Amaran: Sila buka minda anda sebelum baca entri ini. Ini adalah pandangan peribadi sendiri, dari seseorang yang masih lagi kurang pengetahuan agama, tapi sentiasa berusaha untuk menambahnya.
Selepas gempa di PAdang yang berlaku hari tu, selalu je la dapat e-mail pasal kaitan waktu gempa bumi dan Al-Quran.Sebelum ni banyak dapat sana sini gambar-gambar kalimah Allah atas terung la,kat awan la.Macam-macam lagi.
Lepas tu budak lahir-lahir ada kalimah Allah kat tapak tangan la, Neil Armstrong dengar azan kat bulan la.Macam-macam forward email aku dapat pasal ni.Siap ada p/s kat bawah.suruh sebarkan benda aneh-aneh tu,
contohnya: jika anda boleh mengirim e-mail lawak, mengapakah anda tidak boleh mengirim e-mail mengenai keagungan Allah ini.
My point of view: Aku TAK AKAN forward benda aneh-aneh tu.Tak Akan.Aku cuma akan forward jika e-mail yang aku terima adalah berkaitan dengan fadilat berzikir ke,amalan nabi ke,atau permasalahan fiqh terbaru,juga info Halal Haram dari sumber yang diyakini,ya,diYAKINI sahaja.
Aku sekularkah?SUka Hati je nak label ea..tapi aku tak sokong email-email itu bukan sebab aku tak suka menyebarkan agama,tapi adalah lebih kepada sebab berikut:
1. Sesetengah benda tu mungkin boleh membawa kepada SYIRIK. Contohnya, seorang budak yang lahir dalam keadaan tapak tangan ada kalimah Allah ke.Tak ke MUNGKIN budak tu akan dianggap ajaib oleh masyarakat setempat,lepas tu berduyun-duyun orang mintak air jampi la,penawar la kat budak tu.Jangan tipu. Sebab benda ni common sangat dalam masyarakat.Tak perlu kata MElayu je la.Bangsa lain pun sama. Dengar orang tu ada kelainan sikit,terus dianggap keramat,mintak jampi sana sini.
Tak ke benda tu dikira SYIRIK kerana bergantung kepada yang lain selain ALLAH?
2. Macam mana kalau ada agama lain tunjuk atau claim benda ajaib yang menunjukkan 'keagungan agama dia orang'.COntohnya, orang dok kata kesan tapak kaki kat Sri Lanka tu kean tapak kaki Nabi Adam.Tapi tahu tak, dalam masa yang sama, orang Buddha claim kata tu tapak kaki Gautama Buddha.SO,nak percaya ke pada agama Buddha.
Ataupun akhir zaman nanti,Dajjal akan tunjuk kehebatan dia dengan boleh menghidupkan orang mati.Kira benda ajaib la tu kan..Tak ke ramai yang akan terpedaya nanti.
3. Ada bukti yang lebih besar dari benda-benda ajaib tu,iaitu diri kita sendiri.Eh,ajaib ke:
Tak ajaib ke dari setitis air,tiba-tiba boleh jadi orang.
Kejadian sehari-hari kita juga lebih pelik
Tak Pelik ke matahari bulan patuh ikut putaran.Langit berdiri tanpa Pasak
Tak payah tunggu bukti pelik-pelik,tengok alam sekitar,baca Quran.dah jumpa bukti kukuh-kukuh.
4. Macam mana jika gambar itu adalah hasil teknik manipulasi komputer.zaman photoshop baiii.senang-senang boleh manipulate.Contoh utama,yang kata gambar anak kena sumpah jadi binatang pelik.Padahal tu cuma ukiran je.
NI aku terbaca dalam discussion kat web batch aku:baca sini
Kalau bukti tu tak betul pulak,camne.Macam cerita Neil Armstrong dengar azan kat bulan.Rasa tergugat iman ke??
Kesimpulannya: tak Payah tunggu nak bukti pelik-pelik baru nak beriman dan yakin dengan keagungan ALLAH.Tak cukup ke pada apa yang ada dalam Quran dan hadis??Tak perlu menyebarkan keagungan Islam dengan cara mcam tu.Matlamat tak halalkan cara...Tak perlu rasa kagum gila dengan benda macam tu.Ni bukan zaman Nabi dulu.Yela kan,Nabi dulu ada mukjizat.Haa..yang tu baru boleh percaya.
p/s:hahaha.KOmen adalah AMAT dialu-alukan untuk entri ini.tapi pastikan bahasa adalah terkawal
1 comment:
bravo to wana-used-to-be-49kg..
( applause )..
aku sakit ati tengok makhluk2 jakunista yg bile ada mende terjadi,time tu la terhegeh2 nk email sane sini..siap ada warning kt nota kaki diorg..aku bg kaki aku kang..warning merepek la tu..
tengok kuku sendiri pun da tau bukti kuasa Tuhan..pernah kuku kau mencapah ke kiri ke kanan..??
Post a Comment