Wednesday, January 26, 2011

orang lain buat contest,aku buat kuiz.Amacam?

Assalamualaikum.
Aku kan cemburu buta.Mana tahan orang lain buat contest.Aku nak jugak femes kannn.Wahahahah.Tapi aku malas la nak suruh orang tampal banner blog aku bersepah-sepah,kemudian memuji aku sepenuh raga.Maka aku nak buat kuiz.Bagi bergerak sikit otak.

Okeh.Kita Mulakan:

1.Seorang Rakan lama anda,yang tidak pernah bertegur sapa sejak zaman sekolah berakhir.malah tak pernah rapat.Tiba-tiba ajak anda jumpa kat mamak,dengan alasan nak promote business.Apakah bentuk business yang mungkin dipromotekan:

A.Jual Jus Tok Guru
B.Jual Karipap Inti Sardin
C.Jual Kereta Sorong
D.MLM

2.Setelah berjumpa,ayat typical rakan anda adalah:

"Ala..business ni senang je.Tak perlu jual __________.Cuma kena carik ________

a.body,kutu
B.barang,orang
C.mahal,pasal
D.kambing,awek

3.Elemen penting dalam MLM adalah

A.Down Syndrome dan Uptown Girl
B.Downline danUpline
C.Downstairs dan Upstairs
D.Downy dan Upin dan Ipin

4.Profile picture kaki MLM adalah seperti berikut :

A.Duit lima puluh berkepuk-kepuk
B.Kereta Mewah
C.Bank account statement
D.Semua di atas,ditukar mengikut kesesuaian

5.Artis yang patut dijadikan idola anda ialah:

A.AC Mizal
B.Siti Nurhaliza
C.Stacy
D.Mamat Exist

6.Simbol matematik yang paling anda gemari ialah:

a.tambah
B.tolak
c.Infinity
D.darab

7.Peninggalan Sejarah yang paling digemari ialah:

A.Angkor Watt
B.Candi Borobudur
C.Tembok Besar Cina
D.Piramid

Sekian saja soalan aku buat hari ni.kalau korang tau semua jawapannya,kompem korang peminat MLM yang tegar.nak jawapan jugak?Boleh baca blog Aidid Muaddib.Tapi kalau nak baca tu,pastikan korang bukan pembela MLM.kalau tak da yang mati kejang depan laptop tu haa.

Hadiah:Kereta mewah pinjam milik upline,kalau dia bagilah.kan dah kaya katanya

Disclaimer:Soalan ini aku tujukan kepada MLM yang jual kepala orang je,bukan yang betul-betul fokus kepada produk.Ada jugak yang boleh pakai.So fikirkan.

4 comments:

Najihah Kaspin said...

aku xmampu jawab laaa....cehcehceh...nk bgtau aku bukan peminat mlm tegar...hahaha

Sayer Best said...

ceh dan dan..padahal downline berapa tingkat dah tu

Wan said...

1-D
2-B
3-B
4-D
5-A
6-C
7-D sebab saya blajar mesir saya pilih pyramid huahuahua

wanan sepatutnya ada satu lagi,suruh wt slogan ke hahaha

Sayer Best said...

wan:hahaha..nak letak slogan spe?Dr rozmey ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja