Tuesday, November 30, 2010

Benda-benda Annoying di Facebook

Hujan yang turun bagaikan mutiara..
Sampaikan aku malas nak bukak mata....

Hahaha...giler dasyat punya intro.
Hari ni aku balik lab awal,sebab pemilik chemical yang aku nak pau telah bercuti.
huuuuu...

Maka aku balik rumah,berehat dan beriadah di atas silam,seraya terasa bosan,lantas membaca majalah CLEO(dasar minah berangan Mat salleh,tak sedar hidung kemek).ada satu topik tu amat menarik perhatian aku,iaitu benda-benda annoying di Facebook.baca punya baca...wahhhh..buat bahan kat blog ni best ni.mesti dorang kata aku genius..wahahahahha(sikap takabur dan ujub ini harus dijauhi ya adik-adik,abang-abang)

Maka,mempersembahkan.Benda-benda yang annoying di Facebook
(bahan dari Cleo+pemerhatian sendiri+tokok tambah secukup rasa)

1.The-let-Me-Tell-You-every-detail-of-my-life

Ini spesies yang setiap 5 minit mesti ada satu hapdet.Contoh

Minah is now stuck in traffic jam

5 minit pastu

Minah is having a shower

5 minit lagi

Minah is preparing dinner

Aduh minah..takde life kah anda???adakah dunia anda di Facebook sahaja.
Minah ni lah orang 1st sekali aku hide dalam news feed aku.

2.Budak sekolah yang suka tulis guna bahasa yahudi

Hahaha..kenapa aku kata bahasa dorang tu bahasa Yahudi.sebab camni la contoh ayat dorang kan:

PeRgH,KO gi SoWng JEW kew?Tak AjAk KtoWunK uN Taw.Ke NAk aJak Yg Hot JEW.SoMbOnK JEW ko Neyh

hahaha..perhatikan berapa banyak yahudi dalam ayat tu???sikit-sikit jew,jew..
Jew=Yahudi

hahahah..suka hati aku je kan bagi nme bahas dorng tu..erkk..ni takde kaitan dgn topik Freemason dan illuminiti tau.

Adik-adik,bolehkah anda menulis dalam bahasa yang boleh difahami oleh kami golongan-golongan separa veteran ini..pastu tulis kejap kecik kejap besar.Tak penah ke dik oii tekan butang shift.akak permulaan ayat kat blog ni pun malas nak tekan butang shift tahu??

3.Couple yang selalu bermesra di facebook(yang tidak Halal sahaja)

kalau mesra sikit-sikit,sekali sekala,aku boleh blah lagi la.layankan aje.Yang dah kawen aku takde masalah,nampak sweet adalah.macam Puan Ainun. Aku terasa cam comel lak dengan luahan cinta beliau kepada suaminya.Benda Halal kan.hehehe

yang aku menyampah camni:

Gedix Girl is missing her Hubby Buaya Boy


Jap lagi boyfie(euwwww) dia komen.

Missing you to Honey.Honey dah mamam?rindunya..rindunya...

pastu girlfie(wakakaka..macam garfield lak bunyinya) komen

dah mamam..mamam nasi goreng kampung.Hubby mamam pe tadi.rindunya nak jumpa dia...

and the list goes on...sampai la kat status tu je ada dekat 100 komen.semua dorang berdua je.Lepas tu ada la sikit-sikit kawan-kawan seperjuangan komen

alolo sweetnya...
chomeylnya.....

Hahahha..aduh..anda berdua tiada hensetkah?atau tiada kreditkah?err..taukan kat facebook ada ruangan message,haa..bermanja-manjalah kat situ.
ke bangga nampak macam loving couple di khalayak ramai?

Aku sebab dorng belum kawen,maka aku bias,kalau tak nak orang rasa annoying tengok,sila kawen cepat-cepat.

4.Annoyingly self-deprecating bragger

Yang ni kan status dia ala-ala camni

Minah Bajet is macam tak percaya orang malas macam aku ni boleh bangun 5.30 pagi semata-mata nak jogging 3 km

Mat bajet is erkk..kenapa la semua orang asal nak buat kerja carik aku.dahla aku ni baru masuk dah jadik bos.

Anda faham kenapa saya rasa menyampah dengan mereka.err..bukan saya saja tapi majalah CLEO juga.

5.Kaki MLM suka tag orang kat gambar duit@kereta besar

Lepas tu dekat caption tulis macam ni:

Anda makan gaji,belum tentu sampai pencen dapat duit banyak macam ni.Senang je nak dapat duit ni.Tak perlu kerja keras.Goyang kaki je boleh.Hubungilah saya dia talian 01*-*******.hanya yang benar-benar nak ubah nasib diri sahaja

lepas tu kalau tulis kat wall orang camni:

Sampai bila nak makan gaji.marilah bersama kami menjadi kaya raya.Hubungi saya di talian yang tertera

Ni awal-awal aku dah remove dari wall.Aku benci MLM jual kepala orang

6.Budak-budak sekolah(lagi???) yang putus cinta

ko jangan tak tau.Budak sekolah sekarang pandai meroyan.Aku pernah usha Fb kawan atas kawan atas kawan pada adik aku.Status lebih kurang camni:

SaMpAi Ati KaW TinGgaLkaN aku.IdopKu tak BerMakNa KiNi.Aku KeSePian KeSoWngAn Jew.RaSa MacAm Nak BuNoh DWi JEw

Ingatkan umur 25 ke,jap lagi baru 14.adik oh adik,setakat pakwe adik hingus tak kering lagi tu tak payah la hadap sangat.study betul-betul,masuk universiti.dah dapat degree,kawen la dengan sapa-sapa yang adik suka(Pesanan ustazah aku di saat aku mula belajar bergatal-gatalan di tingkatan 3)

Dunia luas lagi dik.Umur macam akak ni logik la kalau nak frust menonggeng.Dah kertu pun tak kawen lagi.Adik tu period baru setahun dua,tak payah la berangan-angan lagi.Habeskan sekolah tu dulu

Dari menatap surat cinta,baik menatap nota
Dari menghafal makanan kegemaran pakwe,baik la menghafal sebatian kimia
Dari mengira budget belanje makwe,baik mengira sudut trigonometri tu


hahah..sekian saja status annoying di facebook.yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.

Penyelesaian untuk masalah status annoying:Hide je dari wall Facebbok anda..hahaha

Monday, November 29, 2010

Lalang

Aku dah letak balik chat box.
Bukan untuk menarik hati penggila-follower.
Tapi untuk kawan2 yang malas nak komen kt entries.

Mood:cuba mengabaikan para gila follower di chatbox.huuu

p/s:tapi aku dah disable link/url..hahaha

Saturday, November 27, 2010

Ini bukan anugerah menjerit(Read:shout Award)

Entri kedua alam ini,eh silap kedua malam ini.Dasar takde keja.


Aku baru dapat award dari Ida.Maka boleh la aku beriak-riakkan,berhidung tinggi lantas berlagak sombong.Muahahaha...


Beliau bagi aku award ini:



kau ada????

Syarat-syarat:

1.Jangan kerek.Ucapkan Alhamdulillah dulu,pastu thanks giver award ni

Alhamdulillah...dapat award dah....
Terima kasih la Cik Ida kerana membagi I award ni.Mahu ciuman hangat seperti yang dijanjikan tak.Sila bertandang ke Serdang,boleh kita hoyeh hoyeh

2.Jangan kedekut,kongsi nikmat bersama rakan-rakan lain

1.Cik Mentega yang bakal menjadi karipap:Bari'ah
2.Cik buih sabun Lux:Payied
3.Wan,nak buat tak?

Tu je kot.

3.
7 perkara tentang diri saya:

aiyokkk..banyak kot dah tulis dalam blog ni.Gua bagi latest je okehh.nak tau lebih lanjut,sila berkenalan sendiri.I malu youuu...bak kata Suhaimi Meor Hassan,"Biar malu-malu,biar segan-segan.kerna malu itu perisai orang beriman"

1.22/f/Batu Pahat.Status:belum kahwin.Berat badan:44 kg.ada Lesen D(peh ini macam satu-satu copy resume beb)

2.Baru tumbuh gigi bongsu minggu lepas.Tapi pertumbuhan gigi bongsu tu terbantut sebab gigi geraham atas menekan gigi bongsuku itu,maka beliau hidup segan mati tak mau.
Inisiatif diambil:Pergi klinik gigi.Kena cabut gigi belah atas tu.Gila mahal.RM 85 beb!!!!(Huu..dapat satu sesi urutan dan facial kat spa Linda Rafar..muahaha)
Kesan:Tidak boleh mengunyah secara sewenang-wenangnya menggunakan bahagian gigi sebelah kiri

3.Sekarang tengah aktif mengikuti perkembangan video miming CikShida dari parit..Ala yang buat miming yang lawak gila tu..Hahaha..
Nak embedded youtube dia tak boleh lak.Korang tengok la kat sini:

4.Baru buang chatbox dari blog..wahahaha..Erm.sebab aku tak suka orang mintak-mintak follow.Just visit,leave your comment and I'll pay a visit too.Best sangat ke ramai follower ni?aku tak faham.tak privacy okeh.
Erm..tapi kesian pulak kawan-kawan yang nak komen,tapi malas nk berdepan karenah birokrasi blogger kan...


5.Menghargai privacy diri sendiri dan orang-orang tersayang(tapi kadang2 telepas jugak sikit2 luahan hati.muahahaha)


Sebab itu la tak banyak letak-letak gambar sendiri,dan orang-orang tersayang.Contohlah,macam aku letak muka aku bersepah,sebesar-besar frame dalam blog ni,dah la aku suka berkeliaran sorang-sorang,pastu MANA LA TAU aku ada tertulis kelemahan aku ke dalam blog.Tak ke takut kalau tiba-tiba ada penjahat aim aku dari blog,dan memanfaatkan kelemahan yang pernah aku tulis tu.bahaya bukan?


ataupun aku letak gambar mak aku banyak-banyak besar2 dalam blog,nanti kang orang terserempak mak aku tengah shopping kat pasar malam ke,mesti bisik-bisik,"Eh..tu kan mak blogger yang rajin merepek tu.Kesian beliau dapat anak macam tu."


6.Berdarah jenis A.Ini tafsiran personaliti orang berdarah A:


1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.



Erkkk..kenapa macam skema je orang darah A.Ini tipu!!!


7.Suka berblogging sebagai cara melepaskan tekanan.Kira keaktifan menulis blog adalah berkadar langusng dengan tekanan.Hipotesisnya,semakin banyak tekanan,semakin aktif menulis..hahaha




dah...cukup kot..

Urban Legend:Hantu yang glemer sewaktu saya kecil

Hantu adalah begitu sinonim,bukan sahaja pada orang Melayu,tapi juga kepada bangsa lain.Setiap bangsa mempunyai hantunya tersendiri,kira ada trademark la.

Orang melayu:Pontianak
Orang Cina:Hantu lompat-lompat,kalau letak kertas kat dahi nanti dia berhenti
Orang jepun/Korea:hantu rambut rebonding
Orang Putih:Vampire

Masa kecik2..banyak kisah hantu yang tersebar.Tujuan mungkin untuk mengelakkan kanak-kanak mrayap sesuka hati.Antaraa hantu yang menjadi urban legend masa zaman aku kcik-kecik ialah:

1.Hantu purdah

Anak-anak dara zaman akhir 90-an mesti seram kalau nampak orang pakai purdah naik kancil kaler merah.

asal-usul:
Seorang pompuan nak cun,maka beliau pun memakai susuk(zaman tu botox tak glemer lagi derr).
pantang larang:tidak boleh melihat cermin dalam tempoh 40 hari.Tapi beliau degil.dengar org puji cun,maka beliau langgar pantang tu
Efek:Muka jadi hodoh dan beliau memakai purdah untuk menutup kehodohan wajah beliau itu
Penyelesaian:kena minum darah 100 anak dara,baru cun balik

Urban legend ni agak glemer area-area aku darjah 2-3 la time tu.Siap kata ada budak tempat aku yang dah jumpa lagi tu.ngeri betul

Tapi aku rasa punca kemunculan cerita hantu ini adalah sebab masa tu kan tengah glemer Arqam,yang waktu tu nak diharamkan.Kan wanita Arqam memang berpurdah.Mungkin kemunculan cerita ini untuk memomokkan orang-orang supaya takutkan Arqam.aku rasa la.
Lagipun masa tu kurang betul orang berpurdah,jadik asal nampak orang pakai purdah,maka aku dan kawan-kawan aku boleh jerit,"Hantu purdah!!!"Kesian betul wanita-wanita tu.

Masa tu juga ada seorang jiran aku yang pakai purdah.Beliau baik orangnya,tapi sebab cerita-cerita macam ni,aku jadik macam seram dengan beliau time tu.isk.isk(Ceh..padahal kalau beliau bagi makanan makan aje..hahaha)

2.Hantu T***k(Erkk..malu nak tulis.Patut kah tulis hantu Payudara)

Hantu ni glemer masa aku sekolah tadika.Dekat area tadika aku tu ada rumah kosong.Konon-konon kitorang nak buat markas la.Tapi,ada mak cik kacau daun cakap,
"dik..jangan masuk rumah kosong tu.ada hantu t***k dalam tu"

Aku pergi tanya mak angkat aku,hantu t***k tu buat apa.Makan budak ke.Mak angkat aku cakap,nanti dia nyorokkan budak dalam t***k dia yang labuh sampai lutut tu.Nanti orang carik tak jumpa.Muka dia hodoh sangat.Lepas tu badan dia busuk

Eeee...serius aku seram duduk dalam kepam-kepam tu..

asal-usul:tak tau.Terlebih suntik silikon kot

Punca kemunculan mitos:Nak menghalang budak-budak dari main nyorok-nyorok tempat berbahaya.mana la tau ada ular ke,sarang mat pit ke.Bahaya-bahaya

3.Hantu lebuh raya karak

Ni cerita dari mulut ke mulut.Orang kata ada sepasang laki bini lalu kat tempat tu.pastu kereta rosak.So si suami ni keluar la nak tengok apa-apa yang patut.dia suruh wife dia duduk dalam kereta senyap-senyap,jangan keluar unless suami dia panggil.
Tengah duduk-duduk dalam ekreta tu.dia perasan macam ada orang bergaduh atas bumbung kereta.Tapi dia buat bodoh je,teringat pesan laki dia.Tunggu punya tunggu laki dia tak datang-datang,sampai la dia tertidur.

Esok bangun pagi,dia terjaga sebab polis ketuk pintu kereta dia.Polis nak bawa dia beredar,dan pesan jangan pandang atas kereta,tapi dia degil jugak.Tengok punya tengok,rupanya mayat laki dia dah takde kepala..

Asal-usul cerita:tak tau.dan tak pasti kesahihannya,sebab tak tau bukti,mangsa yang mengalami semua

Itulah sedikit sebanyak kisah hantu glemer masa aku kecik,sekaligus membuatkan aku penakut dari dulu.Tapi sekarang dah tak dengar sangat dah kisah diorang,mungkin dah mengalami transformasi seperti:

1.Hantu purdah:dah buat plastik surgery.sekarang katanya murah kat siam sana.kat Singapore pun dah ada.Jadi,tak perlu darah lagi!

2.hantu t***k:Mungkin sudah membuang silikon berlebihan,ataupun mengambil produk Ombak Besar redux series.Takpun sudah berjaya sebagai artis di Hollywood,sekarang dikenali sebagai Pamela Anderson.Muahahaha

3.hantu lebuh raya Karak:dah berpindah di tempat lain,akibat arus pembangunan..Muahahaha

Friday, November 26, 2010

Mimpi ngeri yang saya alami

Kebelakangan ni aku selalu mimpi ngeri.Mungkin sebab tidur tak basuh kaki.

1.Mimpi kereta aku kena curi

Kronologi:

1.Dalam mimpi aku,dekat belakang SK Labis(sekolah rendah aku) ada pantai.
2.Rumah aku dekat dengan pantai.Betul-betul dekat gigi air.
3.1 hari tengok TV ada berita bagitau Tsunami nak berlaku dekat tempat tu.
4.aku gi parking kereta tempat lain.Kemudian kemas2barang(apakah???)
5.Bila nak angkut barang gi kereta,tengok kereta dah hilang.
6.Aku dan family berlari-lari ke Balai Polis,nak buat report.
7.Tengah-tengah buat report dengar bunyi hon.Tengok kereta aku ada kat luar,rupanya Mr Bean yang curik.Dia macam mencabar-cabar aku suruh kejar

Pencuri Kereta aku ni???

8.aku kejar pakai kereta polis.Jap lagi jam handset aku bunyik.Terjaga.Serius macam betul rasanya.

2.Mimpi kapal terbang habis minyak.

1.Aku naik kapal terbang,ke tempat yang aku sendiri tak ingat.
2.dalam berapa jam gitu,kapal terbang tu macam terbehenti kat langit
3.Ada announce,kapal terbang habis minyak.nak carik stesyen dulu.Penumpang diminta jangan cuak.
4.Tiba-tiba kapal terbang menjunam ke bawah
5.Aku terjaga sambil tercungap-cungap

Itu yang aku ingat agak detail.ada jugak yang macam tak detail.aku mimpi handset aku pecah la.mengapakah minggu ini macam dihantui mimpi-mimpi ngeri.Aku perlu dapatkan rawatan psikitiari(betul ke eja??) kah????

Tuesday, November 23, 2010

=(





Terasa mahu saja freeze kan hari ini.Biar ia tak berlalu.
Tapi aku tak mampu.

=(

Semoga aku jadi lebih kuat...

Friday, November 19, 2010

Opinion Please...

aku rasa macam nak private kan blog ni,sebab ada lagi orang tak reti bahasa mintak difollow lagi.So,apa pendapat korang?

Ok ke,tak ok kalau aku private kan.

Jangan bimbang,untuk loyal readers nanti,aku akan invite la walaupun aku privatekan nanti.Tapi,tinggalkan la email korang kat aku.

Tapi susah jugak,sebab ada antara loyal readers aku tak de akaun blogspot.

Ke camne?

Wednesday, November 17, 2010

Entri membodek di pagi AidilAdha

Selamat Hari Raya Aidil Zafuan,eh silap,AidilAdha kepada rakan-rakan sekalian.

Pagi raya aku adalah seperti biasa.Internet adalah kawan baikku.Cis,dasar tak gi solat sunat aidilAdha.

bagaimanapun,pagi ini,hati aku telah terkagum kepada hasil kerja seorang schoolmate aku iaitu Encik acid.

Acid!!!Apa jadah la ko post video lawa-lawa kat wall aku pagi raya ni!!kan dah teruja aku,hilang semangat dah nak makan rendang daging,sebab teringin nak makan nasi minyak sendiri.Wahaha

(Err.pengakuan ikhlas.Nanti kalau datang kenduri kawen aku,sila jangan mengutuk pengantin perempuan yang gelojoh dan kuat makan di meja makan.Penat kot kawen.mesti cepat lapar nanti)

Acid dah banyak capture dan post gambar lawa-lawa,tapi video dan gambar kawen wan ni memang betul betul buat aku gila bayang.makan hati woo tengok gambar lawa-lawa ni.

Ok la.Cakap banyak pun tak guna.Tengok la sendiri hasil kerja Acid ni:

Mak!!!Nak kawen jugak!!!!

Cun gila pic eja kawen!!!


Nak makan hati lagi???Tengok video wan kawen kat Facebook.dah macam video anak Naza kawen owh!!

video wan kawen(acid,lain kali upload kat Youtube jugak la)


Untuk menempah acid,eh jangan tempah dia,nanti bini dia marah.tempahlah perkhidmatan fotografi beliau.
Untuk keterangan lanjut,boleh ke blog Acid--->http://arphotostream.blogspot.com/

Owh,last but not least,ini gambar Acidnya,kalau korang nak kenal la ye:





haa.Acid yang kepala dia belah bawah tu,bukan yang pakai tudung tu tau.Tu wife dia,Masniza





p/s:acid,penat aku bodek.Sila bagi pakej istimewa masa aku kawen nanti

Tuesday, November 16, 2010

Don't kiss and Tell.Don't play and share

zaman sekarang zaman Facebook,semua orang kalau boleh nak buat akaun Facebook.Takde facebook takde urban la katanya kan.

Zaman sekarang juga zaman meletakkan segala benda,membongkar segala rahsia di Facebook,dari elok-elok semua benda tertutup rapi,sekarang terhambur keluar bak Gunung Merapi meletuskan laharnya.Korang ada tengok video latest pasal budak-budak sekolah(kot?),hingus tak kering lagi,selamba bercium dekat Bukit Bintang itu?Aduh,video ni memang bertebaran dekat wall Facebook,semua orang kan nak share benda tu.

Ulasan aku:ya,budak-budak itu memang salah melakukan aksi lucah di khalayak ramai,tapi pada aku mereka yang menyebarkan video itu juga salah.Memang lah korang mengutuk-ngutuk perbuatan tu,(ya,membenci perkara maksiat adalah serendah-rendah iman),tapi tolong lah jangan klik button share.

Mereka buat salah dah satu hal,yang kita senang-senang je dapat dosa free dengan share kan klip diorang.Memang dorang tak tau malu,tapi cukup jangan kita malukan mereka.

Pesan seorang kenalan,"Buat maksiat tu dah cukup berdosa,diam-diam sudah la.Tak perlu menghebohkan perbuatan maksiat tersebut"

Bukan hipokrit.Bukan berlagak alim.Aku juga manusia lemah.Sekadar nasihat dari seorang kenalan kepada kenalan lain.tak perlu menghebahkan maksiat dan dosa yang dilakukan,kalau dah terbuat,sedaya upaya sembunyikan.Tapi better jangan buat la kan??

Mahukah anda suatu masa nanti,jika ditakdirkan anda sekalian sudah jadi orang berjaya,juga dihormati,muncul gambar-gambar zaman Jahiliah tersebut.Mungkin anda boleh katakan,"zaman muda-muda,saya tak tau apa-apa"tapi dengan bayangan masa silam tu lah akan menggugat reputasi anda.

Mungkin anda kemaruk cinta,bergambar bertemu pipi dengan kekasih hati.tak takut kah nanti kalau cinta tak jadi bersemi,gambar tu kelak boleh memakan diri?nak-nak kalau time dah nak kawen dengan orang lain,tiba-tiba gambar tu muncul,bakal suami/isteri ternampak.Kalau dia boleh terima seadanya,tak mengapa,tapi kalau sebaliknya???

So,kesimpulannya:Don't kiss and tell,Don't play and share.kalau tak malu dah dengan manusia,cuba belajar malu dengan Allah.

Inspirasi entri:Video budak bercium kat Bukit Bintang

Monday, November 15, 2010

How to become a famous blogger?

It only takes 2 ways,

either you are

A beautiful girl with numerous self-taken pic

or

A Brilliant man with numerous good entries

Through my blogwalking along these blogsphere(What???I ever blogwalking???Tak pernah tinggal jejak pun??)

saya hanya akan komen entri yang saya rasa saya perlu komen,dan saya hanya akan follow blog yang saya suka baca,tapi ada juga blog yang saya suka baca,tapi saya tak jadik follower.

So,sila jangan follow saya,jika anda rasa anda mahukan follower.Sorry~

*Rasa macam pernah cakap pasal benda ni.Kalau those blogwalkers tu betul2 baca blog ni,dia takkan tinggal pesan macam tu kat shoutbox,suruh2 follow*

Aku pelik orang2 suka ramai followers ni.Tah hape2..Aku lagi prefer ramai silent reader,ataupun takde orang baca langsung,daripada followers ramai,tapi setahun sekali singgah.For what???
Kalau entri ko best,selera jugak aku nak follow.Ini entri tah hape2..Sekadar cerita kau makan apa ahri ni,esok kau gi koreng idung.tak malu suruh orang lain follow?Lain la kau bagi tips cantik ke,tips pakai tudung cun ke.Gigih la jugak aku nak tengok

Ok,aku admit entri aku tak best,dan blog ini cacamarba,so solution:tak payah follow la,sebab aku takkan follow ko balik.

Dah itu je,aku bengang dengan orang tak faham bahasa.

Stomachache

Hari lupa diri adalah semalam dan kelmarin.Hari ni hari balasan lupa diri

(sila baca entri ni jika anda adalah orang yang tahan bau..wahaha)

Aku sedang mengalami sakit perut yang separa dasyat.sakit itu disyaki dari usus aku,tang terasa agak keras sedikit ini.bagaimanapun,aku baru masuk tandas 2 kali sahaja hari ini.

Aku sering mengalami sakit perut.Perut aku ni perut high class gred A,bukan calang-calang makanan boleh masuk.Pantang salah makan kompem sakit perut.Bagaimanapun,aku dah mengenalpasti beberapa punca yang boleh memberi symptom sakit perut yang pelbagai:

1.Tak makan

kadang-kadang aku suka-suka je torture diri sendiri,dengan tak makan.Situasi ini sering terjadi kalau aku tengah takde mood,sebab bengang sangat ke,ataupun bz sangat dengan kerja,ataupun pola kehidupan terganggu,macam naik flight pergi oversea.nanti aku memang tak berapa nak makan.

sakit perut yang dialami:sakit perut berbentuk angin,yang boleh membawa ke arah sakit kepala,juga asyik sendawa dan perut berbunyi.

Penyelesaian:jangan makan waktu ini,nescaya akan muntah-muntah.Biasa aku akan minum teamix herbalife,dan sapu minyak panas dekat perut.Baring-baring sekejap.Setel

2.Makan daging banyak sangat

Ni sakit aku setiap kali raya haji.Mungkin kerana sifat daging tu sendiri yang susah nak dicernakan,ditambah pula dengan liatnya.Memang sakit usus aku nak bekerja.Tapi aku suka sangat makan daging.lagi-lagi kalau goreng dengan tepung KFC,sedap ohhh..

sakit perut yang dialami:Terasa keras di usus.Kentut yang berbaur daging.sembelit.(aku rasa ada sedikit sakit perut yang dialami sekarang.sebab kelmarin aku makan sup campur yang banyak daging)

Penyelesaian:Urut pakai minyak panas je.pastu makan limau bagi dia cerna

3.Makan bercampur-campur

Haa..ni pun aku rasa punca sakit perut yang aku alami jugak.Ko bayang,mula-mula makan Sushi,pastu makan Sup kat Ani Sup utara yang pedas gila nak mam***,pastu ko makan mashed potato,lagi makn kuey teow,pastu nasi goreng tomyam,pastu kek Secret Recipe,dalam masa 2 hari ini menu aku okehhh!!!

Sakit perut yang dialami:cam yang dekat atas,tapi yang ni macam lagi sadis sikit.Aku rasa cam sakit perut jenis ni jugak

Penyelesaian:sapu minyak panas.Tapi sekarang aku tengah takde minyak panas pulak>ish.ish.Minum air masak banyak-banyak.

4.Makan tempat kotor

kadang-kadang tengok kedai luar cantik decoration ala kampung bagai,jap lagi tengok dapur,decoration ala tempat pembuangan sampah pulak..Pastu makan daging al-ala tak masak lagi(siyes aku pernah termakan sate rasa hanyir lagi.dalam tak masak),pastu dalam nasik jumpa amcam-macam.

Sakit perut yang dialami:Diarhea

Penyelesaian:Minum teh pekat

5.Tangan basuh tak bersih

Terutamanya lepas main microbe.Yeah!!!Makan la kau nasik perisa E.coli.Pastu Diarhea..Wahaha..Kadang-kadang kita ingat cara kita basuh tangan tu dah betul dah.Main letak sabun,bilas-bilas.salah tu tuan hamba.Beginilah cara membasuh tangan yang betul:



Symptom:Diarhea
Penyelesaian:Seperti di atas

6.Period Pain

Ini masalah orang perempuan,once in a month.Nanti sakit yang ko rasa macam bergelora perut ko.Bak lagu Sudirman,Gerimis di lautan..mendayung sampan ke muara..."

Symptom:perut bergelora
penyelesaian:Letak air panas dalam botol.balut dengan towel,then letak atas perut.
Jangan amalkan amek panadol Menstraul yang kaler pink tu,dipercayai ada long term effect.
Kalau nak makan pil jugak,amek pil bawang putih.Sila dapatkan di toko jamu berhampiran

Sekian saja info sakit perut dari aku,kalau korang ada info lain.sila tambah ya

Friday, November 12, 2010

Poem la konon

Should I whisper to the lonely moon,
without any stars accompany by her side?

Should I whisper to cold breeze,
to fly my sorrow away?

Should I whisper to a broken heart
Just to tear her into pieces?

Should I whisper to a flying sparrow
Without her chirping my words to others?

Should I whisper to a shining sun
To burn all the hatred and sadness?

Should I listen to the voice
Like a storm in the heart?

Should I believe my own heart,
Follow her guide,
Hoping the right path?

Should I believe the illusion,
blind my eye
from distinguish any frustation?

Should I ask all the stupid questions????


P/s;aku merepek

Tuesday, November 09, 2010

Aku bukan reptilia

Aku rasa sekarang aku macam  dah termutasi.Dulu aku sangat tak tahan sejuk,tapi sekarang aku dok la panas sangat.selimut tu dah jadik hiasan je atas tilam.

Aku tak tau sama ada ianya sebenarnya penyakit atau tidak,atau cuma sistem badan aku je yang pelik.Dulu kan,aku selalu je kesejukan pada waktu yang tak sepatutnya.Macam balik kuliah orang lain kepanasan,tapi aku dengan peliknya pergi carik gebar(slang johor okeh)

Kalau aku pakai gebar brand dora,ok tak?
Kredit imej:


sesiapa yang menjadik roomate aku pasti merasa stress,sama ada aku suruh matikan kipas(kejam kan???),ataupun mereka tidur atas simen..wakaka..keji gila aku sebagai seorang roomate.Kalau dalam lecture Hall pulak,kalau dalam tempoh sejam,paling2 lama dua jam la,kalau orang tak nampak kelibat aku keluar pergi tandas,mereka harus bersujud syukur beramai-ramai dalam lecture Hall..Korang bayang,walaupun pernah kena sound dengan lecturer yang paling garang,

"Hold your pee!!"

Aku tetap tak takut.Pundi kencing tetap menjadi prioriti aku..hahaha

Selain itu,aku juga mengalami masalah tapak tangan berpeluh.Ini amat merimaskan terutamanya kalau aku nak pakai lab glove,melekit okehhh..rimas3x...Nasib baik aku tak apply jadik penyanyi,kalau tak mesti mic tu kerja la asyik menggelongsor.okeh . exaggerate.TOlong maafkan.Tapi tapak kaki tak sangat pulak.mesti sebab aku rajin spray dr mist kat tapak kaki.Ya,terbukti Spray dr mist berkesan menangani perpeluhan tapak kaki.tapak tangan aku tak pasti,tak pernah try.

Letak kat jerawat pun ok,bagi jerawat hilang


symptom kesihatan aku yang agak tidak best juga ialah aku ada waktu selera makan yang pelik.ada 2minggu aku akan kuat makan,dan ada minggu aku takkuat makan,tapi bukannya aku diet,cuma aku tak selera.Kadang tu 3 hari tak makan nasi pun aku boleh tahan lagi.tapi aku perasan kalau datang time tak de selera makan tu,mesti hidup aku macam kucar-kacir,ke hidup kucar-kacir menyebabkan aku tak selera makan.Tapi simptom ni baru je berlaku,bukan sejak semulajadi.

Symptom seterusnya adalah pelupa.Aku ni kuat makan semut ke hapa!kadang-kadang benda penting pun boleh terlupa,macam nak keluar makan,tapi lupa nak bawak kunci kereta.Apa kau larat nak jalan kaki jauh2 tengah hari buta????buat pengetahuan,kat lab tempat aku buat kerja ni takde tempat makan,nak makan kena keluar.kalau kau keluar jalan kaki je,boleh,sampai tu sampai,tapi jangan buat masa kebulur,nanti tak sempat ko nak makan.eh,tapi macam pelik pulak nampak orang jalan kaki kat tengah2 SILK,wakakakaka..

Symptom pelupa ni aku macam ada penyelesaian sikit la,sebelum keluar ,aku cek2 balik barang,Tapi kadang2 kalau tergesa2 takut tertinggal pulak.aku rasa nak tampal to-do list je kat meja.Silap.Bukan to-do-list,tapi to-bring-list.

sekian saja topik saya pada hari ini.aku pun tak tau apa relevan topik reptilia kat atas,reptilia pun pelupakah????

Saturday, November 06, 2010

Kemudahan yang saya impikan

Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada.begitu juga dengan saya,yang kadangkala tidak mengamalkan sikap Qanaah(bersederhana) dan cukup dengan apa yang ada.Saya selalu mengimpikan banyak benda,agar dapat melunaskan sikap kurang rajin(tak boleh sebut pemalas.negatif tu) saya,akibat hambatan waktu dan tuntutan kerjaya

Saya telah membuat pemerhatian ke atas  kemudahan dan benda-benda yang terdapat di sekitar saya.Benda-benda itu bagus dan memudahkan sebenarnya,tetapi saya masih tidak puas hati lagi kerana saya memang Pe-KURANG RAJIN(carik sinonim sendiri okeh).jadi saya amatlah berharap agar ada mana-mana saintis dan inventor terbaca blog saya ini,lantas mendapat idea bagus untuk membuat peralatan dan kemudahan tersebut:

1.Cadar Katil yang boleh tegang sendiri

Kadang kala eh,selalu kala,saya mengamalkan tidur lepas subuh.Oleh sebab itu la saya lambat sikit nak kaya,sebab saya telah menutup pintu rezeki saya sendiri.Apabila bangun,saya sedar bahawa saya telah lambat ke lab,di mana ia akan menjejaskan timing saya untuk membuat labwork.keadaan ini memaksa cadar katil saya kurang dimanjakan dengan sepenuhnya,dan apabila saya balik lab,saya akan berasa marah kerana cadar itu tidak tegang.

saya berharap agar terdapat para saintis yang boleh mencipta cadar katil yang boleh tegang sendiri,tak kisahla menggunakan teknologi elektromagnet ke,radioaktif ke(eh mampus termutant aku karang,bangun2 tido jadik superman pakai seluar dalam kat luar,malu ko).Mungkin material cadar yang mampu menanggung berat badan manusia tanpa diberi tekanan merenyukkan boleh difikirkan

Lihatlah dunia,machonya diriku berspender di luar


2.Mesin basuh sekali boleh keringkan baju sekali iron terus

Walaupun di rumah sewa menggunakan mesin basuh automatik,namun kadang kala menyidai baju terasa satu beban.apatah lagi basuhan telah siap pada pukul lapan setengah malam ketika anda sedang menonton buletin utama.Karang terlepas isu semasa,takut juga digelar mahasiswa katak di bawah tempurung.Terpaksala saya menyidai baju di luar rumah sambil menguatkan volume tv,dengan harapan tidak dimaki jiran tetangga macam kan kau sorang nak tau keputusan pilihan raya batu sapi.

Kalau boleh ironkan terus lagi bagus.Lebih mudah urusan untuk saya ke lab selepas ini tanpa segan silu memakai tudung renyuk seribu

3.Seat kereta dan cermin kereta yang boleh ejas sendiri mengikut pemandu

Kira ni kita boleh set user kat kereta.Misalnya:kereta share laki bini.laki tunjang nak mampus,bini ketot gila.kan susah tu tiap kali tukar driver,tiap kali tu kena ejas.

saya berharap agar ada sistem boleh set kedudukan cermin dan ketinggian seat kereta,agar tidak susah untuk mengejas,cuma switch user mode je.alah,macam style penimbang Tanita saya.Boleh simpan sampai 5 maklumat tinggi,berat dan jantina pengguna.Tak perlu nak set bagi tiap-tiap pengguna tetap untuk setiap kali naik.Mudah bukan.kalau tak,setiap kali nak drive lepas tukar driver,setiap kali tu la nak betulkan itu ini.Leceh nyah,leceh..

4.Hand bag yg ada alarm kalau barang penting tertinggal

Ramai wanita selalu mengalami masalah tertinggal dompet la,kunci kereta la.Itu la.ini la.Bukankah bagus apabila terdapat handbag yang dapat memberi isyarat amaran jikalau tertinggal barang penting.Ala,bukan alarm kuat sampai mengganggu pun.Juz macam alarm yg kalau pintu kereta tak tutup rapat tu.

senarai barang penting mungkin boleh disetkan,atau diberi identification melalui kaedah scan ke,yang mana barang-barang itu boleh ditukar senarainya jika pengguna menggunakan barang baru,macam semalam pakai wallet Levi's pasar malam,tiba-tiba hari ni menang Power Root saya boleh jadik jutawan tu,terus bergegas beli purse kat butik LV kannnn.pengguna boleh terus scan purse baru tu dekat cip identifikasi dan tadaa..barang terus disenaraikan sebagai barang berharga.Jikalau barang itu tiada dalam handbag anda,maka alarm akan berbunyi berkali-kali.

5.Tanda masjid(bukan masjid daerah) yang bersih

Err..mampu kah impian ini tercapai.Ini main point aku sebenarnya untuk entry ni.Ceh hilang bahasa budak menulis karangan SPM.aduhaiii..tak tau la mengapa tandas masjid selalu kotor,padahal Islam agama yang menitik beratkan kebersihan.kalau setakat kotor-kotor sikit takpe la,pejam mata la sikit,ini dah taraf pampers bersepah di sana-sini,najis tak diflush.Aduh..orang Islam ke ni?

tadi aku ada masuk satu tandas,di sebuah masjid kampung.Sedihnya hati aku la haiii...Terbantut selera usus aku nak menjalankan proses penyahtinjaan.Keadaan yang tak mampu diceritakan di sini,takut korang baru lepas makan la kan.

Meemang kita tak boleh nak expect jadi as clean as RnR,dan jangan hanya mengharapkan ajk masjid dan tukang cuci tandas je nak bersihkan,pengguna sendiri amek la peranan.Pandai-pandai la buang sisa kekotoran diri sendiri dan keturunan masing-masing.Ambil peranan masing-masing.

Aku rasa masjid kena buat slogan sendiri letak kat depan tandas tu
:Najis kita,tanggungjawab kita:

ada berani?????

Thursday, November 04, 2010

Lagu-lagu etnik yang aku minat

Ni arina la ni yang menyingkap kenangan lama.Nak kena ciuman hangat budak ni.Hahaha

1.Cokek Mok Bolot




lagu Ni acik a.k.a Hafeeza Zawawi yang ajar aku.Dorang set-set Kelantan ni rajin benar menggunakan vocab yang berbaur unik.Salah satu perkataan yang aku suka dengar ialah Bolok.
mereka selalu menggunakan perkataan itu kepada Acik.So,aku macam terpikir,eh apakah maksud perkataan ini.Sampai satu tahap,aku gi tanya sorang budak kelas aku jugak(Muzakkir) tentang maksud perkataan ini.Beliau tergelak dan berkata,Bolok itu tidak boleh digambarkan dalam perkataan.

Oleh kerana aku bengang semua Kelantanese takmo explain perkataan Bolok kat aku,aku set Ringtone lagu ni kat Acik setiap kali beliau call.

Tapi......
Satu keajaiban berlaku.semasa satu kelas kat Lecture hall pulak tu,beliau pergi call aku,dan paling UNBELIEVABLEnya,aku tak silent henset!!!!

Apa lagi,serta merta aku jadik selebriti kat dewan Kuliah.Nasib baik aku dianugerahkan muka setebal simen,telinga sekeras kuali dan gaya selamba ala superstar(eh adakah similariti antara mereka),aku buat2 carik mana arah bunyi tu jugak,konon-konon tak tau la.

Good job!Good Job!

Err..anyone tau maksud sebenar Bolok di sini?

2.Ayam Den Lapeh



Lagu ni aku dengar masa bila tah,seraya aku tertarik dengan melodi lagu ini.Sebab macam klasik macam mana tah.Nenek Anita Sarawak pulak tu nyanyi.Vogue you All!!!Berkat air wuduk katanya.

Eh,cakap pasal Anita Sarawak,dulu adik aku yang mana tah,kalau tengok Anita sarawak ni perform kat Tv,mesti dia panggil mak aku cakap,"mama,mama,tengok sini.orang tua perasan muda ni nyanyi"
Kelas kau!!!!

Untuk pengetahuan jugak,aku pernah jugak karaoke lagu ni.Cuma pronunciation aku tak sehebat anak noghori sejati la.Oleh kerana aku mahu menyanyi lagi lagu ini lain hari,aku kena perbaiki pronunciation aku ni.ada anak-anak Negeri Sembilan sejati nak tolong.boleh2..

Kriteria utama:
-Berperwatakan dan berpenampilan seperti Aidil Zafuan &Zaquan Adha.

Kau mampu?????

3.Lagu banjar,Siti Ropeah



lagu ni kalau kawen ke majlis orang banjar,ada la beberapa kali aku dengar diorang main.Eh lupa lak nak cakap,aku ni banjar,tapi kada bisa barsurah banjar.Wakakaka

Err..lagu ni pasal laki ni berkenan dengan sorang pompuan,rupa manis,tapi nak B**** ganal..Err..maksud carik sendiri.aku nak buat2 tak tau..Hahahha..

Eh,kalau korang terjumpa maksud ke lirik bukan2 masa search lagu ni,aku tak bertanggungjawab k..hahahaha

4.Lagu jawa(dipetik dari ceramah ustaz  Akil Hayy



Aku ni tak la berapa berkenan dengan dia ni.Tapi aku admit la suara dia sedap,dan err dia agak ada rupa la jugak.Kira no wonder la Si Waheeda wassini tu boleh terpikat.hahaha.

Lagu ni banyak pengajaran sebenarnya,pasal kesungguhan orang2 Jawa masa berhijrah ke Tanah Melayu,makna yang lain aku tak tau sangat.

hehehe..anda ada lagu etnik yang best untuk dikongsikan?List meh.aku nak donlod
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja