Tuesday, November 16, 2010

Don't kiss and Tell.Don't play and share

zaman sekarang zaman Facebook,semua orang kalau boleh nak buat akaun Facebook.Takde facebook takde urban la katanya kan.

Zaman sekarang juga zaman meletakkan segala benda,membongkar segala rahsia di Facebook,dari elok-elok semua benda tertutup rapi,sekarang terhambur keluar bak Gunung Merapi meletuskan laharnya.Korang ada tengok video latest pasal budak-budak sekolah(kot?),hingus tak kering lagi,selamba bercium dekat Bukit Bintang itu?Aduh,video ni memang bertebaran dekat wall Facebook,semua orang kan nak share benda tu.

Ulasan aku:ya,budak-budak itu memang salah melakukan aksi lucah di khalayak ramai,tapi pada aku mereka yang menyebarkan video itu juga salah.Memang lah korang mengutuk-ngutuk perbuatan tu,(ya,membenci perkara maksiat adalah serendah-rendah iman),tapi tolong lah jangan klik button share.

Mereka buat salah dah satu hal,yang kita senang-senang je dapat dosa free dengan share kan klip diorang.Memang dorang tak tau malu,tapi cukup jangan kita malukan mereka.

Pesan seorang kenalan,"Buat maksiat tu dah cukup berdosa,diam-diam sudah la.Tak perlu menghebohkan perbuatan maksiat tersebut"

Bukan hipokrit.Bukan berlagak alim.Aku juga manusia lemah.Sekadar nasihat dari seorang kenalan kepada kenalan lain.tak perlu menghebahkan maksiat dan dosa yang dilakukan,kalau dah terbuat,sedaya upaya sembunyikan.Tapi better jangan buat la kan??

Mahukah anda suatu masa nanti,jika ditakdirkan anda sekalian sudah jadi orang berjaya,juga dihormati,muncul gambar-gambar zaman Jahiliah tersebut.Mungkin anda boleh katakan,"zaman muda-muda,saya tak tau apa-apa"tapi dengan bayangan masa silam tu lah akan menggugat reputasi anda.

Mungkin anda kemaruk cinta,bergambar bertemu pipi dengan kekasih hati.tak takut kah nanti kalau cinta tak jadi bersemi,gambar tu kelak boleh memakan diri?nak-nak kalau time dah nak kawen dengan orang lain,tiba-tiba gambar tu muncul,bakal suami/isteri ternampak.Kalau dia boleh terima seadanya,tak mengapa,tapi kalau sebaliknya???

So,kesimpulannya:Don't kiss and tell,Don't play and share.kalau tak malu dah dengan manusia,cuba belajar malu dengan Allah.

Inspirasi entri:Video budak bercium kat Bukit Bintang

7 comments:

iDa_MutHiaH said...

aku setuju wana.dari sebar video n share benda2 utk aibkan org,better share video yg berkaitan dgn dakwah kan?walaupun ttg kawin n cinta..huhu..

anyway,ko ade baca blog uncle seekers x?

Sayer Best said...

Betul.dari dapat dosa,baik la sebar pahala.erkk..tentang cinta kawen tu tgk jgk,sebab certain artikel pasal kawen tu cm too-good-too-be-true pulak..Hahaha

Blog uncle seekers?seriously annoying and attention-seekers.Tak patut la dia buat mcm tu.

Pada aku,dia ambil kesempatan je tu.kalau betul cinta,kesian,tak perlu nak sebar2 bukti cinta sms semua tu.

iDa_MutHiaH said...

tue la..klu betul dia cinta,dia x kan aib kan org pompuan.aku jumpa blog dia pon sbb blogwalking kt blog org lain..huhu...

ramai org dah pndg rendah kat permaisuri tue..ksian..ksian...

never ending story said...

betol wana....aku rasa cukupla aku malu tgk diaorang beraksi mcm 2...aku malu...xmo r benda2 mcm 2 menghiasi wall aku yg suci 2...ahaks... ^_^

dari~ummie said...

aku sokong weh..
itu dah kira mengaibkan..
aku pon sendiri tak rela nak tengok video tu..

tapi,kalau suatu hari yang pelaku maksiat berubah dan bertaubat,diorg lebih mulia dari kita2 yang belum bertaubat lagi..

dari~ummie said...

aku sokong weh..
itu dah kira mengaibkan..
aku pon sendiri tak rela nak tengok video tu..

tapi,kalau suatu hari yang pelaku maksiat berubah dan bertaubat,diorg lebih mulia dari kita2 yang belum bertaubat lagi..

Sayer Best said...

sa'dah:yup,tercemar wall aku yang selama ini penuh dengan tazkirah..hahaha

bari':yup,betul.jahat hari ni,,tak bermakna jahat selama2nya,selagi nyawa tak dicabut lagi,semua orang ada pelunag untuk bertaubat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja