Sunday, January 16, 2011

Beb..jangan busuk hati.rezeki orang lain-lain

Entri versi basi.Macam orang-orang lain,aku teringin jugak nak menulis pasal Anugerah Juara Lagu yang berlansung minggu lepas.Okeh.Ketinggalan zaman.



Aku tak nak mengulas pasal keputusan semua.Aku yakin kebanyakan orang tau pasal tu.Ana Raffali dan lagunya tolong ingatkan aku dah menjadi juara.Itu semua orang tau.Dan semua orang tahu jugak yang beliau menerima pelbagai tohmahan,orang kata lagu beliau sampah la,faizal tahir lebih layak menang lah.Kau bukak la youtube tengok video-video Anugerah Juara lagu,baca komen-komen kat bawah tu.Peh kalau aku la jadik Ana Raffali mahu aku nangis-nangis sambil berlari-lari anak menyorok kat bawah meja.

Okeh,nasib baik Ana Raffali tu bukan aku.Aku kagum dengan kebijakan beliau handle situasi ni.Tengok cara beliau balas kenyataan dalam media,nampak sangat beliau seorang yang proffesional.Tak silap aku macam gini lah lebih kurang ayatnya,dia tak mintak pun kemenangan tu dari juri-juri,tapi dah juri-juri yang pilih lagu dia.kan juri tu profesional,diorang tahu la buat keja diorang.

Betul jugak.Takkan beliau nak kekwat.Menang?Siapa yang tak nak.

aku rasa penyanyi-penyanyi peserta-peserta lain tu takde masalah pun.Yang over peminat je.Beb,korang beria korang dapat apa?Kot ye bukan Ana,tapi Faizal Tahir menang,duit tu tak dapat jugak kat korang.So,terima je la dengan rela,tengok juara lagu tu depan TV sambil makan biskut mayat tu dah la.Ni siap buat fan page anti Ana raffali apa de hal??

Kesimpulannya,terima apa je keputusan,rezeki yang orang lain dapat tu dengan redha.Tak perlu kot nak busuk hati buat hate page bagai.Dan tak perlu nak mengata-ngata orang lain atas sebab apa yang dia dapat,atau apa yang dia tak dapat.rezeki orang kan berbeza.

Siapa kita untuk menghakimi niat,perbuatan dan tujuan orang lain?

P/S:aku minat lagu A.P.I pelita dengan drama king.Nasib la sangkut satu menang..Hahaha



Aku rasa lagu ni motivate aku sikit-sikit.Korang rasa tak?

5 comments:

Wan said...

ntah..sampai skang xleh trima lagu si ana tu menang,bkn lagu dia xbest tp ada yg lebih layak...
ni juri la ni,ana tu plak yg kena...
kalau dia dpt no 2,3 ok lg kot hahaha
tp ok la sbb drama king ada,trubat la jugak wakakaka

cik Nurul said...

wan:if kau telusuri satu persatu lirik lagu ana and ko boleh huraikan apa maksud tersirat,mungkin ko boleh terima kemenangan gadis itu.Bait-bait lirik yang dia tulis tu hebat beb...Setakat lirik hanyut tu,straight forward sangat.M.Nasir n others juries see beyond words you know...Cuba lihat lirik itu dan fikir berapa orang komposer muda kat Malaysia ni yang boleh hasilkan lirik yang mendalam nak arwah 2...fikir2kan...btw,aku pun tak suka penyampaian tak cukup nafas si ana dalam mempersembahkan lagu 2,tp lirik lagu tu aku rasa adalah kekuatan jiwa utk lagu tersebut...sekian...hehehe

Wan said...

yup,malam dia menang pon aku dah tengok lirik dia,gigih x aku?hahaha
lirik ok la,tapi melodi??xbest kot,kata ajl nila lirik dan melodi.
,tp kena tanya sama itu hud2 la kan cmna dia pilih.
tambah ana nyanyi dgn semput tu,jelas cuma tolong ingatkan aku,yg lain ntah apa dia sebut ntah.
tp dah rzki dia,ok la.kt hmetro smalam dia pon cakap bkn dia nak di angkat2,dh juri pilih.
setiap org ada pandangan masing2 kan.sekian

eh aku ada cakap aku minat lagu hanyutkah?

Sayer Best said...

wan&sa'dah:

Yup,pandangan juri berbeza dengan kita.Tak silap aku pun,ada satu juri yang taks etuju dengan kemenangan lagu tu.Tapi sebab dia ikut majoriti.

Ana Raffali tu aku sokong dia berbakat sebgai pencipta lagu dan penulis lirik,bukan penyanyi.sebab aku pun tak faham apa dia nyanyi.Hahha..Ke sebab stakat jadi penulis lirik tak glemer kot.wahahha

Wan said...

ha,a dlm hmetro arini da cakap da sorg juri xstuju.

tp aku like wana punya statement,xterlintas plak aku,dia mmg boleh buat lirik myb jugak lagu, tapi bukan menyanyi, smbil menyeleng omputih huahuahua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja