Aku bukan nak nyanyi lagu Zainal abidin,tapi aku nak merepek secara separa ilmiah hari ni.Mengenai ekonomi hijau(green economy).
Hari tu aku ada baca satu report dari WWF,bukan WWF gusti tu,tapi ni yang berkaitan dengan alam sekitar tu.Apa tah nama penuh.Aku pun tak ingat.Tapi isi paper tu berkaitan dengan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakn green economy a.k.a ekonomi hijau.Eh,jangan pulak engkorang asal hijau je pas,asal hijau je pas,undi adalah rahsia.Hahaha.Tapi ekonomi hijau yang aku nak cerita ni adalah ekonomi/investment yang bukan saja berfungsi untuk mengaut keuntungan,malahan untuk memelihara kehijauan dan keharmonian alam.
Seperti yang engkorang dan aku tau,dunia hari ni semakin tak selamat dan tenteram untuk didiami.Tolak tepi la jenayah tu,tu memang dah berlambak.Keselamatan ni aku khususkan untuk keselamatan alam sekitar,dengan lapisan ozon nipisnya,gas keretanya,pencairan ais di antartikanya,bahan buangan tak terurainya,penebangan hutannya.lain-lain lagi lah.
Antara masalah yang paling kronik adalah kehabisan sumber.Kau bayang petroleum hari-hari kau guna nak buat isi minyak tu tiba-tiba tinggal setitik je kat persisir pantai Terengganu tu.Mana nak korek??/Kat belakang rumah aku takde,so jangan korek balik jamban luar yang arwah atok aku kambus dulu.
Plastik,polistrin pun satu hal.Korang tau tak polistrin yang korang buat tapau makanan tu hanya boleh diuraikan selepas 500 tahun.Korang nak buat apa?Takkan nak kumpul-kumpul buat rumah dari Polistrin kot.Yang ni aku dah nampak pendekatan pihak-pihak berkaitan,iaitu anjurkan hari tanpa plastik(macam dekat Jusco,Pacific),tak bagi plastik lansung pada customer(The Body Shop) dan lain-lain lagi.
Tak silap aku lah,aku asyik la baca journal itu ini,penemuan itu ini,guna waste product untuk hasilkan product baru,tapi setakat pemerhatian aku,kebanyakan penemuan dan research tu berakhir kat atas journal,invention competition.Berapa ramai saintis dah sengih-sengih dalam paper muka bangga tunjuk hasil kajian,yang sampai sekarang aku tak nampak pun aplikasi dalam masyarakat?berapa banyak pingat dah diberi untuk "projek terbaik",tapi berapa persenkah projek terbaik tu memberi impak untuk masyarakat?Aku rasa kat sini tidak berlaku komunikasi antara pihak IPT dengan industri untuk mengkomersialkan hasil kajian para saintis,ataupun kadangkala projek saintis tu terlalu complicated sampai industri/masyarakat tak faham kot??
Macam final year project aku dulu.Oleh sebab aku amek bioteknologi makanan,semua dok tanya la apa makanan yang aku hasilkan.APA KO INGAT AKU CHEF WAN NAK HASILKAN RESEPI-RESEPI BIRD CUSTARD????Beb,,biotech lain beb.Instead of just produce,biotechnologists/food technologists jugak menintikberatkan proses penghasilan produk itu sendiri.sebab tu untuk satu proses tu terdapat pelbagai method.Dan kadang-kadang kita hanya meneroka satu bidang dari kajian yang luas,dan memerlukan kerjasama/gabungan idea orang lain untuk menghasilkan satu benda yang bermanfaat.Jadi,jangan sesekali anggap bahawa projek yang kau tak faham,yang nampak pelik,itu adalah sampah,sebab ia mungkin satu komponen dari projek-projek berimpak besar.
Untuk orang awam pula,yang ada limited knowledge pasal sains,juga boleh amek pot untuk memelihara kehijauan alam.Antara tindakan yang boleh korang amek adalah:
-Kurangkan penggunaan polistrin.Beli tupperware applelady.kalau tak nak beli,suruh adik korang masuk pertandingan sukan sekolah rendah.Sebab sekolah rendah aku dulu kalau masuk sukaneka diorang suka bagi hadiah tupperware.
-Kurangkan penggunaan plastik.Beli shopping bag.Kalau kedekut,boleh join program-program IPTA ke kerajaan ke,dorang rajin bagi bag seminar.Boleh guna sebagai shopping bag.
-Carpool,atau naik kenderaan awam.Tapi kalau dah carpool tu,reti-retilah bayar duit minyak.Minyak dah mahal beb sekarang.
-3R-Recycle,reuse,reduce.kalau lecturer aku cakap 4R,campur reprocess.taukan lagu kitar semula.Ikut je kod warna yang dia nyanyi2 tu.
-Pilih company yang mengutamakan kehijauan alam.Tak silap aku kleenex pakai tisu recycle,kalau kosmetik The Body Shop tu aktif menjaga kehijauan alam.Eh,tapi macam mahal sikit la pulak.
Marilah kita sama-sama menjaga kehijaun alam.Go for Green!
5 comments:
betul tu..universiti2 ni lebih kepada academic research..kemudian utk simpanan gitu je..jarang dikomersialkan..mgkn kurang komunikasi mcm awk ckp..mungkin juga mereka cuma bertanding just nak menang n naik pangkat..heheh
yup..encik voltox.Apa kte encik voltox promote kajian2 encik kt syarikat2..pluang bisnes tu..hehehe
btol2,aku dulu pon terpikir gak pasal plastik ni,aku kumpul plastik2 aku beli barang masa kt asrama dulu,hujung taun aku bwk balik ruma,sampai mak aku pelik,aku cakap sayang nak buang.
bagus la skang ada hari tanpa plastik tu,boleh pakai balik plastik2 lepas.
kalolah manusia2 ni termasuk kita tak beringat2 dari sekarang jaga alam sekitar, rasanya 10-20 tahun akan datang hidup dengan plastik di mana2 sajalah nampaknya.
wan:Bagus ko ada kesedaran sejak kecik lagi.hehe
ieqa:Yup,kne beringt dri skrang untuk masa hadapan
Post a Comment