Selamat hari lahir kepada sesiapa yg menyambut hari lahir pada hari ini,semoga panjang umur,murah rezeki,bahagia dan berjaya dunia akhirat..
P/s:hari ni adalah birthday Dato'seri najib tun Razak,tapi saya bukan wish beliau ya.Jangan salah faham
Friday, July 23, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Kealpaan adalah satu KESILAPAN
Adalah gembira jika kita berjaya menguasai sesuatu ilmu@teknik
dan tak salah jika kita melakukan kesilapan,untuk menyedari bahawa itu adalah kesilapan,dan mengambil langkah untuk menguasainya..
Ya,itu pendapat semasa...
Tapi,apakah perasaan anda sebagai tuan punya badan,jika asyik melakukan pelbagai kesilapan pada suatu hari yang sama??Mungkin orang sekeliling tidak mengutuk atau mengeji,tapi diri sendiri yang merasakan perkara itu adalah satu kelemahan yang amat-amat memalukan.Like...KO tak pernah masuk lab microbe ke sampai benda tu pun kau tak tau.Ya,aku tau dan pernah belajar,tapi atas sebab dah lama tak buat,dan dulu asyik mengular masa kelas,mengakibatkan aku ketinggalan banyak sekali dalam analisis mikrobiologi.
Mungkin aku merasakan,oh buat kerja dalam group,maka bagi-bagilah je part masing-masing.Silap aku adalah aku sentiasa memilih untuk part yang mudah,ataupun sukarela catat result dan bagi orang lain salin lab report.Dulu aku rasa,oh tak mengapa.sekarnag,inilah satu kelemahan dan kerugian yang amat amat besar.
Sekarang,aku nak belajar semua,semula from zero..Ini baru permulaan satu perjuangan.sekali aku start,takkan mudah untuk itu aku berhenti.InsyaAllah,doakan aku untuk mengatasi masalah-masalah ini..allah tak akan bebani hambanya dengan masalah-masalah yang melebihi kemampuannya,mungkin Allah takdirkan aku hadapi kesusahan ini,kerana aku mampu menghadapinya..
Keep smile,and continue my journey..May allah bless us....
Labels:
Throw the emo
Thursday, July 15, 2010
Interpretasi berbeza
Ada seorang profesor,menulis ayat tanpa tanda baca di papan hitam,
Woman without her man is nothing
Lalu Prof berkata kepada warga kelas,
"Ada siapa-siapa yang volunteer nak letak tanda baca kat ayat ni?"
Seorang lelaki bangun,"Ala prof,kacang je ni.Adik saya yang kat tadika Abim pun boleh buat"
Lelaki itu bangun,dan meletakkan 1 koma dan satu titik pada ayat itu,lalu berbunyi begini,
Woman without her man, is nothing.
Beliau kembali ke tempat duduk dengan keeknya.Tiba-tiba seorang wanita pulak angkat tangan dan berkata,Prof,ayat dia macam tak betul je,taraf ayat adik dia yang Tadika abim tu.
Wanita itu menuju ke whiteboard,eh kat atas tadi tak tulis eh kat whiteboard.yela-yela bagitau la ni,dia tulis kat whiteboard la.
Wanita itu menulis kembali ayat itu,tetapi dengan connotation bebeza:
Woman,without her,man is nothing.
So,Prof,mana yang betul ni??????
********************************************************************************
Ok sini,prof jawab soalan..Peh kerek gila kan mengaku prof,baca journal pun terkebil-kebil bijik mata.
Sebenarnya dua-dua betul,ya dua-dua.Pada wanita,memangla ayat yang kedua tu betul,Tanpa wanita,lelaki bukan siapa-siapa.Macam mana dia nak keluar kalau takde mak dia??dan pernah dengar kata pepatah,di belakang lelaki yang berjaya,ada seorang wanita yang menyokongnya.
Pada lelaki,ayat mereka juga betul.Suami banyak memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang wanita,contoh,nak masuk syurga,baiklah kau macam mana,solat sunat la 20 rakaat sehari,tapi kalau kuat mengherdik laki 25 jam sehari,bau syurga pun tak cium tau tak??dan di belakang wanita yang berjaya juga,adanya suami yang menyokong dan bertoleransi padanya.
*******************************************************************************
Oh ya,entri ni bukan bertujuan nak mengulas tanggungjawab laki bini.I'm not intersted yet,since I'm not married,and not intended to marry within this period..Tapi,point di sini adalah,
Setiap orang mempunyai interpretasi berbeza,yang lain antara satu sama lain,mungkin disebabkan perbezaan gender,pendidikan,kefahaman dan persekitaran.
Setiap orang juga melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.Sesetengah benda mungkin bagus bagi seseorang,tapi sangat buruk bagi orang lain.Unik kan ciptaan Allah,yang mencipta otak manusia.kalau tak,mahu semua orang berebut benda@orang yang sama.kalau tak pening aku nak pilih pakwe,kalau semua orang taste kat aku je.Eh,kenapa mesti bagi contoh yang ni?
Kadang-kadang aku nak komen je status-status kat facebook,yang kadang-kadang aku rasa kurang sesuai.Pikir-pikir balik,lantaklah,dah dia pikir macam tu,nak buat macam mana kan.Kang ada aku kena sembur bajet betul 25 jam sehari.Macam bagus je kan nak tegur pendapat orang.hahaha..
Tapi kadang kala,pendapat tu perlu disalurkan,mungkin untuk bertukar pandangan dengan orang lain,ataupun kadangkala kita rasa pemikiran orang tu boleh menyalurkan dia kepada benda yang kurang elok.kalau kawan kau kata bosan hidup nak bunuh diri,takkan kau nak hormat pandangan dia kot???Sesetengah benda,boleh la kita consider,tapi benda-benda yang sensitif dan menggugat akidah,nak atau tak,kita kena betulkan pandangan tersebut.
Apapun,hidup ini meriah dengan pelbagai pendapat dan pandangan,yang sepatutnya dikongsikan dalam suasana yang sihat.Perbezaan adalah untuk dihormati,bukan untuk disisihkan,pandangan juga perlu dikaji,bukan dikeji.Kalau semua umat Islam zaman sekarang buat macam ni,tak akan timbullah isu perbalahan politik,perbezaan mazhab dan sebagainya.
owh,balik kepada chapter atas tadi.
Next question is,
"Who will be my man??"
G.A.T.A.L
Gifted Shouldn't all be pampered...
Yes,I was proud..
But the pride was dismissed,just like the wind flew the fallen leaves out...
For years,sometimes i always see myself somehow is a gifted one.and people always complemented about this too..
Gifted in my context,and they too:
"Could get good grades in examination,while busy pampering themselves with shopping,movie,karaoke,and just reviewing the whole semester syllabuss in a day before the test,but couldn't hold the tired eyes from sleep and only realized that it is already Suboh????"
My pride for years...since kindergarten.primary,secondary,matriculation and university.I was never among the fail or disqualified one.Happily laugh when others struggling,busy reading Remaja while others memorizing the thick Genetics book,but still in the dean's list...And people keep asking,"Bila masa wana belajar?Tak nampak pun??"
excessive compliments and success somehow leads to Riya'..
Now,I just realized that for years,this is not we call genius or gifted,but the correct term is:
"The fast memorizer and learner,eventhough didn't have all the skill or understand the whole topics"
From now on,i have to learn from zero,stop being boast about the 'gifted' things,and start the things all over...
being a researcher is not easy unless you won't hesitate to learn,investigate,and accept all the things with patient and act proactively in any subjects that you are interested about.
Let's start.....
(Hahaha..English terabur....Takpe blaja sikit-sikit.start from zero katanya...)
Tuesday, July 13, 2010
Homesick
Ingin menulis tentang perkahwinan mak cik.
Ingin menulis tentang World Cup.
Ingin menulis tentang dunia baru.
Ingin menulis tentang semuanya tentang kehidupan.
(Bagaimana ingin menulis tentang isu Semasa jika tak baca paper)
Hidup tidaklah sesibuk yang disangka,cuma menyesuaikan diri dengan tempat baru tak semudah yang disangka.Bukan tidak pandai bersosial,tapi kejutan yang diberi sedikit memeranjatkan.Segalanya perlu berdikari.dunia bukan hanya di pena dan kertas.
Saat ini juga rindukan rumah,mama dan keluarga.Last homesick adalah semasa tingkatan 1,namun kini sangat-sangat homesick.Jadi tak sabar menunggu ketibaan hari Jumaat.
Juga sangat tensen dengan trafik jam di tempat aku,iaitu di ***..hahaha..jahat gila tak nak bagitau tempat baru kat mana.Tak boleh,nanti orang semua carik aku,tau aku kat mana.dah la selalu sesat je ni.Agak-agak ternampak aku kat Giant Nilai,jgn bimbang,itu bukan jelmaan.Masih selesa di Giant Nilai,walaupun tempat baru ni dekat dengan shopping complex besar budak tempat lama selalu date dulu.
Semoaga dapat menyesuaikan diri,menghabiskan tugasan dan berjaya dalam apa yang dilalui,walau tangan sudah terasa kekok setelah sekian lama tidak men-----------..Hahaha,hampir kantoi pulak kerja aku.
Hint untuk kerja aku bagi sesiapa yang bertanya:
-Benda yang dulu selalu buat
-Tak buat masa LI,tapi budak-budak lain banyak yg buat
-Boleh partnership,bertukar pengalaman dengan encik Voltoz dan MZKE walaupun buat benda lain..hahahhaa..siyes KANTOI dekat sini
Wednesday, July 07, 2010
Hapdet Kecemasan-Tag From Nuruljannah
Ini hapdet kecemasan hari ni,tengah sibuk-sibuk kemas barang,boleh pulak kan jenguk blog.Terima kasih la Nuruljannah ku sayang,hehehe(ada apa-apa nak belanja aku tak??)
1- apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu
Flavour of life
-Ramai jugak konpius,flavour/flavor-Both are correct.Cuma flavour(british)/flavor American punya spelling.
-Nama ni diambil dari lagu Utada Hikaru, yang dijadikan lagu tema Hana Yori Dango season 2,drama Jepun yang sangat best dan touching.
-Flavour of life ni diambil sebagai nama blog ni,sebab nak menggambarkan bahawa apa yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan aku tentang kehidupan,pahit dan manis.Anything under the sky.
2- apa nama url blog dan dari mana datangnya idea tu
http://sayerbest.blogspot.com
-sebab aku memang best.hahaha.Ada aku kesah???
3. apa method dalam penulisan GadisKecoh?
Siapa tu?bukan aku kan??Dah namanya gadis kecoh,mesti blog dia kecoh,tulis pun mesti banyak sound effect.Takpun jenis pasang MP3 auto lagu Headbanging,.Sebab tu kecoh
4- pernah rasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Pernah,masa hasil tulisan aku disalahertikan.
5- pernah ahli keluarga anda baca blog nie?
Syazwan je kot ada baca,yang lain tak tau kot blog ni wujud ke tidak.
6- apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada orang lain cakap blog anda cantik
Biasa je.Beauty lies in the eye of beholder.
Biar blog buruk,janji tuan dia cantik..Hahaha..Perlu ke statement ni??
7- bila blog anda diberanakkan?
11 Mei 2007,entri first yang takde motif,ditulis tanpa arah tujuan.Sekada promote gambar kanselori aku je.Last-last ramai benar masuk USIM sekarang.Aku dapat bayangkan betapa sesaknya PKP sekarang.nasib baik aku dah keluar.HAHAHA(gelak ahli sihir)
8- siapa orang pertama yang tahu anda ada blog
Dah nama aku la tuan punya blog,aku la yang tahu aku ada blog.
Orang lain tak ingat siapa.tah..
Ramai kot yang jumpa blog ni accidentally,takpun kawan-kawan sekelas aku sebab aku rajin promote kt dorng dalam kelas.Sebab aku ni tak berapa suka nak meroyan kt chatbox org suruh org follow aku.Menulis kerana ingin menulis,bukan sebab nak glemer.Nak duit nuffnang byk tu mungkin ada la niat tu sikit.
9- apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah ?
Masa start blogging,aku dah tak sekolah.Jadi aku tak tau orang kt sekolah aku komen apa.Hari tu pergi SMAKJ masuk anugerah PIBG takde la pulak Ustaz Fuad ke,Miss Rafkah cakap pasal blog aku.Hahaha
(Aku rasa pembuat tag ni adalah budak sekolah la,sebab tu dia tanya pasal sekolah)
Kalau maksud kau sekolah tu persekitaran belajar ke,kerja ke.Baru la sesuai.
Perasaan,perasan best la.Apa lagi.dah kata nama sayerbest.
Takde la,perasaan terharu kot,macam kan dapat sokongan peminat kat ABP.
10.Soalan Nuruljannah,dia letak 9.5,tapi aku nak letak 10 jugak.Tulis point-point nanti terasa macam tulis tesis lak,kang ada aku letak spacing bpe,font bpe kena tukar ni.
sila nyatakan hobi kamu bila mula2 masuk web page?page mane yg mula2 anda pegi?
Page yang mula-mula aku pegi adalah Google Homepage,sebab homepage dalam Mozilla ni adalah Google,kalau kat IE pulak web Dell.
Hapdet pantas..Hahaha..Lepas ni tak tau la masih sempat@tidak,selalu atau tidak aku hapdet,sebab aku macam nak ke arah-arah busy ni.Jangan ditanya ke mana ku pergi..
So,tolong tengok-tengokkan blog ni dulu ye....
Tuesday, July 06, 2010
UPSR 2010 exam paper
Terima kasih kepada cikgu-cikgu dan adik-adik yang terjumpa blog ini.Harap maaf la ya,akak bukan pembuat kertas soalan UPSR,ataupun penanda soalan,hanyalah bekas pelajar yang menduduki UPSR pada tahunn 1999..
Ala,tak payah susah-susah nak carik soalan dekkkkk,dengar kata UPSR nak mansuh.Besok katanya rundingan meja bulat nak tetapkan keputusan,mansuh@teruskan.
Menurut pandangan aku,keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR ni berkait rapat dengan pelbagai komen dari pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan di Malaysia ini terlalu berteraskan peperiksaan,menekan pelajar,dan akhirnya melahirkan generasi yang hanya bijak menghafal,tanpa mengetahui aplikasi,dan kepentingan mata pelajaran yang mereka belajar di peringkat tersebut.Sia-sia mengabiskan space je dalam buku teks ada halaman nilai murni,tapi berapa ramai pelajar yang betul-betul memahami dan mengamalkan nilai murni tersebut??
Bagaimanapun,keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR bukan semudah yang disangka,macam ko tulis entri,tapi rse entri tu cm tak guna,ko boleh delete.Kita kne list dlu kebaikan dan kekurangan pemansuhan tersebut
PRO
-kurang tekanan kepada pelajar,lebih2 lagi peringkat sekolah rendah
-kurang burden kepada guru,jadi mereka boleh tumpukan kepada perkembangan minda kanak-kanak dan pembentukan sahsiah mereka
-kurang kos dri segi penyediaan kertas peperiksaan,elaun pengawas dan penanda peperiksaan
-Lebih banyak masa untuk kanak-kanak mengecapi hidup sebagai kanak-kanak
-Kurang perbandingan dan permusuhan.Contoh,"anak ko 2A je,anak aku main PS2 malam exam pun boleh dapat 5A"
Cons:
-Tiada satu aras penanda kemampuan pencapaian pelajar.Tak tau anak-anak memahami atau tidak subjek yang diajar
-Tiada sasaran dalam pembelajaran.Mungkin menambah masalah ponteng sekolah.
-Tiada penilaian untuk pemilihan pelajar-pelajar ke sekolah berasrama penuh,mungkin akan meningkatkan kronisme
-dan Yang Paling kronik:Tiada aras penilaian khusus untuk menetukan aliran pelajar sama ada sains/sastera ikhtisas/teknik/vokasional
Cadangan(Sekadar buah pikiran,tak nak pakai sudah)
-Mengadakan penilaian berterusan peringkat sekolah,di mana aspek praktikal diberi perhatian.Contoh,dalam subjek pendidikan islam,aspek praktikal seperti praktikal solat,tayamum dan sebagainya juga diberi penilaian.
-mengadakan peperiksaan khas kemasukan ke SBP,MRSM,sekolah bestari dan sebagainya.Siapa-siapa nak ambil exam tu pulak,kena capai markah yang bagus dalam penilaian berterusan seperti yang disebut di atas.
-Kalau nak mansuhkan,biar UPSR sahaja,bukan PMR sebab PMR akan menentukan aliran yang diambil.Sambil tu buat ujian minat dan kecenderungan supaya tidak timbul isu budak 9A dipaksa ambil sains oleh ibu bapa,walaupun dia lebih berminat dengan subjek vokasional,seperti ekonomi rumah tangga.
-Dengan kurangnya beban peperiksaan di peringkat sekolah rendah,guru-guru boleh menumpukan pembangunan minda kanak-kanak,dengan menerapkan teori asas-asas pelajaran dengan cara yang paling mudah.Kenapa aku tumpukan pada sekolah rendah.Sebab di masa ini lah paling sesuai untuk mencorak pemikiran kanak-kanak
Sekadar cadangan dan buah fikiran dari aku yang bukan siapa-siapa.Mana tau ada interview nanti ke,mohon KPLI ke,dorang tanya pasal ni,isu semasa kan.Sekurang-kurangnya ada la aku nk jawab.eh,jangan tiru jawapan aku pulak.Sibuk je
Labels:
OPinion,
School stuff
Monday, July 05, 2010
Ini blog perempuan:BB Cream
Kebelakangan ni,aku rajin bebenor merayap blog-blog mekap dan kecantikan.Rasa teruja pulak nak mereview barang-barang produk mekap dan kecantikan.Wah wah wah berbaur kewanitaan di situ.Err..yang lelaki kalau tak nak baca pun takpe,tapi kalau saja-saja nak tau contoh barang hantaran ke.Boleh la rujuk-rujuk buat pedoman.
Topik yang ingin saya utarakan,eh jap,kenapa mesti utara,bukan selatan,ini asobiah namanya.ahh tak kira,topik yang saya ingin selatankan adalah:
BB Cream
Apa itu BB Cream:
adakah B.B
-Boleh blah cream?
-Budak Busuk cream?
-budak bulat cream?
-B**t** Besar cream?
Salah,semua salah.BB Cream bermaksud Blemish Balm Cream.
Aku malas nak bebel banyak-banyak.Ni copy paste aja:
BB Cream sangat popular di Asia dan banyak di pakai artis Korea.
Di sebut ‘krim ajaib’ kerana kemampuannya untuk memperbaiki kulit dan membuat make up menjadi lebih mudah. Perbedaan antara BB Cream dan produk kosmetik lainnya, BB Cream adalah kosmetik sekaligus perawatan kulit. Produk foundation lain umumnya tidak merawat kulit, BB Cream melakukan keajaiban dengan memperbaiki kulit.
Keajaiban pertama adalah sebagai essensial krim, menutrisi kulit, mengencangkan dan menghaluskan kulit sehingga tampak selembut sutra.
Kedua sebagai tabir surya, dengan SPF-15 yang melindungi kulit dari sinar UV yang dapat menyebabkan bintik hitam di wajah.
Ketiga sebagai alas bedak, membantu memperbaiki masalah kulit dan melindungi wajah dari bahan bahan kimia berbahaya produk make up lain.
Dan keajaiban terakhir adalah sebagai foundation yang membuat make up tampak sempurna dan wajah tidak berminyak sepanjang hari.
Sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyumbat pori pori dan aman di gunakan setiap hari.
Jadi BB cream bukan hanya alas make up tapi skin care + make up.
Semakin rajin menggunakan BB cream kulit akan semakin sehat dan cantik.
Di sebut ‘krim ajaib’ kerana kemampuannya untuk memperbaiki kulit dan membuat make up menjadi lebih mudah. Perbedaan antara BB Cream dan produk kosmetik lainnya, BB Cream adalah kosmetik sekaligus perawatan kulit. Produk foundation lain umumnya tidak merawat kulit, BB Cream melakukan keajaiban dengan memperbaiki kulit.
Keajaiban pertama adalah sebagai essensial krim, menutrisi kulit, mengencangkan dan menghaluskan kulit sehingga tampak selembut sutra.
Kedua sebagai tabir surya, dengan SPF-15 yang melindungi kulit dari sinar UV yang dapat menyebabkan bintik hitam di wajah.
Ketiga sebagai alas bedak, membantu memperbaiki masalah kulit dan melindungi wajah dari bahan bahan kimia berbahaya produk make up lain.
Dan keajaiban terakhir adalah sebagai foundation yang membuat make up tampak sempurna dan wajah tidak berminyak sepanjang hari.
Sesuai untuk semua jenis kulit, tidak menyumbat pori pori dan aman di gunakan setiap hari.
Jadi BB cream bukan hanya alas make up tapi skin care + make up.
Semakin rajin menggunakan BB cream kulit akan semakin sehat dan cantik.
Err..yang fakta last tu kena consider jenis kulit,cara penjagaan muka yang lain,dan cara membersihkan muka.Actually,benda ni must be treated as make-up,so tiap kali sebelum tidur wajib cuci bersih-bersih atau pun wajah korang dihiasi butir-butir merah berkilau-kilau.
Brand BB cream:
BB cream ni banyak jenis.Tapi kalau yang otai-otai mostly from korea:Hanskin,Skin79,Dr Jart,Skin Food,The Face HSop.Ada juga dari Taiwan.Ada juga dari Cosway(Buatan Korea jugak actually,cuma bukan over the counter brand macam yang atas tadi),Silky girl(Ini kurenggg sikit).SimplySiti simply 5 tu pun aku baca description dia,function pun ala-ala BB cream,tapi kurang coverage sikit.
Beza BB Cream dengan Normal Foundation:
Sebelum ni aku pernah pakai Maybelline liquid Foundation.So,aku compare dgn produk tu je la:
BB Cream:
-kurang coverage:kurang sesuai digunakan untuk majlis kahwin,dinner.Mostly for daily use
-Lebih ringan:tak rasa pun pakai BB cream tu kat muka
-kurang pilihan warna:mostly ada 2 shades je,Mereka yang berkulit hitam manis,better go for foundation.Dah kata produk korea kan,so harus la kaler ikut kaler korea sana.Solution:SimplySiti ok kot
-Ada tambahan moisturizer,sunblock,whitening(certain brands) dan healing agents
-Mudah blend,so potensi untuk capuk adalah kurang
-kurang cakey.biasa pakai foundation(lebih-lebih lagi drugstore brand,macam maybelline,silky girl) kalau certai tempat macam wrinkle ke,fine lines ke,dia macam ikut line tu kan.Tapi BB cream ni elok je,macam muka licin menyerlah gitu.
Macam Mana Nak Pilih BB Cream yang sesuai dengan kita:
PErgi blog akak ni.senang.Tapi most product yang dia promote susah nak carik.Yang common macam Etude,SkinFood dan The Face Shop.
My Favourite(saya memiliki kulit jenis combination,oily kat T-zone,dry dekat tempat lainxde major skin problems,breakout time nak dtg bulan,tak terlalu sensitif,cuma ada sikit merah-merah klu makan seafood,normal pores )
Setakat ni
-Cosway(Better coverage,Better SPF,Better oil control,murah ok lagi-lagi kalau join ahli)
-SkinFood Aloe(Better Smell,Better moisturizing,better glowing effect)
Cara nak apply BB Cream di pagi hari:
Cuci Muka---->Tone---->Moisturizer(Boleh skip bagi yang kulit oily/apply selain T-zone bagi kulit combination like me)---->BB Cream---->Loose powder(For Better Glowing)---->;Blusher(optional:nak tambah berseri la.Tapi selalu aku malas je)---->;Bronzer&Highlighter(ini aku tak pernah buat,tapi siapa-siapa nak contourkan muka tu,boleh je)
Ok,Sekian saja entri kewanitaan dari saya.Aww..terasa feminin pulak.
Labels:
Women's stuff
Subscribe to:
Posts (Atom)