Friday, December 14, 2012

legoland!

Aritu weekend sesaje la aku balik melepas rindu di dada bersama keluarga tercinta,makanya adik aku yang baru lepas SPM tu ajak la pegi legoland.Memandangkan mak aku pun excited nak gi kali kedua(beliau dah gi dengan rombongan sekolah sebelum ni,maka sebagai anak solehah lagi mawaddah sakinah warahmah,aku bawak la diorang sekali walaupun dalam kereta membebel carik tempat.

Untuk sesiapa yang tak tahu lagi,Legoland adalah tempat pelancongan terbaru di
Johor Darul Awesome ni,selepas JPO dengan hello kitty land,ke hello kitty dulu,ah tak kisah la janji awesome.tema utama adalah lego,dan permainan-permainan untuk hiburan seisi keluarga.Seisi keluarga really means SEISI KELUARGA sebab mak cik aku yg pakai wilca pn datang sini jugak,so klu nak ajak ucop wilcha dating kat sini pun takde masalah.

Masuk kul 10 gitu,beratur gitu gini dkt pukul 10.45 kan baru dapat masuk,kejadah la datang time cuti sekolah kan.so masuk la.basically info ringkas ceggini lah:

nama saintifik:Legoland Malaysia
Harga tiket:
day pass
on paper:dewasa 140,budak 110
kalau ada ic malaysia:dewasa 110,budak tak tau la berapa
nak diskaun lagi,tempah online 7 days in advance dapat less 25%
nak diskaun utk bebudak,beli susu dutch lady 500 ml klu x silap,belakang ada kupon,beli 1 tiket dewasa,dapat 1 tiket budak
nak lagi murah:pergi setelah anda berumur 60,dapat diskaun warga emas jadi rm90
nak free:suruh adik beradik keja legoland,sebab staf boleh dpt bpe tah tiket free
nak free tp xde adik beradik keja legoland:panjat ikut mana-mana pagar,at your own risk
annual pass: rm 275 dewasa,boleh guna setahun,main sampai lebam
keluasan:mak aku kata 5 hektar.mana mak aku tau pn tak sure.beliau ukur kot,jangan main-main,mak aku cikgu matematik


zon:ada 7
1.miniland:tempat replika bandaraya besar cm kl,singapore,dan bangunan bersejarah daripada lego,kemain rajin buat,aku dulu main lego dapat siap sebijik rumah pun dah besar rahmat
2.the beginning: starting jumpa dia.ada customer service,mini market,kedai lego,surau ,mesin atm dan cafe mahal
3.imagination:
ada banyak jugak la game dan ada viewing tower.tapi aku masuk 4d movie je,nanti kena pakai spek khas tengok kartun lego,gila macam real ko,terasa dibaling-baling oren bebetul lak,sebab images mmng nampak real.pastu ada game ko kena guna kekuatan ko,nak tarik seat naik atas,tapi tu tak sempat main
4.kingdom of lego:ala-ala filem omputeh yg ada castle tu.game banyak,tapi kalau rasa terror cam aku boleh naik the dragon.roller coaster kepala naga.gila seram sampai adik aku yang aku tak penah dengar dia jerit sejak lahir pun boleh jerit.adik aku lagi sorang lak tak terjerit sebab terkedu.
5.technic:ada akademi lego yg mana korang boleh buat kereta lego ke,plane lego ke pastu try gerakkan,ada roller coaster pakai kereta(yang ni main mcm boleh nak putus jantung),kereta pusing-pusing,game pusing-pusing kt air pastu kena tembak.
6.adventure:ala-ala indiana jones,kena masuk gua tembak mumia dgn spider pakai laser,pastu naik sampan sampai tempat tinggi pastu kena gelongsorkan laju-laju,bumble bee dan macam2 lagi
7.land of lego:tempat untuk bebudak,ada main padam2 kan api la,plane academy la,ni tak main sangat sebab budak2 sangat


tips:
1.jangan pergi time cuti sebab orang penuh,nak tunggu turn main sampai sejam.digalakkan pegi time cuti umum negeri anda sahaja,kecuali johor je la
2.makanan kt dalam mahal,tapi luar pagar ada medini mall,ada la fast food harga standard kt luar,harga makanan kt dalam sandwich bodo pun rm12,air mineral sebotol rm2.50,makanan luar tak dibenarkan masuk
3.pakai sunblock dan bawak payung,dalam tu panas macam gurun
4.beli tiket online,murah dan cepat nak check in
5.tempat solat dan toilet duduk banyak,tapi toilet bowl,paip,bangunan toilet dan surau tu dari batu,bukan lego.aku kemain la ingat toilet tu dari lego.
6.kalau nk survey dlu sebelum main,try train dia nanti dia bawak keliling taman
cara pegi:
dari highway plus,keluar exit senai,pas tol straight je(klu 1st exit tu gi jpo) jumpa lagi satu tol,pastu carik signboard nusajaya nanti carik signboard
parking:banyak dan setakat ni free
kesimpulan:ok la sebagai tempat jalan,tapi mainan tak banyak cam genting.hotel dengan water theme park under construction dan dijangka siap 2014.
okeh,penat review.nak komisen,boleh?
Firaun Lego
Depan Surau
Putrajaya
Budak bajet steady dalam kereta pusing bolehla,naik roller coaster terketar-ketar
cute!
Menjana pendapatan tambahan sebagai tourist guide selepas SPM

Friday, November 23, 2012

Sibuk tengok kain orang,kain sendiri terselak-selak

menaip guna tab,leceh tapi tak tertahan rasa hati.Lama kot tak meluah perasaan dalam blog sendiri,apa guna ada blog kan?

Sekadar meluahkan isi hati.Aku tak tau adakah culture keja gov itu sendiri,atau orang di sekeliling aku,ataupun aku je yg touching lebih.haha..tapi aku perasan,mereka suka sangat pertikaikan kerja org lain,even kau pun tak tau apa kelayakan org tu,apa org tu belajar,dan apa yg mereka ada sampai mereka layak untuk jawatan tu,tapi kau tak.contoh aku bagi adalah hosmet aku(i hope they dont read this insyaAllah..matiler takut).Aku selalu dipertikaikan sebab kerja senang katanya,tak perlu multitask,sedangkan she need to multitask,answering phone while writing on reports,than she is better at multitasking,then dia balik lewat,aku balik lambat,senang kata tak perlu berhempas pulak.Aku juga pernah ditanya PAR mengenai bidang tugas dan apa kos aku belajar(damn patutlah kau kerja PAR je kan,kesian).

Pada awalnya,aku bermulut baik,malas nak melayan,tapi dah asyik sangat cakap macamtu,aku reply dengan 1 pernyataan yg lepas tu terus dia tak bising,"takpelah kak,keja sikit,janji gaji banyak.lagipun kerajaan bayar saya kerja sampai 5.30,lainlah akak,duduk opis punch pukul 1 pagi,dlm tu tgk youtube pn boleh claim jugak"---->jahat kan..buahaha...Untuk PAR tu pulak aku jwb,yelah,dekat industri,kilang yang jaga quality safety produk tu QA/QC,degree in food tech belaka tu,takkan org gov nk lower qualification and experience dari diorang,mati kena lauk la nanti.

Tahla,pada aku senang je,sentiasa bersangka baik dan jangan sibuk hal orang lain.kau tak tau job scope orang,peribadi orang,kau jgn mengata.sebab bagi aku,orang yang sibuk dengan kerja sendiri,takkan pernah ada masa nak tengok orang lain sibuk ke tak,buat keja ke tak,melainkan kalau kau penyelia org tu la,memanglah kena tengok anak buah.Lagipun,ada beza jawatan@kedudukan,kau nak expect officer 24 jam menaip report je,takpun fotostat kertas,angkut barang mcm kau buat(itupun aku angkut barang sendiri,packing goodies bag sendiri 150 beg tu bro!),sebab kekadang officer pun malas nak suruh orang lembap cam ko yang sibuk nk tengok,nk tau kerja officer,sedangkan kerja sendiri tak terbuat.

Sunday, November 11, 2012

Kalau dah kaki belit tu

Ada satu hari tu tetiba aku pelik,banyak la pula trafik masuk dari forum cari.Tetiba fefeeling la mana la tau keluar gosip aku dengan aiman redza ke,shaheizy sam ke.Serta merta aku pun klik la link,dan redirected ke forum petua kecantikan dan fesyen,membawa ke subforum mengenai salahs atu produk yang didakwa membakar lemak.

Rupanya mak aiii..dia dah salah interpret entri aku,untuk justify kebagusan produk dia!Ni yang aku menyampah ni,aku tulis lain,dia faham lain,tak pepasal orang dalam tu blame aku jugak kan.

Untuk keterangan lanjut,sila klik sini.Baca apa dok dia interpret.

Tapi salah aku jugak,tak cerita betul-betul pasal pengkelasan produk.Jadi entri kali ni,aku nak jelaskan sebenar-benarnya:

1,Kenyataan 2 yang disalahfaham:

Produk kami diluluskan KKM.Tak caye ni no pendaftaran(tapi dia bukan MAL code)


Maksudnya:
-Yang mengeluarkan MAL kod adalah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.Sila baca lebih lanjut di web mereka sendiri-->Web BPFK.Tapi yang perlu mendaftar dengan mereka adalah(ni aku cilok dari web diorang)"



a. Pharmaceutical products containing scheduled poisons.
b. Pharmaceutical products containing non-scheduled poisons (OTC)

c. Traditional products
Includes:
+ Homeopathic medicines
+ Ayurvedic medicines
+ Medicated plaster
+ Herbal teas
+ Dietary supplements eg. Spirulina, Chlorella, Royal Jelly, Bee Pollen, Aloe Vera juice, Noni juice, Extract of chicken with herbs
d. Veterinary products


Kod-kodnya pulak:
MAL(8 angka) diikuti kod di bawah

  1. o X – ubat yang tidak mengandungi racun berjadual (ubat yang boleh dibeli di kedai-kedai farmasi tanpa preskripsi)
  2. o T – ubat tradisional/ semulajadi
  3. o C – pengilang berkontrak
  4. o E – untuk export sahaja
  5. o R – ubat dibungkus semula
  6. o S – ubat dari sumber kedua

so,mana-mana pengilang yang konpius,tak tau nak decide produk dia bawah apa,sila la kira berapa peratus aktif ingredients awak tu



2. Kalau dah produk-produk tersebut terang lagi nyata adalah dalam bentuk makanan yang banyak(contoh:kopi,koko semua tu),automatically ia adalah makanan.

3.Tapi,jangan la hip hip hoorey sangat,produk aku makanan,jadi tak payah daftar MAL code,tapi,ada tapinya,anda kena la mematuhi Akta Makanan 1983,antaranya:

-Tak boleh claim produk anda boleh menyembuhkan sebarang penyakit kronik
-Tak boleh claim produk anda 100% asli(contoh kopi dengan 100% tongkat ali asli)
-Tak boleh claim produk anda tu boleh membakar lemak,membekalkan sebarang jenis vitamin,membaiki sel,melainkan dengan claim seperti:contoh susu kan ada protein,jadi bilang pengilang susu tulis,mengandungi protein yang boleh membaiki tisu-tisu tu takpe
-Tak boleh claim produk anda adalah yang terbaik


4.Produk yang mention nama blog aku tu,kekonon tak perlu MAL code bagai,better check it out.Kalau memang anda bawah farmasi(sebab teh herba),anda perlulah berdaftar dengan mereka,tapi jika anda bawah Food,sila clearkan balik pernyataan anda tu.

5.Sekian,terima kasih

Saturday, October 13, 2012

Ini blog perempuan- Murtabak Maggi dan Telur Bistik

Sepanjang aku berblog ni,rasanya tak pernah pulak aku menulis resepi.Maklumlah kan,I ni dah lah tak reti masak,pemalas pulak tu.kih3...

Bulan ini kewangan aku agak meruncing kerana membayar road tax dan 3 saman bernilai RM100 setiap satu,maka aku menyahut saranan Dato' Seri Najib 1 Malaysia agar menjalankan langkah penjimatan.Jadinya,aku pun mengehadkan aktiviti makan di luar,lantas memasak untuk kegunaan sendiri. Style aku ni pulak,kalau dah beli sesuatu bahan mentah tu,sepanjang minggu tu itulah aku pulun buat masak,tapi boring pulak makan masakan sama hari-hari.Jadi,aku pun mempelbagaikan masakan untuk satu bahan yang sama.

Tema minggu ini adalah

"Daging Kisar"

Dengan menggunakan daging kisar ni,kita boleh buat macam-macam resepi. Boleh buat spagetti Bolognese ,lasagna ,pakapau dan lain-lain lagi. Minggu ni aku buat maggi bolognese ( kuah guna bolognese,tapi pasta dia maggi sebab malas nak gi kedai carik spagetti..wakakaka), telur bistik dan murtabak maggi.. Jadinya hari ni aku nak letak resepi murtabak maggi dengan telur bistik.Bolognese tu tengok je Iklan Prego Chef Riz tu haaa..

Resepi 1: Murtabak Maggi

Rupa huduh takpe,janji rasa sedap



Bahan-Bahan

2 Bijik Telur
1 bijik bawang besar yang dipotong halus
4 ulas bawang putih yang dihiris nipis-nipis
sedikit daging cincang yang telah digoreng(aku guna Ramly's je)
Mee segera(nama je Murtabak Maggi,tapi boleh je pakai Adabi ke,Mee Sedap ke,tapi nak best pakai yang perencah kari punya)
Lobak merah-Aku pakai frozen mix vegie je.dasar pemalas

Cara-cara

1. Rebus maggi macam biasa la.tapi lepas tu janganlah tambah perencah pastu hirup.kalau camtu baik aku letak resepi maggi biasa je.Lepas kembang toskan dan asingkan dulu.
2. Gaulkan serbuk Mee Segera dengan hirisan bawang besar,bawang putih dan mix vegie
3.Pecahkan telur,pastu pukul la telur tu.Masukkan la semua bahan-bahan tadi termasuk maggi yang dah rebus tu.Kacau sampai sebati ala-ala macam nak buat telur dadar
4.Panaskan minyak dalam kuali
5.Pastu masukkan la adunan korang tu sikit demi sikit.Bentukkan la comel-comel dalam kuali.Balikkan-balikkan permukaan tu.Jangan sampai hangit lak.
6.Agak-agak dah garing, angkat.sedia untuk dihidang.

2.Telur Bistik

Bahan-bahan  A

2 bijik telur(Pecahkan la kan,jangan masuk dengan kulit sekali)
.1/4 potong daging kisar(yang sama seperti resepi murtabak Maggi tu)

Kuahnya

Sos Pasta(Kimball ke Prego ke..ikut la mana ada dalam gerobok rumah)
1 inci halia-hiris

1 bijik bawang besar yang dipotong halus
4 ulas bawang putih yang dihiris nipis-nipis
3 sudu besar cili boh/cili kisar-Ikut la.Kalau nak pedas,silakan tambah,sendiri sakit perut,sendiri tanggung
Garam secukup rasa


Cara-caranya

1.Bahan-bahan A dipukul pakai garpu sampai  sebati,pastu goreng macam buat telur dadar tu pastu toskan.Pastu letak dalam pinggan.Eh,berapa banyak pastu
2.Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sampai naik bau.
3.Masukkan cili boh/cili kisar.Goreng sampai pecah minyak,jangan pecah kuali sudah la
4.Masukkan la sos Pasta-Agak-agak.Kalau rasa nak pekat buat banyak la.Kalau dah buat tetiba rasa macam terpekat sangat,tambah la air kan.Ikut tekak korang la
5.Ejas-ejasla rasa ikut tekak.
6.Agak-agak dah ok,gi curah je kuah tu atas bahan A yang dah letak dalam pinggan tu




Oleh sebab aku pemalas and ni untuk makan sorang je,ala kadar la rupa beliau.Tapi agak-agak kalau nak hidang kat mak mertua,boleh la tambah tomato ke,mix Vegie ke.Ikut kreativiti masing-masing.




Sunday, October 07, 2012

Kebenaran tentang makanan kesihatan:mitos dan fakta

Wah tajuk,kemain.bajet serius kan.Takpe,entri ni semi serius.

Sejak kebelakangan ni,banyak sangat produk kesihatan yang berlambak-lambak kat pasaran.yang paling glemer kompemlah nak kurus.Selain tu sekarang ni hebat kau,nak putih pun boleh main telan pil je,papp,besok menjelma lah kau jadik Snow White.

Tapi ada satu kepelikan berkenaan suatu situasi,setiap tahun semakin banyak produk kurus keluar,dulu main pil-pil je,zaman sekarang dengan susunya,minumannya,majalah diet berlambak,tapi zaman sekarang makin ramai orang gemuk.Contohnya,pada 1996,peratus orang obese hanyalah 4.4%,tapi 10 tahun lepas tu iaitu pada 2006,peratus tu naik 3 kali ganda menjadi 14.0 %,dan pada 2011 ianya menjadi 33.6% (Mohamud et,al.2011).Pelik bukan?

Sekarang,mari kita melihat claim yang selalu diwar-warkan oleh ejen produk kesihatan(sebab selalu manufacturer takde benda,dia pandai,sendiri tak tulis kat label,biar ejen je bising lebih-lebih,nanti aku bagitau kenapa):

Kenyataan 1:

Produk kami bukan ubat,drugs,kami hanya makanan kesihatan tambahan

Fakta:Kenyataan ini memang la betul,bukan auta.Tapi faktanya kebanyakan company cuba mengelak risiko diklasifikasikan sebagai ubat,sebab nanti leceh,banyak sangat prosedur,pendaftaran nak kena ikut.Jadi untuk mengelakkan kelecehan berlebihan,maka mereka akan meletakkan bahan aktif (collagen,tongkat ali,gingko billoba,etc) kurang daripada 20%,makanya jika ia kopi kollagen,ianya klu bawah peraturan makanan 1985,dudukla sebaris dengan Ipoh white Coffee 3 in 1.So,oleh sebab dia bukan duduk bawah ubat,ianya ikutlah peraturan makanan,kena berapa persen kopi,dan tak perlu berdaftar pun dengan KKM.

Cuba korang bayang,kalau 1 sachet tu ada 15 g serbuk kopi la kekonon,peratus tongkat ali tu memang akan kurang dari 20% sebab kalau lebih takdenya boleh jual kt tempat biasa-biasa,farmasi je.Memang ciput sangat la.Takdenya menambah kekuatan tenaga batin engkorang tu.

Kenyataan 2:

Produk kami diluluskan KKM.Tak caye ni no pendaftaran(tapi dia bukan MAL code)

Aha..pernah jumpa bendalah camni.Pastu dekat laman web setepek letak surat pengkelasan produk kekonon diiktiraf KKM lah,

Sambungan daripada kenyataan 1,untuk makluman korang,pengeluar yang tak pasti produk dia dok bawah ubat ke tak,makanya boleh la pergi kt bahagian food mintak food yang kelaskan dia food@ubat.Kalau ubat,dia hendaklah mendapatkan nombor pendaftaran dekat bahagian farmasi(alah,nombor yang ada MALXXXXXXK tu).

Tetapi,ada certain company menyalahgunakan surat pengkelasan produk yang dikeluarkan KKM tu,iaitu dengan meletakkan nombor rujukan surat pengkelasan tu dekat produk,which is a big no no.Surat tu adalah untuk mengkelaskan produk dan bukannya untuk tujuan pengiklanan.Food tak pernah keluarkan surat kelulusan produk,melainkan untuk ais dan air mineral/air minuman berbungkus je.Kalau ada jajan ke,kopi ke bagitau ada kelulusan KKM,penipu besar tu.

Kenyataan 3:

Produk XXX adalah susu terbaik di dunia

Perasan tak kalau claim macam ni tak pernah diletakkan di label produk,cuma diwar-warkan di FB penjual produk,pastu tag gambar orang lain..grrrr...Sebab apa manufacturer tak letak,sebab kalau dia letak jugak,makanya dia telah melakukan kesalahan dari segi perlabelan,dan boleh menyebabkan kena DENDA okeh. Jadinya untuk langkah bijak,ajar la ejen-ejen skrip terancang.so,dia takdelah kena denda sebab tak diletak di dalam label.

Kenyataan 4:

Produk XY telah berjaya menurunkan berat saya sebanyak 75 kg

Sebenarnya kan,bukan produk tu punca utama korang boleh turun,tapi sebenarnya adalah Kalori defisit.Imagine,breakfast amek produk tu ( 180 kcal),malam pun amek produk tu lagi (180 kcal).So baru 360 kcal.Kalau pompuan biasa standard la kena amek 1500 kcal,jadinya ada baki dalam    1140 kcal.Melantak set lunch McDonalds baru 900 kcal.Sebab tu la memasing claim "Boleh kurus walaupun makan Mc D dan tak bersenam".aah,memanglah kurus tapi bukan kurus dengan cara yang sihat.Cipta kalori defisit macam tu memanglah boleh kurus.

Kebaikan meal replacement ni pulak,dia dak pack nutrisi dalam tu,pastu kurang lemak.jadik instead of korang cekau nasi lemak pepagi buta,sekurang-kurangnya berkhasiatlah sikit breakfast tu.Tapi tak merasalah nikmat makan real food tu.Personally,aku ada jugak amek produk Herbalife,tapi takdelah bergantung sangat,kekadang amek bendalah Fornula 1 tu masa breakfast je,malam aku makan Real Food macam salad sayur ke,oat campur skim milk ke,boleh jugak turun berat.Pastu tambah dengan bersenam,jadi tak payah la bergantung harap dengan produk sangat.

Pesanan penaja:

Terpulang pada diri masing-masing untuk consume makanan kesihatan atau tidak.Sendiri punya duit,sendiri punya body,sendiri fikir perlu@tidak.jangan main amek je sebab terpengaruh dengan iklan@kawan-kawan.Nak amek produk pun perlu ada ilmu barulah boleh berkesan.
Satu lagi,jangan over the limit ye.Kang elok-elok nak sihat,terus masuk wad.Contohnya,jangan terlebih protein,nanti burden kat buah pinggang.Terlebih vitamin C bazir je sebab dia akan keluar dalam bentuk air kencing,kekonon nak cun amek vitamin C banyak-banyak,hasil takde.Semak keperluan diri,jimat poket,kesihatan terjaga.

Edited:aku tak faham kenapa ada penjual produk meyalahgunakan entri aku,tak pepasal aku yg kena kondem..haih..sila baca penjelasan lanjut di sini


Saturday, September 29, 2012

Sihat sangat ke makanan kau tu?

Aku terpanggil menulis post ini dgn semangatnya setelah berbulan-bulan tak menulis.Thanks kepada kawan-kawan fb kerana banyak me,beri ilham menulis melalui status-status mereka.

Antara yang menarik adalah mengenai persoalan yg mempersoalkan kewajaran saintis yang dedulu kata kekonon kopi tak bagus,sekarang kata bagus,dulu kata kacang soya baik,sebenarnya konspirasi amerika tu je.

Pegangan aku ialah:takde dalam dunia ni natural food yang terlalu baik sampai kau boleh makan tanpa limit,dan takde natural food yang terlalu merbahayakan sampai kau kena jauhi(melainkan yang terang-terang diharamkan dalam quran kerana mudaratnya melebihi manfaat seperti arak dan babi).kenapa aku sebut NATURAL food,sebab dalam discussion nk aku excludekan over processed food yg berlebihan additive,yg additive setakat preservative conditioner pn aku msuk skop jgkla he..haha,ngelat.

Aku sungguh tak faham dlm dunia ni ada org terlampau mengharamkan sesuatu jenis makanan yang halaltanpa sebab yang kukuh,dan ada golongan yang terlampau taksub dgn sesuatu makanan sampai nak makan benda tu je.Pada aku,setiap makanan yang allah cipta dalam dunia ada hikmahnya,dan nabi tak pernah amalkan makan secara vege je,tp baginda pn x makan daging setiap hari.Keyword untuk menentukan sesebuah makanan tu sihat@tak adalah kesederhanaan.

Contoh mudah,kopi,secawan memang ada fungsinya,boleh tingkatkan alertness,tapi dah minum 6 cawan sehari,memanglah jem kepala ko,silap2 esok boleh jalan.malah,oat yng dikatakan baik untuk jantung pun,dah kalau overdose boleh menyebabkan kanser kolon kau tau!tadi aku baca buku dr zubaidi pun beliau kata even air kosong yang baik tu kau minum overdose pn boleh menyebabkan sawan sebab dia mencairkan mineral2 dalam badan dan juga boleh menyebabkan badan jadi lemah.itu patient tu baru minum 4 liter tu,tu yg aku pelik kekadang produk diet suruh customer minum sampai 5 liter sehari,senangkata minum 8 gelas je dahla,melainkan kau membanting tulang di bawah panas mentari.

Kesimpulan,dalam hal makan minum ni,ikut betul-betul sunnah nabi,makan selepas lapar,berhenti sebelum kenyang.amekla pelbagai jenis makanan yang halal dan tak over processed secara sederhana..insyallah ok sahaja

Saturday, August 11, 2012

Mencuba untuk mengetab

Test-test one two three..saya budak jakun.kejadah camne nak post pakai tab ni macam susah gila kau.


Friday, July 27, 2012

Tips untuk pencari pekerjaan

Baru ni HQ aku keja nak pakai ramai orang.Makanya,aku gigihlah promosi di laman-laman sosial berkaitan,khususnya untuk coursemate dan juniors aku.Ramailah menghantar resume dan ada beberapa orang bertanya tips interview kat aku.Aku ni nak kata hebat tu memanglah takde,keja kuli-kuli sahaja,memang tidak padanlah untuk memberi nasihat dan panduan.saja aku nak share pengalaman aku.Alhamdulillah,to date,aku tak pernah la fail interview,ada yang kena reject sebab aku belum grad time tu.Ni aku share sikitlah yang mana tau.
1.Perkara paling asas sekali adalah RESUME.Benda ni first sekali employee akan tengok sebab dalam apa-apa permohonan,orang akan attach resume.aku tak nak la hurai format resume terbaik,sebab aku bukan selayaknya bercakap tentang itu.Tapi pastikan semua detail adalah komprehensif,tak payah la berjela-jela sampai lima-enam muka surat.KORANG INGAT DORANG BACA KE?
Ni tak,sekolah tadika kat mana pun tulis,jadi ketua kelas tahun 6 Melur pun tak perlu sangat sebenarnya.Yang paling penting highlitekan pengalaman dan kelebihan korang yang memenuhi tuntutan jawatan tu.Contoh kalau post anda misalnya untuk PTM di JAKIM,tak perlu highlitekan sangat skill lab tu,tapi tonjolkan skil yang lebih outstanding,seperti pernah menyediakan manual halal semasa internship,ataupun korang pernah kerja as staff KFC ke,jangan la just tulis kerja gitu,tapi highlite yang korang didedahkan dengan food quality system kt KFC tu ke,untuk nampak lebih outstanding.
2.Jangan bersifat kurang asam dengan ajen pencari pekerjaan anda.
Hoi!ni aku kena,ni pun point aku tulis entry ni sebenarnya.Wakakaka..Yelah,aku ni biasa-biasa je,entah-entah yang apply pun cakap,alah akak ni entah sapa-sapa je post jawatan tu kt FB,silap-silap cleaner kt KKM je.Antara kekurang asaman yang aku terima selepas aku post iklan jawatan kosong tu kt FB ialah:
1.Menghantar email memberitahu nama,skill lab yang vavavoom,edu background panjang lebar,TANPA RESUME.Dik,awal-awal akak rejek k.
2.Bertanya,betul ke post tu bukak kak.mcm mana tau?Engkorang ni,aku bagitau pun dah cukup baik ok!Mementang aku tulis job aku Italian MAfia,terus pertikai ye.Kalau ada iklan keja,nak apply,then apply.jangan pernah pertikai pasal orang yg bukak offer tu.Even aku ni kerani ke,aku baik apa bukak kt korang k.
3.Banyakkan membaca topik berkaitan jawatan
Kalau swasta,search pasal company tu.kalau nk keja kerajaan,bukak web spa.gov.my,baca dekat deskribsi jawatan tu.nanti korang akan tau fungsi tugas semua.Selain tu,baca isu semasa berkaitan kementerian@jabatan yang dipohon,contoh kalau nak apply keja Kementerian Kewangan ke,baca la pasal belanjawan-belanjawan segala tu.
4.Konpiden
memang la nebes segala,tapi malam interview tu tido awal,pastu bangun awal,buatla solat tahajud ke,hajat ke.Pastikan pagi tu makan,kalau bulan puasa ni jangan tak sahur pulak.sebelum masuk bilik interview tu baca Bismillah ke hape ke.
5.Bersedia
Dalam 3 hari sebelum interview pastikan kelengkapan semua ada,sijil-sijil dokumen segala kena ada.Kalau jenis cuak kebebehhh sangat,baju,tudung dan kasut interview tu iron awal-awal.Google sekali jalan nak ke tempat interview tu untuk mengelakkan kelewatan di kemudian hari.
Itu je la kot,kalau buat tips ni then kemudian kata lah berjaya,say Alhamdulillah la ye..babai

Monday, July 09, 2012

how to choose your spa?

Tahun ni aku agak busy.Tengok la berapa entry je aku mampu nak tulis.Lihat,bagaimana blogger tegar boleh menjadi begitu liat sekali menghapdet.Magik bukan?

Oleh kerana agak sibuk bekerja,jadi sekali sekala time gaji aku rajin la menyinggah-nyinggah spa di sana sini.Actually dari zaman belajar dulu dah rajin dah,cuma bila time kerja ni bertambah-tambah la rajin,kiranya business cards yg ada dalam aku punya holder memang penuh la dengan name card owner spa.Kelas gitu.

Tujuan aku rajin mengunjungi rumah urut spa ni bukanlah nak jadik jelitawan kalah Neelofa bagai.Takdenya kulit aku bersepuh macam mandi dalam susu.Karat macam tu jugakkkkk..Nak ngate aku pergi spa tiap bulan tapi tak cantik jugak?Biarlah..duit aku kan...wakakaka..So,tujuan aku berspa adalah:

1.As a treatment untuk diri sendiri.

Penat-penat kerja sebulan,time ni la nak bermanja-manja.Hari-hari biasa nak mandi susu,mandi rempah bagai,mana nak dapat?Plus ada aromatheraphy massage yg boleh kendurkan urat-urat tegang tu.Maklumlah,aku ni keja drive sendiri,tak harap sangat kereta jabatan.Pulak tu selalu weekend balik johor,tu yang lenguh urat belaka.

2.Untuk kecantikan

3.Release tension 

Oleh kerana aku rajin ke spa,jadi aku kat sini inginlah memberi tips bagaimana memilih spa yg ok,sebab ada je kekadang aku gi spa treatmnt macam t**i,urut pun rasa tak rasa je,buat facial sampai tumbuh jerawat besar.

1.Ketahui reputasi

Nampak je spa cambest,baca review dulu.Sila google...Kekadang spa tu ko nampak cikai je dari luar,tapi servis..fuh..marbeles tip top.

2.Lihat lokasi dan kesesuaian

Sesetengah spa berlokasi tidak logik,seperti di atas hentian bas,tapi exception la klu bagi anda yg sementara nk tunggu bas nak balik rumah mak mertua sesaja nak bagi muka cun sikit kan.Sebab tujuan asal berspa adalah nk bertenang tenang bermanja manja,selesakah anda jikalau tengah syok mandi susu fefeeling Cleopatra tetiba dengar bas baik punya honnnn.

3.Pergi dulu spa dan lihat keadaan sebelum buat appointment

Setelah membuat kajian,better call spa dulu untuk appointment sebelum main terjah je.Ini adalah untuk memastikan pekerja spa bersiap sedia untuk menyediakan keperluan anda(sediakan air,minyak,barang-barang facial) instead of walk in.Keadaan yang perlu diperhatikan adalah:

-Kebersihan premis
Pastikan tub tak berlumut.Tak bersepah.Takde bau hapak(trust me,aku pernah bau spa berkuap okeh!).
Juga boleh tanya pasal sponge yang dia pakai.Berganti tak antara customer dgn customer lain.Anda ada hak untuk itu sebab anda customer okeh!

-Produk yang digunakan
Ini penting terutama jika anda ada sejarah hitam dengan sesetengah produk.Contoh pernah pakai produk jenama XX,pastu tumbuh jerawat sebesar tahi lalat kak pah,so jangan la amek risiko kan.Kalau cas kulit diva nak mahal je,clinique ada je spa sendiri.So,pilih kesesuaian

*tapi ikut aku,aku dah tak buat facial kt spa dah.sebab sekarang aku prefer buat sendiri kt rumah je.

-Kebersihan pekerja
Sambil tu jeling-jeling sikit pekerja,kuku hitam ke tak,pembersih ke tak.sebab dorang ni la yang akan buat facial kt muka korang!so part sini kena particular sikit

-Qualification pekerja

Biasa spa akan gantung di dinding-dinding mereka sijil kemahiran daripada mana-mana akademi@kolej komuniti,bukan main tangkap muat saja.Buatnya tersilap urut camne.tak menggelabah.Sekurang-kurang dengan ada sijil tu,ada la qualification sikit.kalau tak,instead of mengurut kat spa,baik ko gi urut kt nenek sedara aku yang tukang urut orang bersalin tu.Lagi bagus.

-Suasana

Sesetengah orang akan rimas dengan bau-bauan dan muzik bali@jawa@thai.Ini ikut spa.Ada yg konsep Thai memang cam siam je la duk dalam tu.Ada yg konsep modern dok bukak lagu mozart je.Kalau bali tu biasa aromatherphy dia bau ala-ala rempah gitu,klu modern biasa bau lavender.Ikut minat korang la.

-Pakej dan harga

Jangan dok demand diva kalau sengkek.Beria nak cerewet bagai,tapi duit takde.Mengabihkan boreh yo!Pilih ikut kesesuaian.Sesetengah ada ala-carte,ada yang best pakej.Pakej pun memacam,ada pakej pengantin,pakej lepas bersalin,pakej kedekut.Ikut korang la.

Nak murah:
sila rujuk web milkadeal tak pun groupon.

4.Buat appointment pada tarikh@hari yang bersesuaian
 s
Kalau boleh jangan pilih weekend tengahari@petang,sebab akan ramai orang.By the time ko punya turn,ada jenis spa tak ramai pekerja,dia dah tak larat dah nak picit-picit ko.Jadi sila pilih weekday(sama ada ko mintak cuti@lepas waktu kerja tapi jaga-jaga la tak semua spa bukak sampai malam) ataupun weekend pagi.

Peringatan lain:
*Kalau korang nak kawen,jangan ngengade last minute gi spa.takut facial tak sesuai rosak muka.Amek la dalam 3 bulan sebelum kawen,then berulang dalam 2 kali sebulan,baru nampak hasil.
*pilih spa muslimah.yang lelaki tak boleh masuk.
*sila jaga aurat anda.jangan bogel dalam spa.Pastikan badan tu tutup pakai kain batik,dan JANGAN bagi pekerja spa menyentuh kemaluan anda.Bahaya okeh!Kalau buat rawatan payudara tu memang akan ada dia sentuh juga,tapi kalau dah sampai main nipple tu baik korang sound sikit.
*amek tips dari pekerja spa.Kalau rajin borak banyak tips,setakat ni aku dah dapat tips penjagaan payudara.hik hik.sambil tu boleh belajar cara dorang urut semua.

Antara spa yang best yang aku pernah pergi dan highly recommended:(area kajang-bangi-cheras je)

1.mykakijamu

Lokasi:Giant cheras dekat area highway Kajang-Cheras.dalam Giant,tempat tersorok tapi dekat dengan my mom's chicken rice

Linda Onn punya adik yang punya.Aku try urut refleksologi je,tapi pekerja dia urut serius sedap.RM20 untuk 30 minit tapi dia urut sampai lutut.Suasana ala Bali.Aku tanya jugak pakej lain,dia kata ada pakej urut 2 jam RM120(full package siap mandi rempah,tangas bagai).Worth trying.

2.Shena Aroma Spa

Lokasi:Seksyen 7,Bandar Baru Baru Bangi.Sederet dengan Restoran Urat Keting
Konsep:campur

Aku tru urut+mandi rempah+sauna=143.Massage dia best lega sendi aku.Suasana agak privacy sebab satu bilik ada satu katil dan satu tub je,so korang takkan berseksian di depan orang lain.

top two of my list!

Senarai nak dicuba:

1.Seputeh kapas,Sungai Merab(maybe somewhere in bulan puasa aku try)
2.Serenity Spa(seri Bangi)

okeh,sekian saja review aku,sesapa terbaca dan nak share spa yang best,sila la~

Wednesday, May 30, 2012

Happy belated belated birthday to me

Cis..apesal la aku boleh lupa pulak nak update blog sempena birthday aku?!bukan itu sahaja,sepanjang bulan birthday aku?!ini tidak pernah terjadi sepanjang gua berblog.selalu paling-paling cipan pun selang dalam seminggu gitu.tapi ini sebulan tidak hapdet blog.memang over.

Thanks for the wishes and birthday presents.Tahun ni dapat suprise yang mengejutkan,which I appreciate them very much =)..Anyway,dah 24.Tahun depan dah 25,dah suku abad,dah tua..ehehehe

Setahun gap 24 nak pergi 25 amat amat mencabar.yes,transition state yang amat kejam.The worst thing is when u are accidentally attracting 'unwanted' people.bahaha..ayat cas perasan cun aje kan..tapi tu masalah besar aku semasa nak naik umur 25.Dasar orang tak hot,sekali kena ngorat terus perasan kan.aku tau korang nak cakap camtu T_T

Dalam umur ni mula belajar mengenai kematangan,dalam kerja,kehidupan dan soal hati.Mungkin tak semua sesuai diceritakan di sini,kerana ada ruang yang perlu,untuk aku jaga hati aku,dia dan mereka yang terlibat.Cukup aku katakan dalam setahun ini kehidupan agak menduga kesabaran aku.Sekali dua mudah ditepis,berkali-kali memang menangis.Tapi semua tu asam garam dalam kehidupan,aku perlu lalui dengan tenang,sabar dan redha.

Apapun,banyak lagi tak tercapai dalam usia 24.Segan kot aku.Sultan Muhammad Al_fatih umur 21 dah tawan Kostantinople, aku ni umur 25 ketahanan diri sendiri pun tak tertawan.Mark Zuckenberg Yahudi tu umur 25 dah jadi antara 100 orang paling berkuasa di dunia,aku umur 24 nanti nak jangan kata berkuasa di dunia,berkuasa di Taman Tenaga pun belum tentu,sampai anjing pun TAK TAKUT dengan aku, berani kejar aku.EH,cerita kena kejar anjing ni memang betul,nasib baik aku sempat lari laju-laju.Memang tak dapat la dia gigit aku.Prinsip aku dalam kejadian tu,jatuh sekali,tak bermakna kena gigit akhirnya,sebab walaupun aku jatuh akibat putus selipar,aku masih berjaya bangkit dan berlari sehingga ke tangga.
Akibat kejadian itu: Tapak kaki kiri aku parah dan luka,manakala kaki terseliuh kedua-dua belah.Dapat MC 2 hari.Hari ketiga boleh drive balik JOhor.Tegar bukan???

Perancangan menuju umur 25:Aku nak jadik orang yang lebih terancang dan berdisiplin.Tu je..
Perkara yang baik aku telah lakukan menuju umur 24:Kurangkan marah.Sekarang ni aku dah jarang sangat nak marah,sebab aku jadik malas nak layan kalau ada benda-benda jengkel.

Itu je..Babai..hahaha


Monday, April 30, 2012

Saya ada jual jus yang boleh sembuhkan semua penyakit.Anda mahu beli?

Kebelakangan ni banyak betul produk-produk baru keluar di pasaran.Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Ceh ceh pandai betul aku berperibahasa semenjak balik induksi ni.

Aku ada satu habit,sejak zaman belajar lagi.Di mana aku selalu menyalahgunakan duit kerajaan yang diberi untuk pembelajaran bagi tujuan mencuba produk-produk kesihatana dan kecantikan terbaru di pasaran.EH,jangan tuduh aku geng Adam Adli yang pinjam PTPTN tak bayar tu.Mek dapat scholarship OKEH!Lepas belajar bersenang lenang tanpa hutang.Okeh abaikan keriakan aku tadi,point yang aku nak highlite adalah mengenai ketaksuban aku mencuba produk-produk terbaru kat pasaran.Untuk apa lagi kalau bukan untuk cantik,langsing,untuk bijak dan lain-lain lagi.

Zaman ketaksuban aku sangat teruk.Keluar produk baru kt Mingguan Wanita,aku try.Lepas tu sekali tengok ko,produk beribu-ribu khasiat ada.Nak cantik?Nak kurus?Kulit tegang?Elak kanser?Elak menopos?Semua dalam satu you!Minum jus bla..bla bla..zappp kompem ko cantik.Minum kopi itu ini,kompem mulus esok hari.

Tidak la dinafikan bahawa ada produk yang memang ok,memang boleh dipercayai,dan produk yang aku makan tapi tak menjadi tu mungkin tak sesuai dengan badan aku.Tapi...sesetengah claim yang disebutkan tu agak over,dan menyalahi undang-undang.

Antara kepercayaan karut dan kepoyoan MLM dan produk-produk sengal yang perlu diambil perhatian:

1."Produk ni bagus.Kalau makan memang complete semua nutrient dalam badan.Lepas tu boleh elakkan sakit jantung,mati pucuk,malahan gila meroyan pun boleh sembuh!"

Tahukah anda,jika terdapat mana-mana produk makanan dan minuman yang membuat claim tersebut,maka mereka telah menyalahi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.Dahla takde bukti saintifik,atau sekurang-kurangnya kajian ke.KEcuali lah,mereka melabel dengan nutrient yang kompem ada dalam makanan/minuman tu.Contohnya susu Dutch Lady letak kat label dia
"Mengandungi Kalsium yang boleh menguatkan tulang".Itu takpe,itu adalah fakta beb.

Ini tidak.Kopi kau la boleh sembuhkan segala penyakit.Macam tu farmasi boleh tutup,kat hospital dispense je kopi kau tu.Kompem sembuh segala penyakit rakyat Malaysia.

2."Produk kami ni la natural.Tak macam ubat hospital.Banyak chemical!"

Kih..kih...Kena banyak membaca la kakak,abang.Adakah anda fikir bahawa bahan-bahan herba semua tu takde bahan aktif@chemical?Skeurang-kurang ubat kat Hospital dah kaji kesan,sebab tu boleh tau segala side effect bagai.Ada satu produk kulit yang aku pernah try sampai menggelupas kulit hidung aku.Akak kt spa tu claim,"Produk ni natural dik.Takde bahan kimia,dibuat daripada extract buah-buahan".Sudah lah mahal.Sekejap lagi balik rumah tengok kat packaging ada ethylparaben.Adakah ethylparaben itu nama sejenis buah yang kita makan sebagai pencuci mulut?

Cis,baik aku beli Sebamed camtu.

3.Produk kami ni bagus,sebab doktor pakai,nutritionist minum.Sistem MLM kami pun bagus sebab ada ustaz join(Okeh,ini terkeluar)

Tak semestinya sesuatu produk tu bagus hanya sebab ada profesionals join.Korang kena faham,dorang dah join,mestilah nak kumpul downline,sebab tu la keluar semua fakta,fatwa dan kebaikan bagai.Diorang pun manusia biasa jugak.

Kalau nak kata sesuatu perbuatan/minuman/apa-apalah tu baik sebab profesionals buat,ia tidak valid,sebab dalam dunia ni ada je doktor hisap rokok,pharmacist ngisap dadah,ustaz skip semayang subuh,dan Food Tech makan jajan Twisties dan Super Ring.Eh eh macam terasa je.

4.Produk ni boleh kuruskan badan.Tak perlu susah-susah nak senam,nak jaga makan bagai

Senaman bukan hanya untuk kurus,senaman untuk kesihatan.Bukanlah senaman beria bagai sangat pun.Kalau tahap pemalas sangat macam anak badak,apa kata kau cuci je tandas dengan bilik air yang berlumut tu.Bilik air bersih,mandi pun selesa,plus peluh keluar,otot-otot bergerak.

Jaga makan pun penting.Ni tak,produk makan pastu minum kopi letak 3 sudu teh gula.Mana la boleh camtu.Penat je beli produk bagai,badan memang slim,tapi hujung-hujung dapat diabetis jugak.Dah la 2 juta rakyat Malaysia berpotensi dapat diabetis.

Senang cakap,tak perlu la taksub sangat dengan produk korang tu.Kot ye pun nak meniaga,tolong lah carik point yang tak membodohkan customer.Aku tak la blame semua product tu tak berguna.Aku sendiri pun penah amek Herbalife nak kuruskan badan,tapi takdelah taksub kata tak perlu bersenam bagai.Still kena amalkan cara hidup yang sihat,walaupun sekarang aku skip sebab tak sempat.kih..kih alasan sungguh.




Friday, March 09, 2012

Botol susu bernombor tujuh

Dah lama tak menulis.hari ni mahu menulis.Tapi takde idea.Maka mahu menulis mengenai hal kerja.

Isu terbaru adalah mengenai botol susu.Banyak gila botol susu di pasaran.Tapi camne anda nak memilih botol susu yang terbaik,dan kurang memberikan risiko kesihatan kepada anak-anak anda.

Okeh,mula-mula kita kenali dulu kod plastik.Kod ni anda semua boleh la tengok kat bawah botol-botol.Bukan setakat botol susu anak saja,malahan di bawah botol air mineral pun ada.


Makanya,no 1 pakai sekali je(ni biasa kat botol air minuman berbungkus).Pastu carik no 2,4 dan 5.Itupun,jangan ngengada tuang air panas dalam tu.SUhu tinggi boleh menyebabkan chemical migrate dalam air teh o panas korang tu.Ada faham??

Sekarang yang tengah kecoh-kecoh ialah no 7.Sebab apa?sebab ia mengandungi BPA(Bisphenol A).


Antara risiko yang boleh terjadi akibat bendalah ni:

-Chromosomal disruption
itu yang banyak saya gay,saya ok tu.hahaha

Mangsa BPA


-Carcinogenic
Cancer.Terutamanya cancer yang melibatkan organ seks,iaitu cancer prostate,ovary dan apa-apa lah lagi organ seks yang korang ada.Eh,gaya macam banyak je.Wakakakkaka.

-Masalah lemah tenaga batin
Mati pucuk la senang cakap.kalau pompuan lak susah nak lekat.

Jadi,kalau nak pilih botol susu anak ni.Sila lah jangan terpengaruh bulat-bulat pada logo BPA free pada botol susu tu.Kekadang nipu lebih.Tapi ni tips yang aku boleh bagi berdasarkan pengamatan:

1.Botol nombor 7 ni nampak macam botol kaca.Plastiknya jernih la.kalau yang biasa tu kan macam berkabut-kabut sikit.Tu la korang,nak yang cantik,jernih je.last-last anak jadik Ratu Pondan Thailand.Camne tu?

2.Kalau botol tu plastik jernih nampak macam ada BPA.Tapi kat bawah cover dengan plastik kaler-kaler>susah gila aku nak terangkan.Nak paste gambar kang rahsia kerajaan pulak.takpe aku google jap.


Kekadang kat bendalah kuning tu tulis BPA free kan.Jangan cepat terpedaya!korang bukak penutup belah atas tu.Ngendap ke dalam.Nanti nampak la dekat botol plastik tu ada nombor tujuh.jadi bendalah kuning tu functionnya adalah nak menutup plastik yang bernombor tujuh  yang berBPA itu.

Itu saja.Majulah botol susu untuk bayi-bayi.Terimalah slogan aku untuk hari ini:

Tanpa BPA,bayi selamat.

Sekian,terima kasih





Sunday, February 19, 2012

14/2-->setahun sudah

Aku benci dengan kejadian camni,iaitu kejadian tidak sempat hapdet blog sewaktu hari kejadian.Wah,begitu banyak sekali kejadian dalam satu perenggan.Apakah kejadian?

Sewaktu golongan ramai asyik mengepost pasal valentine day,aku juga sibuk excited meraikannya,bukan Valentine okeh,tapi tarikh setahun aku keja iaitu 14/2/2011.Haha,gile mengada tarikh setahun keja pun nak sambut kan.Sah gewdiksss u~

Aku nak tulis panjang-panjang pun takde idea,sebab dah backdated sangat.Tapi dalam setahun ni ada banyak pengajaran:

1.Alam belajar tak sama dengan alam kerja.Dulu knowledge yang kau belajar,sekadar teori,tapi sekarang dah kena praktikkan.Contoh,dedulu aku belajar food regulation,siap hafal kau satu persatu,tapi tak tau guna dia camne.Dah keja baru faham cara baca regulation dan kegunaannya.Mula la terkial-kial nak cari lecture notes lama.Tula,lepas exam terus masuk buku dalam kotak kan.

2.Knowledge keep evolved,especially when you are dealing with technology and industry.Kau jangan la fikir kau dah hebat sangat dalam bidang kau tu,sebab teknologi makin canggih,manusia makin bijak,makin fikir keuntungan.Kalau dalam bidang aku ni,siap la kalau ko bodoh,malas membaca,masak kau kena dengan orang industri.Dulu time belajar takdelah jumpa binatang DEHP tu bagai,bila kerja,nak tak nak segala food alert,segala inovasi baru ko kena updated.Orang industri memang pandai,akan carik benda yang boleh hasilkan profit,memudahkan keja diorang,dan kau kalau tak bijak macam diorang,kau akan digelakkan di belakang,seriously.

3.Politik tempat kerja.Depan kau mulut manis macam gula,belakang ko bisa menggigit macam kerengga.Setahun awal ni aku tak kenal lagi golongan talam dua muka ni,tapi bila benda tu supposed adalah rahsia,dan takde siapa patut tau melainkan aku dengan kau,dan suddenly benda tu jadik bualan,sah lah kau yang bawak mulut,kan talam?



4.Kau duduk bawah jadik kuli,semua benda yang orang atas arahkan,walaupun kau nampak benda tu bodoh dan menyusahkan,kau kena buat.Saya yang menurut perintah okehh,buat je.Yang kena maki kau,yang kena marah kau.Bila mengadu masalah kat orang atas pun tak guna,diorang tak nak tau apa masalah kau,yang diorang nak cuma benda tu kena jalan je.

5.Ada kawan yang boleh gantung harap.Teamworks itu penting.Ada colleagues yang boleh jadi kawan aku curah perasaan,pujuk aku time aku sedih,siap jadi member hang out lepas office hour lagi,dan ada yang aku anggap macam akak sendiri,abang sendiri.Alhamdulillah,takdelah semua jahat kan.

6.Target aku?Aku nak setelkan semua part aku dalam POA.Hahahaha.. Banyak sungguh benda nak dibuat.Aku harap dapat setelkan semua tanpa sakit-sakit otak,sakit-sakit kepala.Tahun ni juga aku tak nak campurkan soal peribadi dalam kerja,sebab benda tu akan jadi merumitkan,seriously.Tahun ni keja,keja,peribadi tolak tepi.Bukan la tahun lepas aku bawak masalah peribadi dalam pejabat,tapi masalah peribadi terjadi di pejabat.Camne tu?



Korang semua doakan la aku untuk tahun ni.Bukan untuk orang lain,untuk korang jugak.Berkhidmat untuk rakyat katanya,hahahahaha.Akhir kata,terimalah kata-kata hikmah dari aku:

RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
SALAM SATU MALAYSIA
GAJI SBPA BILA NAK BAGI BANG NAJIB OIII?

Thursday, February 09, 2012

Aku.yang.bosan

Haritu bukan main tak hapdet blog,alasan busy keja.La ni bercuti err tak la lama sangat,tapi sangat la bosan gila-gila babas.

Seumur hidup ni,sejak masuk tadika,aku rasa aku tak pernah cuti lama-lama sangat.Jadi bila dapat cuti yang agak lama,aku rasa kehidupan aku agak lemau ko tahu.Ni je aktiviti yang aku buat kat rumah sepanjang cuti seminggu ini:

-jadi driver mak ke bandr
-membasuh(mesin auto je pun) dan menyidai
-Memasak pun tak sangat,sebab xde orang sangat kt rumah.Mak aku tak makan lunch sebab kenyang
-kemas sikit-sikit je.Rumah takde orang sangat,so takde sepah-sepah
-online..yuhuuuu

Ko tahu boringnya tahap dewa 19 beb!

Mesti pelik kenapa aku kata aku tak pernah cuti lama.Mari aku hamparkan kronologi kisah hidup aku dan cuti-cuti terpanjang dalam hidupku:

darjah 1-form 5:Time ni jangan harap la ada cuti panjang.Paling-paling tidak pun cuti akhir tahun dalam dekat-dekat dua bulan

Abes SPM:

Sebulan abes SPM,aku terus masuk Maahad Johor.Backup takut result SPM aku teruk dan mengisi masa lapang belajar ilmu agama,juga mencari jodoh.Ceh ceh..Aku stay MAahad sampai la aku dapat matrik.Aku keluar 14 Mei,dan 16 Mei aku dah mendaftar matrik,so rehat cuma 2 hari je.

Time Matrik

Cuti paling lama bagi mana-mana pelajar kolej Matrikulasi cuma 1 minggu,itu pun termasuk cuti Hari Raya.

Abes Matrik

Matrik abes dalam hujung bulan 4 kalau tak silap aku,dan daftar IPTA 2 Julai.Jadi aku cuti dalam 2 bulan lebih je.Time ni dihabiskan dengan belajar kereta dan mengikuti kelas komputer.Ada la mengisi masa lapang sikit-sikit.

Time Degree

Standardlah cuti sem adalah dalam dekat-dekat dua bulan.Tapi jarang lah dua bulan full aku duduk rumah,ada je aktiviti itu ini,takpun nak siapkan assignment.Paling hardcore masa final year,gigih gila buat final year project(err..last minute la tewwww),sampai aku rasa aku balik kampung 2 minggu je.Sob..sob..tapi rindu weii zaman tu

Lepas Degree

Aku abes present laporan Latihan Industri 14 Mei(birthday aku yang ke-22),lepas tu menganggur kejap la kat rumah dalam dekat-dekat dua bulan jugak la.Sebab awal bulan Julai aku dah lapor diri kat UPM untuk master,yang kemudiannya aku cabut lari.Hahahhaha

Time MAster sekejap

Takde masa nak cuti sangat,sebab hari-hari umpama cuti bagiku.Wahahaha..Buat research kan,so kena tunggu proses 5 jam la,24 jam la,so sementara tunggu mesin run 5 jam tu,sempatlah kita balik rumah tido,eh tak tak,gi library baca buku,tak pun search journal kat internet.

Sebelum Lapor Diri untuk keja

Aku dapat surat rasmi suruh lapor diri 1/2,aku resign master 7/2,aku lapor diri 14/2.So time berehat-rehat adalah selama seminggu.

Time Keja

Cuti paling lama aku amek adalah selama 10 hari.Tapi itu tak bosan,sebab melancong ke Jordan dan Syria.Tapi ni aku amek cuti 3 hari je,tapi sebab bersambung cuti maulid,cuti Thaipusam,maka ianya jadi panjang,dan aku bosan.Huahua Hua

Korang pulak,apa korang buat kalau cuti lama-lama?Marilah bantu aku mengubati kebosanan...

Monday, February 06, 2012

Once you go black,you'll never get back

(maksudnya..kalau dah hitam tu,hitam jugak,pakai fair and lovely pun tetap takkan putih)

Eh tak..tak..sungguh kurang sopan bukan jikalau aku yang bertutur sedemikian...

Black yang aku maksudkan bukanlah black warna kulit,sebab aku bukan racist,dan juga bukanlah Black Mentor,sebab dia tak hot macam Remy,walaupun Remy tu agak 'black' jugak,tapi aku maksudkan adalah Black ini:


Sebenarnya aku takdelah poyo(Poyo=Proud Of Your Own) sampai post-post hendset apa pakai,mekap apa buat glowing,wishlist nak beli LV bagai,aku bukan begitu orangnya,Tujuan aku menulis mengenai Si Hitam Manis yang satu ni sebab ramai orang tanya,kenapa aku pilih dia,bukan Samsung Galaxy SII ke,I-Phone 4S ke,Sony Ericsson X-peria ke,dan ramai juga tahu yang suatu masa dahulu,aku suka menggelar pengguna Blackberry sebagai Poyo.Hahaha.Tu lah,mengata dulang paku serpih,mengata Blackberry orang,sekarang aku yang lebih.

Sebelum membeli beliau,aku telah membuat pertimbangan,survey-survey dekat internet,bertenggek dekat kedai-kedai henset,dan bertanya pendapa-pendapat kengkawan yang menggunakan smartphone.Kriteria aku semasa membuat pilihan sebenarnya cenggini:

1.aku nak handphone yang membolehkan senang aku nak online.nak retrieve e-mail,sebab selalu dapat e-mail mengejut,
2.Kamera dan sound BUKAN priority
3.Nak ada GPS
4.Game pun tak perlu sangat
5.Takdelah mahal tak hengat,aku ni kerja kerajaan je pun.

Setelah ditimbang-tara,akhirnya aku memilih Blackberry over I-phone dan samsung Galaxy.Not to say that it is the most perfect smartphone,tapi dia la yang paling fit dengan keperluan aku(minus the GPS la),sebab tu aku tak let go Nokia 5800 aku tu.

kalau korang tanya apa sebab aku pilih beliau adalah:

1.Harga

Ini sebab utama,dan buat pengetahuan Blackberry adalah antara handset termurah aku(tolak la Nokia 3310 masa sekolah menengah dulu).Aku tidak lah berani melaburkan duit yang sebegitu banyak untuk sebuah handset,sebab handset ni keep revolving trendnya.Zaman 2nd year aku beli Sony Ericsson W850 tu Rm1200 pakai duit Jpa,kejap je dah muncul yang lagi canggih.So,tak payah lah.

2.Plan Internet

Apa guna pakai smartphone kalau takde internet.Baik pakai 3310 camtu,ye tak.Buat pengetahuan,pelan internet Blackberry tak sama dengan smartphone lain,be it I-phone sekalipun,sebab blackberry pakai BIS(Blackberry Internet Sevice).

Oleh sebab aku pakai prepaid Celcom U-Pax saja,maka aku subscribe plan monthly advance(RM 25 sebulan dengan kuota 250 mb).Rilexla,kau bukan nak tengok youtube pun kan kat Blackberry tu.

Kalau pakai mobile broadband,kena banyak RM38(kuota 1Gb),tapi kan..aku pakai yang 250 mb ni kuota selalu baki dalam 190 mb,apa guna pakai banyak-banyak kannn.

3.Qwerty keyboard

Aku tak suka touch screen,sebab dah pakai nokia 5800.Cuba bayang kan screen tu berminyak-minyak dengan cop jari korang.Annoying okeh.Pulak tu jari gedembol gedembap,maka akan terhasillah typo yang sungguh memalukan.

4.E-mail on the go

Peh,ini best.Kau boleh je reply email serta merta walaupun masa tengah makan roti canai kat Restoran haji rosli.Ianya best,sebab dia style push mail.E-mail masuk macam sms,tak payah nak refresh-refresh bagai(macam HTC contohnya).Kiranya senang dan mudah kehidupan aku,sebab boss-boss aku sekarang style e-mail je.Pulak dengan kewujudan documents to go,time tu kalau ada form yang kena lengkapkan,zapppp serta merta aku boleh buat dengan senang dan mudah.

5.Social Networking

Ini best .Sebab aku gila FB,dan sekarang mula berjinak-jinak dengan Twitter dan Foursquare.Notification masuk macam mesej je.

6<instant Messaging

Ym?Whatsapp?GTalk?BBM?tak payah risau.semua lengkap.Pulak kalau ko jenis suka mesej oversea kan,ko bayang slalu 1 mesej dah 20 sen.Ni kau nak beramah mesra dengan no jauh-jauh pun rilex je.Semua dah include dalam package weiii

Itu je kot sebab aku memilih my baby ni..Dah-dah,jangan nak terpengaruh.Tapi kalau dah terpengaruh apa salahnya,sila bagi saya BB pin,boleh lah kita berBBM bersama-sama





Underestimate

Aku nak tulis entry ilmiah pasal supplements sebenarnya..tapi dah delay sampai 2 minggu,isi-isi dah tercicir mana tah.Ish..ish...

(mode:menulis sambil mendengar lagu roman-by roman ft kilafairy)



Ok,sekarang addicted dengan lagu ni.First time dengar,peh siapa vokal pompuan ni.Sedap kot.So,aku search kat Youtube..fuh..Kilafairy tu.Tak sangka aku!!!Sebab..aku annoyed gila dengan dia dalam filem Karak.Mana tak dengan kemban nyaris-nyaris terlondeh,dengan gedik-gediknya..ewww(okeh..sebenarnya jealous gila dengan body-figure beliau yang meletup itu.Bahahahaha)..Sebenarnya,beliau ni talented jugak la wei.Masuk industri ni bukan kosong-kosong,bukan takde suara.Tapi beliau yang menampakkan diri beliau ni sebagai tak berbakat,hadir dengan pakej boobs and bums aje(weh..sekali lagi cakap je la ko jeles kannnn)

Kadang-kadang aku rasa certain people,artis terutamanya,sengaja menimbulkan kontroversi untuk popular.Sedangkan,tanpa kontroversi tu diorang boleh je glemer dengan pakej yang ada.Aku tak faham untuk apa mereka beraksi seksi,bergambar bibir terjuih-juih,sedangkan mereka dah ada pakej rupa dan bakat.Tindakan dan kontroversi liar tu lah kekadang boleh buat orang rasa mereka bimbo dan bergantung seratus peratus pada keseksian untuk berjaya.

Artis lain yang berperangai sebegitu antara lainnya adalah Rozita Che Wan dan Neelofa.Rozita tu aku tak pernah tengok dia berlakon sebelum ni,dok baca je gosip beliau kat forum cari.So,aku ingat dia ni memang penyemak dalam industri.Tapi bila aku tengok cerita Anissa(jadi bestfriend yang rampas suami kawan dia-lakonan Fiza ELITE),Kiah pekasam,dan latest in Mr Labuci.Aku rasa dia BOLEH berlakon sebenarnya.Tanpa gosip-gosip liar pun dia boleh survive.

Tetibe teringat pulak masa satu hari aku lepak kat Kinokuniya,dan terbaca la satu buku.Tajuk tak ingat,tapi berkisarkan pasal body language la.Aku tak beli pun buku tu masa tu,tapi aku rasa aku tetap nak beli jugak(tulah,kerajaan tak bagi pun baucar buku 1 Malaysia kat aku).Isi kandungan yang aku ingat,pasal Body Language perempuan,yang boleh buat orang respect,atau undersetimate,atau the worst is tergoda(erkk..seram)..Ye la,mana kita tau kan gaya kita ni buat orang pandang kita rendah.Antaranya ialah:

-Pompuan yang pakai spectacles+sedikit makeup yang appropriate akan nampak lebih profesional dan powerful
-Pompuan yang trim kening nipis-nipis,pastu lukis balik nampak bitch
-Pompuan yang suka tengok lelaki sambil bulatkan mata ke atas(aku tak tau nak describe camne ek) sambil buat mulut akan nampak manja,memikat,tapi senang dimanipulasi.
-Pompuan yang gelak kih3 pun nampak manja,tapi tak profesional
-Acting girlish(macam main-main rambut,kalau yang pakai tudung bawal,tiup2 tudung fuh fuh bagi tajam,bermekap depan officemates lelaki) pun akan menyebabkan kita diunderstimate dan nampak takde karisma
-Jalan menunduk sangat memang nampak zuhud,tapi itu pun akan menyebabkan korang diundersetimate.

Itu je yang aku ingat.Dah jangan buat pasal carik buku tu kat Kinokuniya.Kang aku gi nak beli nanti,tapi takde,aku tau la korang punya pasal.

Kesimpulannya,memang la manusia suka menilai orang melalui penampilan.Pada aku la kan,janji kita tau kita boleh buat kerja,janji kita selesa,itu yang penting.tapi certain time,aku rasa penampilan kena jaga jugak.Kalau tak ada yang akan terima kata-kata begini,"La...pegawai ke rupanya,ingatkan budak mana yang ikut ni".Okeh..sedih T_T.



Friday, January 13, 2012

handbag aku takde sampah sarap


Harini sengal.Terasa handbag berat.Mari mengkaji punca keberatan handbag

1.Watak utama













Ori,bukan fotokopi


2.Isi-isi bumi


1.Beg Mekap
2.Purse yang harap je tebal dengan kad dan resit-resit.Tapi duit takde,lagi-lagi tengah-tengah bulan
3.Diari-Eh.Tapi diari ni bukan macam diari budak sekolah,tulis hari ni skodeng mamat hensem dengan kantin.Diari ni la yang aku usung masa meeting,masa audit bagai.Senang dan mudah.Tulis semua dalam satu buku je,lengkap dalam ni la point-point meeting,appointments.Kadang-kadang berfungsi juga jadi writing dan drawing pad kalau aku bosan.Pairnye pen tapi pen tu terlindung kat belakang tu.
4.Cop rasmi-Mula-mula abes je keja kuarkan letak atas meja kat opis.Tapi asyik tertinggal aje.Lagi-lagi kekadang ada keja ad-hoc.Makanya,carry je cop ni ke mana-mana.Balik kampung sekalipun.Kalau ada sesiapa nak suruh aku sahkan dokumen ke tetiba,pastu nampak aku tengah shopping kat JPO ke,pergi je kat aku.Kat situ jugak aku sahkan.Hahahahhaha

5.Body Spray Japanese Cherry Blossom The Body SHop-Untuk berbau wangi sepanjang hari.

6.Kad jabatan merangkap access kad
7.Handset Nokia xpress Music 5800-Handset ni canggih.Dia multifunction kecuali function asas handset iaitu call dan mesej.Sebab dalam ni takde sim-card.hahahha.Sayang nak trade in weii.Sekarang fungsi enset ni adalah untuk GPS,kamera(gambar dia lawa weii even cuma 3.2 mp),dengar mp3(storage 8Gb,sound sedap beb) dan radio.
8.Blackberry-Ini handset aku yang menjalankan fungsi sebagai handset.Sangat best weii.Function yang paling aku suka adalah Push e-mail,dengan instant mesaging.Mudah,cepat dan pantas.
9.Card-reader yang comel

10.Kunci kereta+kunci bilik opis

Ada dalam handbag tapi takde dalam gambar

1.Pad dan panty-liner
2.Pendrive 2 bijik-satu personal,satu keja


Benda dalam bag mekap:














Malas nak nomborkan

1.Lipstick-Brand Revlon je.tajuk dia pink in the afternoon.Tapi tipu sebab time breakfast dah hilang melekat dekat cawan.Tak sempat sampai afternoon.

2.Lip balm brand Sebamed.

3.Eye-liner Avon.

4.Oil control Film clean and clear

5.Losyen tangan Body Shop

6.Sunblock Loreal

7.Pencuci muka clean and clear

8.Bedak compact in2it

Yang takde dalam gambar

Hand sanitiser Dettol

Sekian,terima kasih





Saturday, January 07, 2012

SPM aku tak dapat 17 A pun

Wah,kemain semua orang nak membusy-busy pasal Amalina. Semua orang dok sebar sana-sini gambar-gambar aweks tu kat internet.Aku rasa kalau Amalina ada blog,sekarang ni dia boleh la dapat nuffnang banyak gila,tak pun boleh dapat top blogger kan.

Aku tak faham betul dengan perangai rakyat Malaysia ni.Bukan setakat kes Amalina,malahan kes-kes sebelum ni.Suka sangat berakhlak contradict dengan perkataan.Contohnya,kau sebar gambar Amalina ni,tepek kat blog ko nak kejar Nuffnang,dan kemudian komen post-post yang mengutuk dia.Macam,astaghfirullah,ada ilmu pun takde agama nak buat apa.Tak payah blog,komen-komen kat Facebook pun macam tu,dan dalam masa yang sama,ko dok share-share lagi gambar budak tu.

Pendapat aku,senang je.Kau dah tak suka benda tu,dan kau rasa benda tu bertentangan dengan nilai-nilai moral yang kau pegang.KO senyap sudah.Tak payah la nak mencurah api pada minyak.CUkup hentikan penyebaran gambar tu.Aku rasa kalau semua orang fikir macam ni.Takde la benda ni jadik meletup sana sini.

In the other hand,aku rasa Amalina tu cukup bijak dan matang dalam menangani isu ini.Pada aku bukan salah dia pun.Banyak je lagi anak-anak dara kat Malaysia ni behave macam tu.Yela,walaupun aku tak suka dia since dulu lagi sebab aku rasa dia poyo(hahaha),tapi dalam masa yang sama aku kagum dengan pencapaian dia yang bagi aku extraordinary.KO ingat sebarang orang boleh join famous research group,doing research about breast cancer?Double degree in medical and pharmacology?Kau mampu?

Cuba kita bayangkan,dengan tersebarnya berita itu ini,dia tak nak balik Malaysia.Oh man,kita dah waste satu talent besar.Kalau pernah baca paper selain Harian Metro,mesti kau pernah baca pasal brain drain.Kita salahkan diorang kengkonon mabuk duit kat luar negara,tapi kita tak pernah fikir yang keadaan dalam negara kita tak pernah menghargai golongan yang talented.

Aku pernah terbaca satu novel,tajuk Dingin Salju Indiana(yang sekarang diadaptasi ke drama Dingin Lavenda).Dalam novel ni,satu watak yang bernama Murni tu pregnant luar nikah dan gugurkan anak tu.Mula-mula setelah dipujuk member dia si jannah tu,dia nak jugak la tunjuk perubahan ke arah kebaikan.Tapi jap lagi gi masjid,semua orang dok pandang serong,ngutuk-ngutuk beliau.Instead of teruskan perubahan,beliau jadi makin teruk,sebab dah tersemat dalam pemikiran,"aku dah buat jahat sekali,orang pandang teruk gila,kalau aku buat baik pun orang tetap pandang jahat,baik jadik jahat terus"

Jadinya,jaga tepi kain masing-masing.Hal dia kaler rambut ke hape tu,urusan dia dengan Allah.Kita dok beriang ria ngumpat dia ni,bila masa pulak nak mintak maaf dengan dia kan.Dosa dengan Allah,kita mintak ampun,InsyaAllah akan diampunkan,dosa dengan manusia,selagi mana dia tak maafkan,selagi tu kita kan berdosa.

P/s:eh,cepatlah arrange rombongan cik kiah gi rumah Amalina raya tahun depan,kata nak mintak maaf berjemaah.


Thursday, January 05, 2012

How to spot a bimbo-malaysian style

Hari ni hari jahat.Maka mahu membuat entry mengutuk.Wahahahha..Kejadah kan.Awal-awal tahun dah bermulut jahat.

Adakah anda tahu apa itu bimbo?Bimbo di dalam bahasa mudahnya,muka cun tapi bodoh.Jikalau point di dalam entry ini membuatkan anda terasa hati dan dalam diam terpaksa mengakui diri sendiri Bimbo,jangan la risau,kerana sekurang-kurangnya anda cantik.Kan..kan..kan...Bimbo ni selalu dikaitkan dengan pompuan rambut blonde(cuba bayangkan paris Hilton,Marilyn Monroe,Jessica Simpson,to name a few),jadi oleh sebab itu entry ini bertujuan mengungkap perspektif bimbo dari sudut Malaysia,sebab kat Malaysia jarang ada orang naturally blonde,tapi banyak je bimbo kalerkan rambut blond,tapi tak semua yang kaler rambut tu Bimbo.Aku senang nak terjemahkan dalam BM tu Bimbo tu macam pompuan gedik yang nak tarik perhatian dengan menunjukkan kebodohan.

Ciri-ciri umum Bimbo di Malaysia

1.Fashion Sense

Ada beza antara pakai seksi,tapi nampak vogue,dan pakai sexy tapi nampak slut.Ada beza pakai tudung nampak anggun,dan pakai tudung tapi still nampak slut.Bergantung pada pembawakan diri,usia dan rupa paras.Tapi secara umumnya kita boleh simpulkan dengan cara berpakaian yang tidak sesuai dengan usia dan rupa paras,yang bertujuan untuk menarik perhatiankhalayak ramai.

Umur dah 40 tahun,tapi nak pakai riben Hello Kitty sebesar alam kat tudung.Yes,itu perbuatan Bimbo.Pakai pesen kaler block,skirt kaler belang-belang,baju kaler stricking,tanpa sedar badan kau gemuk pendek,pulak tu dipakai bersama cardigan tebal giler semasa berjalan-jalan di tengahari yang panas di Bukit Bintang.Kau rasa tu cantik,aku rasa itu buruk.Ko rasa itu fesyen,aku tengok jadik tensen.Sorry,bimbo.

Bimbo juga cenderung untuk membeli barang imitate dengan tujuan menunjuk-nunjuk.Wait,aku tak kata la semua yang pakai barang imitate tu bimbo.Sebab ada je mak cik-mak cik beli beg LV fake di pasar malam sebab design dia cantik,tanpa mengetahui value bendalah tu sangat mahal.Bimbo ni jenis pesennya,dia akan beli handbag imitation kat pasar malam,lepas tu upload kat Facebook sambil berkata,"Sukanya I dapat beli handbag LV..dah lama I impikan."Please la,tak mampu pakai ori,beli je brand yang affordable,tak pun pakai je beg free Avon.Even kau beli  handbag imitation kat pasar malam,pakai je senyap-senyap.Takde orang nak heran,duit kau kan.Orang tanya jawab je la jujur dan ikhlas.Takde hinanya pun.Tak perlu nak auta pakai barang branded sana-sini,tapi sebenarnya fake.Itu memang bimbo

2.Topik Perbualan

Bimbo takde hal lain,tak cakap pasal mekap,pasal barang brand,pasal pakwe.Itu je topik.Kau tanya pasal isu semasa haram dia tak tau.Kim JOng-il tu pulak dia ingatkan hero drama Korea yang baru.
Wanita lain cakap jugak pasal bendalah mekap bagai,tapi takdelah pengetahuan setakat tu aje.Bimbo ni kalau pergi interview,lepas pun harap sebab muka cantik je,knowlede zero.

Ada jugak Bimbo graduate dari universiti.Ya,mereka memang ada sijil,tapi itu bukan bermaksud mereka cerdik.Silap-silap ada je mak cik jual nasi lemak lulusan SPM yang lagi cerdik dari Bimbo-bimbo ada degree ni.Sekurang-kurang mak cik jual nasi lemak tahu dah harga ayam naik,harga beras berapa,dan boleh relate dekat keadaan ekonomi semasa.Tapi Bimbo tak tau kot.Dia cuma tau kalau harga SKII dah turun ke,harga facial kat mana mahal.


3.Matlamat Hidup

Bimbo hanya bermatlamat untuk berkahwin dengan lelaki idaman dan berbakti seumur hidup sahaja kepada lelaki tersebut,then happily ever after.Bimbo tak pernah fikir jangka masa panjang,lepas kahwin apa planning kau,kerjaya kau,perkembangan kehidupan kau.Bimbo juga jenis tak kisah perkembangan diri,masa depan dan kerjaya.kalau Bimbo kerja kerajaan,lagi kronik simptom tu.Biasanya,dia tak nak sign SBPA,kalau sign pun sebab pengaruh rakan sekerja.Sebab dia takut bebenar dengan exit policy tu.Wahahahha

4.Act stupid,atau act smart tapi sebenarnya stupid

Ada sesetengah pompuan suka benar nampakkan kebodohan diri.Padahal dia tahu,atau boleh je buat bendalah tu sendiri,tapi nak harapkan kat lelaki jugak tolong buatkan..Sebenarnya,nak tarik perhatian je tu sebenarnya.Eh ,tahu niat macam pernah buat je kan.Hahahhaha.

Kekadang bimbo jugak tunjuk pandai.Ni kita boleh nampak masa musim World Cup.Senang je nak spot bimbo.Dia akan pretend dia sokong certain pasukan sebab Bf dia sokong.Padahal dia tak tau pun asal usul pasukan tu,pemain-pemain semua.Sudah la beb,kalau setakat sebelum ni tengok harimau Malaya,tak payah la menyamar penyokong tegar Portugal pulak.Pulak tu tetiba sokong Christiano Ronaldo,sebab muka dia hensem.Padahal position mana mamat tu main pun tak tau.Itu sah bimbo!

5.Status Facebook

Bimbo juga sangat fanatik dengan Facebook.Every single things pun nak tulis kat Facebook.Pulak tu status juga suka bajet comel dengan menggunakan bahasa jew(Ktewww...awark...aque..euwwwww)wahahaha.Ada jugak bimbo tak guna bahasa kanak-kanak tu,tapi selalu berstatus yang boleh membuatkan wujudnya situasi di (4)..

Pulak tu selalu ada pertanyaan umum tak masuk akal diutarakan di Facebook.Padahal boleh je kan ko google dulu sebelum tanya,tak pasti baru tanya kat kawan-kawan at Facebook.Kekadang pertanyaan dan pernyataan tu memang dah ada jawapan yang ko harapkan.Contoh:ko upload gambar bulatkan mata,kembongkan pipi,pastu boleh tanya:hudoh tak muka ittewwww?Sebenarnya kau nak harapkan orang cakap muka kau lawa kan.Ikut hati nak je aku cakap hudoh.Hahahhahaha

Bimbo juga selalu mengupload status betapa penatnya kerja,betapa banyaknya kerja.Eh bimbo,dah tau banyak kerja,reti tak kau sign out FB dan buat kerja-kerja kau.

6.Perasan

Teknik seterusnya bagi mengenal bimbo adalah perasan cantik,hot dan ramai peminat.Setiap orang pun ada jugak perasaan perasan tersebut.Tapi bimbo ni selalu pretend yang dia tak suka keadaan tersebut,padahal dalam hati melonjak-lonjak riang.Suka la tu kannn..

Bimbo jugak pantang dingorat.Kena ngorat dengan Mamat Indon kt bus stand pun boleh buat dia upload status tu kat Facebook.Kengkonon mennyampah la,tapi sebenarnya dalam hati tu perasan hot le tewww ada orang ngorat kannn.

Lagi satu bimbo juga perasan lelaki tu minat dia dengan segala attention yang diberi.Padahal lelaki tu saja nak be friend dengan dia je.Orang senyum sikit,tuduh orang ngorat.Orang ajak kuar makan sekali,dah perasan ajak dating.Orang SMS dua tiga patah tanya khabar,hati dah bunga-bunga perasan diminati.


Kesimpulannya di sini,marilah kita mengelakkan diri dari menjadi wanita bimbo.Sebab stok bimbo ni la yang suka dipermain-mainkan oleh lelaki seantero dunia sebab nampak bodoh,mudah dan senang nak digunakan dan ditipu.Maka,tambahkanlah ilmu pengetahuan,bukak akal fikiran dan kurangkanlah perasan,agar tidak ditimpa simptom kebimboan.Wahahahha

p/s:kalau terperasan ada simptom ni yang aku buat,maka jangan lah tuduh aku bimbo.Sebab aku tak cantik pun.Wahahahhaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja