Wednesday, June 03, 2009

Panduan RIngkas untuk Pemandu cute


Orang sana sini selalu tanya aku
"Wana kecik je,tapi drive Wira.boleh ek"
"Berani kau bawak kereta tak sepadan dengan badan"

Ok..get the idea already..yelah2..aku betulkan tajuk

Panduan ringkas untuk pemandu Pendek@bantut@rendah@apa-apalah kau nak letak

Ok??puas hati

1.Betulkan cermin,side miror,depankan seat semaksimum mungkin

Ini adalah peraturan asas yang diajar di mana-mana sekolah memandu.Pemandu cute seperti kita memerlukan medan penglihatan yang lebih luas.Jadi adjust mana yang patut.Seat du depankan sampai kaki anda mampu mencecah brek,minyak dan clutch.Untuk pertanyaan lebih lanjut,sila ambil lesen dulu di sekolah memandu.aduh..kalau tak tau ni mungkin anda tak memiliki lesen lagi atau dah lama amek lesen tapi lupa.

2.Sediakan kusyen untuk alas tempat duduk pemandu

This is the must-must.Kebanyakan kereta tidak dicipta untuk mereka yang berketinggian kurang 152 cm.Kusyen bertujuan untuk meninggikan lagi kedudukan badan anda dan memudahkan anda untuk melihat ke hadapan kereta anda.Tapi jangan la tebal sangat sehingga stereng mencecah peha pula ye

3.Rapatkan kedudukan kereta jika ingin tap kad "touch and go" atau berurusan di kaunter tol

Bagi pemandu yang cute,tangan mereka juga kadang-kala tak cukup panjang untuk mencecah mesin tap touch and go.Jadi pastikan kedudukan kereta anda cukup rapat untuk tap kad tersebut.Kalau di kaunter tol yang ada orang tu Ok sikit la sebab mereka boleh menjulurkan tangan mereka dengan lebih panjang.(julur sey..lawak gila perkataan).

4.Jangan lupa membawa lesen memandu ke mana-mana

Ok.Ini memang wajib tapi 876545 kali ganda lebih wajib bagi pemandu cute.Hal ini adalah kerana kita ini lebih mudah untuk disyaki sebagai memandu tanpa lesen,apatah lagi dengan raut wajah yang awet muda seperti budak form 2 lagaknya.Jadi,pastikan lesen anda sentiasa ada di sisi untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

5.Berani

Berani kerana benar.takut kerana salah.Menjadi pemandu cute tidak bermakna anda merelakan diri menjadi mangsa buli di jalan raya.Jangan takut-takut.Dulu-dulu ada je aku kena main acah-acah dengan driver lori yang banyak bersepah dekat Nilai ni,lagi-lagi di roundabout.Buat selamba,jangan takut jangan seram.Tapi berani tu berpada-pada lah ye.

6.Simpan nombor telefon yang penting-penting

Nombor penting tu bukan bermakna nombor boyfriend aje.Tapi nombor bengkel,mekanik,syarikat insurans dan sebagainya.hal ini penting dalam menjamin keselamatan pemanduan anda apatah lagi kita pemandu-pemandu cute ini biasanya agak kurang mahir dalam hal-hal merepair kereta.Kalau ada apa-apa terjadi,seperti temperature naik ke,tayar meletup ke,jangan segan untuk berhenti di bahu jalan ataupun lebih afdal di stesen minyak yang berhampiran.Manipulasikan wajah cute anda untuk meraih simpati pemandu yang lain untuk membantu anda.

Taktik ini adalah lebih berhasil jika anda masih lagi berstiker 'P".buat la ayat-ayat berbentuk begini:
"Saya tak berapa tau la pak cik,baru je dapat lesen"

Insyallah..mujarobbbbb.....

Akhir kata:
Pandu dengan cermat.Ingatlah balak orang yang tersayang
Jalan Raya bukan tempat berlumba

4 comments:

irdzra said...

haha..bagus tip2 nie..

marlina johari said...

Tip yang bagus ! Tapi kalau masih takut macam mana nak buat?

Sayer Best said...

bak kata erra dalam filem hape tah,"tanpa keberanian,mimpi tak bermakna"

Anonymous said...

kusyen 2 jgn lupe jemur..selepas di gunakan..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja