Saturday, August 21, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan



Hamboi!!!makan hati okehh tengok Serina makan dengan penuh kenikmatan merasai nikmatnya makan free.
Serta merta membuatkan diriku ini ingin menukar cita-cita.Lain kali kalau ada borang kaji selidik,tanya cita-cita apa,nescaya aku tanpa berfikir panjang akan menulis cita-citaku selaku pengacara jalan-jalan cari makan.best apa..makan free,gaji besar,glemer lagi you!!!

Untuk mencapai cita-citaku yang murni ini,maka sepanjang bulan puasa ni aku ada menjalankan latihan industri.nanti senang,kalau aku nak apply jadik pengacara jalan-jalan carik makan nanti,dekat resume tu bahagian pengalaman tu,adalah iaitu food-detective,pengalaman selama berbelas-belas tahun,sebab family aku ni jenis suka jalan-jalan.every sem break ke,school holiday ke,even public holiday yang sehari tu kitorang akan merayap,so banyak la tempat makan yang aku dah rasa,sekaligus tekak aku ni boleh menerima makanan dari pelbagai budaya berbeza.Untuk pengetahuan,saya adalah orang JOhor,berketurunan Banjar,yang boleh menerima nasi dilimpahi budu sambil berbalas SMS.

Untuk kali ini,edisi khas Ramadan,saya akan membuat sedikit review berkenaan tempat makan yang aku pernah beli,termasuk masjid yang aku pernah berbuka.(serta merta kantoi malas masak nak buat buka.Tak berbaloi OK aku masak untuk makan sorang je.Housemate bukan semua ada kat rumah,yang ada pun dah beli makanan sendiri kat luar.Paling-paling pun goreng telur buat buka).


Kategori 1:Bazar

1.Bazar Ramadan Seri Serdang





Bazar ni terletak di taman perumahan yang aku duduk sekarang.Agak jauh kalau nak jalan kaki,jadi kalau nak pergi kena naik kereta.Pilihan makanan agak banyak,dari Murtabak Singapura,Laksa Kelantan,Otak-otak Kempas dan sebagainya.Sepanjang bulan puasa,dah 4 kali aku pergi Bazar Ramadan yang ini.Tempatnya adalah berdekatan dengan KFC dan McD Seri Serdang.

My Favourite:Nasi Lemak ayam berempah.Sambal dia tersangatlah marvellous.Pastu ayam berempah yang sangat sedap.Pilihan tentulah dari seorang encik yang stall dia row no 3 ke 4 kalau tak silap if korang datang dari belakang.Tapi tak tau la sebab tekak orang lain-lain.

Yang Best:Pilihan yang pelbagai

Yang kureng:Tahap kesesakan yang teramat.Tapi still boleh dapat tempat parking yang selesa dan tak lah terlalu jauh.Mungkin sebab ia kawasan student yang ramai,maka kenderaan tidak la terlalu banyak.

2.Bazar Ramadhan UPM

Bazar ni terletak di dalam kawasan UPM.Lebih spesifik adalah di tempat parking utama.Bazar ini tak la terlalu besar.Setakat 2 row je.Tapi keistimewaannya adalah:pilihan makanan yang pelbagai.Ada benda yang saya rse mustahil dijual di Bazar Ramadhan yang lain,ada dijual di sini iaitu donat Big Apple.Ini bukan donat yang dibuat ala-ala Big Apple,tapi memang real punya Big Apple.Keluar dari kotak gitu!!!

Pastu kat sini budak-budak wakil kolej kediaman pun ada buat jualan.Contohnya adalah kek yang dijual oleh kolej berapa entah.Tapi siyes memang tempting giler!!!!

Price wise:Lebih kurang je dengan bazar luar,ingat buat dalam kawasan student harga murah sikit.Sama je.Puding karamel RM 2.50 jugak

My Favourite:Tak boleh decide lagi sebab baru pergi sekali je.tapi ia mungkin akan jadi destinasi tetap kerana ini lah yang paling dekat sekali.

Yang best:Parking yang senang dan orang yang tak ramai sangat

Yang kureng:Dah kata sikit booth je,maka pilihan makanan agak kurang untuk sesuatu jenis makanan.Macam bazar Ramadhan lain booth nasi ayam ada 3,dia cuma satu je.

3.Bazar Ramadhan Presint 2 Putrajaya



Ini bazar elit.Hahaha..Sebab apa,haritu Dato'Shafie Apdal ada datang melawat.Dah dekat2 dengan tempat keja beliau,dan mungkin berkaitan dengan portfolio beliau sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.Bazar ini nampak agak elit,mungkin dari segi harganya dan tahap kebersihan yang agak memuaskan berbanding Bazar Ramadhan yang lain.

Price wise:A bit pricey,dan kalau harga yang sama,mungkin kepadatan/kebesaran makanan yang agak berbeza.
Yang best:Bersih dan tersusun.Orang-orang yang bertimbang rasa,tak berebut-rebut dan beratur sementara menunggu makanan disiapkan(etc murtabak),peniaga-peniaga tidak membuat jeritan melampau yang membingitkan telinga macam kan dia sorang je jual nasi ayam kat bazar tu.Tempat parking yang banyak.

My Favourite:Tak boleh decide lagi.Baru pergi 2 kali

Yang kureng:Tak banyak pilihan kuih-muih.Banyak makanan berat je.Air cepat habis.Apakah orang Putrajaya ni mengikut saranan minum air 2 liter sehari??

4.Bazar Ramadhan Parit Yaani,Batu Pahat,Johor

Baru pergi siang tadi,1st time.Satu-satunya Bazar di Johor yang telah dikunjungi pada tahun ini.tempatnya adalah dekat-dekat dengan sekolah Rendah apa ntah,masuk dalam sikit je dari simpang

Yang Best:Biasa-biasa je,macam bazar Ramadhan yang lain jugak.Pilihan makanan adalah lebih kurang je dengan tempat lain.tapi speciality adalah Air KAthira,bazar-bazar yang lain di atas sukar mencari Kathira,tapi oleh kerana Bazar ini terletak di Johor,maka air Kathira adalah bersepah.

Yang Kureng:Tempat parking.Parking di tepi jalan je

Price Wise:Murah OK!!!Dah kata kat Batu Pahat,Johor.haruslah jumpa puding RM2,compared to Bazar-bazar di atas yang jual RM 2.50.

Kategori 2:Masjid

Actually,baru try berbuka kat sebuah masjid je iaitu Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin,atau nama manjanya Masjid Besi.Masjid ini adalah masjid kedua di Putrajaya.




Masjid ini memang sangat selesa.Para jemaah disediakan makanan secara buffet.Kebetulan masa datang hari tu,buffet yang disediakan adalah Nasi Ayam yang sangat sedap,dan sangat banyak.Air sirap yang juga sedap,kuih-muih pun sedap juga.(Makan free..harus la sedap jugak kan...)

Sangat seronok berbuka puasa di situ sambil menikmati pemandangan indah Putrajaya pada waktu malam.Keselesaan adalah dijamin,dan para pembuka(puasa) boleh terus menunaikan Solat Tarawih secara berjemaah.Kronologi berbuka adalah standard seperti masjid-masjid lain iaitu seperti ini:

Azan maghrib-->Makan kurma+air-->Solat Maghrib-->Makan berat(siyes berat sampai aku sakit kepala akibat terlebih makan)-->Solat Isyak+Tarawih-->Moreh(kuih-muih yang juga banyak)


Sekian saja segmen Jalan-jalan Cari Makan sempena Ramadhan 1431 H.So Puan Serina,kalau anda nak amek cuti bersalin,dah takde masalah,dah ada calon ganti,kan..kan...kan...

Pesanan Penaja:berbuka sekadar perlu,jangan membeli mengikut nafsu.Mulakan berbuka dengan air masak dan kurma,kunyah dengan perlahan,dan jangan gelojoh.InsyaAllah,anda akan cepat kenyang.
Kalau boleh jauhi dari pengambilan ais.sedap di tekak tak bermakna sedap pada sel-sel badan anda juga.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Disclaimer:Imej bukan dari penulis.Penulis adalah sengkek untuk membeli kamera DSLR.Kredit to Pak cik Google

5 comments:

voltox said...

wah ni bukan jalan2 cari makan ni..sbb makanannya tak hilang..jadi tak perlu cari pun..=p

sy tak penah lagi pergi masjid besi tu..awk jgn pergi pakai baju besi pulak ye..sbb masjid tu dibuat dr besi berani..haha

apa pun dtg la masjid putrajaya lagi satu yg lama tu..sama juga..buka ringan dulu pastu berat..kat situ imam dia baca best..sy tau sbb imam tu antara ustaz yg ajar kat surau kasturi height ni..hehe..makan pn free situ..

Sayer Best said...

tak juga encik voltox.Cari bukan digunakan untuk benda yg hilang aje,tapi benda yg kte xde.Contoh,cari kerja,x semestinya sebab kte hilang kerja,tapi bermaksud kita xde kerja,begitu juga cari jodoh,cari maklumat.jadi dalam konteks artikel ni,cari makan bererti mse tu sye xde makanan..Hehehe

Besi berani=magnetkah??
ada ke baju magnet.stylo kot klu pakai..hahaha

Rasanya mne2 masjid makan free,cuma hidangan yg disediakan special atau tak.tapi jgn la pergi masjid sbb nk kejar makanan je kan..hahaha

aku mozu said...

waahh... borak panjang awk dua org. Mentang2lah geng bukak di Masjid.

SHaRKFiQ SSM said...

xbuke puasa kt masjid lagi sem nih~ hehe

AngahSayang2314 said...

jalan2 ternampak blog awak so i follow uuuuu jom kita tukar2 link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja