Sorry entry tertangguh.Semalam aku penat tahap buruh kontrak.Maklumlah.Lama gila tak guna public transport.Korang fahamlah perkhidmatan komuter di Malaysia yang prftttttt....
1.Kereta
Wahhh..day 6 ni macam perli aku kot.Mementang la sekarang kereta aku masuk workshop.
Dulu-dulu sebelum ada kereta,aku tak berapa kisah pun dengan kewujudan beliau.Aku selamba beb.Naik bas pergi KLIA di kala maghrib sendirian,sebab takde sorang KAWAN pun yang sudi hantar,atau at least teman.
Tapi sekarang,nak pergi 7E pun nak berkereta.AH,gedik la ko mencemar udara.
Bila takde kereta ni kehidupan aku macam lain sikit.Nak pergi kerja ni pun ikut timing housemate aku yang aku tumpang.SUsah weh susah.Nak buat kerja pun tak jalan.Aduh
2.Duit
Aku bukanlah mata duitan.Nak duit selepuk gitu.TApi fikirlah,nak masuk jamban sekarang pun kena caj tiga posen.Camne kalau ko takde duit langsung.Nak berak dalam longkang??
3.Makanan dan Minuman
Tak makan,tak minum.Memang mati.ada sesapa boleh tahan hidup tanpa makanan dan minuman?
4.Pakaian
Erkkk..takkan nak berkeliaran dalam keadaan er yang sungguh Anjoulie Lavocah--->Sila google untuk keterangan lanjut.Jumpa benda bukan-bukan,aku tak tanggung.
By the way,Anjoulie Lavocah pun memerlukan pakaian,cuma kuantiti keluasan pakaiannya adalah minima.
5.Handphone
Ni la manusia kan.Padahal masa sekolah menengah elok je hidup bahagia tanpa hndphone.Dah besar gajah ni mengada.OK,cuma obsesi aku kepada henset tidak seteruk zaman-zaman baru nak naik dulu.Sekarang boleh je gi makan tak bawak handphone,gi 7E tak bawak handphone.Pastu balik ko tengok boss ko dah MIscall lapanploh kali,memang nak kena maki.
*zaman baru nak naik=zaman baru mengenal handphone,mungkin antara umur 17-20.Di mana pada waktu-waktu begini adalah thrill untuk melayan sms dan call dari stranger.Alah,tak stranger mana pun,sebab mostly diorang kawan kepada kawan ko jugak,takpun kenal dari chat channet @15 Astro.Zaman ni henset tu macam nyawa kot.Takkan berpisah lebih daripada 5 radius dari badan.
6.Al-Quran
Tapi kadang-kadang ada jugak certain 'period' yang di luar waktu 'period' yang aku lama tak baca quran.Time ni ko boleh rasa macam jiwa ko tak tenang,kepala ko macam ngeng je.Jadik,AL-quran ni mesti sentiasa ada kat bilik untuk mengubati jiwa yang resah.Eh,kalau tak resah pun kena baca Quran jugak,sebab kadang-kadang ko hidup happy ko terlepas pandang dosa pahala,dengan baca Quran ni dapatlah ko refresh amalan-amalan ko.
7.Spectacles@contact lens
Dikurniakan kuasa mata (power) setinggi +3.00(orang Malaysia je main sebut power sampai ratus-ratus,tapi yang standard dia macam point-point je),hidup aku tak bermakna tanpa alat bantuan penglihatan.Dulu ada jugak la nak try Permata HIjrah,tapi laa ni banyak dengar negative statement pasal bendalah ni.Lagipun,dah banyak sengat klon-klon dia di pasaran,so aku confuse,malas nak layan dah.
8. Internet
Aku penggila internet weii.Hidup tanpa internet adalah tidak sempurna bagi aku.Sebab tu aku angkut je bendalah broadband ni ke mana-mana aje.
9.toiletries
Cuba ko bayang,camne aku nak mandi,bersihkan diri,tanpa bendalah-bendalah tu.Minimun aku perlukan,berus dan ubat gigi,sabun,syampu.Tapi aku ni cerewet tahap Kak MOna Mentera ANjasmoro,jadi aku perlukan juga pencuci muka,pembersih wanita(kah.kah wadehal la bunyiknya),listerine,scrub,losyen dan sebagainya.
10.Lip balm
Bibir aku kering.NI pun dah macam hape tah.Padang pasir ketandusan air.Sekarang pakai lip balm Sebamed.Ok la untuk melembapkan sikit bibir aku ni
1 comment:
yeah! kita pun takleh miss contact lens or spec. wajib pakai. kalau tak, jalan pun tak nampak! haha
Post a Comment