(heh jalan la sangat,macam la takde transport nak turun.apa guna kereta?mau humban dalam kolam takungan kah)
Sebenarnya,kat PKP(pusat kemudahan pelajar) tu banyak je makanan.tinggal ko bangun,amek pinggan,isi nasi+lauk,pastu bayar.mudah dan ringkas.kalau takde duit,boleh masak megi+makan biskut.kalau dah takde sangat,pegi je rumah terbuka ngan jamuan raya.melambak sekarang.
Aku teringat assignment aku masa tahun 2.pasal food shortage.pelikkah?makin banyak makanan dicipta setiap tahun.tak payah jauh-jauh.kat kafe Jati tu dalam setahun je ada 2 jenis makanan pelik yang dicipta:Ngg soo mee nan ngan pakapau(nasi putih+daging cincang black pepper+telur mata)
meh aku recall sikit isi-isi assignment aku tu:
Sebenarnya,masalah kekurangan makanan berlaku sebab:
1-takde makanan langsung,atau sukar mendapatkan makanan
biasa berlaku di negara perang,makanan ada je.tapi kedai jual makanan tu lak kena bom.ambik situasi ni,ko mengidam nak makan karipap kak anim tapi kat sebelah gerai dia tu ada tentera israel hidung bengkok tengah berkawal.ko rela mati kelaparan ke mati kena tembak??
-jumlah penduduk mengatasi jumlah pengeluaran makanan asasi.bila permintaan mengatasi pengeluaran,maka harga naik.bila harga naik,yang kaya je gemuk,yang miskin makin lapar.
-makanan ada,tapi pengedarannya disekat atas sebab-sebab politik.macam zaman rasulullah dulu,time kafir quraisy menghalang kaum-kaum di sekitar mekah berurusniaga dan membekalkan makanan kepada bani hasyim.
alhamdulillah,kat malaysia ni tak pernah pulak aku dengar orang mati kebuluran.even takde duit pun pandai carik alternatif lain macam makan siput babi ke,tanam sendiri ke,
Cuma kat Malaysia ni,aku selalu dengar orang mati sebab terlebih makan
diabetis:terlebih makan gula
darah tinggi:terlebih makan garam
Obesiti:terlebih makan banyak banyak melebihi keperluan
Malaysia ni memang syurga makanan.dari kau celik mata sampai kau nak tutup mata.makan makan makan je.pagi makan roti canai kat mapley tangan berbulu,tengah hari makan nasi campur warung mak cik gemuk,petang makan goreng pisang beli kat gerai mak janda body meletup,malam makan burger kat abang botak perut buncit.
(cis.kejam giler diskripsi penjual makanan)
tu tak campur lagi kedai cina india,manjang penuh,yang budak-budak lak asal dating,gi KFC.tengok wayang,makan pop corn.balik tu beli aiskrim lagipendek kata rakyat malaysia ni,tak de bias umur dan bangsa,memang kuat makan.
Aku teringat sensei aku kata dalam kelas jepun:
masyarakat jepun ada 3 waktu je dalam hidup,pagi,tengah hari malam.
yang ini diinspirasi dari waktu makan mereka
kalau malaysia lak:
sarapan,minumpagi,makan tengahari,minum petang,makan malam,supper
2 kali 5 dengan orang putih
sebab tu la:
The nationwide Third National Health and Morbidity Survey (NHMS III) conducted in 2006 showed that 29.1% of the 33,055 adult population studied was found to be overweight (BMI 25.0-29.9).
The prevalence of obesity (BMI >30) was reported to be 14.0%.
atau bahasa seksinya,3G
gebu,gempal dan gemuk(oh..gebu i rela youuuuuuuu,yang laen i xmo)
setakat ni,rekod negara paling banyak manusia tergemuk adalah Australia.jangan la sebab semangat 1 malaysia,kita berlumba-lumba pulak nak kejar tempat pertama tergemuk itu.
Apa yang penting,pilih makanan ikut keperluan,dan tingkatkan kecergasan.maaf,aku tak mengeji orang-orang 'comel' ni,itu bukan kesalahan.yang penting adalah tahap kesihatan,berapa ramai orang kurus,mentang-mentang dia kurus,dia makan suka-suka hati.kejap lagi ada heart attack.
maka,kurus atau gemuk,pilihlah makanan berkhasiat.bukan kata,aku dah kurus maka tak payah jaga makan@senam.
P/s:walaupun nilai banyak restoran,mengapakah kesemuanya ditutup walaupun seminggu dah raya berlalu
No comments:
Post a Comment