Tuesday, May 17, 2011

Day 7:10 important people

1.Nabi Muhammad S.A.W

kalau baginda takde,aku tak dapat rasa nikmat kehidupan sebagai orang Islam.Syukur yang amat sangat kerana Allah mengutuskan rasul terakhir ini.Meh kita selawat sama-sama

2.Mak aku

Takde mak aku,camne aku boleh ada?ye tak.

3.Arwah abah aku

Orang yang important dalam hidup aku,tapi beliau dah meninggal dunia tiga tahun lepas.Semoga roh abah tenang di sana.Al-Fatihah

4.Adik-beradik aku

Walaupun kami kat rumah pantang jumpa,kerja nak bertekak aje.Tapi aku sayang sangat pada adik-adik aku ni.Dah lama kurang sorang time raya,sejak Syazwan gi Jordan.Bila la dapat raya sama-sama lagi.Adik-adik aku memang sengal,tapi sengal tu la yang buat aku rindukan diorang

5.Mak cik aku yang aku panggil acik

Beliau ni akak arwah abah aku.Berusia 54 tahun,dan baru berkahwin pada tahun lepas.kalau korang perasan,aku pernah aje cerita pasal marriage beliau dalam blog ni.Kenapa aku kata beliau penting:
-sebab dia akak arwah aku yang paling rapat
-Masa aku kecik-kecik,dia sanggup berulang gi rumah aku,untuk tolong parents aku jaga kitorang
-Beliau tak pernah berkira,ni even dah kawen pun,beliau still ingat birthday aku,dan belikan aku telekung dari Bandung

Aku harap beliau happy-happy je selalu bersama keluarga baru

6.Mak Usu aku(dan familynya)

Mak usu aku adalah adik bongsu mak aku,anaknya seramai 3 orang.Mak Usu aku ni baik gila dengan mak aku.Dia selalu ada masa mak aku mitak tolong,husband dia(pak usu aku) pun selalu tak kisah kalau ada apa-apa.anak-anak diorang aku dah anggap macam adik-adik sendiri.

7.Khairunnajihah Kaspin

Terharu tak?Terharu tak?Wahahha..Sebagai kekasih gelapku,kompem la ko antara yang terpenting dalam kehidupan aku.Tapi apsal macam dah lama tak nampak on YM?????Saja je kan buat aku tertunggu-tunggu.Siap ko,kita jumpa nanti,aku .....................(please fill in the blank)

8.Budak rambut bajet Noh Hujan

No comment..teettttt.Next

9.Atiqah Atan

sebab kalau ada apa-apahal,ke mana-mana saja.Kebanyakan masa aku akan angkut dia.Terima kasih la sanggup temankan aku dalam susah dan senang.

10.Korang,nama-nama lain yang tak disebut di atas

Semua orang yang ada di sekeliling aku,semua ada sumbangan,bantuan pada aku.Tapi nanti tak habis-habis lak kalau aku nak list semua orang.Tapi,ketahuliah,korang amak bermakna dalam hidup aku.

Thanks for being parts of my life~

2 comments:

Najihah Kaspin said...

terharu ok....dah nanges dah ni...sob sob sob......muahahaha....thx bebeh...
ailebiu....
bukan tanak on ym....aku kan numpang rumah org...cm susah sikit la nk online 24jam....kih3....nt2 kita dating oke....=P

amir baim said...

no5,acik tu yang selalu temankan mak akak pegi smakj tu ke?
huhu..kantoi selalu skodeng~
jdik lpas ni cikgu rosnah pegi smakj sorang2 la ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja