Monday, May 30, 2011

lagu kegemaran ketika tensen

When the world doesn't love me

NOt the whole world,just my working world.
Hope so........................

Aku rasa pengisian kerohanian aku sudah semakin berkurang,solat Asar pun pul 6.30,Dhuha dah jarang buat,macamana nak dirahmati???
For days,I was felt very very abandoned,isolated,and I now I smell betrayal..

Susah kan kalau muncul dengan reputasi yang dibenci.Orang atas sama atas bercakar,gila kuasa,orang bawah jadi mangsa.Hoi mak cik pak cik pangkat besar,ko bahagia la dok gaji besar takde kena perli kena maki,orang kat bawah ni?????

Kepada orang-orang yang berkenaan,
I can be VERY cruel behind my naive face.Jangan lupa tu.

Friday, May 27, 2011

Vavi Betul la!!

Sejak kebelakangan ni,bukan,sejak zaman dulu kala lagi,banyak gila e-mail tersebar mengatakan benda2 yang telah ada sijil Halal,tetapi sebenarnya Haram sebab tetiba si Minah terjumpa DNA babi la dalam roti,kawan aku punya kawan punya sedara bapak tiri ternampak pekerja KFC lempar ayam,pastu terus salut dengan 11 rempah rahsia Colonel la,dan nenek jiran aku termimpi pekerja kedai kek Secret Recipe campur Carlsberg dalam kek.Dan lepas tu terus la berkempen beramai-ramai memboikot barang tersebut.

Seminggu dua selepas tu,JAKIM dan syarikat tu keluarkan kenyataan,baru la kompem benda tu takde unsur-unsur mencurigakan pun.Kecoh la lu baii.

Aku memandang perkara ni sebagai isu yang teramat-amat serius,di mana kita umat Islam sendiri meragui kredibiliti badan yang bertanggungjawab terhadap pensijilan halal dan haram.Aku pernah debate pasal status Halal Secret Recipe dengan seorang kawan,aku menegakkan bahawa takde kenyataan rasmi dari JAKIM mengesahkan bendalah tu HARAM,tapi beliau dengan mudah berkata,"Ala,JAKIM tu cek gitu-gitu aje"

Isu kedua,bendalah ni menunjukkan bahawa orang yang meniaga ni BUSUK HATi.ye la,baru nak start pasarkan produk,tapi tak boleh brsaing dengan brand yang dah establish,cara paling mudah,sebar je cakap company tu letak vavi dalam makanan.alah,aku pernah de jumpa pamplet satu company MUSLIM promote produk dia,dan bandingkan dengan produk establish yang katanya tak Halal(padahal company tu dah ada sijil halal dah).

Isu ketiga,umat islam kat Malaysia ni kisahkan sangat si vavi tu compare dengan makan rasuah,minum arak dan makan gaji buta,dan oh ya,makan kat warung nasi lemak tepi tempat pembuangan sampah DBKL.

Untuk menjawab isu pertama,aku mengambil pendekatan,apa-apa sahaja benda yang dah ada cop Halal JAKIM dan badan-badan Islam yang diiktiraf olehnya(macam IFANCA),aku belasah aje selagi aku ada duit nak belinya.Wahahaha.Korang yang pertikaikan sangat kerja pegawai-pegawai JAKIM yang terdiri daripada food technologists dan ustaz-ustazah lulusan syariah,sila jalankan pemeriksaan premis anda sendiri,tengok hebat ke tak,takpun pergi je tanam sayur sendiri,bela ayam sendiri,oh ya,tanam sayur tu cek dulu tu baja yang ko guna,entah-entah ada letak enzyme babi ke?Korang tau tak,untuk mendapat pensijilan halal tu gila vavi punya susah.Bukan setakat datang-datang cek premis gitu-gitu je,tapi including cek sekali supplier sekali,sample makanan diambil dan disahkan halal,dan akan ada lagi pemeriksaan mengejut.dan,bukan setakat halal je,tapi msti bersih sekali okehh..

Isu kedua,ini perangai Umat Melayu.sama-sama Melayu ko main sihir,dengan bukan Islam ko main fitnah Haram.Gitu eh cara berniaga?Even some company melayu pun tak apply sijil Halal,dengan alasan,alah orang Melayu yang buat,kompem Halal.Cit,padahal kau amek barang dari kilang Ah chong jugak.Lepas tu tikus dah boleh buat dapur kau tu trek joging,ko selamba mengaku produk kau Halal kan.Pendapat aku la(berdasarkan secebis pengalaman),kilang-kilang Cina ni kadang-kdang lagi teliti dari Kilang Melayu wei.memanglah dorang buat tu untuk business purpose kan,nak jaga reputasi tak nak bagi customer lari.Tapi tu kira usaha dorang la,dari company melayu manjang stok tak ada,macam mana customer nak lekat kan.

Then,sikap orang kita.Makan kedai kotor takpe pulak.Tak kesah sangat kan.Lagi satu mentaliti baca e-mail terus melatah.Tak baca betul-betul.Gitu la jadiknya.Korang tau tak bahawa korang dah menyebarkan fitnah?Cuba lain kali dapat berita,sila semak terlebih dahulu dan dapatkan pandangan orang-orang yang pakar.Ni tidak,main tuduh je.Poyo betul.

Kenyataan rasmi Secret Recipe




Kesimpulan bebelan aku yang panjang berjela ni:

1.Ada sijil Halal Jakim,InsyaAllah Halal.Bedal je sampai licin,tapi lepas bedal tu jangan la lari tak bayar,tu kompem bertukar hukum jadik Haram.

2.Kompeni Islam,sila tingkatkan produktivi dan kebersihan premis anda.Jangan menggunakan alasan,"support lah sama-sama orang Islam",kalau produk anda tak mematuhi spesifikasi pengguna.macam mana kitorang nak support korang kalau korang menganiaya pengguna(yup,aniaya sebab sediakan makanan kotor,stok manjang takde walaupun kat menu tertulis besar-besar,pekerja lembap nak mati pastu kurang ajar pulak tu)

3.Ni amek slogan kitar semula,bukan "Fikir dulu sebelum buang,tapi fikir Dulu sebelum sebar".kot ye,ko percaya dengan e-mail yang tak keluar kenyataan rasmi lagi tu,yang tak tau itam putih tu,was-was la ko sorang-sorang.tak payah sebar-sebar.

4.Aku benci betul komen yang berbaur macam ni setiap kali isu ni keluar:

"Nasib baik aku tak pernah makan Secret Recipe"
"Aku memang tak suka meatball Ikea tu"
"peh..aku memang tak berapa dengan Chicken rice shop,sedap lagi nasi ayam kak Milah tepi longkang tu"

nak cakap,sebenarnya ko jeles kan kitorang makan sedap-sedap,sambil telan air liur tengok gambar yang kitorang upload kat Facebook.pastu keluar berita camni,bajet legalah tu.macam kisah dongeng musang kempunan anggur tinggi yang tak tercapai dek tangan,sebab tak dapat terus bising,"Tak rugi pun tak makan anggur masam tu"

P/S:kalau la korang concern sangat kan nak cek DNA vavi sampai tahap molekul zarah bagai tak bolah ada satu atom pun unsur vavi,sila la samak duit kertas anda.Lagi-lagi kalau baru dapat baki duit dari cina workshop.mana la tau tadi dia makan vavi masak lemas,pastu tak basuh tangan terus pegang duit tu kan...





Wednesday, May 25, 2011

Day 9:10 ways to win my heart

Wahhh..kejadah macam artis soalannya

1.Mematuhi kehidupan Muslim

Aku takdelah warak beno pun,tapi at least bakal laki aku mestilah sembahyang lima waktu,puasa cukup sebulan,puasa sunat,pandai ngaji,menjauhi arak,judi dan penzinaan,serta tidak bermulut longkang.Enough.Takkan la nak menekel Imam Muda Asyraf lak.Tak layak sungguh

2.Pendengar yang baik

Sebab aku pembebel yang baik

3.Not too-tight-strings attached

Aku tak suka pesen laki yang setiap lima minit kena call,Rimas kot

4.Memahami ketagihan aku terhadap internet

5.Sudi memahami angin puting beliung taufan aku

6.Knowledgable.Ini bukan lah maksud perlu ada Phd ke,profesor ke.Cuma pengetahuan am ko perlu bagus tentang apa-apa peristiwa hal ehwal semasa,atau sejarah ke,hapa-hapa ke.Show me that you read.

7.Aktif.Walaupun aku tak athletic,jogging satu pusingan pun dah pancit.Tapi please,aku kena ada partner yang boleh sama-sama support aku untuk menjalankan gaya hidup yang sihat.Aku kalau ada member,aku suka je jogging ke,main badminton ke,ni sorang-sorng aku nak main badminton dengan sapa?Kak mona mantera anjasmoro?

8.Mendidik.Ya,aku degil,sebab tu aku perlukan bimbingan ikhlas.Ceh

9.Tidak materialistik

10.Tidak POYO

NI spesis yang aku anti sekali.Dah beberapa kali pernah ada orang nak usha aku dengan cara POYO,lagi-lagi poyo-poyo alim.Eh,ko bajet ko cerita ko imam tarawikh,aku teruja la tu.Bajet keta ko besar,aku terpikat la.Please,besederhana tu yang lebih baik




Friday, May 20, 2011

Day 8:10 of my favourite songs

Cit.Broadband aku hilang.Internet opis tak bagi hapdet blog sebab kena block,tapi bukak blog je boleh pulak.Motip?

Sambungan edisi 10 hari tentang aku.

10 of my favourite songs

1.Flavour of Life(Utada Hikaru)

Tengok tajuk blog pun dah tau,betapa kemaruknya aku pada lagu ni dan cerita HanaDan.First time dengar lagu ni kat cerita Hanadan,dia terus macam meresap dalam jiwa dan raga gitu,walaupun perkataan yang aku faham adalah perkataan "arigato" sahaja.Terus rasa macam sayu-sayu sedih sedih gitu.Wahahah.jiwang bukan diriku ini.

2.Prisoner Of Love(Utada Hikaru)

Hahaha.Ya.aku carik lagu ni lepas aku minat dengan lagu flavour of life.Lagu dia,rentak dia,perghhhh memang kebaboom bebeh


3.P.U.S.P.A(ST12)

Ni lagu aku buat ringtone dan alarm clock.Sebab boleh fefeeling la lagu ni dia tujukan kat aku.
Intro dia

"Kau gadisku yang cantik..coba lihat aku di sini.Di sini ada aku yang cinta padamu"

WaHHHHHHH!!!Terus naik self-esteem aku wehhhh

4.My paper heart-All American Reject

5.Wake up call-Maroon 5

6.Tiada kata secantik bahasa(dua-dua versi aku suka,versi P.Ramlee dengan versi Monoloque)

7.The show-Lenka

8.Cinta sempurna-Yuna

9.Lagu tema cerita Qalisha.Pelangi kehidupan



10.Baik-baik Sayang-Wali Band







Tuesday, May 17, 2011

Day 7:10 important people

1.Nabi Muhammad S.A.W

kalau baginda takde,aku tak dapat rasa nikmat kehidupan sebagai orang Islam.Syukur yang amat sangat kerana Allah mengutuskan rasul terakhir ini.Meh kita selawat sama-sama

2.Mak aku

Takde mak aku,camne aku boleh ada?ye tak.

3.Arwah abah aku

Orang yang important dalam hidup aku,tapi beliau dah meninggal dunia tiga tahun lepas.Semoga roh abah tenang di sana.Al-Fatihah

4.Adik-beradik aku

Walaupun kami kat rumah pantang jumpa,kerja nak bertekak aje.Tapi aku sayang sangat pada adik-adik aku ni.Dah lama kurang sorang time raya,sejak Syazwan gi Jordan.Bila la dapat raya sama-sama lagi.Adik-adik aku memang sengal,tapi sengal tu la yang buat aku rindukan diorang

5.Mak cik aku yang aku panggil acik

Beliau ni akak arwah abah aku.Berusia 54 tahun,dan baru berkahwin pada tahun lepas.kalau korang perasan,aku pernah aje cerita pasal marriage beliau dalam blog ni.Kenapa aku kata beliau penting:
-sebab dia akak arwah aku yang paling rapat
-Masa aku kecik-kecik,dia sanggup berulang gi rumah aku,untuk tolong parents aku jaga kitorang
-Beliau tak pernah berkira,ni even dah kawen pun,beliau still ingat birthday aku,dan belikan aku telekung dari Bandung

Aku harap beliau happy-happy je selalu bersama keluarga baru

6.Mak Usu aku(dan familynya)

Mak usu aku adalah adik bongsu mak aku,anaknya seramai 3 orang.Mak Usu aku ni baik gila dengan mak aku.Dia selalu ada masa mak aku mitak tolong,husband dia(pak usu aku) pun selalu tak kisah kalau ada apa-apa.anak-anak diorang aku dah anggap macam adik-adik sendiri.

7.Khairunnajihah Kaspin

Terharu tak?Terharu tak?Wahahha..Sebagai kekasih gelapku,kompem la ko antara yang terpenting dalam kehidupan aku.Tapi apsal macam dah lama tak nampak on YM?????Saja je kan buat aku tertunggu-tunggu.Siap ko,kita jumpa nanti,aku .....................(please fill in the blank)

8.Budak rambut bajet Noh Hujan

No comment..teettttt.Next

9.Atiqah Atan

sebab kalau ada apa-apahal,ke mana-mana saja.Kebanyakan masa aku akan angkut dia.Terima kasih la sanggup temankan aku dalam susah dan senang.

10.Korang,nama-nama lain yang tak disebut di atas

Semua orang yang ada di sekeliling aku,semua ada sumbangan,bantuan pada aku.Tapi nanti tak habis-habis lak kalau aku nak list semua orang.Tapi,ketahuliah,korang amak bermakna dalam hidup aku.

Thanks for being parts of my life~

Monday, May 16, 2011

Penyelamat negara hanya dan sentiasa seorang guru-Kamal Attarturk

Thanks to my brother,kerana mengepos quotes yang menrik ini.

Cikgu..
Aku rasa masa zaman kanak-kanak,kebanyakan budak bercita-cita menjadi guru.Tak caya ko tengok kad 001 sorang-sorang,dari darjah 1 sampai 6 tu mesti ada pilihan cita-cita,guru,cikgu atau ustazah.Okeh,Shahir lagi advance.Cita-cita dia nak jadi guru besar beb.
Aku dulu kecik-kicik,cita-cita aku adalah menjadi seorang ustazah.Typical budak-budak zaman aku lah.Budak zaman sekarang dah tak,cita-cita nak jadik artis je kot.

Kalau ko perasan,zaman sekolah rendah dan tadika lah adalah zaman kita menghargai guru.Imej guru yang terbayang dalam kepala hotak budak kecik adalah banyak duit,stylo dan pandai gler.AKu pernah argue dengan arwah abah aku masa darjah 5 ke 6,semata-mata apa yang arwah abah aku ajar adalah berlainan dengan cikgu math aku ajar.Eheh,sebenarnya sama je,cuma cikgu aku ajar jalan panjang,arwah abah aku ajar short cut.Kecik-kecik dah pandai melawan.Kiranya dalam pemikiran aku masa tu cikgu ni genius giler tahap baban,tak boleh disanggah pendapatnya,walaupun oleh ibu bapa sendiri yang juga guru.

Family aku adalah family cikgu,dari sebelah mak,the tradition started from my great-great grandfather,iaitu moyang mak aku.Atok aku cikgu,adik ebradik mak aku pulak 2 orang cikgu dari 4 orang.Sebelah abah aku 5 daripada 10 orang adalah cikgu.Cousins aku pun ramai cikgu.Kiranya cikgu ni adalah inheretance-job la dalam family aku.Sebab tu masa kecik aku sangat-sangat berminat menjadi guru.

Tapi,semakin lama,semakin aku besar,minat tu macam berkurang sikit demi sedikit.Nak kata ada minat lain,takde jugak.Lost in the track lagi.The last time aku bercita-cita nak jadik cikgu adalah masa form 5.Lepas SPM,aku memang dah hilang minat,even aku dapat tawaran maktab.Lepas matrix lagilah,takde langsung pilihan perguruan yang aku isi.

In short,aku memang takde passion untuk menjadi seorang guru.Hal ini kerana aku sedar diri yang diri ini kekurangan sikap sabar.Wahaha.Tugas cikgu ni,kalau ko perasan,memang nampak mudah,banyak cuti bagai,tapi di sebaliknya penuh kepenatan dan keperitan.LAgi-lagi cikgu zaman sekarang banyak je beban tugas urusan pentadbiran.DOuble penat weii.Aku nampak sendiri macamana parents aku berpenat lelah dulu.Tapi aku heran,kenapa la pulak ramai je cikgu sempat buat direct selling jugak.Wahahahah.okeh,bukan cikgu je k,tapi orang kerajaan memeang begitu.Wahahahah

Jadi,
Atas segala ketabahan,pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan,Aku ingin mengucapkan selamat HAri guru kepada semua pendidik di seluruh Malaysia.


Day 6:10 items I can’t live without

Sorry entry tertangguh.Semalam aku penat tahap buruh kontrak.Maklumlah.Lama gila tak guna public transport.Korang fahamlah perkhidmatan komuter di Malaysia yang prftttttt....

1.Kereta

Wahhh..day 6 ni macam perli aku kot.Mementang la sekarang kereta aku masuk workshop.
Dulu-dulu sebelum ada kereta,aku tak berapa kisah pun dengan kewujudan beliau.Aku selamba beb.Naik bas pergi KLIA di kala maghrib sendirian,sebab takde sorang KAWAN pun yang sudi hantar,atau at least teman.
Tapi sekarang,nak pergi 7E pun nak berkereta.AH,gedik la ko mencemar udara.
Bila takde kereta ni kehidupan aku macam lain sikit.Nak pergi kerja ni pun ikut timing housemate aku yang aku tumpang.SUsah weh susah.Nak buat kerja pun tak jalan.Aduh

2.Duit

Aku bukanlah mata duitan.Nak duit selepuk gitu.TApi fikirlah,nak masuk jamban sekarang pun kena caj tiga posen.Camne kalau ko takde duit langsung.Nak berak dalam longkang??

3.Makanan dan Minuman

Tak makan,tak minum.Memang mati.ada sesapa boleh tahan hidup tanpa makanan dan minuman?

4.Pakaian

Erkkk..takkan nak berkeliaran dalam keadaan er  yang sungguh Anjoulie Lavocah--->Sila google untuk keterangan lanjut.Jumpa benda bukan-bukan,aku tak tanggung.
By the way,Anjoulie Lavocah pun memerlukan pakaian,cuma kuantiti keluasan pakaiannya adalah minima.

5.Handphone

Ni la manusia kan.Padahal masa sekolah menengah elok je hidup bahagia tanpa hndphone.Dah besar gajah ni mengada.OK,cuma obsesi aku kepada henset tidak seteruk zaman-zaman baru nak naik dulu.Sekarang boleh je gi makan tak bawak handphone,gi 7E tak bawak handphone.Pastu balik ko tengok boss ko dah MIscall lapanploh kali,memang nak kena maki.

*zaman baru nak naik=zaman baru mengenal handphone,mungkin antara umur 17-20.Di mana pada waktu-waktu begini adalah thrill untuk melayan sms dan call dari stranger.Alah,tak stranger mana pun,sebab mostly diorang kawan kepada kawan ko jugak,takpun kenal dari chat channet @15 Astro.Zaman ni henset tu macam nyawa kot.Takkan berpisah lebih daripada 5 radius dari badan.

6.Al-Quran

Tapi kadang-kadang ada jugak certain 'period' yang di luar waktu 'period' yang aku lama tak baca quran.Time ni ko boleh rasa macam jiwa ko tak tenang,kepala ko macam ngeng je.Jadik,AL-quran ni mesti sentiasa ada kat bilik untuk mengubati jiwa yang resah.Eh,kalau tak resah pun kena baca Quran jugak,sebab kadang-kadang ko hidup happy ko terlepas pandang dosa pahala,dengan baca Quran ni dapatlah ko refresh amalan-amalan ko.

7.Spectacles@contact lens

Dikurniakan kuasa mata (power) setinggi +3.00(orang Malaysia je main sebut power sampai ratus-ratus,tapi yang standard dia macam point-point je),hidup aku tak bermakna tanpa alat bantuan penglihatan.Dulu ada jugak la nak try Permata HIjrah,tapi laa ni banyak dengar negative statement pasal bendalah ni.Lagipun,dah banyak sengat klon-klon dia di pasaran,so aku confuse,malas nak layan dah.

8. Internet

Aku penggila internet weii.Hidup tanpa internet adalah tidak sempurna bagi aku.Sebab tu aku angkut je bendalah broadband ni ke mana-mana aje.

9.toiletries

Cuba ko bayang,camne aku nak mandi,bersihkan diri,tanpa bendalah-bendalah tu.Minimun aku perlukan,berus dan ubat gigi,sabun,syampu.Tapi aku ni cerewet tahap Kak MOna Mentera ANjasmoro,jadi aku perlukan juga pencuci muka,pembersih wanita(kah.kah wadehal la bunyiknya),listerine,scrub,losyen dan sebagainya.

10.Lip balm

Bibir aku kering.NI pun dah macam hape tah.Padang pasir ketandusan air.Sekarang pakai lip balm Sebamed.Ok la untuk melembapkan sikit bibir aku ni

Saturday, May 14, 2011

Day 5:10 wishes

Entry before ni pendek tahape hape,entry kali ni panjang sikit nak tulis,sebab tajuk dan masa yang sesuai.
10 wishes aku menjelang birthday aku pada hari ini,bertepatan sekali dengan soal jawab about ten ni.Hahaha

1.Aku nak masuk syurga.Kalau boleh tanpa hisab.Semoga Allah perkenankan impian aku yang utama ni.
2.Menunaikan fardu haji by 32.Sekarang aku ada la potong sikit-sikit untuk menunaikan impian aku yang satu ni.
3.Pandai memasak,dan menjahit.Eh,impian ni macam dari tahun-tahun-tahun lepas je.Wahahahahah
4.Mempunyai bisnes membekalkan barang bakeri.Ini impian kehidupan ni weh.Kalau dapat memang bermakna.
5.Travel around the world.InsyaAllah,kalau takde apa-apa halangan,hujung tahun ni aku nak pergi Jordan dan Turki.Tahun depan mungkin aku sasarkan nak pergi Bandung ke,Mesir ke.EH?????
6.Nak kaya!Hahaha..kaya tu takde lah macam Lim goh tong,tapi sekurang-kurangnya mempunyai hidup dan duit yang mencukupi untuk memenuhi sedikit keinginan.
7.Beli rumah sendiri,sebelum umur 30 tahun.Rumah ni aset weii.Boleh sewakan,buat duit semua
8.Menjadi wanita yang berkuasa.Wahahaha.takdelah,aku nak jadik multi task woman.Kalau kat pejabat,jadi seorang pekerja yang baik,dan dinamik.Kalau kat rumah,jadik suri rumah yang bertimbangrasa dan aktif melakukan kerja rumah.Boleh la kot start telan jamu mak dara.
9.Mempunyai body best yang tak gemuk,walaupun beranak pinak suatu hari nanti.Juga mempunyai wajah bebas jerawat dan parut-parut
10.Mempunyai keluarga bahagia.Amin~

That's all my wishes.Do pray for me =)

day 4:10 things i want to say to one person

Okeh terlewat.Blogger gila buat lawak Friday the 13th

Aku sebenarnya tak paham sangat apa dia nak.Tapi aku main tulis je.Aku kan suka buat-buat faham

1.Assalamualaikum
2.Dah makan?
3.Thank you for all the patience with my immature,bad behaviour
4.Semoga dirahmati allah selalu
5.I
6.Love
7.you
8.Very
9.much
10.mother

wah,sampah kot entri ni.Hahahahah

Thursday, May 12, 2011

Day 3:10 things I hate

1.Segala binatang yang berbulu,seperti tikus,beruk,even kucing sekalipun.Bukan apa,aku geli!Tapi jangan bimbang,walaupun aku tak suka kucing,aku tidak membuli mereka sesuka hati.Aku cuma akan menghindarkan diri dari mereka sambil berkata,"shoohhhh..shooohhhh" dengan nada manja

2.Orang sinis yang aku tau dia tak suka aku,tapi dia nak jugak bermanis-manis mulut dengan aku dalam nada sinis dan menyindir-nyindir.

Eh,ko kalau dah tak suka,tak payah nak pretend beramah mesra.Senyap sudah.Takpun sound je,"wei pompuan,aku benci ko la!"

3.Internet yang lembap

BOleh mematahkan nafsu nak blogging

4.Lagu bernada Techno

Macam Boom boom pow,like A G6.Boleh buat orang sakit otak,tahu?

5.Filem Razak Mohideen

6.Artis keluar majalah@paper,tapi tak tau dia pernah berlakon@ menyanyi apa-apa.Keluar pun sebab gosip murahan je.

7.Lelaki yang muka tak malu naik ladies' couch kt komuter

8.Penderaan kanak-kanak,dan penganiayaan ke atas anak-anak yatim

9.Segala bentuk serangga-lipas,lalat dan sebagainya

10.Driver yang suka tukar lane tak bagi signal.Itu memang kurang ajar.

Perhhh.Penat kot perah otak nak carik sepuluh ni tahu tak??!

Wednesday, May 11, 2011

day two : 10 things I love

Sambungan Semalam.10 things I love

1.Writing

Aku sangat suka menulis,juga menaip.Itu satu terapi tahu.Kadang-kadang time meeting,benda yang tak berkaitan dengan aku pun aku suka nak tulis.Eh,tapi kenapa masa sekolah aku liat buat homework ni??Musykil musykil

2.Perfumes

Okeh.Dasar perempuan.Aku memang minat mengumpul bendalah ini,juga memakainya.Aku bukan jenis stick pada satu bau je.SUka jugak tukar-tukar perfume.Buat masa sekarang ni,aku pakai The Body Shop Japanese Cherry Blossom,dengan perfume oil Vanilla.Kalau kat kampung sana,aku tinggalkan Sweet Honesty Avon.

3.Travel

Ini mungkin sejak kecik lagi parents aku rajin bawak jalan-jalan.Even diorang busy sekalipun,memang akan bawak jalan even paling dekat pun pergi kolam air panas dekat tenang tu.Ada rezeki lebih sikit,dapat la pergi Umrah,pergi Jordan.Kalau takde duit lak,pergi Genting pun jadiklah.Oh,BTW,aku baru tau dari Hentian Kajang ni ada bas straight gi Genting.Best best

4.Books

Aku suka membaca.Bukan lah membaca buku teks KBSM,tapi aku suka baca novel dan konon-konon pengetahuan am dengan motivasi lah.kalau novel,penulis kegemaran aku Sophie Kinsella,Ramli Awang Murshid(serius aku addicted dengan siri Laksamana Sunan tu,sampai aku rasa dia betul-betul wujud,sampai nanti aku nak bagi nama anak Saifuddin,boleh gitu?),Faisal Tehrani,Hlovate dengan Khalid Hosseini.Dulu-dulu layan jugak Fauziah Ashaari,Norhayati Berahim semua,tapi sekarang macam boring lak.Ke jiwa aku dah tak remaja ni????

5.Good blogs

Good blogs bukan lah bermaksud blog femes sejuta follower sebab tayang muka cun besar-besar.Blog yang bagus dibaca contohnya macam blog yang aku list kat sebelah kanan blog aku ni.AKu suka baca pemikiran dan pendapat orang,even kadang-kadang macam terlalu radikal sangat ke,liberal sangat ke.At least,adalah sikit input pada otak jugak.Kadang-kadang ada blog yang cerita pasal kehidupan sehari-hari,pun aku layan kalau cara penulisan beliau menarik.

6.Day-dreaming

Ini adalah fakta.Aku memang suka berangan di waktu lapang,juga waktu kurang lapang.Hahahah

7.Family-Gathering

Aku rasa hidup best kalau semua adik beradik ada kat rumah.Makan sama-sama,gaduh pun sama-sama.TU pasal aku suka balik kampung.Jumpa mak dan adik-adik aku.Kitorang jenis family bonding kuat,even masa aku sekolah menengah pun,parents aku akan datang melawat tiap-tiap minggu,bawak adik-adik aku sekali.Sekarang aku pun selagi boleh nak kekalkan tradisi ni.

8.Tido

Masa lapang kalau dapat tidur memang best.Pulak aku jenis pantang dapat bantal.Senang gila nak lelap.Hahaha.Tapi kadang-kadang kalau aku tension sangat dia jadik macam susah nak tido.Apsal tah

9.Komik,kartun,manga

Ceh kau,umur dah nak suku abad,tapi masik baca komik Lawak Kampus.Balik rumah tengok Sin Chan dan Hagemaru.Ada masa lapang,gi rembat Kreko adik aku.EH Kreko macam dah lama tak baca.Susah kalau dah tertinggal siri kreko,lost track nanti.Dulu zaman matrix,aku beli Kreko sebab nak baca Midori NO HIbi dengan Hitman Reborn.Tebal-tebal yang lain aku tak baca.hahahaha.

10.SPicy Foods

Hidup tak pedas tak kick.Tapi cirit birit,sila tanggung sendiri

Tuesday, May 10, 2011

Day 1:About me

day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 1o wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Oleh kerana sekarang kehidupan agak tidak membestkan,maka terpaksalah beta hapdet mengarut yang tidak menjana perkembangan minda kanak-kanak tidak seperti kanak-kanak yang mengambil susu yang mengandungi DHA dan taurina.Dalam bahasa ringkas,aku takde idea.Boleh???
(kira OK hape dari aku buat tutorial lilit tudung bawal,maklumlah kalau buat tutorial lilit shawal nanti,hilang glemer si Hana Tajima tu.wahahaha)

Day 1:10 things about me

1.Plain Jane.Simple life.Hanya menyewa bilik dengan harga RM 100 saja sebulan.Memandu kereta Atoz second hand.Membawa laptop ke opis dengan menggunakan bag KMNS yang dirembat dari adik aku.Menggunakan payung free Maxis untuk melindungi  diri dari terik matahari dan menulis menggunakan pen free jabatan sahaja.Simple bukan??

2.Anak sulung dari lima beradik.Bagaimanapun,aku yang paling pendek sekali.Actually dalam adik beradik aku,ketinggian adalah berkadar songsang dengan turutan kelahiran,which means adik aku yang last adalah yang paling tinggi,dan aku anak sulung adalah yang paling rendah.By the way,Syazwan excluded,sebab last dia paling tahun 2008,Syukur masih belum baligh dan pendek lagi.Nanti aku update kalau syazwan balik sini.

3.Bekerja sebagai hamba kerajaan(literally translated from Government Servant).Luckily dalam bidang yang berkaitan,cuma tak jumpa makmal lak.Aduhai,mereka tak tahu ke aku ni pencinta bakteria sejati.Mengadap microbe tu lebih membahagiakan dari menatap wajah manusia-manusia jengkel ko tahu?Ceh ceh demand pulak ko nak lab kan..Bersyukur la apa yang ada.

4.Kadang-kadang terasa macam seekor sesumpah.Macam hipokrit pun ada kadang-kadang.Eh,ada ke orang hipokrit mengaku hipokrit.Ke itu juga adalah pengakuan hipokrit?Kat opis aku macam pendiam dan terpaksa bermuka bengis dan menundukkan pandangan.Bila kat luar,Wah!!!!Terkeluar semua tanduk ko!Siap dengan ekor sekali!!!Bukan,aku terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan.Posisi aku sekarang tidak membolehkan aku berkelakuan keanak-anakkan,kalau tak jatuh martabat dan reputasi.Tak boleh wat slamber gi keja pakai kasut Crocs pastu letak binatang hape tah hiasan kat kasut tu.Aku ada yang Hello kitty,tapi ilang dah masa nak pindah ke Shah Alam.

5.Suka bermonolog.tapi tidak suka berAtilia.Wahahaha.Kekanda adinda kot.Kadang-kadang aku suka bercakap sorang-sorang.lebih-lebih lagi time nak buat keputusan.

6.Suka menyanyi walaupun suara tahap panggil banjir.Dalam kereta masa jem adalah waktu karaoke paling indah sekali.Siap amek botol air mineral lagi buat mic.

7.Bakal berusia 23 tahun pada SABTU depan.Hadiah boleh dikirim secara pos laju,atau pos ekspress.Secara online pun takpe.CAranya,korang pergi mana-mana online shop,beli,bayar,dan alamatkan ke rumah aku.Senang bukan?

8.Menulis adalah satu terapi.Menconteng juga.

9.Clumsy,careless,but sometimes extra cautious.Depends.

10.Currently experiencing Quarter-Life crisis.Apa ko ingat ada mid life crisis je ke??Quarter-life pun ada jugak tau.Nak tahu lebih lanjut boleh gi sini--->Quarter-life Crisis

Tapi,oleh sebab aku baik sikit hari ni,aku nak list jugak sikit-sikit characteristics quarter-life crisis ni,dan keberadaannya dalam diri aku:

  • confronting one's own mortality-->Tak pernah.Tak puas lagi hidup
  • insecurity concerning ability to love oneself, let alone another person-->Ya,kadang-kadang aku rasa diri sendiri suck
  • insecurity regarding present accomplishments-->Betul,tak puas hati lagi dengan apa yang ada sekarang
  • re-evaluation of close interpersonal relationships-->ni takde
  • lack of friendships or romantic relationships, sexual frustration, and involuntary celibacy-->Tak pernah buat sex,jadik tak tau frust ke tak.Wahaha.
  • disappointment with one's job-->Haah.Aku nak jadik Pengarah Kesihatan Malaysia,boleh?
  • nostalgia for university, college, high school, middle school or elementary school life-->Yup,sila baca blog aku.Berapa banyak la segmen imbas kembali
  • tendency to hold stronger opinions-->Ada la jugak kadang-kadang
  • boredom with social interactions-->KAt opis ada la sikit-sikit
  • loss of closeness to high school and college friends-->Takde la pulak.Sekarang kan ada Facebook
  • financially-rooted stress (overwhelming college loans, unexpectedly high cost of living)-->Alhamdulillah takde hutang pinjaman pelajaran.Terima kasih kerajaan Malaysia yang sudi menaja saya.Bagaimanapun,ini bukan satu jaminan saya akan mengundi BN.Eh,kontroversi tak kenyataan ni??Wahahaha.
  • loneliness, depression and suicidal tendencies--->Takde lak.Kalau lonely aku main cityville.setel
  • desire to have children-->Erkk..Malu nak cakap.Wahaha(Sambil blushing blushing sikit-sikit)
  • a sense that others are doing better than oneself-->Aah.aku kan kuat jeles.So,perasaan ni ada.
  • frustration with social skills-->NI takde
KOrang camne pulak?Ada lalui mid-life crisis ni tak??

Kalau rajin,boleh la korang buat bendalah ni.Aku tengok blog sorang-sorang berabuk dah.Mana tau,benda ni boleh menyapu sikit sawang-sawang korang.

Saturday, May 07, 2011

dilema yang bukan buah delima

Sekarang ini aku berasa amat tertekan kerana Atozku yang comel telah dilanda kerosakan di bahagian enjin.Mungkin akibat aku rajin melanggar lopak-lopak air bertakung di permukaan jalan,lantas menyebabkan kerosakan.

Payah wehh!!!Esok aku nak balik Kajang.camne ni???sekarang aku ada 2 options:

1.Pinjam kereta Vitara mak aku.Malangnya vitara adalah manual.Masalahnya sekarang,aku ni dah setahun tak drive manual.Last after Wira aku accident dulu,adalah sebulan aku drive manual.Masalahnya apabila tak biasa adalah,aku selalu je mati enjin kat trafic light.Tapi after 1 week ok dah aku drive bawak gi keja.
CUma,perbezaan situasi tahun lepas dan tahun ni adalah,tahun lepas,aku pergi opis cuma 45 minit je.Well,aku berhati-hati gilos drive manual camtu.Adalah dalam 60 km/j.Manakala,dalam kes ni,aku nak bawak gi kajang,di mana jaraknya dengan Batu Pahat sudah membolehkan aku untuk solat Jamak Qasar.Cuma,bila kat Kajang,jarak dari rumah nak gi tempat kerja adalah tidak sampai 5 minit.Jalan ke tempat kerja takde sesak-sesak.Cuma nak gerak dari BP-Kajang,dan kajang-BP tu cam cuak sikit.Cuma aku plan,nak masuk highway la bagi memudahkan perjalanan.
NI sapa-sapa pernah ada pengalaman tukar drive auto-->manual untuk long distance bagitau k.

2.Besok balik naik public transport,dalam seminggu ni pegi keja tumpang housmate merangkap opismate.Tapi masalahnya,waktu keja dorang 7.30-4.30,dan aku 8-5.Kadang-kadang dorang balik lambat,aku balik cepat,and vice versa.nak jalan kaki?tak la jauh mana nak gi balik opis,cuma aku takut la kalau balik malam,kawasan tu bersepah negro.

Ada dua pilihan,macamana ek.Jangan suruh aku solat Istikharah sekarang.aku tak boleh.Ke boleh ke korang tolong solat istikharahkan untuk aku??Wahaahha

Friday, May 06, 2011

Berabuk beb berabuk

Assalamualaikum,
Lama kot aku tinggalkan blog ni,tanpa menulis apa-apa.Nak menulis,tapi idea selalu datang di tempat tak logik seperti di tandas,semasa menggoreng nuget,semasa sedang Window Shopping di Bonia tanpa membeli kerana mahal (by the way,taraf ketidakmaluan aku dalam window shopping makin meningkat.Dulu sekadar berani masuk Guess,Elle,Sembonia,sekarang dah berjinak-jinak masuk Bonia,Yves Saint Laurent,M.A.C.Wahahaha..tapi takat tengok-tengok,bjet-bajet test depan cermin,kerut-kerut muka konon-konon design tak taste.ceh padahal kau takde duit kan).Oh ya,dan juga ketika meeting.Wahaha gila tak senonoh kan.
Aku kat sini,Alhamdulillah ok ok saja.Yes,tapi masih berhati-hati.Aku letak diri dalam status berhati-hati sebab kita akan sentiasa alert dengan tindak tanduk kita.NI pun aku hapdet blog,aku kunci pintu bilik siap-siap.Pastu PC dipastikan orang kat luar tak nampak.Wahahaaha .Alert la sangat.haih.Berhati-hati tu maksudnya aku triple check keja aku,pastikan takde salah silap,cacat cela,sebab aku tau even kesilapan kecik pun boleh jatuhkan imej aku bila-bila masa.Nasib la boss bahagian aku ni OK,guide aku sikit-sikit,fuhhh.Staff-staff unit bawah unit aku ni pun setakat ni Ok je,tapi just to be prepare,aku kawal segala tindak tanduk,takde ketawa syaiton,ayat gila-gila macam dalam blog ni.Bunyi hipokrit kah?Tak,aku just suaikan diri dengan keadaan,dengan umur yang muda,aku tidak boleh nampak terlalu naive,childish,kalau tak kena pijak kepala.
Busy pun ya.Apa ko ingat orang kerajaan a.k.a orang gomen balik tepat-tepat kul lima ke?Minggu ni semalam je aku balik kul 6.15 petang.hari lain sempat Maghrib kat opis.Tapi malangnya aku tak boleh claim.huuu.sambil mengesat air mata.Takpe,aku ok.At least takde lah aku dok rumah berangankan ex pakwe aku,Putera William tu.Sampai hati dia kawen dengan orang lain!
RUmah sewa pun ok.Duduk pun dengan budak opis.Senang,ape2 hal boleh deal dengan dorang je.Kalau malas drive,boleh tumpang gi opis.Opis dengan rumah pun dekat je.Tak sampai 5 minit drive,jalan kaki ada la dalam 10-15 minit,Sewa murah pun murah,tapi bilik kecik je.Tak kisah la,janji balik aku ada tempat nak baring,dan barang-barang aku ada tempat nak letak.Aku ni bukan jenis cerewet gila-gila.Nak rumah lengkap ada pouch bagai.
In a nutshell,aku masih bertatih,babystep lagi.Doakan aku tabah,kuat,sabar,kreatif,progresif,patriotik,beriman dan bertakwa.Kalau ada masa,malam ni atau esok aku hapdet lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja