tumblr secondaire?

Aqilah Maisarah Azlan said...

kenape saya nyer wrna orange bkn biru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja