Sunday, October 18, 2009

Advetorial:about Herbalife

Ini entri advetorial.rilek,jangan marah-marah
Alangkan TV 3 yang dah kaya pun dalam sejam 20 minit iklan
Ini kan pulak aku yang baru belajar nak kaya ni
Sila baca dengan teliti


Saya Syazwana.Umur 21.TInggi 148 cm.Berat sekarang adalah 42 kg.BMI adalah 19 iaitu normal.

Saya adalah seorang yang kurus semasa zaman sekolah sehinggakan mak cik saya sering memanggil saya ranting.Semasa form 1 berat saya adalah 26 kg.Manakala semasa form 5 berat saya adalah 39 kg.Nasib baik la Malaysia takde taufan,kalau tak mesti saya boleh ke Jepun hanya dengan melayang saja.eh,baru saya ingat,minggu depan ada test jepun tapi saya tak study lagi.

Walaupun begitu,saya kuat makan.namun,oleh kerana dewan makan jauh ya amat dari hostel,maka kalori yang saya telan itu mampu digunakan sebagai tenaga.maka saya menjadi tak sedar diri malah makan lebih banyak dan banyak.kat hostel,saya suka makan maggi dan jajan yang lain.

Segalanya berubah ketika saya meninggalkan zaman sekolah.Saya terpilih untuk memasuki program matrikulasi.Saya semakin buruk lantak.Hobi saya adalah makan.Oh ya,saya lupa nak mention bahawa saya adalah caffein-addict.jika minum kurang 3 cawan nescafe sehari,maka saya akan bertukar menjadi mak lampir.tiap-tiap malam saya akan makan burger di kafe yang murah,padahal petang tu dah makan makanan berat.Eh,sila jangan rejek saya sebagai calon bini.teruskan membaca..

Ketika itu,berat saya mencecah 42 kg.dalam masa setahun je naik 3 kg.Tapi saya berasa gembira kerana buat pertama kalinya dalam hidup saya terasa seksi.Maklumlah,sebelum tu rata saja,macam badan budak 12 tahun.terasa dewasa rasanya..

Masuk ke universiti,selera makan saya masih buruk.dah la ketagih kaffein,kuat makan jajan dan fast food.malahan,saya anggap makanan adalah penawar kesedihan saya.asal tensen,makan.asal makan,hepi..ketika itu pertambahan berat semakin drastik,namun saya pedulik hape janji saya still seksi..wakakaka.sila pergi mati Angelina Jolie...
Keadaan bertambah buruk semasa semester 2 tahun 3,iaitu apabila saya sudah mempunyai kereta.ye la kan,dulu asal kebulur,paling-paling pegi kafe,kalau tak pun makan megi ke tahan lapar ke.tapi sejak ada kereta,saya makin kuat makan fast-food dan makanan-makanan lain....

Kemuncaknya,
Semasa pertengahan semester 2 tahun 3,saya mencecah berat 49.5 kilogram.mungkin anda kata.eh,tak berat la tu.Namun sila ambil kira ketinggian saya.Jangan terkejut apabila anda mendapati bahawa saya umpama penguin comel yang bergerak terkedek-kedek mencari ikan...
ceh nak comel je,padahal gemuk pendek.Baju kebaya yang saya beli semasa raya lepas pun dah tak boleh dipakai,kerana jika dipakai anda akan menyangka bahawa saya remaja yang berkahwin awal,lalu mengandung anak sulung,malah seorang amoi di time square merecommend maternal bra kepada saya semasa saya mahu membeli baju dalam di situ.

HAti saya bertambah sakit kerana ramai orang membuat pelbagai komen tentang badan saya:
"eh,wana dah berisi la"
"napa nampak makin gemuk ni"
"apasal baju makin ketat,eh ke kau yang makin gemuk"
Malah mak cik saya menyuruh saya menjaga badan katanya,"ni belum kawen dah gemuk,acik dulu baya kamu ni pinggang 25 je"

Saya cuba diet sendiri.ya,turun sebanyak 1 kg dalam 2 bulan.namun perut masih buncit.dalam masa yang sama saya sering mengalami gastrik.gastrik ini mungkin berpunca dari nescafe yang sering saya minum pagi-pagi.lecturer food science saya kata,nescafe boleh buat angin.pagi-pagi saya akan muntah.sebab angin.selalu sakit kepala.malah,saya ada resdung,yang menyebabkan jerawat naik dan muka gatal selaps makan seafood.

Alhamdulillah,saya dipertemukan dengan Herbalife.mula-mula saya ingat ia produk kuruskan bdan macam benda yang saya pernah cuma sebelum ni iaitu kapsul ****,kopi**** dan losyen ****.tapi sebenarnya ia adalah produk nutrisi.saya ikuti program diet dan dalam 3 minggu,saya berjaya mengurangkan berat sebanyak 6 kilogram.Malahan,saya tidak perlu bergantung kepada nescafe lagi.Badan semakin bertenaga,dan alhamdulillah saya menjalani ibadah puasa tahun ini tanpa mengalami gastrik seperti tahun-tahun lepas.buat pengetahuan,gastrik saya selama ini agak teruk sehingga menyebabkan saya pernah disuntik di punggung kerana pengambilan secara oral adalah tidak efektif lagi.

Oleh kerana saya tidak kedekut,maka saya berkongsi produk ini dengan mak saya.Mak saya bukan kurus sebab nak cun pun,tetapi beliau mahu menjaga kesihatan.Yelah,umur hampir 50-an.Sejarah kesihatan keluarga kami juga agak menyeramkan,kerana kebanyakan keluarga kami mengidap darah tinggi,kencing manis dan sakit jantung.Jadi kami perlu sentiasa menjaga pemakanan.alhamdulillah,sekarang berat mak saya telah turun dari 63 kg kepada 56 kg,malahan beliau berasa lebih bertenaga.

Sekarang saya masih menggunakan produk ini walaupun sudah kurus.Kenapa?gemuk balik ke kalau berhenti.Takde maknanya.
Saya pikir,mana lagi saya nak dapat sarapan pagi yang berkhasiat dan mudah.ada vitamin,protein dan karbohidrat semua.senang,tak payah telan pil multivitamin banyak2.shake je.dah la sedap,siap boleh pilih perisa lagi

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya.Jika saya telah berjaya menurunkan berat badan saya,anda bila pula?

Sebelum


Selepas









p/s:gila skema entri aku...untuk sebaran maklumat,boleh contact aku.ada plan nak buat blog khas herbalife ni,tapi tah ble tah.tak larat aku nak jaga blog banyak-banyak.

8 comments:

guntur said...

oh,tak sempat menyaksikan zaman kemuncak 49.5 kg itu.rasanya kalo niaga herbalife kat sini ada kemungkinan nak laku.

Sayer Best said...

boleh2..mau tolong niagakah?sebab kat jordan takde distributor lagi

guntur said...

tengok la camne nanti.takut tak komitmen.emailkan pelan tindakan & apa2 yg berkaitan dgn herbalife

Sayer Best said...

ok da send

jipon said...

guntur nak berniaga herbalife kat jordan ke??hehehe

Anonymous said...

salam..nk tanye, set herbalife 2 blh thn bp lame yer.. berat bdn da xturun ker lps kite dpt berat badan ideal yer?

Sayer Best said...

sory lmbt reply,baru perasan commnt.1 set boleh tahan dalam 3 mnggu --->sebulan.
If dah sampai bert ideal,kalau x nak turun lagi,makan sekali sehari je instead 2 kali.better u email me to further explanation

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja