Thursday, January 13, 2011

Membuat pilihan

Hidup ni menarik sebab banyak pilihan.Kalau monotone saja pasti tidak bewarna-warni bukan?
Kadang-kadang ada satu je jalan,terpaksa memilih mengikut flow.dan yang lain tak dapat,nak buat macam mana?



Seingat aku la,pertama kali dihadapkan dengan pilihan yang pelbagai,adalah sewaktu berumur 10 tahun.Lepas lulus exam PTS,pilihan yang diberi adalah sama ada nak stay darjah 4,atau terus lompat ke darjah lima.Cikgu-cikgu semua sangat sangsi dengan keupayaan aku ketika itu,sebab tahun sebelum tu takde budak yang dapat lompat.Aku masa tu budak kecik hingus meleleh pakai tudung senget-senget dinasihatkan supaya jangan lompat.Stay je darjah empat.Namun masa tu arwah abah aku slow talk dengan aku,dan beliau macam cenderung suruh aku lompat sebab beliau yakin aku boleh carry on untuk UPSR.So,aku lompatlah tak masuk darjah empat,dan aku rasa aku buat pilihan yang tepat,dan result UPSR aku ok.

Lepas UPSR pun banyak pilihan,nak sekolah kat mana.Tapi yang ni memang sistem diktator punya jugak la parents aku buat.hahaha.Aku memang tak nak duduk hostel dan masuk sekolah agama pakai tudung labih sampai bontot ttime tuu.Bila dah masuk hari-hari nangis mintak nak kuar,pulak tu selalu je migrain nak bagi alasan tak mahu pergi kelas sebab kena belajar banyak-banyak subjek.Benci aku tau!Tapi lama-lama duduk situ okey pulak.Hahahaha.Sampai form five beb aku duk situ,kawan--kawan yang nasihat aku jgn pindahlah,itu lah,seawal form two dah ada yang keluar

Lepas PMR pun ada pilihan lagi.Yang ni malas nak cter sebab aku dah pernah cerita kat entry ini

Lepas SPM sementara nak tunggu result aku mengisi masa lapang dengan masuk Maahad Johor,dan juga sebagai bak up plan kalau SPM tak okey boleh terus amek STAM.Tiba-tiba dapat la matrik.Time tu berbelah bagi jugak sebab ramai kawan-kawan aku tunggu panggilan UPU.tapi aku ni nape tah paranoid gler nak masuk matrix sebab takut kalau UPU kuar nanti tak dapat lak.hahaha.Bila masuk amtrix baru tau yang kemasukan ke matrix tu dah membatalkan panggilan UPU.Masa beberapa bulan masuk matrix pulak,dapat tawaran PISMP(program ijazah sarjana muda pendidikan),mengajar matematik tak silap aku.Tapi aku kerek,berlagak sombong tak minat jadik cikgu,maka aku tolak bulat-bulat tawaran tu.Aku memang tak minat mengajar sebab aku ni bengkeng sikit.

Lepas matrix dengan keputusan tak la cemerlang mana,kena buat lapan pilihan dalam borang UPU.dapat la food Biotechnology kt usim.Ni memang la kena pergi,takkan aku nak duduk rumah tunggu pinangan orang kot.pergi la situ belajar.kat dalam USIM sendiri banyak kali dihadapkan dengan pilihan.Tapi yang aku rasa gila-gila betul pilihannya,masa nama aku ada sapa entah calonkan untuk bertanding Pilihan Raya kampus.Aku mula-mula tak tau,tapi bila naik bilik meeting baru tahu agenda itu.Namun sebab tak suka mencapub memberi janji manis kepada rakyat jelata,maka aku memilih untuk tidak bertanding.

Last sem kat USIM,diberi pilihan untuk mencarik tempat praktikal.Aku memang nak menangis la time tu.Hantar surat sana takde balasan,hantar surat sini kata tak pakai student praktikal.nasib baik last-last minit dapat jabatan pertanian.Lega kot

lepas belajar lagi banyak pilihan.Nak keja,atau sambung study.So,aku memilih sambung study.dan masa sambung study pun diberi pilihan,Lihat la ya entri aku sebelum-sebelum ni,aku malas nak komen dan menyatakan pilihan aku kat sini.

Apa-apapun terjadi,bertanggungjawablah atas pilihan sendiri.aku kadang-kadang pernah terfikir,"kenapa aku tak pilih camni,buat camni",dan aku cepat-cepat beristighfar sebab perkatan,"kalaulah..." tu bgitu hampir sekali dengan Syirik.Jalan hidup kita Allah dah tentukan,kerana dia tahu kemampuan hambanya.Apapun,istikharah tetap jalan terbaik untuk memberikan petanda-petanda yang bagus dalam kehidupan.Tanya Allah,dialah yang maha mengetahui


8 comments:

ili_far said...

jangan pening2 wana..pilihan di tangan anda! hehehe.....

voltox said...

macam mana..dah buat pilihan ke..kalau awak rasa nak rajin update blog ni..lebih baik sambung study..takut dah kerja nanti tak dapat selalu update blog pulak..haha

Sayer Best said...

kak ili:hehe..skarang still buat istkhrh lgi

voltox:haha..sempat je kot...sye mkin stress makin kuat update blog..klu stress keja,msti rajin update

Najihah Kaspin said...

i support u ok dear....in whatever u choose....long live high school...hahaha....*xde motip...*

::aniscomey:: said...

beb, lu lupe ltk psl dpt dip microbe kt uitm mse matrix dlu..hahaha

Sayer Best said...

aniscomey-aah ekk..wahaha..apesal la aku lupa psl bendalah tu,ke sebab dpt result sem 1 yg konon-kononnya ok,maka aku mengabaikan benda tu..hahaha

ko pn dpt jgk kan?zati dpt actuary kan?lepas tu semua x gi..hahaha

::aniscomey:: said...

haha..klu result ko ok, aku pn kire ok la kn sbb result aku kurg 0.02 je dr ko..hehehe..

aku la yg dpt actuary 2..zati dpt mikrob gak ngn ko..bile igt blk kdg2, cm rugi jgk tolak..haha..gile xbersyukur aku ngn ape yg ade skrg..hahaha..astaghfirullah..

Willy said...

Aku gembira tidak terkata mendapat Pre-Comm dan diminta melapor diri pada : SEGERA di ITM Kem Kijang. Sampai di Kem Kijang aku ditempatkan di Kampus Tg Chat. Aku belajar di sana dengan penuh keceriaan. Pada akhir pengajian Pre-Comm kami diberi pilihan sama ada hendak ambil kursus Diploma in Accountancy/Diploma in Business Studies/Diploma in Banking atau Diploma in Insurance. Kami diberitahu bahawa sekiranya kami dapat DIA, kami akan stay di Kelantan. Kalau DBS : Pelajar akan dibahagi dua - Separuh Kelantan dan Separuh Terengganu. DIB/DII akan ditempatkan di Shah Alam. Aku pilih DIA kerana tidak mahu jadi Junior di Terengganu lebih-lebih lagi abang-abang senior maklum di Terengganu kena ragging dgn hanya pakai seluar dalam je. Tapi aku rasa betullah dakwaan tu sbb bila aku habis Diploma, aku sambung Diploma Lanjutan di ITM Terengganu; masa aku tidur diorang tanggal seluar dalam aku. Nasib baiklah xde sapa tangkap gambar. Kalau tidak, satu Malaya malu. Aku tak kisah sebab yang tengok tu semuanya lelaki. Cuma ralat sikit sebab ada orang pegang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja