Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut ramadan al-Mubarak

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh(sila baca dengan nada Awal dalam syurga cinta,alah time Hadziq perkenalkan dia dengan Heliza tu)



Alhamdulillah,allah kurniakan kita kesempatan untuk melalui ramadan sekali lagi untuk kita sama-sama menyambutnya dengan penuh kesyukuran,maka,umat islam semua digesa agar menunaikan kewajiban berpuasa sebulan Ramdan,di samping melaksanakan amalan sunat yang lain...

Ceh intro sebijik khutbah Jumaat kan?????

Situasi Seminggu Sebelum Puasa

"Bulan Ramadan ni la masa kita nak kuruskan badan,raya nanti boleh sarung kebaya nyonya"
"saving sikit duit aku bulan puasa ni tak makan lunch"
"ish,aku mesti penuh solat tarawikh tahun ni"
"insyallah aku akan jumpa lailatul-qadar"

Tapi.....
Semasa Puasa

"Alah,siang tadi dah berlapar gila-gila,bagi la can aku nak makan murtabak,dengan nasi ambang dengan kuih buah melaka,dengan tebu ngn sirap limau ais"
"ala..sekali-sekala pegi bazar ramadan,apa salah belanja sampai rm10,raya nanti dapat punya duit raya"
"malaslah nak gi tarawikh malam ni,lagipun fadilat dia tak best sangat "
"malam ni bukan lailatul-qadar rasanya,bleh movie sejam dua"


Selepas Ramadan

"ala,kenapa tak muat kebaya nyonya ni.bodoh punya tailor.baju camni pun tak boleh ukur betul-betul"
-pandang muka mak lang,pak andak,tok lng<"ala,kita belajar lagi,lagipun tak kawen lagi,blehla bagi duit raya lebih"
-emm,dapat tarawikh 3 hari je
-ala,tahun depan carik lagi lailatul-qadar

amacam??
Selalu jumpa situasi macam ni????
Biasala tu,apabila bulan puasa dijalani tanpa rasa syukur,malahan mendahulukan raya berbanding puasa.Aku tengok sana-sini supermarket dok promte hari raya,macam la kan bulan Ramadan 2 hari je...

Time ni la orang nak kurus,nak jimat,nak alim..
Tapi time ni la orang tersungkur dari segala misi-misi itu..

Salah siapa???
tailor bodoh tak reti ukur baju(kononnya)
mamak murtabak bazar ramadan
TV yang tak jemu-jemu menayangkan rancangan best time tarawikh??

h ye,aku selalu teringat taun lepas,azamnya nak slat tarawikh kat masjid nilai,knon-knon slat kat kolej macam tak khusyuk la kan,ah ye ko!!
orang nak gi tarawikh,lepas buka,solat terus siap tunggu bas kat bawah
Ni tak,pas ko melantak sekenyang-kenyang tidak,ko gi borak sampai kul 8,pastu mengeluh kena tinggal bas

Manusia..manusia,belum kuat iman lagi ko rupanya

1 comment:

13may said...

hehhe hehhe...selamat berpuasa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja