Wednesday, May 11, 2011

day two : 10 things I love

Sambungan Semalam.10 things I love

1.Writing

Aku sangat suka menulis,juga menaip.Itu satu terapi tahu.Kadang-kadang time meeting,benda yang tak berkaitan dengan aku pun aku suka nak tulis.Eh,tapi kenapa masa sekolah aku liat buat homework ni??Musykil musykil

2.Perfumes

Okeh.Dasar perempuan.Aku memang minat mengumpul bendalah ini,juga memakainya.Aku bukan jenis stick pada satu bau je.SUka jugak tukar-tukar perfume.Buat masa sekarang ni,aku pakai The Body Shop Japanese Cherry Blossom,dengan perfume oil Vanilla.Kalau kat kampung sana,aku tinggalkan Sweet Honesty Avon.

3.Travel

Ini mungkin sejak kecik lagi parents aku rajin bawak jalan-jalan.Even diorang busy sekalipun,memang akan bawak jalan even paling dekat pun pergi kolam air panas dekat tenang tu.Ada rezeki lebih sikit,dapat la pergi Umrah,pergi Jordan.Kalau takde duit lak,pergi Genting pun jadiklah.Oh,BTW,aku baru tau dari Hentian Kajang ni ada bas straight gi Genting.Best best

4.Books

Aku suka membaca.Bukan lah membaca buku teks KBSM,tapi aku suka baca novel dan konon-konon pengetahuan am dengan motivasi lah.kalau novel,penulis kegemaran aku Sophie Kinsella,Ramli Awang Murshid(serius aku addicted dengan siri Laksamana Sunan tu,sampai aku rasa dia betul-betul wujud,sampai nanti aku nak bagi nama anak Saifuddin,boleh gitu?),Faisal Tehrani,Hlovate dengan Khalid Hosseini.Dulu-dulu layan jugak Fauziah Ashaari,Norhayati Berahim semua,tapi sekarang macam boring lak.Ke jiwa aku dah tak remaja ni????

5.Good blogs

Good blogs bukan lah bermaksud blog femes sejuta follower sebab tayang muka cun besar-besar.Blog yang bagus dibaca contohnya macam blog yang aku list kat sebelah kanan blog aku ni.AKu suka baca pemikiran dan pendapat orang,even kadang-kadang macam terlalu radikal sangat ke,liberal sangat ke.At least,adalah sikit input pada otak jugak.Kadang-kadang ada blog yang cerita pasal kehidupan sehari-hari,pun aku layan kalau cara penulisan beliau menarik.

6.Day-dreaming

Ini adalah fakta.Aku memang suka berangan di waktu lapang,juga waktu kurang lapang.Hahahah

7.Family-Gathering

Aku rasa hidup best kalau semua adik beradik ada kat rumah.Makan sama-sama,gaduh pun sama-sama.TU pasal aku suka balik kampung.Jumpa mak dan adik-adik aku.Kitorang jenis family bonding kuat,even masa aku sekolah menengah pun,parents aku akan datang melawat tiap-tiap minggu,bawak adik-adik aku sekali.Sekarang aku pun selagi boleh nak kekalkan tradisi ni.

8.Tido

Masa lapang kalau dapat tidur memang best.Pulak aku jenis pantang dapat bantal.Senang gila nak lelap.Hahaha.Tapi kadang-kadang kalau aku tension sangat dia jadik macam susah nak tido.Apsal tah

9.Komik,kartun,manga

Ceh kau,umur dah nak suku abad,tapi masik baca komik Lawak Kampus.Balik rumah tengok Sin Chan dan Hagemaru.Ada masa lapang,gi rembat Kreko adik aku.EH Kreko macam dah lama tak baca.Susah kalau dah tertinggal siri kreko,lost track nanti.Dulu zaman matrix,aku beli Kreko sebab nak baca Midori NO HIbi dengan Hitman Reborn.Tebal-tebal yang lain aku tak baca.hahahaha.

10.SPicy Foods

Hidup tak pedas tak kick.Tapi cirit birit,sila tanggung sendiri

2 comments:

amir baim said...

wahh2..nak at macam ni jugak..
*nampak menarik..
tapi tengok dulu kot..lepas exam agaknye..doakan exam ye~
^_^

Sayer Best said...

ok..wat exam elok2 k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja