Tuesday, August 25, 2009

Jangan Berani Bermain Api

4 ramadan:

HAri ni buka makan nasi putih dengan ikan bakar mahal giler,silap aku jugak harga RM 7.50,aku dengar 3.50.Bapak mahal giler,dah la aku tak makan pinggang ikan ke atas(err..actually pinggang tu maksudnya tengah-tengah ikan tu ke atas,tak tau,mungkin dia nampak menyeramkan kot)

Manusia bernama syazwana adalah amat cerewet dalam pemilihan makanan.Antara makanan yang tidak akan dimakan ialah:

-cendol-ini sebab kawan aku sekolah rendah hembus hingus hijau dia time aku makan cendol.kurang ajar tahap unta betul,sampai hari ni aku tak makan cendol tau

-bahagian ayam selain dada dan kepak.aku tak makan drumstick,kaki dan bahagian lain.sila simpan nota ini jika anda ingin belanja aku makan KFC

-pinggang ikan ke atas

-sebarang makanan yang dimasak oleh tukang masak yang berbulu tangan lebat..hahaha

-restoran yang parking sebelah tempat pengumpulan sampah sarap

-bahagian dalaman haiwan seperti paru,perut

Serius cerewet,amat malang sesiapa yang bergelar suami syazwana...

oh,cakap pasal suami.tadi baru jawab kuiz kat facebook.dia kata aku akan kawen ngan partner aku sekarang.masalahnya,aku takde pakwe!!!!!!owh baru teringat aku ada bisnes partner dan partner in crime-oh masalahnya mereka tidak mungkin mau berkahwin dengan aku mengenangkan perangai aku yang cerewet lagi kuat membebel(sila simpati dengan nasib mereka)



kadang-kadang memilih cinta ni ibarat memilih makanan di bazar ramadhan:

-kita lapar dan dahaga
-so,kita memilih untuk membeli makanan yang NAMPAK menyelerakan
-tapi bila time buka kita rasa makanan tu tak menepati selera
-kadang-kadang kita stop makan
-kadang-kadang kita carik makanan lain pas tarawikh
-kadang-kadang kita bedal je

nak salahkan sape?kita yang beli berlandaskan nafsu mata kita...Sedangkan kadang-kadang kita tau makanan tu berkalori tinggi lagi berminyak atau makanan manis yang boleh menyumbang diabetis.sedangkan kita tau ada makanan yang baik dan bernutrisi tinggi,tapi kita tetap memilih makanan yang kurang nutrisi

Macam tu jugak nafsu mata kita,memilih cinta mengikut rupa paras,walaupun tau perangai tak berapa nak elok...agama tak berapa nak jaga.

Ada satu kesilapan obvious pada perempuan:sanggup menerima cinta Playboy dengan harapan dapat mengubah pandangan mereka terhadap kesetiaan dan komitmen
Juga kesilapan lelaki:sanggup menerima cinta si pisau cukur,dengan harapan dapat mengikat mereka dengan kesetiaan

dan akhirnya,diri sendiri yang merana.....

Moral of the story:jangan berani bermain api kalau diri sendiri tak kuat menahan seksa dan detita,jangan berani makan makanan berkalori tinggi,berminyak dan berlemak jika takut gemuk.Makan makan la makanan berkhasiat seperti Herbalife Shake(wah,sempat promote,eh nak menda alah ni boleh la contact aku,sekarang malas nak wat blog khas,tapi insyallah akan ada)

2 comments:

Insan Kecil said...

best..best analogi wana ttg cinta dan apa style makanan kita..huhu.. kalau dah terbeli makanan tu mesti syg nak buang melainkan mmg tak boleh tak makan langsung.. cinta pon camtu..

Anonymous said...

ahahaha..same jugak,da terkena cinta play girl..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja