Friday, May 27, 2011

Vavi Betul la!!

Sejak kebelakangan ni,bukan,sejak zaman dulu kala lagi,banyak gila e-mail tersebar mengatakan benda2 yang telah ada sijil Halal,tetapi sebenarnya Haram sebab tetiba si Minah terjumpa DNA babi la dalam roti,kawan aku punya kawan punya sedara bapak tiri ternampak pekerja KFC lempar ayam,pastu terus salut dengan 11 rempah rahsia Colonel la,dan nenek jiran aku termimpi pekerja kedai kek Secret Recipe campur Carlsberg dalam kek.Dan lepas tu terus la berkempen beramai-ramai memboikot barang tersebut.

Seminggu dua selepas tu,JAKIM dan syarikat tu keluarkan kenyataan,baru la kompem benda tu takde unsur-unsur mencurigakan pun.Kecoh la lu baii.

Aku memandang perkara ni sebagai isu yang teramat-amat serius,di mana kita umat Islam sendiri meragui kredibiliti badan yang bertanggungjawab terhadap pensijilan halal dan haram.Aku pernah debate pasal status Halal Secret Recipe dengan seorang kawan,aku menegakkan bahawa takde kenyataan rasmi dari JAKIM mengesahkan bendalah tu HARAM,tapi beliau dengan mudah berkata,"Ala,JAKIM tu cek gitu-gitu aje"

Isu kedua,bendalah ni menunjukkan bahawa orang yang meniaga ni BUSUK HATi.ye la,baru nak start pasarkan produk,tapi tak boleh brsaing dengan brand yang dah establish,cara paling mudah,sebar je cakap company tu letak vavi dalam makanan.alah,aku pernah de jumpa pamplet satu company MUSLIM promote produk dia,dan bandingkan dengan produk establish yang katanya tak Halal(padahal company tu dah ada sijil halal dah).

Isu ketiga,umat islam kat Malaysia ni kisahkan sangat si vavi tu compare dengan makan rasuah,minum arak dan makan gaji buta,dan oh ya,makan kat warung nasi lemak tepi tempat pembuangan sampah DBKL.

Untuk menjawab isu pertama,aku mengambil pendekatan,apa-apa sahaja benda yang dah ada cop Halal JAKIM dan badan-badan Islam yang diiktiraf olehnya(macam IFANCA),aku belasah aje selagi aku ada duit nak belinya.Wahahaha.Korang yang pertikaikan sangat kerja pegawai-pegawai JAKIM yang terdiri daripada food technologists dan ustaz-ustazah lulusan syariah,sila jalankan pemeriksaan premis anda sendiri,tengok hebat ke tak,takpun pergi je tanam sayur sendiri,bela ayam sendiri,oh ya,tanam sayur tu cek dulu tu baja yang ko guna,entah-entah ada letak enzyme babi ke?Korang tau tak,untuk mendapat pensijilan halal tu gila vavi punya susah.Bukan setakat datang-datang cek premis gitu-gitu je,tapi including cek sekali supplier sekali,sample makanan diambil dan disahkan halal,dan akan ada lagi pemeriksaan mengejut.dan,bukan setakat halal je,tapi msti bersih sekali okehh..

Isu kedua,ini perangai Umat Melayu.sama-sama Melayu ko main sihir,dengan bukan Islam ko main fitnah Haram.Gitu eh cara berniaga?Even some company melayu pun tak apply sijil Halal,dengan alasan,alah orang Melayu yang buat,kompem Halal.Cit,padahal kau amek barang dari kilang Ah chong jugak.Lepas tu tikus dah boleh buat dapur kau tu trek joging,ko selamba mengaku produk kau Halal kan.Pendapat aku la(berdasarkan secebis pengalaman),kilang-kilang Cina ni kadang-kdang lagi teliti dari Kilang Melayu wei.memanglah dorang buat tu untuk business purpose kan,nak jaga reputasi tak nak bagi customer lari.Tapi tu kira usaha dorang la,dari company melayu manjang stok tak ada,macam mana customer nak lekat kan.

Then,sikap orang kita.Makan kedai kotor takpe pulak.Tak kesah sangat kan.Lagi satu mentaliti baca e-mail terus melatah.Tak baca betul-betul.Gitu la jadiknya.Korang tau tak bahawa korang dah menyebarkan fitnah?Cuba lain kali dapat berita,sila semak terlebih dahulu dan dapatkan pandangan orang-orang yang pakar.Ni tidak,main tuduh je.Poyo betul.

Kenyataan rasmi Secret Recipe




Kesimpulan bebelan aku yang panjang berjela ni:

1.Ada sijil Halal Jakim,InsyaAllah Halal.Bedal je sampai licin,tapi lepas bedal tu jangan la lari tak bayar,tu kompem bertukar hukum jadik Haram.

2.Kompeni Islam,sila tingkatkan produktivi dan kebersihan premis anda.Jangan menggunakan alasan,"support lah sama-sama orang Islam",kalau produk anda tak mematuhi spesifikasi pengguna.macam mana kitorang nak support korang kalau korang menganiaya pengguna(yup,aniaya sebab sediakan makanan kotor,stok manjang takde walaupun kat menu tertulis besar-besar,pekerja lembap nak mati pastu kurang ajar pulak tu)

3.Ni amek slogan kitar semula,bukan "Fikir dulu sebelum buang,tapi fikir Dulu sebelum sebar".kot ye,ko percaya dengan e-mail yang tak keluar kenyataan rasmi lagi tu,yang tak tau itam putih tu,was-was la ko sorang-sorang.tak payah sebar-sebar.

4.Aku benci betul komen yang berbaur macam ni setiap kali isu ni keluar:

"Nasib baik aku tak pernah makan Secret Recipe"
"Aku memang tak suka meatball Ikea tu"
"peh..aku memang tak berapa dengan Chicken rice shop,sedap lagi nasi ayam kak Milah tepi longkang tu"

nak cakap,sebenarnya ko jeles kan kitorang makan sedap-sedap,sambil telan air liur tengok gambar yang kitorang upload kat Facebook.pastu keluar berita camni,bajet legalah tu.macam kisah dongeng musang kempunan anggur tinggi yang tak tercapai dek tangan,sebab tak dapat terus bising,"Tak rugi pun tak makan anggur masam tu"

P/S:kalau la korang concern sangat kan nak cek DNA vavi sampai tahap molekul zarah bagai tak bolah ada satu atom pun unsur vavi,sila la samak duit kertas anda.Lagi-lagi kalau baru dapat baki duit dari cina workshop.mana la tau tadi dia makan vavi masak lemas,pastu tak basuh tangan terus pegang duit tu kan...





2 comments:

Feza said...

setuju sgt2. hehe

Shida malas nak login said...

Betul gak pendapat ko tu...kalau da de logo halal JAKIM ke ape mmg I'allah makanan tu halalan toyyiban.
Tapi on the other side,aku x salahkan gak pendapat segelintir org yg msh ragu2 dgn kesahihan logo tu sendiri,why?Byk sebab...Taulah kan manusia ni bersikap prejudice..once ada kes, sampai bila kita akn ingat.

Cth mcm kes KFC x halal sebab ayam x sembelih, potong pki mesin, ayam kena suntik smpai x leh bangun sebab da gemuk sgt kaki x dpt tampung...The fact is Halal KFC is among the strictest one (more strict compare to JAKIM i would say based on experience) dan byk2 ayam, ayam KFC lah yg plg kecil saiznya....nmpak besar sbb tepung byk kot...Tp knp org prejudice? Sbb kluar video youtube pekerja KFC calit ayam kt tapak kasut...wakakaka...trusss berduyun2 kluar email komplot KFC x halal bla2...see...mmg ada je yg nk cucuk tp pengguna 1Malaysia pn kena bijak tapis mn yg lojik mn yg takk kann...lojiknye la klu KFC tu x halal knp lah JAKIM x bertindak dr dulu...makin untung adelah aku tgk kedai tu...

Tp kan kdg2 isu2 sensitif ni baik gak dicanang2 sekali sekala spy food production company x leka walau sikit pun tentang isu halal ni...Biasalah...semua orang kena ada strategy kalau nak hidup kann :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja