Sunday, October 11, 2009

Manfaatkan Hari Jumaat Anda

Entri ini adalah cetusan idea sensei kelas bahasa jepun aku.Beliau mengatakan bahawa,asal break hari jumaat je,pukul 12 tepat-tepat,berderu kereta keluar dari opis.ingatkan pak cik-pak cik nak kejar sembahyang Jumaat.jap lagi tengok,mak cik-mak cik tengah kejar sale kt shopping complex.

Beliau juga bengang kerana apabila habis waktu rehat tersebut,dan beliau mahu berurusan dengan pegawai-pegawai (jabatan kerajaan especially ),maka ada la alasan,

"Puan melah tengah sembahyang.."

Apa kes!!!punya la lama waktu bagi dari pukul 12 sampai 3.baru nak solat.Ralit meround Mid Valley ke ape???Begitu juga kepada pelajar,kalau kelas start pukul 3,budak perempuan la yang masuk lewat.(tiba-tiba terasa mahu taruk muka bawak tudung saji.cari-cari mana tudung saji,takde simpan kat hostel rupanya).

JAdi,aku menulis artikel ini untuk mencadangkan cara memanfaatkan hari jumaat.sebab kadang-kadang tengah hari jumaat perempuan tak tau nak buat apa.mungkin cara penyelesaian ni tak la perfect sangat,tapi dari korang window shopping bazirkan harta.

1.Baca quran dan berzikir

haa..pahala pun dapat.lagi-lagi hari jumaat tau.

2.Dengar tazkirah

Dalam opis sebesar-besar,takkan takde sorang kot yang pandai agama.apa salahnya la kan..

3.Siapkan kerja yang tertangguh

selalu mengeluh masa tak cukup nak buat kerja,dah ko asal de free shopping ngabiskan duit.gunakan la masa yang ada untuk buta kerja-kerja tu.bertambah sikit produktiviti

4.Senam aerobik beramai-ramai

Dah la duduk pejabat buat kerja tak bergerak-gerak.Badan tak aktif dibuatnya.apa salah umpul geng-geng mak cik untuk aerobik bersama.boleh bakar lemak sekali.

5.membaca

membaca amalan mulia.boleh tambah pengetahuan juga.Pilih bahan bacaan anda.Ingat,yang bermanfaat saja.

6.Tidur

TIdur jika anda yakin anda boleh bangun pada waktunya.Mengikut kajian mana entah aku baca,tidur dalam 20 minit boleh membuatkan seseorang kembali bersemangat setelah bangun.Biar tempoh sekejap tapi berkualiti.Bagaimanapun,tidur labih dari 45 minit adalah tidak digalakkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja