Wednesday, December 15, 2010

Perkara-perkara yang tak perlu nak murah hati nak share kat FB

Tadi aku baca  forum,jap lagi aku terjumpa la satu topik,berkaitan Facebook dan privacy.Kira diorang discuss la pasal benda ni.Aku rasa macam menarik pulak nak share dengan korang bendalah ni.

(wah..bertubi-tubi aku hapdet minggu ni.Padahal baru kena sound dengan prof tadi.wahaha.Takpe.minggu depan saya akan bertungkus lumus di lab pula.no hapdet-hapdet.)

Antara perkara yang JANGAN korang nak murah hati sangat share kat Facebook adalah:








1.Alamat rumah

Melainkan korang nak jemput orang gi kawen korang ke,open house ke.Jangan sewenang-wenangnya nak share suka-suka hati.Pulak tu bukan alamat rumah mak bapak korang,tapi letak alamat rumah sewa yang didiami anak dara pulak tu semua.Dah la tu,korang lak jenis accept je semua orang dalam FB,tak kira la penyangak ke perogol bersiri ke.Jangan jangan jangan.Pastikan kalau nak share tu set privacy,hanya untuk kawan-kawan yang betul-betul korang nak jemput dorang gi kawen korang.

2.Perkara salah yang korang lakukan

dah buat salah tu jangan la bangga sangat.Ni tak kemain,"Bestnya dapat kiss my boyfie kat tepi jalan kat bukit Bintang."wahhh.bangga benar kau.Jangan la bodoh sangat.bukan suruh hipokrit pun,cuma pandai-pandai la.Bukan semua frienlist ko tu "open-minded" katanya macam kau.

3.Rancangan dan tarikh percutian

Kesinambungan dari nombor 1.dah la terang-terang letak alamat rumah.Pulak tu gembira gila announce ko nak honeymoon kat Port Dickson selama seminggu.
wah..ini mengundang pesta perompang dan pemecah rumah ni.
Tambah sengal pulak ko letak status before-before ni:

"Mangga pintu rosak la pulak"
"alarm sistem kat rumah I macam hampeh.harap mahal je"

lagi bagus,dalam FB tu kau show off set home theatre ke.Waduh waduh.

4.Membuat pengakuan yang tak sepatutnya

Seteruk mana pun boss ko,company ko.tak perlu la kot ko gi kutuk-kutuk diorang kat FB.mana tau boss ko pakai nama lain macam ,"unmasked Hero" ke,"Awexx Jelita ke(ceh padahal mak cik dah nak pencen),pastu ko tak tau tu sebenarnya boss ko.Susah susah.

Lagipun aku pernah baca kajian kat mana tah,sekarang HR pun dah canggih,so diorang da boleh track korang kat FB,sama ada melalui nama@email korang.Lagi-lagi nak mintak kerja.Konon ko mintak kerja Eksekutif Halal HPA ke,jap lagi HR search FB ko,nampak ko tengah togok arak sewaktu clubbing,diapit GRO muka macam drag queen.Ko perform la camne time interview aritu,jangan harap dapat keja tu.Bahaya bahaya.

5.Perkara yang menyalahi undang-undang

Jangan nak tunjuk hero@daring sangat.Ada ke baru lepas tumbuk pak guard sampai pecah muka,terus haplod kat Facebook.takpun promote perniagaan ganja melalui FB,siap tag tag orang lagi.Tak perlu tak perlu,melainkan korang ni ready la nak duk dalam jel.

6.Letak countdown korang nak bunuh diri

Wahaha..Ini dah kes Alviss Kong la ni.Korang tau tak kes ni??

Ni meh aku letak.





KO tau apa dia buat lepas 45 minit?Dia pergi bunuh diri dia.terjun dari tingkat 14.huuuu.Kalau korang nak bunuh diri pun(harap jangan buat.Berdosa besar di sisi Islam),sila hide dulu status dari aku.Aku taknak trauma seumur hidup.Hahahha

Berita lebih lanjut boleh baca kat-------->sini


Itu aja perkongsian agak berguna aku pada hari ini.harap boleh la dimanfaatkan ya kawan-kawan.
Renung-renungkan dan selamat beramal!!!!

4 comments:

f a r h a i n said...

tq kak syazwana bg tahu n kongsi.

Sayer Best said...

ur welcome ain =)

RazFiRa said...

good advices :)

Sayer Best said...

razfira:u are welcome

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja