Friday, August 14, 2009

Bukan sekadar makanan

Situasi 1:

Status facebook seorang kawan:

lebih kurang camni la ayat die(ditambah rempah ratus sikit oleh aku)

****:kalau berani amek la kos *****.Tak boleh bersuka ria buat roti dalam lab

Situasi 2:

akak rumah melah:melah ada kelas tak hari ni??
melah:tak,tapi saya nak buat lab
akak rumah melah:owh,nak buat kuih ya
melah:????(speechless)

Situasi 3:
Ala,buat roti pun boleh dapat A.senang gila

Situasi 4:
Aku:tesis ktorang 2 sem
Joyah:peh ngelat gila tesis sampai 2 sem
aku:ye la,kitorang kena buat experiment
Joyah:kitorng pun lama jugak,kena tunggu insturment dari planet marikh,pastu kena berhubung ngan CIA,FBI,NASA,Obama pun kena contact tau
Aku:instrument apa?
Joyah:borang kaji selidik
Aku:aku pun guna instrument gak.Aku wat research,bukan case study,if case study,ko kena kaji benda yang dah ada,tapi aku lak kena buat benda baru dan tak semestinya benda baru tu first time try dah betul

******************************************************************************
Persoalan:
Mengapakah kursus bioteknologi makanan yang aku ambil ini orang cuma dengar perkataan "makanan" dan bukan "bioteknologi"?

First of all:What is biotechnology?

Biotechnology is based on biology especially when used in agriculture,food science and medicine.
Atau dalam bahasa mudahnya,menggunakan sistem biology@benda hidup untuk menghasilkan atau memperbaiki produk,dan benda hidup tu bukanlah cicak atau ungka tetapi adalah microrganism atau biological sistem seperti enzim.

Bioteknologi juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bioteknologi industri,bioteknologi pertanian dan bioteknologi makanan.
Kira kos yang aku ambil ini adalah Kursus bioteknologi dan pengkhususan dalam bioteknologi makanan,bukan kos makanan yang mengkhusus kepada bioteknologi,ada faham???

Kursus ini bukan kursus katering,maka kalau korang tak pandai masak ataupun masak tapi orang tak boleh nak telan,pun boleh masuk juga.Juga bukan mengkhusus pada sains makanan,cuma subjek sains makanan itu ada ditawarkan masa sem 2.Juga bukan kursus membuat kuih(siyes baik mak aku hantar aku blaja buat kuih ngn mak limah daripada susah-susah masuk U setakat nak buat kuih),dan bukan semata-mata buat roti(ohh,mentang-mentang lab bakeri ni je yang hasilnya boleh dibawa balik tanpa ragu-ragu,tu je arr yang korang nampak??)

Berbalik pada topik asal:
Bioteknologi jika diaplikasikan dalam sains makanan bermaksud:
-penggunaan microbe sebagai sumber dalam penghasilan makanan(haa..tak dapat bayangkan korang makan microbe??tu yang hari2 makan roti,tapai,keju dan yogurt tu anak sape lak arr?
-Pengubahsuaian DNA daripada tumbuhan,haiwan dan microbe yang digunakan sebagai makanan(GM food)
-DNA method untuk mengenalpasti microbe dan biological system dalam makanan

KAmi di USIM belajar kedua-dua bidang yang digabungkan menjadi satu iaitu:biotechnology dan sains makanan

Subjek bioteknologi:
-teknologi enzyme
-kejuruteraan genetik
-bioteknologi makanan
-genetik
-microbe dan food microbe
-biologi sel
-molecular biology
-lain-lain tambah sendiri

Subjek sains makanan
-nutrisi
-food quality assurance
-sains makanan
-kimia makanan
-teknologi pemprosesan makanan
-analisis sensori
-teknologi bakeri
-lain-lain tambah sendiri

Subjek asas sains:
-kimia analisis
-fizik
-biokimia
-kimia fizikal dan organik
-kalkulus
-statistik
-lain-lain tambah sendiri

Jadi tak semestinya pelajar kursus bioteknologi makanan akan berakhir di kilang-kilang makanan atau roti,malahan ada di antara senior aku telah menjadi penyelidik di badan bukan makanan,ntah aku tak ingat PORIM ke RISDA ke MARDI.Ada juga rakan-rakan yang akan membuat praktikal di jabatan kimia,peh takde langsung kan nama makanan kat situ kan???

Persoalan 2:apa signifikannya kursus bioteknologi makanan kepada umat islam

(tergelak dulu sebelum jawab soalan)

Hello....lu tarak baca paperkah,itu ayam ada enzim oink..oink,itu ikan keli makan daging oink..oink,itu ayam letak dalam esbok sama tingkat ngan oink..oink..lu selera nak makan lagi kah???

Di sinilah tanggungjawab bioteknologists muslim yang paling besar sekali.mengesan unsur-unsur haram dan syubhah dalam makanan yang kita makan sehari-hari..bukan setakat makanan,malahan kosmetik dan ubat-ubatan..
Kalau kita biarkan industri makanan dan analisis makanan ni dipegang oleh non-muslim,SAMPAI BILA-BILA,diulangi SAMPAI BILA-BILA,kita akan mencari makanan halal seumpama mencari sebutir kaca di celahan pepasir.bagi dorang,takde babi,no hal...tapi bab sembelihan,camne lak????
Alangkan Yahudi bukan main berkeras dengan kosher dorang,siap mintak asingkan dengan non-kosher ,takkan kita orang islam ni nak tunduk dan mengalah,dengan alasan,alah darurat,makan jelah biar tak kebuluran.PAstu berubat lak makan pil yang dibuat dari gelatin tah ape-ape,sekali lagi guna alasan darurat.

***********************************************************************************
Ironinya,tesis aku tidak berkaitan secara langsung dengan makanan,tetapi adalah sub dari bidang biotechnology,iaitu enzim teknologi:

Stabilization of candida rugosa lipase through immolization on K-feldspar

dan dlam tesis ini,lipase itu akan diuji aktivitinya dengn penghasilan oleyl-oleate(wax ester yang digunakan dalam losyen)...tengok takde makanan pun dalam research ini.

ada juga rakan-rakan yang mengkaji secara langsung mengenai makanan:
contohnya menghasilkan jeli dari buah pala(ni boleh menggantikan jeli lembik-lembik yang syubhah sumbernya),flake dari guava,premix begedil dan mengkaji pathogen(bakteria jahat) dalam sayuran)

Juga ada rakan yang mengkhusus kepada tumbuhan:
antimicrobial properties dari serai,mengkaji pokok cili dan sebagainya
*********************************************************************************

AKhir kata,kalau kamu rasa kursus yang kamu ambil itu sangat-sangat susah,sila simpan rasa itu sendiri atau luahkan pada rakan sekursus kamu yang sama-sama memahami kesusahan itu.Tidak perlulah merendahkan kursus orang lain yang kamu rasa kurang "kritikal" dari kursus kamu.Setiap kursus dan subjek yang diambil ada susah dan senangnya yang tersendiri,yang berbeza antara satu sama lain,bergantung pada kemampuan dan minat kamu.Jika kamu minat dan gigih berusaha,maka kamu akan berjaya walaupun susah mana sekalipun subjek itu.

P/S:kami bukan mengada-ngada request lab dan perlatan berjuta-juta,tapi itu merupakan keperluan bagi kursus kami,takkan nak buat PCR dalam lab komputer kot?

tambahan:kepada sesiapa yang suka mempertikaikan atau menganaktirikan kepentingan sesuatu subjek atau ilmu,bolehlah merujuk kepada entri di blog adik aku



7 comments:

mongue said...

sabar2. aku faham perasaan ko. anyway, usim ada pcr machine ke?

Sayer Best said...

yup,ada.kat lab microbe..
hahaha..aku bukan pe,bengang la dak2 ni asyik mempertikaikan budak biotech keja wat roti je.padahal lab-lab kitorang sebelum ni tak de hasil nak dibawak balik.agaknya la kan,aku kena bawak microbe plate balik rumah,baru dorang puas hati

mongue said...

bawa je balik. tunjuk cemane growth maicrobes tu kat dorang. mana la tau benda tu dapat memberi kesedaran.

oh. cool gile usim ada pcr sendiri. xsangka aku.

Ridha said...

sesungguhnya aku kagum dengan tajuk tesis kau wana. sampai sekarang pun masih kagum....sebab itu adalah cita2 aku dulu!!! huwaaaaaa!

Sayer Best said...

apakah cita-cita ko ridha?mau jadik lipase kah?atau candida rugosa(sejenis micobe) kah? atau feldspar(batu kristal) kah?

guntur said...

nice article,indeed

keh keh keh.bukan mahasiswa je yg ada pemikiran macam tu,cikgu2 kat sekolah pun ada.kejayaan satu2 batch tu diukur berapa banyak bakal doktor yg dihasilkan.

kalo ikutkan soal duit semata2,pakar rumput pun kaya.

skg ni zaman material.

Anonymous said...

salam.

akak selalunya graduan kos biotech ni senang tak dapat pekerjaan? (maksudnya peluang pekerjaan luas)

saya berminat sangat tapi biasalah minda yg sama, "tak kritikal" "nanti kau susah cari kerja" "orang tak pandang pun kos kau"

sabar jela.
mohon jawab ye terimakasih ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja