Sunday, January 23, 2011

My own view regarding Pilihan Raya dun Tenang

Sekarang ni bukak tv,baca paper..elokkkkk je glemer dun Tenang kan..Pasar Awam labis pun masuk buletin utama kau tahu,termasuklah penjual-penjual ikan kat pasar tu.Benci!Time aku takde kat Labis ni la,baru sibuk-sibuk nak buat pilihan raya kan...

Aku menulis pasal politik?Kidding kah??Hahaha...
Sebenarnya,aku kurang minat untuk tulis pasal politik,terutama pasal politik kepartian.Setakat ni aku neutral,atas pagar,tak menyokong mana-mana parti.Sebab pada aku,setiap parti tu ada kelebihan dan kekurangan,cuma kalau mengundi nanti,aku akan pilih mengikut siapa calon yang bertanding,bukan parti yang diwakili.Tapi kali ini aku menulis mengikut pandangan anak jati Labis,walaupun nama aku diletakkan sebagai calon mengundi  dun Bekok.pelik gila.padahal alamat rumah aku tu lebih hampir ke arah tenang.



Sedikit review aku:

Demografi 

Dun tenang terletak di kawasan parlimen Labis.Antara kubu kuat barisan Nasional.Walaupun Labis adalah kawasan ramai cina,namun di kawasan dun tenang ni majoriti melayu.Kebanyakan Cina adalah penghuni di Bandar Labis dan taman-taman di sekitarnya,dan melayu kebanyakannya adalah penduduk Felda-felda berdekatan,ayer Panas.taman aku pulak multiracial,Cina Melayu India lebih kurang je sme byk.



Suasana Penduduk Labis

Kat Labis ni semangat satu Malaysia agak kuat.siyesly.Sebelah rumah aku orang Cina,tapi elok je tak pernah gaduh-gaduh.Paling best,kat belakang masjid Labis yang lama tu ada kuil Hindu.Tapi rilex je.Masa zaman sekolah rendah,aku balik rumah jalan kaki lalu depan kuil Hindu tu selamba je.Takde lak permusuhan kaum sepanjang aku duduk kat situ.

Pembangunan

Pembangunan agak tidak sekata,di mana kebanyakan pembangunan tertumpu di Bandar Labis.Tapi consider la kot,sebab sini banyak Felda,so kena rezabkan jugak untuk aktiviti pertanian,getah dan kelapa sawit.Satu aku kurang berpuas hati sebab kurang stesen minyak di luar pekan Labis,macam antara Paya Merah ke Ayer Panas tu.Dibuatnya minyak habis kat tengah-tengah jalan siapa nak menjawab?Keliling tu hutan okeh,jauh pulak tu.

Masjid di Labis pun baru siap.Masjid tu terpaksa dipindahkan,sebab masjid lama tak selamat.masa banjir tahun 2007 aritu,ada la berlaku sedikit hakisan kat tepi sungai masjid Labis lama,sekali ko,tengok bom zaman Jepun bersepah kat situ.Pastu panggil pakar bom,diorang bagitau kat bawah masjid tu banyak lagi.So,terpaksalah buat masjid baru untuk keselamatan orang ramai.

Jalan raya pun ok,sekolah,semua ok je aku rasa pembangunan tu sebenarnya.Tapi kalau buat supermarkat best jugak.Senang aku nak shopping..Hahahha.Dulu ada bukak pasaraya gedung harian kat Labis,tapi tak bertahan lama.Cuba try bukak Parkson ke,The store ke pulak.

Pemegang kerusi Dun sebelum ini

Dato'Sulaiman taha dari Barisan Nasional.

Analisis aku mengenai peluang-peluang calon:

(Aku bukan penyokong mana-mana parti.Aku menulis sebagai pemerhati bebas saja eh)





Jantina

Pertandingan ini adalah antara calon lelaki (En.Azhar Ibrahim-BN)dan wanita(Cikgu Normala Sudirman-Pas-Apasal tah aku selalu tersebut nama dia Normala Shamsuddin).Aku takde bias dalam hal ini.Eventhough ramai cakap perempuan tak boleh jadi pemimpin,aku takde la bias sangat.Zaman sekarang perempuan pun power apa.jadi aku rasa faktor jantina bukan lah faktor penentu kemenangan sesebuah parti.Peluang kedua-dua calon adalah sama sahaja.


Parti

Perlu diingatkan bahawa dun Tenang(dan negeri Johor terutamanya),adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak zaman berzaman.Ya lah,Johor kan negeri di mana Umno ditubuhkan.Penyokong Pakatan rakyat ada je kat Dun tenang ni,tapi kehadiran dan sokongan mereka tu tidak ketara seperti penyokong barisan Nasional.Sebab pada pandangan aku,kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat di dun Tenang adalah penjawat awam,yang tidak memungkinkan mereka untuk bergiat aktif dalam politik.terutamanya terlibat dengan barisan Pembangkang.

Ramai penduduk di sini masih merupakan penyokong setia barisan Nasional,terutamnya penduduk Taman Indah,Paya Merah,Felda tenang.Taman aku ni ha,ketara sungguh keUMNOannya..Tak caya?meh datang sini.

Sejarah

Calon BN iaitu Sdr Mohd azhar Ibrahim adalah anak bekas adun Tenang,Ibrahim Daud.Aku tengok senario kat Malaysia ni,politik macam agak diwarisi jgk la.Contoh,kalau bapak dah ADUN,anak biasa peluang cerah jadik wakil rakyat jugak.Bukan sekadar Barisan Nasional je,malahan pakatan rakyat jugak,(contoh izzah dan Anwar).Jadi,peluang calon Barisan Nasional agak cerah di sini.


Tempat Asal Calon

Calon BN adalah anak jati Tenang,manakala calon PAS adalah bekas guru di Kemelah(aku tak sure dia memang lahir kat situ ke tak?).dalam hal ini,aku rasa peluang calon BN jugak agak besar,kerana tenang,pekan Labis,Ayer Panas,paya Merah,adalah kawasan yang berdekatan antara satu sama lain.manakala,felda Kemelah adalah kawasan Felda yang terasing(you know felda right?Then the community was isolated from the city community),sebab jalan nak masuk felda tu pun jauh kena rentas masuk dalam(jalan tar la opkos,bukan jalan tanah merah),sedangkan dari Tenang,Paya merah tu,tak la jauh sangat nak pergi Labis.Orang Tenang selalu je shopping-shopping kat Labis.
Jadi kemungkinan bahawa calon BN tu dikenali ramai adalah besar.

Latar Belakang Calon

Calon BN adalah bekas ADO Rengit,manakala calon PAS adalah bekas guru di Kemelah.Kat sini adalah kelebihan calon PAS,sebab beliau memang kerja kat sini,so mungkin ramai colleagues dia akan supprot dia.Lagi-lagi beliau cikgu.Kan kawasan sekecil Labis ni,memang cikgu masih lagi dipandang mulia,bukan macam kat bandar-bandar besar.CIkgu(dan anak-anak mereka juga),masih lagi mendapat layanan mesra masyarakat di sini.

Lagi satu,Cikgu-cikgu kat Kawasan Labis dan Segamat ni,kebanyakannya saling kenal mengenali antara satu sama lain,macam parents aku la,even ngajar kat SMK Labis,baik je dengan cikgu SMK Munshi,SMK kamarul arifin,dan lain-lain.So,tak mustahil kalau CIkgu Normala ni dapat sokongan dari kawan-kawan seperguruan dan bekas anak muridnya

Peluang Kemenangan:

BN(60%) vs PAS (40%)

Sekian aje review aku buat kali ini.Pertama kali menulis entri politik,so kalau ada tersilap fakta ke,terbagi fakta nonsense ke,harap maaf lah ya.Apapun,undi di tangan anda.Masa pilihanraya ni,berkempen elok-elok,jangan sentuh isu sensitif yang mengundang sensitiviti,dan jangan tinggal solat.Apapun,sebarang point yang aku tulis adalah pandangan peribadi semata-mata,dari pandangan kacamata anak Labis selama 17 tahun.Keputusan pilihanraya atas pilihan anda,dan ramalan kemenangan ini mungkin tersasar dan tidak tepat.Kita tengok 30 Januari ni macam mana.

P/s:hari tu kedua-dua belah parti ni dok usha rumah aku baik punya,nak buat markas dan bilik berkempen.Tapi mak aku tak bagi sebab perabot kitorang byk lagi dalam rumah.Kot dah jahanam,siapa nak ganti..Kalau tak mesti rumah aku dah masuk Buletin Utama ke,Utusan Malaysia ke...Hahaha..Ni aku tak tau dorang pinjam rumah sapa...

P/M/S:Jumaat ni aku balik Labis.Saja jalan-jalan mencapub.mana tahu masuk berita kan....Hahahahahha

6 comments:

Wan said...

panjangnya entry kali ni,
wana,nak tanya skit,bru2 ni aku ada bca blog mna ntah.
btol ke dia ckap,benda berkafein mcm kopi tu membantutkan proses pembakaran lemak??
dia ckp klo time diet elakkan bnda berkafein mcm teh n kopi.
sori lari tajuk hahaha

Sayer Best said...

wahaha..aku tulis pnjng2 pasal politik,ko tny pasal kopi ya..hahaha

erm..fakta mne dia dpt?tak tau la klu ada research baru ke,tapi setau aku la kafein ni bantu tngktkan metabolism.Klu nk elakkan pun sebab dia ni bersifat deuratic(macam kluarkan air byk dri badan la.sebab tu klu mnum teh rjin kencing).

nasarudin said...

ni kl jadi ahli penduduk labis sokong yang mana plak??

nasarudin said...

ni kl jadi ahli penduduk labis sokong yang mana plak??

Sayer Best said...

nasaruddin:undi adalah rahsia

Wan said...

mmg aku tanya pasal kopi,tp entry ni aku baca sampai habis hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja