Monday, August 31, 2009

Mat dan Minah vs Ali dan Fatimah

Semalam aku blog hopping ke sana ke mari,macam la takde test rabu kan..Biaselah,dasar pemalas,tunggu besok test baru nak study,wakakaka(gelak syaiton,eh lupa lak aku syaiton kena ikat bulan puasa ni,sory syaiton)

Aku terjumpa la satu blog tu,dia nak cerita pasal Mat dan Minah rempit,tapi kan..dekat minah rempit tu dia potong,sebaliknya guna joyah instead of Minah...sebabnya:
Nama dia adalah AMINAH...

Satu Kepelikan dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu Pasar adalah penggunaan Mat (kepada lelaki ) @ Minah (wanita ) untuk menggambarkan seseorang yang taksub@ketagih kepada suatu benda,atau Mat(karakter seseorang lelaki).Budaya ini bukan lah baru,tapi telah bermula sejak era studio hitam putih Jalan Ampas(ingat lagi Mat Bond,Mat sentul???)
Tapi yang tak sedapnya,gelaran mat atau minah itu seringkali digunakan pada tempat negatif seperti Mat/Minah rempit(suka menunggang motor secara berbahaya),mat ganja,mat motor,mat belia dan sebagainya...

Apa yang dikesali,kata dasar mat adalah mungkin dari Muhammad @ Ahmad(aku buat assumption begitu kerana orang yang bernama muhammad seringkali dipanggil Mamat,dan orang bernama Ahmad seringkali dipanggil Mat) dan Minah berasal dari Aminah(or Tuminah dan Ruminah maybe?????).Mengapakah mereka yang dijadikan mangsa keadaan sedangkan pelakunya mungkin Farisha Ezmira ataupun ezzudin Rykal(ceh...nama Melayu moden la ni....)??Tambahan pula,tidakkah kita tahu bahawa Muhammad itu adalah sebaik-baik nama dalam islam,iaitu junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W dan Aminah adalah nama bonda baginda.Jadi,perlukan kita mensandarkan nama-nama besar itu kepada kegiatan negatif???

Juga apa yang aku pelik lagi satu adalah penggunaan 2 insan kesayangan nabi,iaitu Ali dan Fatimah.Masyarakat di Malaysia khususnya Melayu ini hanya mengenang mereka dari sudut SEKS sahaja,contohnya adalah tongkat Ali dan Kacip Fatimah.eh,aku bukan nak kata tongkat Ali dan Kacip Fatimah ini hanya digunakan untuk kegiatan atas katil je,tapi cuba ko bayangkan ko(wanita) order kopi tongkat ali di sebuah warung yang dipenuhi pak cik-pak cik separuh baya yang suka ketawa kuat-kuat ketika mencarut,dan tumbuk-tumbuk meja ketika sembang politik.nescaya kau akan digelakkan dan dijadikan bahan modal mereka untuk mengeluarkan perkataan lucah.sangat tidak menghormati wanita rupanya.

Sampai bila kita hendak mengingati mereka atas sebab itu?
mangapa tidak kita mengingat ALi kerana keberaniannya dan fatimah kerana kesolehahannya(wah,,susah gila hendak meneybut perkataan ini)????
Aku rasa DBP harus berbuat sesuatu

P/S:By the way,Mat walaupun kita ambil kependekan dari MUHAMMAD,tapi sebenarnya ia bermaksud mati,begitu juga dengan mamat.jadi sila jangan panggil kawan-kawan anda sebagai mat,panggil elok-elok,Muhammad
**********************************************************************************

Oh,sempena bulan ramdan yang mulia ini,aku menjadi semakin camwhora,asal lapar,makan,eh silap,asal lapar snap gambar sendiri sambil buat reaksi muka yang berbagai.Maklumlah,nak jadi model tak lepas,maka terpaksalah aku bergaya sendiri.Paling-paling bagus pun boleh jadi testi Herbalife,

SAYA TURUN 6 KILO DALAM MASA 3 MINGGU....

so,aku dengan baik hatinya sudi menayang gambar-gambar bajet ayu milik aku ini,tak suka,boleh pegi tekan ikon kanan sekali kat corner bahagian kanan windows korang ye.enjoy:

Tuesday, August 25, 2009

Jangan Berani Bermain Api

4 ramadan:

HAri ni buka makan nasi putih dengan ikan bakar mahal giler,silap aku jugak harga RM 7.50,aku dengar 3.50.Bapak mahal giler,dah la aku tak makan pinggang ikan ke atas(err..actually pinggang tu maksudnya tengah-tengah ikan tu ke atas,tak tau,mungkin dia nampak menyeramkan kot)

Manusia bernama syazwana adalah amat cerewet dalam pemilihan makanan.Antara makanan yang tidak akan dimakan ialah:

-cendol-ini sebab kawan aku sekolah rendah hembus hingus hijau dia time aku makan cendol.kurang ajar tahap unta betul,sampai hari ni aku tak makan cendol tau

-bahagian ayam selain dada dan kepak.aku tak makan drumstick,kaki dan bahagian lain.sila simpan nota ini jika anda ingin belanja aku makan KFC

-pinggang ikan ke atas

-sebarang makanan yang dimasak oleh tukang masak yang berbulu tangan lebat..hahaha

-restoran yang parking sebelah tempat pengumpulan sampah sarap

-bahagian dalaman haiwan seperti paru,perut

Serius cerewet,amat malang sesiapa yang bergelar suami syazwana...

oh,cakap pasal suami.tadi baru jawab kuiz kat facebook.dia kata aku akan kawen ngan partner aku sekarang.masalahnya,aku takde pakwe!!!!!!owh baru teringat aku ada bisnes partner dan partner in crime-oh masalahnya mereka tidak mungkin mau berkahwin dengan aku mengenangkan perangai aku yang cerewet lagi kuat membebel(sila simpati dengan nasib mereka)



kadang-kadang memilih cinta ni ibarat memilih makanan di bazar ramadhan:

-kita lapar dan dahaga
-so,kita memilih untuk membeli makanan yang NAMPAK menyelerakan
-tapi bila time buka kita rasa makanan tu tak menepati selera
-kadang-kadang kita stop makan
-kadang-kadang kita carik makanan lain pas tarawikh
-kadang-kadang kita bedal je

nak salahkan sape?kita yang beli berlandaskan nafsu mata kita...Sedangkan kadang-kadang kita tau makanan tu berkalori tinggi lagi berminyak atau makanan manis yang boleh menyumbang diabetis.sedangkan kita tau ada makanan yang baik dan bernutrisi tinggi,tapi kita tetap memilih makanan yang kurang nutrisi

Macam tu jugak nafsu mata kita,memilih cinta mengikut rupa paras,walaupun tau perangai tak berapa nak elok...agama tak berapa nak jaga.

Ada satu kesilapan obvious pada perempuan:sanggup menerima cinta Playboy dengan harapan dapat mengubah pandangan mereka terhadap kesetiaan dan komitmen
Juga kesilapan lelaki:sanggup menerima cinta si pisau cukur,dengan harapan dapat mengikat mereka dengan kesetiaan

dan akhirnya,diri sendiri yang merana.....

Moral of the story:jangan berani bermain api kalau diri sendiri tak kuat menahan seksa dan detita,jangan berani makan makanan berkalori tinggi,berminyak dan berlemak jika takut gemuk.Makan makan la makanan berkhasiat seperti Herbalife Shake(wah,sempat promote,eh nak menda alah ni boleh la contact aku,sekarang malas nak wat blog khas,tapi insyallah akan ada)

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut ramadan al-Mubarak

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh(sila baca dengan nada Awal dalam syurga cinta,alah time Hadziq perkenalkan dia dengan Heliza tu)



Alhamdulillah,allah kurniakan kita kesempatan untuk melalui ramadan sekali lagi untuk kita sama-sama menyambutnya dengan penuh kesyukuran,maka,umat islam semua digesa agar menunaikan kewajiban berpuasa sebulan Ramdan,di samping melaksanakan amalan sunat yang lain...

Ceh intro sebijik khutbah Jumaat kan?????

Situasi Seminggu Sebelum Puasa

"Bulan Ramadan ni la masa kita nak kuruskan badan,raya nanti boleh sarung kebaya nyonya"
"saving sikit duit aku bulan puasa ni tak makan lunch"
"ish,aku mesti penuh solat tarawikh tahun ni"
"insyallah aku akan jumpa lailatul-qadar"

Tapi.....
Semasa Puasa

"Alah,siang tadi dah berlapar gila-gila,bagi la can aku nak makan murtabak,dengan nasi ambang dengan kuih buah melaka,dengan tebu ngn sirap limau ais"
"ala..sekali-sekala pegi bazar ramadan,apa salah belanja sampai rm10,raya nanti dapat punya duit raya"
"malaslah nak gi tarawikh malam ni,lagipun fadilat dia tak best sangat "
"malam ni bukan lailatul-qadar rasanya,bleh movie sejam dua"


Selepas Ramadan

"ala,kenapa tak muat kebaya nyonya ni.bodoh punya tailor.baju camni pun tak boleh ukur betul-betul"
-pandang muka mak lang,pak andak,tok lng<"ala,kita belajar lagi,lagipun tak kawen lagi,blehla bagi duit raya lebih"
-emm,dapat tarawikh 3 hari je
-ala,tahun depan carik lagi lailatul-qadar

amacam??
Selalu jumpa situasi macam ni????
Biasala tu,apabila bulan puasa dijalani tanpa rasa syukur,malahan mendahulukan raya berbanding puasa.Aku tengok sana-sini supermarket dok promte hari raya,macam la kan bulan Ramadan 2 hari je...

Time ni la orang nak kurus,nak jimat,nak alim..
Tapi time ni la orang tersungkur dari segala misi-misi itu..

Salah siapa???
tailor bodoh tak reti ukur baju(kononnya)
mamak murtabak bazar ramadan
TV yang tak jemu-jemu menayangkan rancangan best time tarawikh??

h ye,aku selalu teringat taun lepas,azamnya nak slat tarawikh kat masjid nilai,knon-knon slat kat kolej macam tak khusyuk la kan,ah ye ko!!
orang nak gi tarawikh,lepas buka,solat terus siap tunggu bas kat bawah
Ni tak,pas ko melantak sekenyang-kenyang tidak,ko gi borak sampai kul 8,pastu mengeluh kena tinggal bas

Manusia..manusia,belum kuat iman lagi ko rupanya

Thursday, August 20, 2009

dapat award=dapat duit???


Award kah???
tak bape paham motif dapat award???
mana orang phewitt..phewittt,mana kapet merah???
Mana siti nurhaliza menang 7 tahun berturut-turut????
Mana-mana???
hahahah..
thankz for the award...
Tapi oleh kerana aku ni manusia kedekut lagi bakhil,
maka aku membuat keputusan tak nak bagi sape-sape award ni

KEMPUNAN LA KORANG!!!

malam ku suram,siang ku kelam

welcome home miss syazwana,the house is missing you very much!!!!!

(baca sambil buat gaya ala-ala playby bunny tergedik-gedik)

ok,sampai kampung sudah,pada hari selasa,tepat jam 12 malam...

NI first time aku balik kampung malam.reason???terlalu rindukan keindahan parit-parit bewarna nescafe disaluti rumput-rumput,ahaks..ayat mau manis kan..takde lah,sebenarnya over excited sebab order herbalife tu dah sampai rumah.....

takde motif nak menulis kali ini.....

'bling"..tiba-tiba petik jari keluar cahaya ngn bubble gambar mentol dari tak...

hari ni topik utama aku adalah "kepercayaan dan pengkhianatan"

Kadang-kadang,kita terlalu marah apabila orang mengkhianati kepercayaan yang kita berikan kepada mereka

Kita marah apabila orang tak laksanakan amanah yang kita berikan

Kita mengamuk,kita mencarut bila orang yang paling kita percaya,buat benda yang kita sangka mustahil akan berlaku

Pengalaman hidup aku mengajar kadangkala orang yang kita percaya boleh buat benda yang kita tak expect langsung..benda apa???tak payah tau sebab itu rahsia aku dan dia,dan aku dah lama maafkan dia.sorry,bukan riak,cuma parents aku tak pernah mengajar aku jadi pendendam..

Tau tak apa reaksi aku time tu???

-aku marah
-aku geram
-aku rasa macam tujuan hidup aku dah disia-siakan(ceh..hyperbola gila)
-aku rasa macam dia tu salah sorang manusia paling damn penah aku kenal

logikla kan,orang tengah marah,hati tak tenang,pastu duo setan ngan nafsu dok kipas-kipas suruh aku memaki hamun secukup rasa,menyalahkan takdir semua..macam menyesal sebab terlalu percaya

semua orang akan rasa macam tu kan???

Juga aku pernah dikhianati sorang lagi kawan,yang mendedahkan rahsia dan aib aku pada orang,dan aku tau balik benda ni dari orang lain..

time kasih kawan......

Tapi bila aku berfikir dengan minda yang lebih terbuka dan tenang,baru aku tau setiap benda dan takdir yang berlaku,allah dah sediakan hikmah di sebalik segalanya..

Kita terlalu marah apabila kepercayaan kita dikhianati,dan amanah yg kita beri,orang tak tunaikan..

Tapi..kita tak pernah sedar bahawa selama kita hidup ni dah berapa kali kita langgar amanah yang Allah beri kepada kita,juga berapa kali kita khianati kepercayaan ibu bapa kita????

Kita marah apabila orang lewat dan tak punctual dalam sesuatu event,tapi kita hanya rilex apabila kita nyaris-nyaris terlepas waktu solat

Kita mengutuk apabila orang tak ikut dress code majlis,tapi kita ikut tak dress cde yg allah tentukan pada kita?

dan apabila kepercayaan aku dikhianati,baru aku ingat,aku pernah melakukan hal yang serupa pada seserang,lama lama dulu...

Dan aku dah dapat balasannya.............

Aku pernah mengumpat mengenai aib orang,dan juga dah dapat balasannya.....

tapi aku pelik,kenapa masih juga tak insaf lagi???

ya Allah,lembutkanlah hatiku ini....

Friday, August 14, 2009

Bukan sekadar makanan

Situasi 1:

Status facebook seorang kawan:

lebih kurang camni la ayat die(ditambah rempah ratus sikit oleh aku)

****:kalau berani amek la kos *****.Tak boleh bersuka ria buat roti dalam lab

Situasi 2:

akak rumah melah:melah ada kelas tak hari ni??
melah:tak,tapi saya nak buat lab
akak rumah melah:owh,nak buat kuih ya
melah:????(speechless)

Situasi 3:
Ala,buat roti pun boleh dapat A.senang gila

Situasi 4:
Aku:tesis ktorang 2 sem
Joyah:peh ngelat gila tesis sampai 2 sem
aku:ye la,kitorang kena buat experiment
Joyah:kitorng pun lama jugak,kena tunggu insturment dari planet marikh,pastu kena berhubung ngan CIA,FBI,NASA,Obama pun kena contact tau
Aku:instrument apa?
Joyah:borang kaji selidik
Aku:aku pun guna instrument gak.Aku wat research,bukan case study,if case study,ko kena kaji benda yang dah ada,tapi aku lak kena buat benda baru dan tak semestinya benda baru tu first time try dah betul

******************************************************************************
Persoalan:
Mengapakah kursus bioteknologi makanan yang aku ambil ini orang cuma dengar perkataan "makanan" dan bukan "bioteknologi"?

First of all:What is biotechnology?

Biotechnology is based on biology especially when used in agriculture,food science and medicine.
Atau dalam bahasa mudahnya,menggunakan sistem biology@benda hidup untuk menghasilkan atau memperbaiki produk,dan benda hidup tu bukanlah cicak atau ungka tetapi adalah microrganism atau biological sistem seperti enzim.

Bioteknologi juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bioteknologi industri,bioteknologi pertanian dan bioteknologi makanan.
Kira kos yang aku ambil ini adalah Kursus bioteknologi dan pengkhususan dalam bioteknologi makanan,bukan kos makanan yang mengkhusus kepada bioteknologi,ada faham???

Kursus ini bukan kursus katering,maka kalau korang tak pandai masak ataupun masak tapi orang tak boleh nak telan,pun boleh masuk juga.Juga bukan mengkhusus pada sains makanan,cuma subjek sains makanan itu ada ditawarkan masa sem 2.Juga bukan kursus membuat kuih(siyes baik mak aku hantar aku blaja buat kuih ngn mak limah daripada susah-susah masuk U setakat nak buat kuih),dan bukan semata-mata buat roti(ohh,mentang-mentang lab bakeri ni je yang hasilnya boleh dibawa balik tanpa ragu-ragu,tu je arr yang korang nampak??)

Berbalik pada topik asal:
Bioteknologi jika diaplikasikan dalam sains makanan bermaksud:
-penggunaan microbe sebagai sumber dalam penghasilan makanan(haa..tak dapat bayangkan korang makan microbe??tu yang hari2 makan roti,tapai,keju dan yogurt tu anak sape lak arr?
-Pengubahsuaian DNA daripada tumbuhan,haiwan dan microbe yang digunakan sebagai makanan(GM food)
-DNA method untuk mengenalpasti microbe dan biological system dalam makanan

KAmi di USIM belajar kedua-dua bidang yang digabungkan menjadi satu iaitu:biotechnology dan sains makanan

Subjek bioteknologi:
-teknologi enzyme
-kejuruteraan genetik
-bioteknologi makanan
-genetik
-microbe dan food microbe
-biologi sel
-molecular biology
-lain-lain tambah sendiri

Subjek sains makanan
-nutrisi
-food quality assurance
-sains makanan
-kimia makanan
-teknologi pemprosesan makanan
-analisis sensori
-teknologi bakeri
-lain-lain tambah sendiri

Subjek asas sains:
-kimia analisis
-fizik
-biokimia
-kimia fizikal dan organik
-kalkulus
-statistik
-lain-lain tambah sendiri

Jadi tak semestinya pelajar kursus bioteknologi makanan akan berakhir di kilang-kilang makanan atau roti,malahan ada di antara senior aku telah menjadi penyelidik di badan bukan makanan,ntah aku tak ingat PORIM ke RISDA ke MARDI.Ada juga rakan-rakan yang akan membuat praktikal di jabatan kimia,peh takde langsung kan nama makanan kat situ kan???

Persoalan 2:apa signifikannya kursus bioteknologi makanan kepada umat islam

(tergelak dulu sebelum jawab soalan)

Hello....lu tarak baca paperkah,itu ayam ada enzim oink..oink,itu ikan keli makan daging oink..oink,itu ayam letak dalam esbok sama tingkat ngan oink..oink..lu selera nak makan lagi kah???

Di sinilah tanggungjawab bioteknologists muslim yang paling besar sekali.mengesan unsur-unsur haram dan syubhah dalam makanan yang kita makan sehari-hari..bukan setakat makanan,malahan kosmetik dan ubat-ubatan..
Kalau kita biarkan industri makanan dan analisis makanan ni dipegang oleh non-muslim,SAMPAI BILA-BILA,diulangi SAMPAI BILA-BILA,kita akan mencari makanan halal seumpama mencari sebutir kaca di celahan pepasir.bagi dorang,takde babi,no hal...tapi bab sembelihan,camne lak????
Alangkan Yahudi bukan main berkeras dengan kosher dorang,siap mintak asingkan dengan non-kosher ,takkan kita orang islam ni nak tunduk dan mengalah,dengan alasan,alah darurat,makan jelah biar tak kebuluran.PAstu berubat lak makan pil yang dibuat dari gelatin tah ape-ape,sekali lagi guna alasan darurat.

***********************************************************************************
Ironinya,tesis aku tidak berkaitan secara langsung dengan makanan,tetapi adalah sub dari bidang biotechnology,iaitu enzim teknologi:

Stabilization of candida rugosa lipase through immolization on K-feldspar

dan dlam tesis ini,lipase itu akan diuji aktivitinya dengn penghasilan oleyl-oleate(wax ester yang digunakan dalam losyen)...tengok takde makanan pun dalam research ini.

ada juga rakan-rakan yang mengkaji secara langsung mengenai makanan:
contohnya menghasilkan jeli dari buah pala(ni boleh menggantikan jeli lembik-lembik yang syubhah sumbernya),flake dari guava,premix begedil dan mengkaji pathogen(bakteria jahat) dalam sayuran)

Juga ada rakan yang mengkhusus kepada tumbuhan:
antimicrobial properties dari serai,mengkaji pokok cili dan sebagainya
*********************************************************************************

AKhir kata,kalau kamu rasa kursus yang kamu ambil itu sangat-sangat susah,sila simpan rasa itu sendiri atau luahkan pada rakan sekursus kamu yang sama-sama memahami kesusahan itu.Tidak perlulah merendahkan kursus orang lain yang kamu rasa kurang "kritikal" dari kursus kamu.Setiap kursus dan subjek yang diambil ada susah dan senangnya yang tersendiri,yang berbeza antara satu sama lain,bergantung pada kemampuan dan minat kamu.Jika kamu minat dan gigih berusaha,maka kamu akan berjaya walaupun susah mana sekalipun subjek itu.

P/S:kami bukan mengada-ngada request lab dan perlatan berjuta-juta,tapi itu merupakan keperluan bagi kursus kami,takkan nak buat PCR dalam lab komputer kot?

tambahan:kepada sesiapa yang suka mempertikaikan atau menganaktirikan kepentingan sesuatu subjek atau ilmu,bolehlah merujuk kepada entri di blog adik aku



Wednesday, August 12, 2009

I got fever, running like a fire

Kalau anda jadi orang terkaya di dunia

Aku akan muncul di majalah PEOPLE,sambil duduk atas sofa,pakai blazer dan handbag LV.dan menjawab wawancara dengan wartawan dengan penuh berkeyakinan

Kalau anda jadi orang terseksi di dunia

Aku pakai burqa dan jilbab agar tidak terkena gangguan seksual

Kalau anda perlu terjun dari tingkat 100 untuk membuktikan cinta anda

Akan kucari cinta orang lain yang tak kenakan syarat sesusah ini

Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus

Blog ko bagus sangat ke??Ada aku kesah??cak..cak..cak

Kalau keluarga yang menentukan teman hidup anda

boleh,tapi kawen sponsor la,beserta pakej bulan madu ke jepun selama sebulan

Kalau tiada lagi hari esok

Maka tiadalah lusa,tulat,kelat dan minggu depan

Kalau orang yang anda benci berada di depan anda

Aku akan bermuka-muka seraya membodeknya,lantas menikamnya dari belakang..wakaka keji

Kalau Anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda pelik-pelik

I fear nothing except Allah,jadi allah dah perintahkan aku jangan makan benda mudarat,maka aku tak makanla

Kalau ibu bapa anda tiada pada pagi esoknya??
Jangan tanya benda sensitif boleh tak???

Kalau anda berjumpa dengan selebriti yang anda minati,nyatakan nama selebriti itu

Salleh ya'kob,aku nak tau gak apa rahsia die dapat kawen 3


Kalau diberi lesen untuk membunuh,siapakah akan anda bunuh

Nyamuk penyebab demam denggi,juga babi punca selsema babi


Kalau orang kata anda kacak/cantik

Aku akan berkata,mana ada.ko ni pun.lantas meminta diri untuk ke bilik air,lalu melihat cermin dan berkata"ye ke ni???ye ke ni???" dengan nada excited

Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia muda

aku akan beribadah seolah-olah akan mati pada esok hari,dan bekerja seolah-olah akan hidup selama-lamanya

Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain

Tak kisah,satu pergi sepuluh mari(sila baca dengan nada riak dan hidung tinggi)

Kalau anda memenangi anugerah?anugerah apa yang anda impikan?

Anugerah syurga dari Allah

Kalau anda mengahwini bangsa asing?Bangsa asing mana anda impikan?

Tak kisah,janji Islam,dan tidak busuk,kejam ,pengotor

Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang

wat bodo je

kalau ramai tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda

Saya akan amalkan doa pendinding agar mereka tidak dapat mendengki saya.alah,kau cemburu apa kau dapat???

Mengenai orang yang tag kamu ni

22/F/kluang
TAdi dia baru ajak aku makan kat akasia,tapi aku tak selera lak makan cz demam

Saya tag mereka pula

Sapa-sapa la,malas nak fikir


Tuesday, August 11, 2009

Perbincangan di atas jalan raya

Lokasi:wira penjenayah rajin langgar trafic light
Kelajuan:Vary..80-160 ikut mood
Masa-4.30 pm-7.45 p.m

Teori 1:Lelaki hensem biasa suara tak sedap
Aku:sokong
Tiqah:sokong
exception:anuar zain
aku:eh anuar zain takdela hensem sangat bagi aku
tiqah:tapi ****** (budak batch aku) suara dalam fon macho gila..jumpa depan,masyallah.....

Teori 2:kalau dah lahir-lahir tu playboy,kompem sampai mati playboy jugak
teori dari aku
Tiqah;tak..***** yang dulu playboy gila time skolah tu dah steady ngan awek dia dari 4 tahun dah
aku:owh yeke..cam tak caya lak.dia dah jumpa cinta sejati ke

teori 3:Ala..kalau sesat pun dalam malaysia jugak
situasi:pening kepala cari jalan dari terminal 1 ke tol seremban
Tiqah:memanglah tak sesat,tapi minyak ko tu...
Aku:lupa lak minyak beli pakai duit,bukan bulu hidung

teori 4:kalau kawen kena pakai duit sendiri.dah la blaja pakai duit mak bapak,kawen pun nak menyusahkan dorang lagi
Teori dari tiqah
Aku:setuju 100%..Biar kawen tak meriah,janji pastu hidup hepy dan bahagia je.tak payah loan-loan

Oh lupa,ada lagi sorang dalam kereta....

Thursday, August 06, 2009

Mood jiwang terlebih tepung dalam roti

1. Bekas kekasih saya

adalah rugi kerana tak dapat saya.sila menyesal sekarang.

2.Saya sedang mendengar

LAgu jwang bebeh.Air Supply-goodbye.ENtah nape tah playlist aku sekarang ni banyak main lagu jiwang,terlebih letak air kot dalam roti time bakeri tadi.tu pasal roti cam lembik,nasib baik time siap tu dh ok sikit

3.Mungkin saya patut

tidur sekarang,sok pagi-pagi kelas bakeri.MAti aku kena sembur kalau lambat nanti.

4.Saya suka

suka kedamaian dan ketenteraman,feeling-feeling ikon PBB kah?watch out angelina jolie!!!

5.Sahabat-sahabat saya

adalah sahabat sejati di dunia dan akhirat,insyallah...

6.Saya tak faham

soalan ini,maka saya tak nak jawab

7.Saya kehilangan

kasih sayang seorang ayah,setahun yang lepas.How i miss him....

8.Ramai berkata

dan terus berkata tanpa mahu melaksanakannya

9.Cinta itu adalah

bahagia dan sengsara,ketawa dan air mata

10.Di sesuatu tempat,seseorang sedang

laa...sorang je ke ko tanya,nape tak dua orang..hahaha..ok serius-serius,seseorang sedang solat hajat mohon tolak bala H1N1

11.Saya akan cuba

menyiapkan labwork before hujung bulan 9

12.Perkataan selamanya membawa maksud

Sebuah tempat di perak,iaitu selama.nya di sini adalah kata ganti diri ke3,menunjukkan kepunyaan.mungkin adalah sebidang tanah di selama,perak yang dimiliki oleh seorang nyonya tua.

13.Telefon bimbit saya

pernah jatuh dari tingkat 5 nilam court.telah direpair dan boleh digunakan sehingga hari ini.

14.Bila saya terjaga

saya tengok henset dan tido balik

15.Saya paling meluat

lelaki busuk yang perasan macho dan playboy,juga perempuan gedik yang bajet hot

16.Pesta/parti adalah

malam pesta muda mudi,bertemasya dan menari,hilang rasa sedih....

17.HAiwan yang paling comel yang pernah saya temui

bakteria gram positif,dijumpai di lab microbe masa tahun 2.comel gila,kena tengok pakai magnification tinggi tu.

18.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah

50-60 tahun,kalau hidup lagi la

19.Hari ini

saya buat roti di lab bakeri dari pukul 9-4.45,berhenti untuk solat saja.Kemudian ke kelas bahasa jepun dari 5-7.55.

20.Malam ini saya akan

tidur seperti biasa

21.Esok pula saya akan

hantar kereta ke car wash.adoiyaii,dah macam kereta penjenayah dah kereta aku ni

22.Saya betul-betul inginkan

kejayaan di dunia dan akhirat

23.Ketika anda melihat wajah di cermin pagi ini

sembur-sembur sikit ayat pengasih sambil kipas-kipas kemenyan.mana tau ilmu menjadik.wakakaka

24.Pusat membeli belah atau arked permainan

Pusat membeli lalu belah

25.Makanan barat atau jepun

tak kisah,janji halal

26.Bilik yang terang atau gelap

Terang ketika study,gelap ketika tido.Paling best kalau ada lampu yang ko tak payah susah-susah tutup suis.jerit je:oi tutuplah!!!pap..terus dia tutup,senang sikit.

27.Ayat terakhir yang aku telah katakan pada seseorang

bye meah!!semasa meah ingin pulang ke rumahnya tadi.

28.Siapa yang ingin anda tag

-shida

-jannah

-ah malas la aku nak tag org len,sampai skrnag tak nak jawab tag,apa kes??


Saturday, August 01, 2009

Keburukan-keburukan berkapel

BErkapel adalah salah satu aktiviti umum remaja zaman sekarang.Kebanyakan remaja merasakan bahawa itu adalah trend yang membuat mereka nampak cun dan hot.Ceh ayat tak macam karangan UPSR la pulak.

tapi siyes,orang sekeliling aku ni ramai sungguh yang berkapel.Best sangat ke ha kapel tu?waa..nerd gila kan soalan aku,macam la tak pernah buat.
Sebagai orang yang pernah kapel,dan kini sudah single kembali lalu bergelar janda hot,maka aku akan membuat senarai keburukan berkapel.Ok,tapi jangan assume aku akan consider benda ni dari sudut tarbiah rohaniah kerana rasanya itu korang boleh cari lagi di blog-blog ilmiah yang suka menulis mengenai cinta islamik..

1.Berkapel boleh menambah berat badan

haaa...Ini adalah salah satu keburukan utama sepanjang pemerhatian aku.Kenapa aku cakap camtu??berkapel akan menyebabkan dating.Bila dating mesti makan.tapi,adakah kapel itu akan dating dan order menu secara sihat??susah bukan??tempat popular dating adalah di restoran makanan segera seperti KFC atau pizza,atau di tempat yang nampak class sikit seperti secret recipe.

Tahukah anda bahawa jumlah kalori yang terdapat pada KFC chicken breat hot and spicy adalah 500 kcal??juga,1 slice cheese cake Secret Recipe seberat 35 g mengandungi 367 kalori dan 19g lemak??

Oh,itu tidak termasuk aktiviti mengunyah pop corn di panggung wayang sambil menghirup air pepsi.

2.Berkapel boleh menyebabkan anda pokai

DAri sudut ekonomi,berkapel adalah salah satu punca kegawatan ekonomi di kalangan mahasiswa.Mana tak,top up henset je dah berapa sebulan,nak dating keluar duit lagi...duit tambang,duit makan.last-last akhir sem mintak duit kat mak.macam la kan JPA bagi 2000 untuk 1 sem...

3.Mengganggu ketenteraman hidup

time kita tengah busy buat kerja tu lah balak nak call,mesej.tak layan,merajuk.Tak ke susah hati namanya.nak pujuk tu makan masa jugak.Time gaduh,semesta alam rasa nak bergegar,buat apa pun tak kena.
Time tak mesej,eh dia ni dah tak suka aku ke?
call tak angkat,emm,mesti tengah date dengan awek lain.

tak ke mengganggu ketenteraman hidup dan kebahagiaan diri sendiri namanya.Nak tidur pun tak lena,makan tak rasa,mandi pun rasa mcam tak best je.betul orang kata,cinta boleh buat manusia gila.

4.Membuang masa

Lebih kurang point di atas.Contoh:
dating paling koman boleh memakan masa selama 5 jam.
Tahukah anda,dalam tempoh 5 jam apa yang mampu anda buat:
-basuh baju
-buat assignment
-main game di facebook

pastu tak campur lagi gayut di telefon berjam-jam.makan masa,panas telinga.tidur lambat dan esok bangun lambat,dan seterusnya mengantuk di kelas

hahaha..beria seh kutuk orang kapel.....jeleskah?????Busuk hati gila entry ni,berbaur jeles melampau...tapi ok what???

waaaa...weekend semua orang gi dating.tinggallah gadis pingitan yang ayu ni kesepian di bilik.tapi takpe,

Being single gives me more chances to quality me-time to enjoy my leisure time.jangan bimbang,slow-slow dulu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja