Tuesday, August 31, 2010

Mencari jalan pulang

Kebelakangan ni,aku rajin la amat berjalan-jalan melihat keindahan alam.Apatah lagi di area aku tinggal ni,terdapat pelbagai jalan untuk menuju ke destinasi.Aku tak mahu terikat dengan stereotype,maka aku mengambil keputusan untuk mencari jalan berbeza untuk ke tepat kerja.Bukan apa,aku mahu menambahkan kekayaan khazanah negara,melalui pembelian Petrol yang kerap.Di samping itu,bak kata pepatah,jauh berjalan luas pemandangan.

Bagaimanapun,kadangkala eh selalu kala,aku sering terkeliru dan terlalu jalan yang pelik2.Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah terlajak ke sebuah jalan macam estet,di antara semenyih-bangi.hape tah aku redah je.Pastu kat hujung-hujung jalan.de jalan tak bertar lagi..tapi last-last tembus kat Putra Mahkota lak.Entah aku tak faham complexity jalan-jalan di Malaysia ini.

Aku juga pernah tersesat di sebatang jalan mati di Putrajaya,pada pukul 12 malam,bersama-sama Cik Aina.aku ingat kat kampung aku je ada jalan mati tak semena-mena,tapi rupanya kat Putrajaya pun ada juga.Mungkin ini bermaksud kampung aku adalah setaraf Putrajaya agaknya.

Oleh kerana sering sesat,maka aku mengambil beberapa inisiatif untuk mengurangkan kadar kesesatan itu.Kira kalau sesat boleh patah balik la.Ini antara langkah-langkah yang aku ambil.Bagaimanapun,sebahagian tips ini adalah berguna untuk mereka di sekitar serdang-nilai-bangi-kajaBagi ng-putrajaya je,memandangkan di situ adalah taman permainan @litar lumba aku.

1.bagi mereka yang dari Putrajaya nak menuju ke Nilai,contohnya budak USIM@Nilai College@UIA nilai@Inti@kolej hape-hape banyak sangat kat nIlai haa baru balik dari tengok wayang kat alamanda,ke yang alim-alim baru balik tarawih kat Masjid Putra.First time pergi adalah common jalan balik tak sama dengan jalan pergi.Pastu jalan akan berbelit-belit samapi kaur asa,eh macam dah lalu je tempat ni.Pulak tu kereta lain takde lalu lalang.

Apa yang perlu anda buat,adalah mencari signboard KLIA@Bandar baru Salak TInggi.Dengan mencari signboard itu,InsyaAllah,anda akan berjaya muncul berdekatan dengan kota warisan,tiba kat 1 jambatan sebelum trafic light.Ikut aje sign board Nilai.Mudah bukan??

Manakala anda yang dari bangi@Kajang,carik la sign board kajang je.taakkan nak carik sign board batu Pahat pulak.

2.Jika anda ke Kuala Lumpur,dari selatan tanah air.nak balik tak tau jalan.Mudah aje,tapi bukan mudah.com.Cari aje signboard highway seremban.Insyaallah,jumpa PLUS highway,masuk dan memandulah anda dengan kelajuan menepati had laju yang ditetapkan.

3.Untuk ke tempat-tempat yang anda belum pernah pergi,tidak ada salahnya untuk anda surf melalui Google Maps terlebih dahulu.Dan sebaiknya,peta itu anda print dan fahamkan siap-siap.Cuma perlu iteliti betul-betul,sebab kadang-kadang Google Maps ni tak diupdate sangat sebenarnya.Contohnya,masjid Sultan Mizan Zainal abidin takde lagi dalam Google Maps.

4.kalau dah sedar tempat tu memang takde dalam peta,macam kau nak carik bazar Ramadhan,kompem la takde dalam peta kan.Bila terjadi macam ni,sila ambil tahu landmark yang berdekatan dan senang dikenalpasti.Contohnya,macam Bazar Ramadan Sri serdang.Landmark terdekat adalah KFC@Mc D serdang.Untuk yang ini,boleh bertanya kepada mereka yang berpengalaman.carik landmark tu kat Google Maps dan tandakan.

5.Susah sangat,pakai je la GPS navigator.senang,mudah err tapi kurang tepat sikit la.Aku pakai Garmin Mobile XT yang diinstall di handset Nokia 5800 aku ni.ni paling mudah,tapi kena pandai guna.

Bendalah ni banyak membantu aku mengharungi liku-liku pencarian jalan,walaupun ke tempat yang aku tak pernah pergi.Contoh ke Kuala Kubu Bharu,nak hantar Syahid,pakai ni je.senang2..

Garmin ada banyak jenis.Contohnya yang biasa kat kereta tu,kat handset,PDA pun ada.Harga kalau yg kereta tu dalam 500 lebih,tapi oleh kerana aku takde duit,aku beli handset,sekali trus install GPS senang2..Tapi kalau bajet lebih,carik je yang kereta punya,besar.senang nak tengok.

Kebestan dia jgk,dia boleh detect area speed trap jugak.Pulak tu ada suara boleh arah-arahkan,belok kanan,jalan depan,lompat,ada longkang(okeh ini over).Tapi benda ni agakmemakan bateri henset la.jadi pastikan anda cas henset penuh-penuh,baru guna bendalah ni.Kalau tak nak,pakai dua henset,yang ni khas untuk GPS je.

kalau nak tau lebih lanjut,silalah bukak web garmin sendiri





P/s:agak-agak kalau duit tak cukup,aku terasa nak buat bisnes prebet sapu dari bangi-nilai-putajaya-serdang-KLIA.okay tak??

3 comments:

amir baim said...

okeh kak,ade longkang depan tu~

AngahSayang2314 said...

salam..

bole apa kalau nak org kata nak seribu daya x nak seribu dalihhh hehhee

Anonymous said...

[url=http://cialisonlinehere.com/#rwpex]buy generic cialis[/url] - cheap cialis , http://cialisonlinehere.com/#qzgzn buy cialis online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja