Sunday, December 26, 2010

1 jari tuding kat orang,4 jari cucuk mata sendiri

Situasi 1

Aku baca artikel pasal kahwin awal dalam IluvIslam tu.tak kisah la korang nak kawen awal ke,kawen umur patploh enam tahun ke,tapi the most attractive thing dalam artikel tu dan dalam komen-komen tu adalah:

"Itu Mentaliti barat,bagi orang Islam,yang utama rukun nikah je"
"Umat Islam sekarang ikut budaya barat,buat majlis kahwin nak grand je"
"Nikah je dh cukup.tak payah ikut Barat sangat nak kenduri-kenduri"

Okeh..funny.Sejak bila la barat dok kisah sangat reception besar-besaran,show-off hantaran sama harga dengan kereta Viva.setahu aku la kan,spesis belah-belah sini je kot yang beria nak buat wedding besar-besaran.Omputeh banyak buat closed ceremony je,jemput yang dekat-dekat je.

Situasi dua

Kawen lagi:Ni kawen Marion Caunter dengan pewaris Naza
Ya,tak nafikan Marion seksi dengan baju dia tu.Jap lagi kalau baca dalam gosip-gosip hiburan.Semua dok pakat kutuk Marion



"Apa ni.Pilih kapir jadik bini.Kompem tak boleh tinggal Minuman "anggur Merah" beliau tu"
"Ini macam seksi nak jadik bini.macam dah takde Melayu lagi ke"

Eh yang mengata jeles ke hape.Dok bisingkan Marion Caunter.Tu berapa ramai orang yang lahir-lahir Islam,artis atau bukan artis sama naik je,pakai lagi teruk dari si Marion tu.marion tu kira saudara baru.Ikut laki dia la nak didik dia.Ni yang islam sejak azali,pendidikan Islam PMR dapat A,pun sama naik jugak

Situasi tiga

Sikit-sikit konspirasi Yahudi.Macam segala benda nak dikaitkan,dulu Pokemon,last-last Upin IPin pun dia buat modal jugak.tak ke pelik perkataan sesingkat "Pokemon" pun boleh disalahtafsirakn bahasa ibrani la,apelah,jadik maksud "aku benci rasul".Pathetic sungguh.
Semua benda nak dikaitkan illuminati,semua duduk bawah selimut ketakutan.Padahal tak payah benda tersirat-tersirat,benda yang nyata ni dah cukup jelas dah keYahudIannya.
Sikit-sikit bolehlah,tapi kalau semua benda kau nampak macam Yahudi,tukar spek baru je la.silap-silap spek ko tu ada "Jews Sensor" kot semua benda nampak macam Yahudi

Kesimpulan

(pendek je kot)
Tak payah la semua benda nak tuding jari ke barat,ke Yahudi,bila nampak ada kepincangan dalam masyarakat kita.Ni tak,asal negatif sikit,tuding jari kat diorang.Memang la at the first place,diorang yang bawak budaya tu,tapi kat tangan kita sendiri la nak pilih apa yang terbaik,untuk diri sendiri.

"tak semua dari barat itu jahat dan tak semua dari timur itu baik"

8 comments:

voltox said...

kalau nak tgk islam dari segi teori..pergi lah ke timur tengah..kalau nak tengok islam dari segi praktikal..pergilah ke barat..

tu ustaz kat surau sy selalu ckp..dr segi kebersihan pn jauh beza dah kan antara timur dan barat

sy pernah tulis juga pasal ustaz cakap..kalau kita umat Islam tak takutkan Allah..musuh Islam pun tak takut kita..

dalam erti kata lain..kita lebih takut tentang illuminati tu berbanding dengan hukum suruh dan larang Allah..

post baru sy semalam tajuk minyak dan air..isi tersiratnya mmg terkena kat kita semua..opss promote blog pulak..eheh..sori

apa pun tahniah utk entry ke 20 ni..

Sayer Best said...

Voltox:tau xpe.pada saya la,berbanding sibuk2 kan sangat illuminati tu,baik kita sibukkan diri dgn urusan yg lbih pnting,urusan agama,masyarakat dan kemajuan diri sndiri.
Hahaa..dah promote blog,nak mintak follow tak.

amir baim said...

aa ek..orang kita memang tak reti nak muhasabah diri..ape kelemahan yyang dia nampak terus salahkan barat,yahudi..zionis..agak dia malas nak solat,cakap yahudi salah buat cerita pokemon..pastu timbullah macam-macam benda perkataan hina nabi la,entah-entah kalau dia malas nak gosok gigi pun dia salahkan yahudi buat ubat gigi colgate..pastu ade plak wujud mat-mat minah-minah sebar teori konspirasi tuh..aritu ade membe kat facebook share 6 video konspirasi..dari awal sampai habis..haha..rajin betul dia..entah-entah kalau dia nak share the arrival nanti penuh wall dia dengan video tu je..

Sayer Best said...

amir baim:semua kmaruk bnr teori konspirasi.sikit2 adela rse cam kagum,"oh!cmtu rupanya".tapi ble dh byk sgt,tak tau dh nak cakap apa.smua nk dikonspirasikan,pdhl diri sndiri yg lalai

whose said...

best baca pendapat org2 kat atas nie...semuanya ada hujah masing2....

gabbana said...

artikel yg menarik. pendek tp berisi. ;)

salaam ziarah!

aku mzke said...

apesal la wana ni bijak sangat?? jeles la....

Sayer Best said...

whose:Tq..hehe..i love impressive comments,dan hujah2 bernas

gabbana;TQ for the visit

mzke:bijak apakah???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja