Selamat malam.HAri ni hari bagus sebab:
1.Aku berjaya bawak sorang kawan gi STS
2.Aku berjaya drive sendiri dari Nilai---->Times Square
Bravo-bravo...beri tepukan untuk diri sendiri...ehh..kenapa tak kuat sangat ni??takde tenaga ke hape?????
MAybe bagi orang lain
Ala,setakat benda camni pun nak bangga.orang lain drive pegi kedah,thailand sana,rilex je...
Tapi pada aku,even sekecik mana pun benda tu,sesimple mana pun sesuatu tu,kita kena hargai dan reward diri kita sendiri...Sebab mana kita tahu benda kecik ni akan membawa impak besar,yang kita tak nampak lagi hari ni.
Dan yang lebih penting,aku berjaya meruntuhkan tembok penghalang yang menghadang diri kita dari melakukan sesuatu.Pada aku,lagi mencabar dan lagi mustahil sesuatu impian tu,kita patut trigger diri sendiri untuk melakukannya.
(eh,janganla kata impian nak kawen ngan hugh jackman pulak..tapi who knows....)
DUlu mula-mula amek lesen,aku takut gila.mana tak,seumur hidup21 tahun,tak pernah sekali pun putar stereng kereta betul,bukan kereta mainan.Tapi alhamdulillah,aku cabar diri aku sendiri untuk amek test JPJ sekali je,and it works.
Yang penting kesungguhan diri sendiri penentu segalanya.
Aku banyak impian sebagai seorang manusia normal,yang kalau boleh nak cuba macam-macam benda dalam dunia ni.antaranya:
-Nak try ice skating
-nak try bungee jumping
-nak melancong ke macam-macam negara
-nak belajar macam-macam bahasa
-nak pergi haji
-nak beli vios
-banyak arr lagi nak disenaraikan
dan impian paling besar adalah
-nak gembirakan hati mak dan adik-adik
-juga nak masuk syurga menghadap KEKASIH yang utama
takde yang mustahil untuk mencapai impian,janji kita berusaha untuk mencapainya.Dan jangan lupa tempat penggantungan kita,ALLAH yang maha kuasa,yang padanya la kita menggantung doa dan tawakal
No comments:
Post a Comment