Saturday, November 27, 2010

Urban Legend:Hantu yang glemer sewaktu saya kecil

Hantu adalah begitu sinonim,bukan sahaja pada orang Melayu,tapi juga kepada bangsa lain.Setiap bangsa mempunyai hantunya tersendiri,kira ada trademark la.

Orang melayu:Pontianak
Orang Cina:Hantu lompat-lompat,kalau letak kertas kat dahi nanti dia berhenti
Orang jepun/Korea:hantu rambut rebonding
Orang Putih:Vampire

Masa kecik2..banyak kisah hantu yang tersebar.Tujuan mungkin untuk mengelakkan kanak-kanak mrayap sesuka hati.Antaraa hantu yang menjadi urban legend masa zaman aku kcik-kecik ialah:

1.Hantu purdah

Anak-anak dara zaman akhir 90-an mesti seram kalau nampak orang pakai purdah naik kancil kaler merah.

asal-usul:
Seorang pompuan nak cun,maka beliau pun memakai susuk(zaman tu botox tak glemer lagi derr).
pantang larang:tidak boleh melihat cermin dalam tempoh 40 hari.Tapi beliau degil.dengar org puji cun,maka beliau langgar pantang tu
Efek:Muka jadi hodoh dan beliau memakai purdah untuk menutup kehodohan wajah beliau itu
Penyelesaian:kena minum darah 100 anak dara,baru cun balik

Urban legend ni agak glemer area-area aku darjah 2-3 la time tu.Siap kata ada budak tempat aku yang dah jumpa lagi tu.ngeri betul

Tapi aku rasa punca kemunculan cerita hantu ini adalah sebab masa tu kan tengah glemer Arqam,yang waktu tu nak diharamkan.Kan wanita Arqam memang berpurdah.Mungkin kemunculan cerita ini untuk memomokkan orang-orang supaya takutkan Arqam.aku rasa la.
Lagipun masa tu kurang betul orang berpurdah,jadik asal nampak orang pakai purdah,maka aku dan kawan-kawan aku boleh jerit,"Hantu purdah!!!"Kesian betul wanita-wanita tu.

Masa tu juga ada seorang jiran aku yang pakai purdah.Beliau baik orangnya,tapi sebab cerita-cerita macam ni,aku jadik macam seram dengan beliau time tu.isk.isk(Ceh..padahal kalau beliau bagi makanan makan aje..hahaha)

2.Hantu T***k(Erkk..malu nak tulis.Patut kah tulis hantu Payudara)

Hantu ni glemer masa aku sekolah tadika.Dekat area tadika aku tu ada rumah kosong.Konon-konon kitorang nak buat markas la.Tapi,ada mak cik kacau daun cakap,
"dik..jangan masuk rumah kosong tu.ada hantu t***k dalam tu"

Aku pergi tanya mak angkat aku,hantu t***k tu buat apa.Makan budak ke.Mak angkat aku cakap,nanti dia nyorokkan budak dalam t***k dia yang labuh sampai lutut tu.Nanti orang carik tak jumpa.Muka dia hodoh sangat.Lepas tu badan dia busuk

Eeee...serius aku seram duduk dalam kepam-kepam tu..

asal-usul:tak tau.Terlebih suntik silikon kot

Punca kemunculan mitos:Nak menghalang budak-budak dari main nyorok-nyorok tempat berbahaya.mana la tau ada ular ke,sarang mat pit ke.Bahaya-bahaya

3.Hantu lebuh raya karak

Ni cerita dari mulut ke mulut.Orang kata ada sepasang laki bini lalu kat tempat tu.pastu kereta rosak.So si suami ni keluar la nak tengok apa-apa yang patut.dia suruh wife dia duduk dalam kereta senyap-senyap,jangan keluar unless suami dia panggil.
Tengah duduk-duduk dalam ekreta tu.dia perasan macam ada orang bergaduh atas bumbung kereta.Tapi dia buat bodoh je,teringat pesan laki dia.Tunggu punya tunggu laki dia tak datang-datang,sampai la dia tertidur.

Esok bangun pagi,dia terjaga sebab polis ketuk pintu kereta dia.Polis nak bawa dia beredar,dan pesan jangan pandang atas kereta,tapi dia degil jugak.Tengok punya tengok,rupanya mayat laki dia dah takde kepala..

Asal-usul cerita:tak tau.dan tak pasti kesahihannya,sebab tak tau bukti,mangsa yang mengalami semua

Itulah sedikit sebanyak kisah hantu glemer masa aku kecik,sekaligus membuatkan aku penakut dari dulu.Tapi sekarang dah tak dengar sangat dah kisah diorang,mungkin dah mengalami transformasi seperti:

1.Hantu purdah:dah buat plastik surgery.sekarang katanya murah kat siam sana.kat Singapore pun dah ada.Jadi,tak perlu darah lagi!

2.hantu t***k:Mungkin sudah membuang silikon berlebihan,ataupun mengambil produk Ombak Besar redux series.Takpun sudah berjaya sebagai artis di Hollywood,sekarang dikenali sebagai Pamela Anderson.Muahahaha

3.hantu lebuh raya Karak:dah berpindah di tempat lain,akibat arus pembangunan..Muahahaha

7 comments:

voltox said...

maaf..ini sambungan dari komen enrty sebelum ni..tak sangka ia ada kaitan..mmg betul la kata sy..sy mmg takut kalau mimpi muka awk atau mzke..tu la yg sy maksudkn..awk mcm tau je jwpn sy kenapa..entry ni menjawab semuanya..haha

Sayer Best said...

voltox:wahaha..tak dapat menghubungkait pun..huuu
(ada ke muka comel macam ni dia samakan dengan makhluk2 di atas..mungkin perlu letak gambar di blog untuk menyatakan"SAYA COMEL!!!"hahaha

dari~ummie said...

hahah..wana! ko memang lawak bab buat entry nostalgik..tapi aku suka,memang semua hantu2 tu aku dengar dari mulut org,cuma x tahu sumber asal dari mana..hahah

Sayer Best said...

bari':Tu la.semua benda perlu kesahihannya.Kbnykan benda2 hantu ni asyik2..orang tu cerita..orang tu kata..takde yg betul2 nampak sendiri

aku mozu said...

kalau hantu tu ade hantu kopiah.. voltox la orgnye. Perangai beliau mcam hantu.

Afraliza Yusof said...

org pakai purdah naek kancil merah..wahhh...teringat time sekolah dulu..takut seyyy time tu..percaya sgt..haha..

Sayer Best said...

mzke:jangan kutuk.tu muka tawaduk tu..hahaha

afraliza:yup...glemer kan cerita tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja