Saturday, January 01, 2011

Khairul Azzam ketika cinta bertasbih

Aku malu untuk menulis azam baru,tetapi atas permintaan adik  Baim,maka aku terus bertukar jadik tak malu.Wahahaha..
(sila bayangkan gadis ayu berpenampilan sopan ala-ala gadis melayu klasik sedang ketawa terbahak-bahak seperti kera kena belacan)

Sebenarnya aku dah buat azam masa tahun baru hijrah,so combine la sekali dengan ni.List Azam banyak-banyak,belum tentu buat pun.Ceh,tak yakin dengan kebolehan diri sendiri.So,aku akan bahagikan azam aku kepada dua perkara:

Yang ingin dibuat

1.Menambah kerajinan diri sendiri dalam hal-hal ketaatan kepada Allah dan rasulnya

First thing nak ubah,waktu sembahyang dipelihara,jangan macam tahun ni,sembahyang Asar asyik pukul nam setengah je.Aku berazam nak solat awal waktu,dan rajin berpuasa sunat.alhamdulillah,puasa tahun ni aku dah habis ganti,which is better than puasa lepas,lagi sebulan nak puasa ramadhan,baru nak puasa ganti.Ada la improvement sikit kot.Juga menambah lain-lain ibadah-ibdah Sunnah,di samping memelihara amalan wajib

2.berbakti kepada ibu bapa dan kaum keluarga

Azam tahun ini adalah menjadi anak solehah.Tahun ni ada la melawan sikit-sikit,aku ni kan kuat menjawab.nasib baik tahun ni tak kena panah petir,kalau tak,tak sempat mintak maaf dengan mak aku.Alhamdulillah.Tahun ni,InsyaAllah,aku berusaha untuk tidak menyakiti hati mak aku,malah menyenangkan hati beliau.Juga berazam tidak akan mencari gaduh dengan adik-adik seperti mengejek mereka dengan perkataan Botak,Jendul,dan Kepala Besar(eh.terejek pulak.Takpe..last-last).Untuk kesejahteraan abah aku di alam sana,aku berazam untuk menambah kekerapan membaca Fatihah dan Yasin untuk beliau.

3.Lebih produktif dan aktif melakukan kerja

Lepas ni saya tidak akan liat melakukan labwork,dan berbincang dengan supervisor.Sebagai bukti,saya telah menempah incubator shaker di lab,dan mengatur appointment dengan supervisor.Semoga penyelidikan dapat berjalan dengan lebih lancar.

4.Memperkasakan modal insan

Wahahha..dah macam misi universiti pulak kan.Kira aku akan menambah kemahiran lain seperti memperbaiki kemahiran berbahasa Inggeris,agar tidak sesat di tengah kota London,atau terpinga-pinga di sapa Mat salleh di KLCC.Juga akan belajar cara komunikasi berkesan,dan menyerlahkan bakat kepimpinan.

5.Melatih diri ke arah menjadi isteri idaman

Saya akan belajar memasak dengan ibu saya atau di blog-blog seperti Hana's family,my resepi dan mesra.net.Saya juga akan mengendeng ibu mertua untuk mengetahui makanan kegemaran suami saya.eh,confuse jap.Aku rasa aku belum kawen.Celah mana datang mak mertuanya weii????Okeh,imaginasi semata-mata.

Saya juga berharap agar memperoleh kesempatan menghadiri bengkel belajar menjahit,untuk kemudahan masa akan datang.Zaman berubah,harga barang makin naik,jadi kita boleh menjimatkan kos dengan menjahit pakaian sendiri.Bagus bukan???

6.Memandu dengan lebih berhemah

Oleh kerana aku telah terlibat dalam kemalangan pada 2010,azam 2011 adalah untuk memandu dengan lebih berhati-hati,tidak melebihi had laju yang ditetapkan,dan mematuhi papan tanda di sepanjang jalan.Aku juga tidak akan lupa membaca doa naik kenderaan dan mendapatkan tidur secukupnya sebelum berjalan jauh.Kita tengok isnin ni macam mana.Hahahaha

Yang Ingin dibuang

1.Perbuatan maksiat dan dosa 

saya telah melakukan banyak perbuatan keji pada tahun ini seperti terlepas sembahyang subuh akibat tido lambat setelah menonton drama Jepun,juga berbuka puasa ganti,dan tidak memelihara aurat,dan banyak lagi.Semoga 2011 dapat mengubah diri saya ke arah yang lebih baik.

2.Sikap negatif

Kuat bertangguh,malas,suka membazir masa dan wang,suka marah orang-orang tersayang dan kuat membebel akan dikawal pada tahun ini.

3.Memori buruk

Tak perlu diingat lagi.To forgive is to forget.


Ini je kot azam.Simple je aku letak.sebab aku yakin,perubahan besar adalah bermula daripada perubahan kecil dalam diri sendiri.Ubah sikap,ubah mentaliti,semoga allah memberkati.amin...




5 comments:

amir baim said...

wah,..nama yang ditag dalam post pertama 2011..mesti menjadi yang pertama dalam 2011...*gembira*
esok ade quiz biochem..ade bwk carry mark(ckit je) doakan ye..

Sayer Best said...

InsyaAllah..amin..

Wan said...

semoga semua azam2 tersebut dapat dilaksanakan!
xde button like plak nak mengelike
hua3

Sayer Best said...

butang like ada je.cuma kena klik entri tu.bagi dia kuar entri tu je,bkn the whole blog

izwanyusof said...

semoga kekal untuk berubah.. sy pn byk benda nak diubah, tapi tu la..selesa sangat sampai liat nak berubah..umur makin lama makin meningkat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja