Wednesday, July 21, 2010

Kealpaan adalah satu KESILAPAN

Adalah gembira jika kita berjaya menguasai sesuatu ilmu@teknik
dan tak salah jika kita melakukan kesilapan,untuk menyedari bahawa itu adalah kesilapan,dan mengambil langkah untuk menguasainya..

Ya,itu pendapat semasa...

Tapi,apakah perasaan anda sebagai tuan punya badan,jika asyik melakukan pelbagai kesilapan pada suatu hari yang sama??Mungkin orang sekeliling tidak mengutuk atau mengeji,tapi diri sendiri yang merasakan perkara itu adalah satu kelemahan yang amat-amat memalukan.Like...KO tak pernah masuk lab microbe ke sampai benda tu pun kau tak tau.Ya,aku tau dan pernah belajar,tapi atas sebab dah lama tak buat,dan dulu asyik mengular masa kelas,mengakibatkan aku ketinggalan banyak sekali dalam analisis mikrobiologi.

Mungkin aku merasakan,oh buat kerja dalam group,maka bagi-bagilah je part masing-masing.Silap aku adalah aku sentiasa memilih untuk part yang mudah,ataupun sukarela catat result dan bagi orang lain salin lab report.Dulu aku rasa,oh tak mengapa.sekarnag,inilah satu kelemahan dan kerugian yang amat amat besar.

Sekarang,aku nak belajar semua,semula from zero..Ini baru permulaan satu perjuangan.sekali aku start,takkan mudah untuk itu aku berhenti.InsyaAllah,doakan aku untuk mengatasi masalah-masalah ini..allah tak akan bebani hambanya dengan masalah-masalah yang melebihi kemampuannya,mungkin Allah takdirkan aku hadapi kesusahan ini,kerana aku mampu menghadapinya..
Keep smile,and continue my journey..May allah bless us....



1 comment:

aku mozu said...

Pade pendpt sy..

Mgkin bz berherbalife kot.. kih3.

Try ur best..

Allah always with u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja