Showing posts with label Throw the emo. Show all posts
Showing posts with label Throw the emo. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Huru Hara





Semua orang sudah nampak betapa meroyannya aku di entri sebelum ini.Juga merujuk kepada status-status di Facebook aku.Maaflah kalau korang rasa annoy,bukan selalu aku meroyan hal-hal private di FB dan blog kan.

Sebenarnya macam ni,aku nak mintak tolong kt readers blog ni,please doakan keselamatan students Malaysia kat Mesir.Suasana di sana sangat huru-hara.Aku tengok gambar tu pun dah rasa cemas+nak nangis.Correction.Dah nangis dah pun.Aku kan drama queen,harap maaflah ya.

Saat ni,tak mampu nak menulis lebih-lebih.Aku tengah risau gila tahap anorexia nervos a(ada kaitan kah??)ni walaupun takde kaitan.Nak baca lebih lanjut tengok je la kat web-web ni:


Dan Blog rakan senasib:


Tapi hati ni ada sedikit lega,sebab dapat call "orang tu" malam tadi.Dapat dengar suara beliau,dan tahu beliau selamat pun dah rasa sedikit OK.Tapi still risau lagi ni.Eh,"orang tu",kalau line internet dah pulih,lepas tu awak baca blog ni,sila jangan lahar saya pulak ya.Saya cuma mintak kawan-kawan doakan awak dan kawan-kawan je.Tau...

Tu je untuk kali ini.Please..pray for them.Kerajaan Malaysia pun,jangan sampai apa-apa jadik kat rakyat kita kat sana,baru nak bertindak.Please,amek action sikit.

Salam...





Wednesday, July 21, 2010

Kealpaan adalah satu KESILAPAN

Adalah gembira jika kita berjaya menguasai sesuatu ilmu@teknik
dan tak salah jika kita melakukan kesilapan,untuk menyedari bahawa itu adalah kesilapan,dan mengambil langkah untuk menguasainya..

Ya,itu pendapat semasa...

Tapi,apakah perasaan anda sebagai tuan punya badan,jika asyik melakukan pelbagai kesilapan pada suatu hari yang sama??Mungkin orang sekeliling tidak mengutuk atau mengeji,tapi diri sendiri yang merasakan perkara itu adalah satu kelemahan yang amat-amat memalukan.Like...KO tak pernah masuk lab microbe ke sampai benda tu pun kau tak tau.Ya,aku tau dan pernah belajar,tapi atas sebab dah lama tak buat,dan dulu asyik mengular masa kelas,mengakibatkan aku ketinggalan banyak sekali dalam analisis mikrobiologi.

Mungkin aku merasakan,oh buat kerja dalam group,maka bagi-bagilah je part masing-masing.Silap aku adalah aku sentiasa memilih untuk part yang mudah,ataupun sukarela catat result dan bagi orang lain salin lab report.Dulu aku rasa,oh tak mengapa.sekarnag,inilah satu kelemahan dan kerugian yang amat amat besar.

Sekarang,aku nak belajar semua,semula from zero..Ini baru permulaan satu perjuangan.sekali aku start,takkan mudah untuk itu aku berhenti.InsyaAllah,doakan aku untuk mengatasi masalah-masalah ini..allah tak akan bebani hambanya dengan masalah-masalah yang melebihi kemampuannya,mungkin Allah takdirkan aku hadapi kesusahan ini,kerana aku mampu menghadapinya..
Keep smile,and continue my journey..May allah bless us....



Friday, October 23, 2009

HAri Manis

Selamat pagi..
BAngun pukul 4.00 pagi untuk membuat assignment yang akan dihantar hari ini
MAsih tidak membuat chapter 4 untuk tesis lagi
Masih ada 4 lab report menanti
Juga special project bakeri
MAsih tak dapat tempat latihan industri
TAkpe,kita masih menghadapi hari-hari dengan senyuman
Bangun dengan Doa

HAri manis
Assignment ditangguhkan
Jumpa supervisor tesis ,dan dapat idea untuk buat chapter 4
Kita masih senyum dan doa
Bak kata mak aku,jangan stress
Usaha dan doa lebih

HAri manis
Masih menulis dalam blog lagi
Maaf,tak boleh menulis panjang
Sekadar sedikit luahan rasa
Di Hari Manis ini

Wednesday, October 21, 2009

Bubbling

I want to fly,
instead i can only run
I want to hide,
but i must face
the reality of life is too cruel
instead i must learn not too be kind to the world
c

Thursday, October 15, 2009

Short message to "Red"

Assalamualaikum Red,
Semoga Allah permudahkan segala jalan
Jangan putus asa sebelum mencuba
Insyallah,segalanya akan berlalu dengan gembira
Cuma kita perlu sabar,usaha dan tawakal

P/s:reminder to myself too




Sunday, October 04, 2009

Meet mr.Arrogant

Aku ada ramai kawan-kawan.Ada yang baik,ada yang nakal,ada yang kelakar dan ada yang serius.

TApi malam tadi ada seorang kawan aku yang buat aku terkesime kerana dia terlalu angkuh dan tidak boleh dibawak bergurau.ohoo,ko sakitkan hati aku takpe ye...

Aku cakap sikit,ko dah sentap
KO memang begitu kE???

pedulikkan
Yang penting ko tak hensem macam HUgh JAckman



Sekian,terima kasih

Sunday, September 13, 2009

Kecelaruan MInda

Tiba-tiba datang mood nak meroyan malam 24 ramadan ni.10 malam terakhir OK,sepatutnya beribadah bukan meroyan.eh,aku dah tarawikh kat bilik dah tadi,meh jap aku nak meroyan jap je ni..jap lagi aku nak study lak....

Aku sekarang dalam mood ignorant,bercampur-baur.entah hormon ape tah merembes kat kepala sampai jadik bengang bengang bengang ya amat.nak PMS kot..mungkin aku sendiri je yang rasa macam ni dan tak faham hati orang lain.Entahlah,kadang-kadang penat kesian kat orang,tapi orang sikit pun tak nak kesian kat kita.

AKu bukan nak mengungkut,jauh lagi membangkit dan riak.Cuma aku harap kawan-kawan aku tolonglah faham aku.Aku bukanlah SUperman,aku juga bisa nangis,bila kekasih hatiku...EH EH NI DAH SILAP TERNYANYI LAK.Biarlah orang nak kata tak matang ke isu kecik-kecik nak besarkan,I don't care.ini blog aku,jadi biar aku menulis ikut cara aku selagi tak melanggar akta SKMM

TAjuk kali ini adalah:

ORANG YANG SAYA RASA AMAT ANNOYING TETAPI SAYA TAK SAMPAI HATI NAK MARAH

1.Orang yang dahla mintak aku jemput/hantar kat mana-mana,pastu kalau aku lambat bising,pastu kutuk kereta aku macam-macam..
Contoh ayat:ko ni dah lama tak cuci kereta ke
"ko bila nak sampai giant ni,penat dah aku tunggu setengah jam.kan dah cakap awal-awal suruh jemput pukul 8.30

Ok takdela ayat direct camni..bau-bau bacang tu adalah.Tapi.kalau dah mintak tolong orang tu,boleh tak jangan banyak bunyi minta itu ini..ko ingat aku kerja full-time taxi driver ke..aku basuh tak basuh kereta tu masalah korang ke.apa selama ni aku basuh pakai duit kau???

PANTANG BESAR AKU:jangan kutuk aku lebih-lebih terutamanya dalam kereta aku.sikit-sikit takpe.aku bukan takde sense of humour langsung,tapi berpada-padalah..ni tak.naik kereta aku pastu bising,lama tak cucilah,enjin tak power la.RASA NAK KENA HUMBAN,BUATLAH LAGI

2. MENJATUHKAN SEMANGAT AKU

contoh ayat:ko bukan dah lama ke buat bisnes herbalife ni,takkan tak untung-untung lagi..
AYat dituturkan selepas aku kata tak boleh belanja buka sebab tak untung lagi..

Hello,I baru start bisnes 1 Ramadan,ni baru malam 24 ramadan.Ko ingat aku buat part time GRO ke.gelek-gelek,gedik-gedik lebih kurang,pappp RM1000 melayang depan mata.Ini Bisnes Ok,bukan sekelip mata.At least aku ada jugak la usaha nak majukan diri,ye tak..

Kalau tak nak beli,boleh tak jangan kutuk@hina.Aku guna duit ko ke nak buat modal???

3.ORANG BAJET BAGUS PASTU DAH BAGITAU BAHAWA FAKTA TU SALAH,TAPI MASIH NAK BISING-BISING

Tajuk dah cukup membayangkan betapa merbahayanya makhluk di atas.suka menegakkan benang yang basah

4.ORANG YANG TIME NAK MINTAK TOLONG BUKAN MAIN AYAT MANIS,KITA NAK MINTAK TOLONG CAM SUSAH LAK,MESEJ PUN TAK NAK REPLY.APA MAHAL SANGAT KE NAK MESEJ U-PAX SAMA U-PAX.TAKPUN KO PINJAM LA KREDIT SAPE-SAPE DULU,TAKPUN KO DATANG JE RUMAH AKU MACAM LA JAUH SANGAT

kalau tak nak@tak boleh nak tolong,bagitau awal-awal dan cepat-cepat,senang aku nak merancang apa-apa..

itu je la.sory kalau entry ni agak emo,tapi memang emo pun

Monday, February 16, 2009

TAg Muzik Pulak..jom layan

pagi-pagi lagi aku ah bukak laptop..bajet nak tengok LMS la kan..mne tw dr cek wan nak upload lectue note baru

tapi apa yang terjadi..yang si gemuk telah mengetag aku..
hehehe..tiba-tiba rasa gatal lak nak jawab

THE MUSICAL TAG

1. Put ur i-tunes, mp3, mp4, windows media player, etc on shuffle..
2. For each question, press the next button to get your answer..
3. You must write down that song name no matter how silly it sounds..
4. Tag 10 friends..
5. Everyone tagged has to do the same thing..

If some asked u..

How would you describe yourself..
Adam-Benar-benar

Hehehe.aku benar-benar apa ek...benar-benar comel..benar-benar baik..benar-benar poyo
heh...
Lirik ni macam berkaitan jugak dengan apa yang aku pernah rasa
Perasaan masa-masa mula lepas clash..camni la..
ko akan rasa kosong..lain macam...rasa macam incomplete
but..life must go on..
tak payah merayu-rayu pada orang yang tak sudi

What do you like in a guy/girl..
Tentang dia-melly goeslow

Amboi..macam tau-tau lak Winamp aku ek...jawapan kena je ngan soalan kan..
Memang la...kalau aku suka seseorang..mesti la aku kena suka segalanya tentang dia...
secara teori mudahlah..tapi untuk praktikal aku kadang-kadang tak boleh tolerate sesetengah benda
Aku tau setiap orang tak perfect dan ada kelemahan
tapi kadang-kadang aku tak boleh terima lak sesetengah kelemahan
Dan itulah kelemahan aku

~Sorry~

How do you feel today..
Alicia KEys-Karma

Apahal pulak karma pulak pagi-pagi buta ni..
Agaknya aku kena buat baik je kot hari ni...sebelum kena hukum karma pulak
bak kata pepatah
buat baik dibalas baik..buat jahat dibalas jahat

What is your motto..
Biarlah Rahsia-dato'siti Nurhaliza

Hehehe..aku tengah dalam proses menghabiskan bacaan novel can you keep a secret?(Sophie KInsella)
Aku tak boleh pandai sangat nak simpan rahsia melainkan ia betul-betul private and confidential serta tuannya
bersungguh-sungguh suruh aku simpan
RAhsia diri sendiri lak
ada yang aku simpan sendiri
Ada yang aku beritahu orang yang boleh dipercayai
Dan ada yang aku tersilap cerita kt orang..dan orang tu bocorkan..betray sunngguh

What do your parents think about you..
Perempuanku-Irwansyah

ya..tepat sekali
I'm the only girl in family
Mesti mak dan arwah ayah aku sayang aku kan..
Anak dara sorang je...


What do you think about very often..
Avril Lavigne-hot

Hot???
Apa yAng aku pikir sampai jadik hot pulak ni
Selalu dengar hot fm kot??
Ke aku ni senang hot temper
Ataupun kalau dalam husnuzzhon nyer
Aku adalah seorang gadis yang sangat hot
Watch out men over there!!!!
hahaha

What is 2+2..
Amal Hijazi-Albi nadak

Hoi tukang buat tag
Tak senonoh betul suruh jawab soalan matematik guna lagu
Ingat ada ke lagu
'4 kasihku" ke.."aku dan empat ke"
Maybe hati aku ni dah memanggil-manggil jawapan tu kot
Kira macam jawab dalam hati la(jawapan klise kalau orang tanya kenapa tak jawab salam..
aku akan selamba je cakap jawab dalam hati)

What do you think of your bestfriend..
Puteriku sayang-Hijjaz

Lagu nasyid ni..
yeah..aku sayang kawan baik aku
So..aku tujukan lagu ni untuk dia
Semoga Kau menghayati lirik lagu ni dengan bersungguh-sungguh

What is your life story..
What I've done-Linkin PArk

BAnyak benda yang aku regret dalam kehidupan ni
Tak semua yang aku buat tu baik dan membahagiakan
KAdang-kadang Aku ni tersalah pilih jalan
Tula..nak buat keputusan tak sembahyang istikharah lagi
Tapi..past is past...
Aku sedang memulakan hidup yang lebih baik ni

What do you want to be when you grow up..
Bukan diriku-samsons

Heyy...
Abis kalau aku tak jadik diri aku
aku nak jadik sape lak????
Takkan nak jadik Jennifer Lopez lak
Tak pun jadik ashidah kamsin..hahaha

Merepek betul la jawapan ni


What do you think when the person you like..
RAhmat-kekasihku

Soalan tak habis
Apa yang aku fikir kalau orang yang aku suka...
Dia buat ape???
makan??berak???jatuh longkang???
Hahaha..yang penting aku pikirkan die je la
Oh kekasihku..my lover
hahaha


What will you dance at your wedding.
Cinta(melly feat.Kris Dayanti)

LAgu ni camne ek nak dance..
Ballroom dance kot...
yeah..boleh masuk sehati berdansa ni
CInta...di hari perkahwinan tu...
eh..tapi aku boleh ke dance kat wedding aku nanti???
Sebab aku dah plan nak buat marhaban ngan khatam quran je???
Takpe-takpe...buat plan baru...
KAlau dance pun ngan my beloved hubby je la
Tak perlu tunjukkan kemesraan melampau di khalayak ramai

What will the play at your funeral..
Lagu tema sehati berdansa-Farhan

Gila ke hape???
Korang jangan wat macam tu kat hari kematian aku
Ingat pesta keramaian ke...
Udah la tu..Insafla
Bawak-bawak mengaji sedekahkan fatihah untuk aku nanti

What is your hobby..
Elite-TAmparan wanita

Apa hal pulak la ni..
Aduss..tag ni semakin jadik merapu..dahla panjang
Tolong la aku...
Rasa nak tampar-tampar tukang buat tag ni


What is your biggest fear..
Christina Aguilera-genie in a bottle

Takot wooo...
mne tau jin tu jahat pastu dia rasuk aku ke
JAdik movie histeria 2 lak
seram tu


What is your biggest secret..
De Hearty-di hati

LAgu nasyid nih
Ye rahsia paling besar
cuma disimpan di hati saja

What do you think of your friends
Jamal Abdillah-gadis melayu

hahaha...no komen
padahal kawan-kawan aku bukan semua perempuan pun
Ada je lelaki

What will you post this as..
Britney Spears-toxic

YA tag ini memang toxic sekali
Menghabiskan masa aku di pagi hari
(ceh..padahal sendiri yang sukarela nak jawab pun)

Orang-orang yang bakal menjadi mangsa toxification ini..ini bukan paksaan..sila jawab dengan rela hati

1.Mangsa tetap aku-Ashidah Kamsin
2.KAk Maryam
3.Mangsa baru-dzul a.k.a CIMAP
4.Sheqa yang comel
5.Adikku sayang-Syazwan
6.Yani
7.Bazilah Salleh
8.Payied
9.Riddha(blog ko layan ke benda merapu ni)
10.sape-sape lagi la

Thursday, January 29, 2009

Aku tak suka pada ketidakpastian..harap jangan tanya lebih lanjut

Dinding empat segi
putih bersih
seakan mengurung-ngurung
hanya ditemani desiran kipas dan lagu lucky yang diulang-ulang dari laptop
aku rasa serabut
Aku perlukan rehat lagikah??
Sedangkan baru berfoya-foya di alamanda beberapa hari lepas
Mungkin hati tak tenang
Tapi kenapa???
Mungkin aku takut
Pada sesuatu yang tak pasti
Aku tak suka menunggu dan aku tak suka ketidakpastian
Itu kamu perlu tahu
Jangan harap aku akan beritahu
Jika aku rasa jemu
TAK AKAN....
Sekarang biarkan aku merenung kembali
betul atau tidak segala keputusan
aku tak nak menyesal buat sekian kali

Friday, January 02, 2009

.Life is about love and lost

"pndek.mak aku da xda"

Sender:
Yang Mok
+6013*******

Sent:
1 Jan 2009
20:34:17

simple mesej but painful...
mok..tabah ok...you must be storng in sake of your father and lil sis
Kita senasib..bezanya ko hilang emak kau
dan aku hilang ayah aku
it;s really painful deep inside

2008 ni tahun yang banyak mengubah hidup aku
belajar lebih dewasa dan berdikari
sebagai anak sulung..tanggungjawab tu meman banyak.lagi2 ayah aku takde
serius aku cakap
tak sangka perkara tu akan berlaku
he gonna leave me too fast
sedangkan 2 minggu sebelum tu dia lawat aku kt usim
still sihat
boleh drive dr johor ke nilai
and week before the day
aku call die
masih macam biasa
dan aku tak sangka
dia akan dijemput tiba-tiba
isnin,11 ogos 2008

life is all about love and lost
sweet and pain
kadang-kadang..kita dihidangkan denan perkara yang tak pernah kita jangka
dan tak bersedia lagi nak menghadapinya
tapi percayalah
allah tak akan uji hambanya melainkan dengan ujian yang setimpal dengan ketabahannya.dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya
dan jangan sekali-kali menyalahkan takdir atas sesuatu yang kita tak pernah tahu hikmah di sebaliknya
Percayalah..allah itu maha adil

Bohonglah kalau aku kata tak sedih langsung..
sedih memang sedih
tapi..
adakah dengan aku meratap,i'll have him back??
NEVER...
jadi sekarang aku kena berusaa bersungguh-sunguh utk mencapai impian abah aku
sambung cita-cita die untuk dapat PHD
dan terus berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiannya di sana

abah..you are my hero forever..
bak kata mama aku:"nak kawen nanti carik yang macam abah"
I WILL!!!

Tuesday, November 04, 2008

kalau makan dalam tu boleh kenyang..baik aku tak payah pegi lunch

makan dalam tu hape ye kawan-kawan??
adakah makan dalam tu aku maksudkan makan dalam bilik nyorok-nyorok
atau makan dalam pinggan
atau makan organ dalaman
bukan saudara-saudariku..
bukan...
tapi makan dalam tu bermaksud
simpan dalam hati
bak kata pantun melayu lama

'kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam hati
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati'

tapi..cmne kita boleh menghilangkan benda tu dari hati??
cuba bgtw sikit
if orang tu tak minta maaf
buat bodoh...segala benda tu payah nak luntur dari hati

ni aku nak ngumpat pasal pesta halloween yang dianjurkan oleh persatuan pelajar gothic tempat aku(bukan event dan kelab sebenar)
aku terpilih jadik ajk penyembelihan orang(bukan tugas sebenar)
elok2 aku sembelih 20 kerat
dorang kata just nak 5 kerat
muahahaha..
pastu boleh kutuk aku sebagai tukang sembelih yang tak bagus
itulah analoginya
huhuhu
dan sampai sekarang ni
aku anti ngn badan pelajar gothic tu(bukan nama kelab sebenar)
makan hati je

hehehe..now aku nak pegi lunch dulu
haiii..kalau la makan dalam tu boleh kenyang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja