Apa itu Papadom?
Papadom adalah sejenis makanan macam keropok yang selalu disajikan dalam nasi kandar...
Apa itu filem papadom?
FIlem PApadom adalah sebuah filem yang sedap macam nasi kandar..
two thumbs uP afdlin shauki!!!
Tadi aku ngn pika keluar berpoya-poya gi Alamanda Putrajaya.Hajat di hati memang nak layan movie papadom.orang kata best.meh sini aku nak review sikit.Betul ke best..
Tadi orang kata,
sekarang aku pun nak kata best jugak!!!
REview:
Saadom(afdlin shauki) adalah seorang peniaga nasi kandar.Beliau mempunyai isteri bernama Moon(Nur Khiriah) dan anak,Mia sara(Liyana Jasmay).DAri perniagaan kecil di celah-celah bangunan di Penang,beliau memajukan lagi perniagaan dengan bantuan rakan kongsi iaitu Alan dan sorang lagi sape tah nama india tu aku tak ingat pulak.Restoran nasi kandar Saadom semakin maju,malah siap bukak cawangan dan Papadom nya siap diproses lagi untuk menjadi snek.
Namun,kesibukannya mula menjarakkan beliau dari keluarga.banyak masa dihabiskan untuk bisnes,sampai la satu tahap di mana beliau tak pergi pun majlis penyampaian hadiah anaknya.
semua berubah apabila Moon meninggal,tetapi sempat menyampaikan wasiat agar saadom menjaga Mia sara dengan baik.
Sejak tu saadom menjadi over-protective.hantar sampai ke kelas,siap cium anak depan kelas lagi.kemuncaknya apabila dia sanggup jadi tukang kebun di universiti tempat Mia sara belajar.
apa kesudahannya?sanggupkah saadom melepaskan mia sendiri?adakah mia menghargai perhatian bapanya.saksikan PAPADOM di pawagam berhampiran anada.
Memorable parts:
"anak aku dapat 20A.Anak kau ada?"
"Kau tak jadik mak bapak lagi,kau tak tau betapa susahnya nak jaga anak"
"ikutkan hati dua-dua aku tanam,tapi kau tu tak la sejahanam jantan tu"
-part mia sara with papa near the end of the story
-setiap part bayangan imaginative nur khiriah muncul.gile arr siap pakai costume ikut keadaan
-"wajib tayang"owh..que look cute.untung linda Jasmine
-part last que and liyana.part apa.tonton la sampai last
overall:**** 1/2
p/s:Quote dari blog afdlin shauki
"Papadom berada di pawagam bermula hari khamis 8 hb oktober semalam. Saya ada satu Permintaan ikhlas kepada penonton papadom.Buat sesuatu yang luar Dari biasa. Lepas tonton papadom, jika anda menyukainya... SMS atau talifon bapa, ibu, isteri, awek, boyfren atau anak anda dan kata pada mereka yang anda sedang mengenang mereka dan anda sayang mereka. Anda Akan merasai sesuatu yang menakjubkan. Dan anda akan buat seorang budak gemuk teramat happy."
sayangi bapa anda selagi beliau ada.serius aku tengok sampai nangis teringat arwah abah aku.Dulu pun aku rasa abah terlalu protective,tapi sekarang aku sedar bahawa beliau protective untuk keselamatan dan kebahagiaan aku jugak.ini pesanan penting:
Setiap apa yang ibu bapa lakukan untuk anda,semua adalah demi kasih sayang mereka.mungkin kita rasa mereka kuno,kolot,mengongkong,tapi percaya lah bahawa suatu hari nanti anda akan rasa pesanan dan nasihat mereka amat berguna.Sayangilah ibu bapa selagi mereka ada.
No comments:
Post a Comment