Saturday, November 06, 2010

Kemudahan yang saya impikan

Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada.begitu juga dengan saya,yang kadangkala tidak mengamalkan sikap Qanaah(bersederhana) dan cukup dengan apa yang ada.Saya selalu mengimpikan banyak benda,agar dapat melunaskan sikap kurang rajin(tak boleh sebut pemalas.negatif tu) saya,akibat hambatan waktu dan tuntutan kerjaya

Saya telah membuat pemerhatian ke atas  kemudahan dan benda-benda yang terdapat di sekitar saya.Benda-benda itu bagus dan memudahkan sebenarnya,tetapi saya masih tidak puas hati lagi kerana saya memang Pe-KURANG RAJIN(carik sinonim sendiri okeh).jadi saya amatlah berharap agar ada mana-mana saintis dan inventor terbaca blog saya ini,lantas mendapat idea bagus untuk membuat peralatan dan kemudahan tersebut:

1.Cadar Katil yang boleh tegang sendiri

Kadang kala eh,selalu kala,saya mengamalkan tidur lepas subuh.Oleh sebab itu la saya lambat sikit nak kaya,sebab saya telah menutup pintu rezeki saya sendiri.Apabila bangun,saya sedar bahawa saya telah lambat ke lab,di mana ia akan menjejaskan timing saya untuk membuat labwork.keadaan ini memaksa cadar katil saya kurang dimanjakan dengan sepenuhnya,dan apabila saya balik lab,saya akan berasa marah kerana cadar itu tidak tegang.

saya berharap agar terdapat para saintis yang boleh mencipta cadar katil yang boleh tegang sendiri,tak kisahla menggunakan teknologi elektromagnet ke,radioaktif ke(eh mampus termutant aku karang,bangun2 tido jadik superman pakai seluar dalam kat luar,malu ko).Mungkin material cadar yang mampu menanggung berat badan manusia tanpa diberi tekanan merenyukkan boleh difikirkan

Lihatlah dunia,machonya diriku berspender di luar


2.Mesin basuh sekali boleh keringkan baju sekali iron terus

Walaupun di rumah sewa menggunakan mesin basuh automatik,namun kadang kala menyidai baju terasa satu beban.apatah lagi basuhan telah siap pada pukul lapan setengah malam ketika anda sedang menonton buletin utama.Karang terlepas isu semasa,takut juga digelar mahasiswa katak di bawah tempurung.Terpaksala saya menyidai baju di luar rumah sambil menguatkan volume tv,dengan harapan tidak dimaki jiran tetangga macam kan kau sorang nak tau keputusan pilihan raya batu sapi.

Kalau boleh ironkan terus lagi bagus.Lebih mudah urusan untuk saya ke lab selepas ini tanpa segan silu memakai tudung renyuk seribu

3.Seat kereta dan cermin kereta yang boleh ejas sendiri mengikut pemandu

Kira ni kita boleh set user kat kereta.Misalnya:kereta share laki bini.laki tunjang nak mampus,bini ketot gila.kan susah tu tiap kali tukar driver,tiap kali tu kena ejas.

saya berharap agar ada sistem boleh set kedudukan cermin dan ketinggian seat kereta,agar tidak susah untuk mengejas,cuma switch user mode je.alah,macam style penimbang Tanita saya.Boleh simpan sampai 5 maklumat tinggi,berat dan jantina pengguna.Tak perlu nak set bagi tiap-tiap pengguna tetap untuk setiap kali naik.Mudah bukan.kalau tak,setiap kali nak drive lepas tukar driver,setiap kali tu la nak betulkan itu ini.Leceh nyah,leceh..

4.Hand bag yg ada alarm kalau barang penting tertinggal

Ramai wanita selalu mengalami masalah tertinggal dompet la,kunci kereta la.Itu la.ini la.Bukankah bagus apabila terdapat handbag yang dapat memberi isyarat amaran jikalau tertinggal barang penting.Ala,bukan alarm kuat sampai mengganggu pun.Juz macam alarm yg kalau pintu kereta tak tutup rapat tu.

senarai barang penting mungkin boleh disetkan,atau diberi identification melalui kaedah scan ke,yang mana barang-barang itu boleh ditukar senarainya jika pengguna menggunakan barang baru,macam semalam pakai wallet Levi's pasar malam,tiba-tiba hari ni menang Power Root saya boleh jadik jutawan tu,terus bergegas beli purse kat butik LV kannnn.pengguna boleh terus scan purse baru tu dekat cip identifikasi dan tadaa..barang terus disenaraikan sebagai barang berharga.Jikalau barang itu tiada dalam handbag anda,maka alarm akan berbunyi berkali-kali.

5.Tanda masjid(bukan masjid daerah) yang bersih

Err..mampu kah impian ini tercapai.Ini main point aku sebenarnya untuk entry ni.Ceh hilang bahasa budak menulis karangan SPM.aduhaiii..tak tau la mengapa tandas masjid selalu kotor,padahal Islam agama yang menitik beratkan kebersihan.kalau setakat kotor-kotor sikit takpe la,pejam mata la sikit,ini dah taraf pampers bersepah di sana-sini,najis tak diflush.Aduh..orang Islam ke ni?

tadi aku ada masuk satu tandas,di sebuah masjid kampung.Sedihnya hati aku la haiii...Terbantut selera usus aku nak menjalankan proses penyahtinjaan.Keadaan yang tak mampu diceritakan di sini,takut korang baru lepas makan la kan.

Meemang kita tak boleh nak expect jadi as clean as RnR,dan jangan hanya mengharapkan ajk masjid dan tukang cuci tandas je nak bersihkan,pengguna sendiri amek la peranan.Pandai-pandai la buang sisa kekotoran diri sendiri dan keturunan masing-masing.Ambil peranan masing-masing.

Aku rasa masjid kena buat slogan sendiri letak kat depan tandas tu
:Najis kita,tanggungjawab kita:

ada berani?????

2 comments:

dari~ummie said...

aku sokong weh! aku pelik dgn diorg yg x reti nak flush dan tak reti nak bersihkan bahan kumbahan yg diorg hasilkan sendiri..susah sangat ke nak jaga kebersihan kat tandas masjid??ada ke harapkan org pulak pi flush taik dia..geram je aku..

Sayer Best said...

tau xpe.taik satu hal,pastu tambah tuala wanita,pampers bayi lagi.takde etika langsung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja