Ramai orang tertanya-tanya,bagaimana ingin menjadi blogger femes,yang trafik juta-juta sehari.Pastu duit Nuffnang ribu-ribu.Siapa tak nak kan?Jadi blogger femes,kuar majalah sana sini,juga dijadikan blogger idola orang lain.Jadi hari ini aku blogger tak femes langsung lagi picisan,ingin berlagak bagus bagi tips jadik blogger femes.Wahahahha..Statement contradict.
Okeh..lets begin...
Blogger laki:
1.Identiti biasanya misteri.lagi orang tak kenal kamu,lagi glemer.
2.Tulis isu yang boleh create kontroversi,yang berbeza dengan norma-norma kehidupan.
3.gaya penulisan yang lain dari yang lain.Lagi rebel lagi bagus.
4.Carik gaduh dengan banyak pihak,tak kisah sesama blogger ke,dengan kerajaan ke.
5.Politik beb..politik.kompem glemer!
5.Politik beb..politik.kompem glemer!
Blogger Perempuan
1.Muka cun dan pandai bergaya
2.Terbalik dengan lelaki,perempuan kne expose identiti diri sebanyak mungkin.Lagi banyak orang tau lagi bagus.tak kisah la nak bagitau apa kau makan hari ni,apa kau buat semalam.lagi banyak ko cerita lagi glemer
3.Letak gambar banyak-banyak.Entri tulis sikit je,tapi gambar penuh.Lepas tu letak posing ala-ala supermodel.KOmpem anda akan meraih ribuan komen,walaupun entri tu cuma ada gambar je.
4.Perlu pandai berfesyen dan melilit shawl dengan lilitan penuh complicated.Juga pakai baju yang orang lain tak berani sangat nak pakai.Esok lusa anda akan digelar fashionista..yeahhhh
Blogger umum
1.Pandai bermain keyword.Terutama isu semasa,atau isu lucah.Eh aku tak bohong,dan jangan kata aku mengajar bukan-bukan pulak.Tapi dari apa yang aku pernah baca,keyword lucah ni yang menarik minat orang.tak kata blog lain,blog aku pun pernah kena sebab aku ada tulis perkataan ,"bontot kuali" dan ada entri pasal Siti Nurhaliza.Jadik ada orang pernah jumpa blog aku guna keyword "Bontot Siti Nurhaliza"
2.Sertai gathering perjumpaan blogger semua.pastu dalam gathering sila menempel pada blogger yang sudah sedia femes dengan harap esok muka ko keluar dalam blog dia
3.Promote link banyak-banyak kat orang.Sila menempel kat chatbox orang lain dan berkata,"dah follow you..Follow me back~".Tapi awas.Jangan buat kat blog aku.Aku ban IP korang karang.
4.Buat contest banyak-banyak,sambil memaksa peserta follow blog korang,dan tampal banner dan link korang dalam blog mereka.hadiah tak payah mahal-mahal sangat.Topup RM10 pun berebut orang nak join
hahha..okehh..cuba amalkan,insyaallah Nuffnang anda akan meletup-letup macam bunga api raya cina...
p/s:aku tau tulis je,tapi malas nak buat.Sebab tu tak glemer..hahahha
9 comments:
kalau blog sy..org selalu jumpa bila dia search 'kasut pallas'..tak caya cuba awk try google..haha
sbb tu sy tak suka tulis yg kontroversi2 ni..sy pernah tulis pasal 'kalimah Allah'..tgk2 ada dua org pengkomen yg sy tak kenal..bagi kata2 kesat..lepas tu sy rasa sy perlu berhati2 utk letak word..supaya org search tak jumpa blog sy..heheh..
jgn jd blogger yg glamor sgt wana..nti sy malas nak baca dah blog ni..kihkih
jangan bimbang..saya memang tak nak glemer..takut En.Voltox tak nak baca blog saya lagi..hahaha
hahaha tak da butang like plak! like! like! like!
wan:ada la butang like.tengok kat bwh entri tu..hahaha
nasib baik xkena tembak daaaa...hehehe
Payied:tak kena tembak eh.Amek ni..beng...beng..beng(bunyik pistol bukan bunyi kambing)
hahahahaha,tang bontot siti nurhaliza yang xboleh blah tu.
femes tu rezeki ..
=)
Hello matee great blog post
Post a Comment