Saturday, January 29, 2011

Syukur,tapi bukan syukur adik aku tu


Ini pic adik aku yang nama SYukur.Comel kan.Tapi ni gambar masa kecik la.Dah besar tak dapat ko rupa comel macam ni

(Gambar sekadar hiasan.nasib baik dia tengah kat sekolah.habis kalau dia tau aku manipulate gambar dia)

Semalam aku ada terbaca satu quote yang best.Best gila sampai menusuk atrium kanan aku.Quote itu berbunyi:

Human GET and FORGET
ALLAH GIVES and FORGIVES


Pendek je quote tu tapi bermakna.Betapa (ceh ceh pakai bahasa lagu) kita ni ingat Allah time senang aje,padahal Allah sedikit pun tak pernah mengabaikan hambanya,sama ada kita taat atau derhaka,Allah tak pernah berkira.Tak ke seram ko tengah syok clubbing,tiba-tiba nikmat bernafas ditarik.Satu disco pulak tu.Tak ke kejang korang beramai-ramai?Tu la bukti Allah maha pengasih,sentiasa je bagi peluang untuk kita bertaubat.

Aku ingat lagi masa sekolah menengah.Sebagai pelajar sekolah menengah agama,kami diajar bahawa aspek kerohanian adalah satu komponen penting untuk mencapai kejayaan.Sebab tu kalau korang perasan,time time nak dekat exam besar tu la tiba-tiba musolla penuh bagai nak hape,time tu la korang nak tengok muka-muka yang tak pernah wujud kat musolla sebelum ni.Lepas tu time tu la dewan makan lengang waktu tengahari sebab semua orang nak puasa.Time lain ada??Ada tu ada tapi tak sekerap musim-musim nak exam la.




Aku bukan budak baik lagi istiqamah.Ya,aku tergolong dalam golongan buat baik setahun sekali tu je.Eh,tapi jahat-jahat aku sekolah menengah dulu,wujud lagi muka aku kat musolla,tapi maghrib isyak je la.Waktu lain kat dorm..hahaha keji.Mati kalau cikgu disiplin aku baca blog ni.

Time tu ada beberapa rakan aku la.Kuat solat,rajin study.Tapi result biasa-biasa je,dan ada yang lagha lagi kuat main,result meletup.terlintas dalam hati,"Eh.kenapa dia baik pun result biasa-biasa je.Yang tak rajin solat jemaah pulak result power".Tapi mostly,budak yang result power juga kuat beribadah dan berusrah,tapi tak semua budak kuat beribadah result power.Faham tak pernyataan aku?kira pemahaman aku masa sekolah adalah,result yang baik adalah berkadar terus dengan ibadah yang dilakukan.



Tapi....

Setelah besar baru aku faham.Tak semestinya kalau kau kuat solat,buat baik,ko terus akan dapat apa yang ko nak,.dan kau jugak pelik melihat orang yang tak pernah sentuh Quran pulak yang dapat semua yang dia nak.Kau solat hajat enam puluh lima kali pun still tak dapat apa yang kau nak,malahan jiran kau yang pergi clubbing balik pukul tiga pagi pulak yang smooth je hidup.

Sekarang pemahaman  aku,Allah tak semestinya akan bagi apa yang kita nak,apa yang kita doa.Mungkin dengan menangguhkan kehendak kita,Allah akan bagi kita sesuatu yang lagi baik dari apa yang kita nak tu.Misal kata kita ni dok la doa nak grad 1st class degree,tapi takdenya dapat,kita mula putus asa dan tak nak berdoa lagi.Mana kita tahu Allah akan permudahkan kita dalam urusan kerja kita pula,walaupun pointer paras-paras hidung.Atau kita mengeluh dah doa dapat kerja,tapi tak dapat-dapat,sekali allah nak bagi,mungkin dapat ilham nak business,pendapatan kau tu lagi tinggi dari orang yang makan gaji.

Orang yang semakin buat jahat,semakin berjaya tu pulak kita dulikkan aje.Dah rezeki dia,nak buat camne.Kita tak tau apa yang Allah nak aturkan untuk dia,mungkin satu hari dia akan realize semua nikmat tu,dan dia bertaubat.Mana kita tahu?kan?

Sekian saja aku membebel untuk kali ini.Kali lain akan kubebel lagi.

Pecah kaca pecah dubur
Sudah baca marilah bersyukur

Eh keji gila letak pantun pecah dubur.ah takpe,janji ada bunyik-ur ur belakang tu sama la tu.

8 comments:

Ruwaida Ridzwan said...

Salam..aku stuju sgt wana.x semua yg kita nak akan dapat,wlupun kte da berusaha,bertawakal,solat hajat :)

tp,yg ko ckp,kita nie igt Allah time senang aje,aku rasa aku tak...hehe...ramai org ingat Allah time dia susah saje.time senang,lupa.bila susah balik,br nak igt Allah.

org yg Allah bg kesenangan walaupun dia x solat x ape,tue bleh anggap sbg istidraj la.

ape pon,Allah tau ape yg lebih baik utk kite :)

Sayer Best said...
This comment has been removed by the author.
Sayer Best said...

Btul.Bagus la kau ingat setiap ketika.Aku include yang setakat ni ingat time susah je.Ingat tu ingat jugak la time senang,tapi amalan-amalan aku,ibadah aku,lagi banyak masa time susah compared tu masa senang.

Ingatan tu jugak bukan hanya dalam ibadah je,tapi tindak tanduk kita.Kalau kita ingat Allah setiap ketika,susah atau senang,kita takkan ada masa untuk berfikir tentang maksiat,kita takkan rasa sunyi dan kita tak perlu pergantungan pada makhluk.

voltox said...

kan ada quote kata..Allah tak bagi apa kita nak..tapi Allah bagi apa kita perlu

bgsnya Ida_Muthiah kat atas tu..susah senang pun dia ingat Allah..ni namanya wanita solehah..awk kena contohi dia tau wana=p

oh..bila baca komen reply awk kat dia..terbukti la awk setaraf dgn dia..sekufu gitu..sama2 solehah

apa pun tazkirah yg diberi menarik..pantun tu pula yg kurang solehah

Ruwaida Ridzwan said...

huhu~

en.voltox,mksud saye,saye selalu lupa Allah time senang, time susah br nak ingat Allah..

bukan susah senang ingat Allah.

tue la kelemahan saye..

Ruwaida Ridzwan said...

wana,tue kan ko tulis "betapa kita nie ingat Allah time senang aje"...hehe

mcm aku selalunya igt Allah time susah je,time senang lupa..huhuk..

bukan nak cakap aku nie time susah & senang ingat Allah...

Najihah Kaspin said...

http://stardust909.blogspot.com/2009/04/diari-blur-ii.html





malas nak komen....aku nak suruh ko tengok gambar tu je...pasal gambar tu pun sentap jugak...hehehe.....

Sayer Best said...

ida:haha..aku typo la kat atas.ingat nk tulis time susah.thanks tegur

voltox:InsyaAllah..doakanlah kami jadik wanita solehah

Payied:Yup,sentap...Meh aku tulis sikit sini.
"bersangka baiklah denagn Allah kerana kasih sayangnya mendahului kemurkaannya".Betapa pengasihnya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja